7 KAMPUNG ²
Danny pandang Khairy, Khairy pandang Danial. Danial pandang Is. Sekarang Is pandang Nek Som depan mereka.
"Kenapa last minute Nek Som cakap.." Is menggelembung pipinya, tangan Nek Som diraih manja.
"Apa? Kau tak nak tolong? Buat apa aku ada cucu jantan melepak dekat rumah ni tapi tak nak buat kerje?" Nek Som angkat keningnya.
"Ala Nek Som, bukan tu masalahnya. Kitorang okey je kalau buat kerja pasang khemah apa semua untuk kenduri tu. Tapi, kenapa diorang perlu duduk sekali dalam rumah ni?" Is tunding jari dia dekat empat ketul manusia yang berdiri dekat ruang tamu sekarang. Wajah masing-masing semestinya membahang.
Qisha dan Ayu sudah menunduk malu, Diana tersenyum-senyum gedik. Lara? Dia bingung. Kenapa tak boleh duduk bersama?
"Rumah Nek Jihah dah penuh, tetamu pengantin jauh datang sampai tak ada bilik buat diorang. Rumah aku luas, jadi aku tolong kawan aku. Budak-budak ni diperlukan untuk hias pengantin. Kau ada masalah ke?" Soal Nek Som dengan gaya gangsternya. Bercekak pinggang orang tua itu sambil tatap Is tajam.
Is telan air liur.
Danial melihat Is yang sudah mati akal akhirnya bersuara.
"Kami lelaki Nek Som, kalau satu rumah ni orang kampung tak bising ke Nek Som? Maklumlah, diorang tu anak dara, satu bumbung pulak dengan kitorang." Jelas Danial akhirnya.
Belum sempat Nek Som membalas. Si Qisha menyampuk.
"Betul tu Nek Som, orang kampung boleh jadi salah faham. Tak apalah, kitorang pergi ke pekan jela, tanya mana-mana rumah tumpangan nak disewa. Nek Jihah tu memandai je susahkan Nek Som." Qisha bersuara berhati-hati.
Tapi siapa sangka mereka berempat akan berjumpa jejaka terkacak disitu!
Cucu Nek Som!? Dia mana pernah tahu!
"Orang kampung dah diberitahu tentang tu, tok imam kampung letak tanggungjawab dekat aku. Lagipun, tok imam dah kenal sangat diorang berempat ni. Kalau diorang berempat buat apa-apa kat kau semua, aku akan pastikan mereka bertanggungjawab." Tegas Nek Som berkata sambil menjeling Is dan yang lain sudah berpeluh dingin.
Mereka tahu, jika berbuat sesuatu dekat anak dara itu semua.
Orang kampung tak akan tinggal diam!
Jadi, mereka sekarang sudah diwarning! Mereka kini diperhatikan satu kampung!
"Sudah, engkau berempat masuk bilik dekat belakang. Nanti mandi, bekal baju. Aku tak nak tengok ada yang berkemban dalam rumah ni." Arah Nek Som memutuskan perkara tersebut.
"Te-terima kasih Nek Som." Qisha mewakili yang lain menunduk hormat Nek Som lalu membawa kawan-kawannya masuk ke bilik yang dijelaskan.
Sempat jugak memandang sekilas Danny yang lain. Mereka jelas terpaksa.
"Nek, kenapa tak cakap jiran sebelah buat kenduri?" Is merungut. Diluah jugak geramnya akhirnya.
"Kau buta ke? Tak nampak meja khemah semalam?" Meski cara Nek Som kasar, tapi dah memang gaya bahasa dia.
"Ny ingat meja lepak diorang, semalam ramai ingat tengok kitorang berlatih silat. Rupanya nak bersiap buat kenduri." Luah Danny. Ya, mereka ingat orang kampung datang tengok mereka bersilat saje-saje je.
"Memang pun ada yang datang tengok engkau semua bersilat, aku dah cakap kat Nek Jihah suruh tengok persembahan engko berempat malam tadi untuk dibuat kat majlis kenduri nanti. Sebab tu malam tadi ramai." Bangga Nek Some bercerita buatkan keempat pemuda itu menganga.
"Kenapa Nek Som tak bincang dengan kitorang!?" Is paling terkejut. Alih-alih datang kampung nak rehat, nak lepak. Jadi macam ni pulak!?
"Relaxlah, macamlah korang buat free." Ucap Nek Some selamba sambil tengok jari. Gaya tak bersalah lansung.
Danial tersengih dengan sikap spontan Nek Som. Makin lama kenal, makin terasa Nek Som ni lagi legend dari Is. Khairy pula dah ketuk dahi, Danny pasrah. Is? Jangan cakap, dia dah bersujud dekat kaki nek Som.
"Nek, Shad boleh buat apa sahaja untuk majlis kenduri tu. Tapi persembahan silat bukan gaya Shad Nek, Shad pelupa nek. Mana hafal bunga-bunga silat dalam masa singkat ni." Tangis Is memujuk.
"Ha?? Kau nak jadi cucu aku ke atau aku ambil anak-anak dara tadi jadi cucu aku?" Ugut Nek Som.
Mendengar itu, Danny dan yang lain tertawa lucu. Ada sahaja kerenah mereka nak buat lawak. Lawak Nek Som ni entah-entah menurun ke Is. Tu yang Is pun nakal sikit.
"Nekkk, Shad tak dapat hafal dalam satu malam." Luah Is kesedihan. Masih drama dekat kaki Nek Som.
"Takpelah Is, kita buat biasa je. Buat macam malam tadi." Danny memujuk. Sempat ditarik bahu Is.
"Takpe kan Nek? Kitorang buat macam malam tadi? Lawan silat je. Is ni lambat sikit nak ingat bunga-bunga seni silat." Pujuk Danial pula.
"Hmm, korang buat je korang mampu. Tapi, aku lebih suka korang main barang." Nek Som tersengih lebar.
Apalagi, meremang bulu roma mereka berempat.
"Okey Nek Som." Serentak mereka menjawab. Siap-siaplah asah parang pisau tu semua buat besok.
.
.
.
.
"Oh my god, kita satu bumbung!" Diana sedikit terjerit namun masih tertahan dari didengar orang luar bilik. Dia teruja!
"Tak menyesal aku ikut kau balik Qisha. Tak sangka jumpa diorang." Diana mengipas wajahnya. Panas-panas! Padahal bilik tu ada aircond. Even rumah kampung, keluarga Nek Som ni terpaling kaya. Luar rumah macam ala kampung, dalam? Gaya moden habis.
Qisha menghela nafas panjang. Satu-satu kawannya dilihat. Diana mundar mandir dengan senyuman tak lekang dari bibir dia. Tak habis-habis nama Danny disebutnya.
Manakala Si Ayu di katil sudah menahan wajahnya yang memerahnya sejak dari tadi. Malu sangat dah tu.
"Ayu, kau orait tak?" Tanya Qisha. Ayu nampak je cool, tapi kalau dah pandang empat mata dengan crush hati, mencairlah dia. Tak serupa dengan nama.
"Kau rasa Khairy pandang aku lain macam tak Qisha?" Ayu belek pakaian dia. Takut-takut dirinya di jugde diam-diam oleh Khairy. Even mereka satu kelas, dia dah lama pendam tak diberitahu sesiapa kecuali kawan-kawannya.
"Okey je." Qisha menghela nafas panjang. Pernah dia mengerling pandang Danial sekilas, jejaka itu sengaja melarikan pandangan darinya.
"Hai, dia pun sama." Qisha tersengih sendiri sambil memegang pipi kanannya. Manakala tangan kirinya berpeluk tubuh.
"Korang, aku mandi dulu ya?" Lara yang dah selesai buka contact lens dan tudungnya, sudah berencana hendak mandi awal dari mereka.
Ketiga-tiga mereka menoleh menatapnya lama. Lara tersenyum janggal. Dah kenapa pandang dia macam tak pakai baju je?
"Ko.."
Belum sempat dia bersuara, ketiga-tiga mereka meluru serentak. Naik takut Lara dibuatnya, macam nak terkam orang je!
"Ni kesempatan kau Lara, satu malam je kita dekat sini." Qisha pegang bahu Lara.
"Masa nilah kau kena cakap dengan dia. Dalam kelas tak dapat borak panjang sebab dia sengaja tukar tempat dah sekarang." Diana ikut menyokong.
"Kau kena borak dengan dia." Ayu berharap.
Lara tersenyum takut. Mereka terlalu berharap!
"A-Aku cuba." Lara juga hendak bertanyakan sesuatu pada Is. Ya, kali ni dia harus selesaikannya. Penyesalannya harus dibetulkan dan dibaiki!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro