ASH 11
"kau rasa siapakah semua lembaga yang berpakaian seperti angkasawan tu ar?", soal faiz separuh berbisik. dia cuba melangkah menggunakan kedua belah kaki besinya. "entahlah... aku sendiri pun tak tahu siapa lembaga tu semua... yang aku tahu kita di tahan dalam bangunan ni...", balas azroy separuh berbisik. "apa apa pun aku merasa hairanlah... apasal mereka tahan kita dalam bangunan ni?... ini bangunan apa ar?", sekali lagi faiz berbisik. "kau tanya aku... aku nak tanya siapa pula?... aku bukannya tahu apa apa pun...", balas azroy separuh geram. faiz terdiam selepas itu. mereka meneruskan perjalanan di ruang koridor yang sunyi sepi itu. "aku rasa lebih baik kita cari maya dulu sebelum kita berambus dari sini...", bisik azroy ketika mereka sedang berjalan di ruang koridor yang sunyi sepi itu. "awak fikir maya kat mana sekarang?", bisik faiz di sebelahnya. "entahlah... saya berharap semoga kita dapat mencari maya dengan secepat mungkin...", balas azroy dengan pantas. perlahan lahan mereka melangkah menyusuri ruang koridor dengan penuh berhati hati. langkah kaki mereka terhenti sebaik saja azroy terpandang sesuatu di dalam bilik kecil yang mempunyai pintu berkaca itu.
dia lihat ada 10 lembaga sedang berdiri di dalam bilik yang luas itu. begitu banyak binatang berada dalam bilik tersebut. mereka sedang menebuk leher seekor kerbau dengan mesin khas yang ada di situ. si kerbau menggelupur kesakitan sebaik saja lehernya di tebuk dengan mesin tersebut. darah kerbau mengalir keluar dari lubang yang di tebuk. ianya di biarkan mengalir masuk ke dalam sebuah container khas yang ada di situ. sebaik saja darah kerbau itu habis, mereka melemparkan bangkai kerbau itu ke dalam tempat perapian yang terletak tidak jauh dari situ. selepas itu mereka mengambil binatang lain pula. satu demi satu leher binatang itu semua di tebuk. kemudian darah binatang tersebut di ambil. manakala bangkai binatang itu di buang ke dalam tempat perapian. begitulah nasib semua binatang lain yang ada di situ. tikus kecil pun mereka buat macam tu. sebaik saja semua kerja mereka selesai mereka mengambil gelas lalu memasukkan darah ke dalamnya. kaca kecil di hadapan penutup kepala mereka di buka lalu mereka sama sama meminum darah binatang yang baru saja mereka bunuh sebentar tadi. faiz dan azroy memerhatikan semuanya dengan perasaan yang terkejut. mereka tidak menyangka akan melihat semuanya itu. "mereka minum darah binatang lah.... aku rasa mereka ni bukan manusia biasa...", bisik azroy terkejut. "aku pun rasa macam tu juga...", bisik faiz di sebelahnya.
tiba tiba, "hey!....", kedengaran suatu suara bergema di situ. azroy segera mengalihkan perhatiannya ke arah datangnya suara itu. Begitu juga dengan faiz. Kelihatan beberapa lembaga sedang berlari menuju ke arah mereka. dengan sepantas kilat azroy dan faiz berlari meninggalkan tempat itu. "berhenti!!!!....", jerit salah seorang lembaga tersebut tapi azroy dan faiz tidak mengendahkan jeritan lembaga itu. mereka terus berlari dan terus berlari. ketika mereka sedang berlari itu tiba tiba saja azroy lihat ada seorang perempuan sedang berdiri dalam sebuah bilik yang terletak tidak jauh dari situ. langkah kaki azroy terhenti sebaik saja dia terpandang akan wajah perempuan tersebut. "maya?....", soal azroy terkejut. "abang!....", kedengaran perempuan itu memanggil namanya. memang sah itu ialah maya tapi azroy terkejut sebaik saja dia melihat perut isterinya yang besar dan bulat itu. setahunya maya belum besar perutnya semasa mereka kemalangan tempohari tapi kenapa sekarang perutnya besar bagaikan orang yang hamil 9 bulan pula?... apakah yang sebenarnya terjadi ni?... timbul persoalan itu di lubuk hatinya. "abang tolong selamatkan maya...", jerit maya sambil memukul mukul pintu berkaca itu. "kenapa kau terpinga pinga ni? cepatlah buka pintu tu...", kata faiz di sebelahnya tapi azroy masih juga terpinga pinga. dengan sepantas kilat faiz mengambil kad pas di tangan rakannya itu lalu di swipenya kad tersebut di dalam lock sistem pintu tersebut. dengan sekali swipe saja pintu itu terus terbuka dengan sendirinya. cepat cepat faiz menarik tangan maya supaya lari tinggalkan tempat tersebut. "cepat roy... mereka kejar kita tu...", kata faiz pada azroy. tangan lelaki tersebut turut di tariknya. bagaikan baru tersedar dari mimpi azroy pun terus berlari meninggalkan tempat itu.
mereka berlari dan terus berlari. "mari kita masuk ke dalam lif tu...", ajak faiz sebaik saja mereka lihat ada lif di situ. mereka segera berlari masuk ke dalam lif tersebut. semua lembaga yang mengejar mereka tidak dapat mengejar mereka lagi. lif yang mereka naiki mula bergerak ke bawah tanah. "maya... macamana perut awak tiba tiba besar macam orang mengandung ni?", soal azroy sebaik saja mereka berada dalam perut lif tersebut. dia memandang wajah isterinya dengan pandangan mata yang tidak senang. "memang maya mengandung bang... maya mengandung anak kita...", balas maya. "bohong... setahu aku isteri aku belum mengandung lagilah...", kata azroy mula merasa bengang. "maya cakap yang betul bang... maya mengandung anak abang... kenapa abang tak percaya cakap maya ni...", balas maya. "tidak... tidak... aku tak percaya cakap kau ni... jangan jangan kau menyamar menjadi maya supaya senang kau dan semua lembaga yang berpakaian angkasawan tu memerangkap kami...", kata azroy. "eh... aku bukannya menyamar... aku mayalah... isteri abang...", balas maya. "bohong...", balas azroy sepatah. "oh... sampai hati abang cakap yang maya ni berbohong... maya cakap yang betul... kalau abang tak percaya cakap maya ni, abang tengoklah cincin di jari manis maya ni... ini cincin pernikahan kita bang...", kata maya mula menangis. dia menunjukkan cincin emas yang masih tersemat kemas di jari manisnya.
azroy terdiam sebaik saja dia memerhatikan cincin tersebut. memang betul itu cincin pernikahan mereka. "roy, aku rasa maya cakap yang betul. mungkin betul dia hamil cuma perutnya tidak besar masa kita kemalangan hari tu. ini mungkin kerja semua lembaga lembaga pelik tu...", kata faiz setelah dia berfikir panjang. "maksud kau?", soal azroy kebingungan. "kau tengoklah kaki aku ni... tiba tiba saja bertukar menjadi kaki robot... dah tu pula perut maya tiba tiba saja memboyot macam perut orang yang hamil 9 bulan... ini tentu kerja semua lembaga lembaga pelik tu...", balas faiz. "tangan aku pun tiba tiba saja begitu kuat penangannya. Dulu tangan aku tak kuat pun bila tumbuk orang tapi bila aku tumbuk lembaga tu tadi terus pengsan dia kena tumbukan aku... thats really weird though....", kata azroy pula. "tidakkah kau rasa diorang ada buat sesuatu ke atas tubuh kita?...", soal faiz. mereka saling berbalas pandangan. "entahlah... whatever it is I dont really like it...", balas azroy dengan wajah yang tegang. mereka melangkah keluar dari dalam lif tersebut sebaik saja ianya terbuka luas. mereka kini berada di dalam sebuah terowong bawah tanah yang sangat kelam. perlahan lahan mereka mula melangkah menyusuri ruang terowong bawah tanah itu. langkah kaki mereka terhenti sebaik saja mereka melihat ada 2 buah terowong yang berlainan di situ. mereka tidak tahu ke mana mereka harus pergi....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro