Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASH 14

"jangan hairanlah... tangan abang sudah di masukkan dengan sejenis organ tisu robotic yang terkini sebab itulah tangan abang lebih kuat dari yang biasa...", maya bersuara perlahan lahan. "apa?... tangan aku ada organ tisu robotic?", soal azroy cukup terkejut. "ya.... kekuatan tangan abang kini berlipat ganda. malah abang boleh mengangkat kenderaan dengan hanya menggunakan kedua belah tangan abang tu...", kata maya dengan wajah selamba. azroy tercengang di saat dia mendengar perkataan isterinya itu. dia tidak tahu nak cakap apa lagi. "macamana dengan kaki aku ni pula?", soal faiz ingin tahu. "kaki kau pun sama. buat pengetahuan korang koranglah manusia pertama yang mereka jadikan sebagai bahan uji kaji. tujuan mereka menculik korang ialah mereka nak uji samada organ tisu robotic yang mereka buat tu sesuai dengan manusia seperti korang atau pun tidak... jika sesuai mereka akan teruskan rancangan mereka untuk menjadikan manusis di bumi sebagai bala tentera mereka di masa depan. puak agfa juga ada merancang hendak mengambil beberapa jenis binatang di bumi untuk di jadikan binatang ternakan mereka. itu sebabnya mereka menculik abang dan faiz untuk di jadikan bahan uji kaji. nampak gayanya mereka telah berjaya dalam uji kaji mereka. buktinya tubuh korang dapat menerima organ tisu robotic yang di pasang dalam tangan dan kaki korang tu....", kata maya panjang lebar. "jadi... jadi kami ni....", belum pun sempat azroy bersuara maya segera memotong perkataannya. "ya korang adalah manusia pertama yang menjadi bahan kajian teknologi terkini makhluk asing di planet ini...", potong maya. "oh... jadi kau ni pun makhluk asing sama seperti mereka juga?", soal faiz pula. "ya...", balas maya sepatah. "tapi kenapa kau tak nampak macam makhluk asing yang biasa kami tengok dalam TV tu?", soal faiz. "sebenarnya ini bukan rupa asal aku... rupa asalku ialah seperti ini...", serentak dengan itu maya berubah bentuk menjadi seorang makhluk yang mempunyai tubuh berwarna hitam. dia tak ubah seperti mystique (raven) yang bertubuh warna biru dalam cerita X-men tu tapi bezanya dia mempunyai tubuh berwarna hitam. terkejut betul azroy di saat dia memerhatikan transformasi tubuh isterinya kepada makhluk yang bertubuh warna hitam itu. begitu juga dengan faiz. mulut mereka terlopong bagaikan pintu gua pula. masing masing terkejut dan tercengang sebaik saja mereka melihat maya berubah bentuk dalam sekelip mata. "i dont believe this... i dont believe this...", azroy menggeleng gelengkan kepalanya. dia macam tidak percaya dengan apa yang di lihatnya saat itu. sebenarnya dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa isterinya ialah seorang makhluk asing dari planet ferros.

"percayalah cakap maya ni bang... apa yang maya cakapkan ni memang betul...", kata maya. "tapi kenapa kau rahsiakan semuanya perkara ni daripada aku, maya?... kau menipuku bulat bulat dengan mengatakan bahawa kau seorang anak yatim piatu yang baru saja kematian ibu bapa... kenapa kau tak cakap saja bahawa kau ialah seorang makhluk asing yang datang ke bumi dengan tujuan yang lain... kenapa kau biarkan aku menikah dengan kau sedangkan kau tahu kita tinggal dalam dunia yang berbeza?... kenapa maya?.... kenapa?", soal azroy cukup bengang. dia menggenggam erat kedua belah bahu isterinya sambil menggoncang goncang bahu perempuan itu dengan kedua belah tangannya. "sebenarnya maya di arahkan oleh ketua puak kami untuk pergi ke bumi dengan satu misi... misinya ialah maya harus mencari seorang lelaki di planet bumi yang sanggup bersenggama dengan maya untuk mendapatkan zuriat penggabungan sel di antara makhluk asing dengan sel manusia.... menurut kata peramal masa depan kami, anak yang maya kandung ini kelak akan dilahirkan dan dia akan menjadi pemimpin besar puak kami. dia akan bangkit melawan puak agfa... maya pun pergilah ke bumi dan akhirnya maya bertemu dengan abang... pada mulanya maya fikir abang takkan dapat menerima maya dalam hidup abang tapi tak sangka pula abang sukakan maya dan kita pun menikah.... pada pagi sebelum kita di culik ke planet ferros ini maya lihat ada 3 orang polis bumi datang ke rumah abang. mereka seperti hendak mencari maya pula sebab mereka tahu maya ni ialah makhluk asing... so maya pun bersembunyi di dalam almari pakaian abang.... sebaik saja abang balik ke rumah abang terus saja mengajak maya balik ke kampung abang tapi di pertengahan jalan pihak agfa datang ke bumi lalu menculik kita bertiga ke planet ini.... apabila maya tersedar aje maya di tahan dalam bilik tahanan tu... mereka kata mereka teringin hendak melakukan kaji selidik ke atas tubuh maya sebab maya hamilkan anak manusia.... demi mempercepatkan proses kehamilan maya mereka memasukkan sejenis cecair growth stimulate ke dalam rahim maya... sebab itulah perut maya membesar dengan cepat... mungkin tak lama lagi maya akan melahirkan bayi kita bang....", kata maya dengan panjang lebar. "oh... jadi kau memperalatkan aku demi merealisasikan impian puak kau tu?", soal azroy semakin bengang. "eh.. maya tidak berniat hendak memperalatkan abang seratus peratus... sebenarnya maya sudah jatuh cinta pada abang sejak pertama kali maya bertemu dengan abang di tepi jalanraya hari tu sebab itulah maya merayu pada abang supaya abang benarkan maya tinggal bersama abang... sebenarnya maya ingin hidup bersama dengan abang tapi...", kata kata maya terus saja dipotong pantas oleh azroy. "oh.... bullshiiittt!!!!.... you know what?... aku tak percaya cakap kau tu.... kau sengaja buat alasan macam tu supaya kau memperdayakan aku dengan cinta palsu kau tu... tapi kali ini aku tak akan mudah di perdayakan...", bentak azroy sambil menggeleng gelengkan kepalanya. "abang, maya cakap yang betul... maya cintakan abang....", maya bersuara dengan penuh emosi. "tidak... kau tidak cintakan aku... kau cuma memperalatkan aku demi kepentingan diri kau dan puak kau....", balas azroy dalam nada suara yang dingin. "tapi maya cintakan abang dengan sepenuh hati maya...maya...", belum pun sempat maya menghabiskan perkataannya azroy segera memotong perkataannya. "no need for you to say 'i love you' to me again... i dont wanna hear that bullshit...", balas azroy. "sampai hati abang cakap macam tu pada maya.... maya sedih tau bila abang cakap macam tu pada maya....", maya bersuara sambil menangis. belum sempat azroy bersuara tiba tiba muncul beberapa anggota tentera di situ. mereka segera mengacukan senjata ke arah azroy dan faiz. "meru maya.... aju juk hiken mocom?.... cosi cia?.... sujuk mentuka?", soal salah seorang ahli tentera sambil menghampiri maya yang sedang menangis tidak jauh dari situ. "mik kan..... mai tan tai kon men tanu....", maya membalas perkataan lelaki tersebut. "apa yang mereka cakapkan tu?", bisik faiz di sebelah azroy. "entahlah..... tapi kita kena berhati hati.... manalah tahu diorang tiba tiba hendak menyerang kita pula....", bisik azroy. mereka memerhatikan ahli tentera yang bertubuh hitam seperti maya. mereka menurunkan senjata di tangan masing masing setelah maya bersuara pada mereka semua.

"maya, siapa mereka ni?", soal faiz ingin tahu. "oh... mereka ini sebahagian daripada bala tentera yang menjaga kawasan ini... mereka akan bawa kita ke markas bawah tanah melalui terowong yang maya ceritakan pada korang sebentar tadi... jom kita pergi dari sini....", kata maya sambil beredar dari situ. faiz melangkah mengekori langkah kaki maya dari belakang tapi azroy tidak terus melangkah. dia hanya diam berdiri di situ. "roy... kenapa kau tercegat kat situ pula?", soal faiz setelah dia sedar azroy tidak mengekori langkah kaki mereka. "aku tak nak ikut si maya yang penipu tu... entah entah dia menipu kita supaya senang dia memerangkap kita berdua...", balas azroy dengan nada suara yang dingin sekali. "abang... kenapa begitu negatif cara pemikiran abang tu?... maya tak tipu abanglah... maya cakap betul... ada terowong bawah bangunan ni menuju ke markas unit keselamatan puak massa. kalau korang nak selamat lebih baik korang ikut maya ke markas tu...", kata maya dengan wajah yang serius. "ya... macamlah aku boleh percaya cakap makhluk penipu macam kau tu....", balas azroy sedikit emosi. belum pun sempat maya bersuara tiba tiba kawasan itu di serbu oleh beberapa ahli tentera puak agfa yang bertubuh warna unggu gelap. mereka mula melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka. "zuuss.... zusss....", kedengaran bunyi tembakan senjata laser warna biru bergema di sana sini. "tiada masa untuk bergaduh lagi bang... mari kita pergi dari sini....", cepat cepat maya berlari lalu menarik tangan azroy supaya beredar dari situ. mahu tidak mahu azroy pun terpaksa berlari dengan isterinya itu. mereka berlari meninggalkan tentera puak massa yang berbalas tembakan dengan tentera puak agfa....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro