Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ASH 13

"mari ikut aku...", maya bersuara sambil membuka tali keledar di tubuhnya. dia bangun lalu melangkah keluar dari kenderaan itu. azroy dan faiz turut berbuat demikian. mereka melangkah keluar dari dalam kenderaan tersebut secara perlahan lahan. mata mereka tertumpu ke arah kota yang hancur dan musnah itu. "kau fikir kota ni musnah akibat apa ar?", soal faiz. "entahlah...", balas azroy sepatah. mereka melangkah mengekori langkah kaki maya dari belakang. "er.... kita pergi ke mana ni?", soal azrul ingin tahu. "korang ikut saja ke mana aku pergi...", balas maya sambil melangkah di dekat reruntuhan bangunan yang ada di situ. "macamlah kau tahu jalan kat kota besar ni...", komen azroy mula curiga. maya diam. dia terus melangkah dengan pantas sekali. ketika mereka sedang berjalan merentasi jalanraya yang lengang dan berhabuk itu tiba tiba, "zusss!!!....", kedengaran bunyi tembakan senjata laser dari arah belakang. nasib baik mereka tidak terkena tembakan itu. mereka segera menoleh ke belakang. kelihatan sepasukan lembaga yang berpakaian seperti tentera berlari menuju ke arah mereka bertiga. kumpulan tentera itu seperti hendak menyerang mereka pula. "cepat lariiii....", jerit maya. dia dengan perut membusungnya cepat cepat melarikan diri dari situ. begitu juga dengan azroy dan faiz. mereka berlari dan terus berlari. sempat lagi azroy berbalas tembakan dengan pasukan tentera yang 5 orang itu. "mari ikut aku masuk ke dalam bangunan kat sana tu... di sana ada terowong bawah tanah...", kata maya dengan pantas. "apa?.... macamana kau tahu kat dalam bangunan tu ada terowong bawah tanah? macamana pula kau tahu sangat tentang bangunan tu...", kata azroy bertambah curiga. dia berlari di sebelah isterinya.

manakala faiz pula cuba berlari sepantas yang boleh dengan menggunakan kaki besinya. lariannya semakin lama semakin laju malah lebih laju daripada larian maya dan juga azroy. dia kini berada di hadapan mereka. lajunya bagaikan pelesit pula. tercengang azroy di saat dia melihat rakannya berlari pantas bagaikan angin. "woiii... faiz, tunggu kamilah...", jerit azroy sambil berbalas tembakan dengan kumpulan tentera tersebut. faiz terpaksa berpatah balik. dia pantas menghampiri mereka berdua. "aku rasa lebih baik aku gendong maya bersamaku sebab aku jauh lebih pantas berlari dari korang. bukannya apa... aku kasihan tengok isteri kau yang sarat mengandung ni...", kata faiz dengan pantas sekali. "yelah... yelah kau gendong saja dia tu... biar aku tembak semua tentera yang tak guna tu...", balas azroy. faiz pun segera menggendong maya di pangkuannya lalu dia berlari dengan pantas bagaikan pelesit. tinggallah azroy di situ mempertahankan dirinya seorang diri. dia bersembunyi di sebalik reruntuhan bangunan yang ada di situ sambil berbalas tembakan. tidak lama kemudian faiz muncul kat situ bagaikan deru angin yang pantas pula. dia dengan pantasnya berlari lalu menyepak semua tentera itu dengan kaki besinya. sekali sepak saja mereka terus tidak sedarkan diri. terpinga pinga azroy di saat dia memerhatikan rakannya menumpaskan pihak musuh dalam sekelip mata. apakah rakannya itu sudah menjadi super hero macam cerita dalam TV tu atau apa?... belum pun habis dia berfikir faiz segera berlari lalu berdiri di depan matanya. "hebat kan kaki besi aku ni... hehehe...", faiz bersuara sambil ketawa senang. "untunglah kau sebab dapat kaki besi yang hebat macam tu... macam aku ni apa ada...", balas azroy dengan wajah selamba. "yelah tu.... meh sini... biar aku dukung kau pula...", faiz ingin mendukung azroy tapi rakannya tidak mahu di dukung. "weh... kau fikir aku ni budak kecik lagi ke, hah?.... main dukung dukung segala... biar aku jalan kaki saja... kaki aku masih larat berjalan lagi ni...", kata azroy dengan wajah yang serius. "hm... ikut suka hati kaulah...", balas faiz. mereka kembali meneruskan perjalanan.

"mana maya?", soal azroy ingin tahu. "dia menunggu kita dalam bangunan yang ada terowong bawah tanah tu...", balas faiz. "eh... kau fikir macamana si maya tu tahu yang bangunan tu ada terowong bawah tanah?", soal azroy dengan dahi yang berkerut. "entahlah....", balas faiz. "tidakkah kau terfikir yang si maya tu menyimpan suatu rahsia di sebalik semuanya ini...", kata azroy dengan penuh curiga. "kenapa kau berfikir macam tu pula?", soal faiz. "yelah... aku merasa peliklah bila tengok dia tiba tiba saja pandai memandu kenderaan terbang tu... dan satu lagi aku pelik ialah dia tahu ada terowong bawah tanah dalam bangunan tu... aku rasa maya ni berasal dari kota yang musnah ni... kalau tidak masakan dia tahu segala galanya...", kata azroy. "boleh jadi juga... sebenarnya aku merasa syak wasangka dengan si maya tu sejak korang menikah hari tu...", faiz meluahkan perasaan syak wasangkanya. "tell me about it...", azroy bersuara sambil memandang wajah rakannya itu. "hari tu lepas korang di nikahkan aku nampak dia masuk ke dalam tandas dengan membawa seekor kucing. kucing siapa dia ambil pun aku tak tahu. dia tergesa gesa masuk ke dalam tandas tu. tidak lama kemudian dia keluar dari dalam tandas dengan sedikit kesan darah di atas bibirnya. dia segera menghapuskannya dengan kertas tisu di tangannya. selepas tu dia pergi menemui kau di ruang tamu. aku masuk ke dalam tandas tu. aku lihat kucing yang di bawanya sebentar tadi terbujur kaku dalam keadaan yang mengerikan. lehernya berlubang tidak ada setitis darah pun... aku betul betul terkejut tapi aku cuba bertenang. sudah lama aku rahsiakan perkara ini daripada kau sebab aku tak nak mengganggu kebahagiaan rumahtangga korang...", balas faiz sambil berjalan di sebelah azroy. "oh begitu... jangan jangan maya tu ialah salah seorang dari lembaga tu semua....", tebak azroy. "entahlah.... kadangkala aku ada terfikir macam tu juga...", kata faiz. "apa apa pun kita perlu berawas sedikit dengan si maya tu... manalah tahu dia sengaja nak perangkap kita....", kata azroy. "okay....", balas faiz sepatah. ketika itu mereka sudah sampai di hadapan bangunan yang tinggi itu. perlahan lahan mereka melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut. kelihatan maya sedang duduk menunggu mereka dengan sabar di situ.

perlahan lahan azroy menghampiri isterinya. "okay, mana terowong bawah tanah tu?", soal azroy sebaik saja dia berdiri di hadapan mata isterinya. "mari ikut aku... aku akan tunjukkan terowong bawah tanah tu... mungkin kat sana kita akan selamat...", kata maya perlahan lahan. "oh really?", soal azroy dengan kening kirinya terangkat ke atas. "yeah...", balas maya sambil bangkit dari tempat duduknya. belum pun sempat maya melangkah pergi dari situ azroy segera memegang lengan kiri isterinya. "okay, sebelum kita pergi ke terowong bawah tanah tu aku nak tanya kau beberapa soalan...", azroy bersuara seraya memandang wajah isterinya. "soalan apa lagi bang?", soal maya ingin tahu. "macamana kau tahu bangunan ini ada terowong bawah tanah ar? apakah kau pernah berada di tempat ni sebelum ni?... apakah kau berasal dari tempat ni? aku tanya soalan ni sebab kau macam tahu saja tempat ni...", soal azroy bertubi tubi. maya diam. "maya kenapa kau diam, hah?... jawaplah pertanyaan aku ni...", bentak azroy. maya diam lagi. ini membuatkan azroy merasa marah. "jawap soalan aku, maya...", azroy mula menggenggam erat lengan kiri isterinya. "awwww.... sakitlah.... tolong lepaskan tangan maya...", maya bersuara sambil menyeringai kesakitan. "aku tak akan melepaskan tangan kau selagi kau tak jawap soalan aku tu....", kata azroy. "baiklah... baiklah... maya akan bagitahu abang jawapan bagi soalan abang tanya tu tapi tolonglah lepaskan tangan maya dulu...", maya bersuara dalam kesakitan. perlahan
lahan azroy melepaskan lengan kiri isterinya.

"sebenarnya maya berasal dari tempat ni sebab itulah maya tahu tempat ini...", balas maya perlahan lahan. "oh... jadi ini kota apa? kenapa kota ni seperti terkena serangan bom pula?", soal faiz. "sebenarnya ini kota daigon. kota ni di serang oleh puak agfa... untuk pengetahuan korang, korang kini berada di planet ferros....", terang maya dengan jujur. "apa?... planet ferros?.... jadi ini bukan planet bumi?", soal azroy cukup terkejut. faiz pun turut merasa terkejut. "ya.... ini bukan planet bumi... ini planet ferros yang terletak di galaksi aura... korang di culik ke planet kami sebab ada pihak yang ingin menjalankan eksperimen ke atas manusia seperti korang.... mereka ingin mengkaji tubuh manusia dan menjalankan eksperimen ke atas binatang di bumi. mengikut kajian mereka, binatang di bumi sangat sesuai untuk di jadikan makanan kami... sebab itulah korang nampak banyak binatang di bawa ke makmal utama tu tadi....", balas maya dengan jujur. "what the f*ck?.... jadi aku dan faiz ni di jadikan bahan uji kaji, begitu?", soal azroy cukup bengang. "ya....", balas maya sepatah. "oh.... shiitt!!!!!....", bentak azroy cukup marah. oleh kerana terlalu marah dia terus menumbuk dinding bangunan tersebut dengan buku limanya. Dengan sekali tumbuk saja dinding itu terus berlubang di buatnya. "woahhh!...", azroy merasa sungguh terkejut. dia tidak menyangka bahawa tangannya begitu kuat sekali sehingga menyebabkan dinding tersebut pecah berlubang seperti itu. faiz pun turut merasa terkejut. "what the hell?....", azroy memerhatikan kedua belah tangannya. dia betul betul terkejut dengan kekuatan tangannya itu. inilah kali pertama dia melihat tangannya memecahkan dinding bangunan yang besar sehingga berlubang seperti itu....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro