Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

5 KAMPUNG

Lampu isyarat memberi peluang untuk berhenti. Keempat motor besar kini sedang berbaris. Lama jugak tunggu sampai Si Danny sempat mengusik Is disebelah.

Is tak puas hati layan seekor je, di perdajalkan pulak Khairy disebelahnya.

"Nak makan ni?" Khairy angkat kakinya bila Is gatal pulak nak mengusiknya.

"Mai la!" Jerit Is tergelak.

Sekali Khairy angkat kaki nak tendang Is, Is buat serangan dulu. Ditolaknya Khairy guna tangan buat si jejaka itu terkejut dan tak sempat elak.

Buk!

Tubuh berlanggar tubuh. Sekarang yang cium lantai ialah Danial di hujung sekali. Danny mengekek ketawa, siap rekod video lagi.

Is terus pandang depan. Buat-buat bukan salah dia.

Khairy dah peluh dingin.

Gear terus dimasukkan.

"Aaaa bukan aku!" Khairy terus potong lampu isyarat merah bila tiada kenderaan lain. Tak nak dengar ceramah Danial!

Is telan air liur. Khairy dah menjauh. Bayang Khairy juga menghilang jauh. Ah sudah.

"Kita tunggu sampai kampung ya Is." Ucap Danial lembut. Motornya selamat diangkat. Lama kepalanya terteleng ke arah Is.

"Aaaa.."

Tak sempat nak cakap, lampu isyarat sudah pun menghijau. Danial gerak dahulu baru diikuti Danny. Is garu kepala tapi dia garu helmet.

Tanpa sedar, setiap kereta yang berada di belakang menjadi saksi sandiwara mereka itu tertawa lucu. Seakan melihat drama petang tak bertauliah.

"Masak-masak."

.
.
.
.
.

Is mengelembung mulutnya. Leteran dan ceramah Danial kali ni betul-betul menusuk hati. Danny dan Khairy yang terlihat jauh tertawa kerana berjaya mengelak. Danny yang mulakan, dia yang kena.

"Dah kenapa muka kau macam ikan buntal tersedak dah ni?" Pertanyaan dari nek Som buatkan Is semakin kecewa.

"Shad bukan buntal nek! Huaaaaa!" Is merengek manja sambil peluk neneknya itu. Apalagi, tergelak besar orang tua itu.

"Dah dah, jom jamu cekodok pisang ni. Sedop makan petang-petang." Nek Som bawak sepinggan cekodok. Is terliur, dia menolong juga membawa teh teko.

Mereka duduk di beranda luar rumah. Angin sepoi-sepoi petang menaikkan lagi orama selera mereka.

"Wah, nek Som masak cekodok pisang?" Danny tersenyum teruja.

"Ya, dengar korang nak datang ni bersemangat pulak aku nak masaknya." Ucap Nek Som puas hati.

"Nek Som susah-susah je. Kitorang pun ada beli tadi cucur pisang ni." Khairy letak seplastik cucur pisang dibeli mereka masa masuk kampung tadi.

"Eh takpe, bukan selalu anak-anak bujang datang sini. Ramai pulak kali ni." Nek Som menjamah cucur pisang dahulu. Maklumlah, itu kesukaannya. Pandai betul anak-anak muda itu memikatnya.

"Nek Som, nanti malam kami nak guna lapangan depan rumah Nek Som boleh?" Danial mengutarakan niat mereka. Meminta izin terlebih dahulu.

"Shad cakap korang nak berlatih silat kan? Ha silakan. Aku dah sedia parang belati pisau dekat stor bawah rumah tu."

"Ye ke? Alhamdulillah, tak payah beli." Danny mengucap syukur. Danial tersenyum lebar bila Nek Som lebih memahami mereka tanpa disangka.

"Nek Som nak tengok?" Tanya Is.

"Mestilah, aku rindu jugak arwah atok kau dulu buat silat depan rumah ni dengan bapak kau. Sekarang kau dah ada ni, sempat jugak aku nak tengok." Luah Nek Som suka.

"Hehehe, yang ni pertunjukan menarik Nek Som, Shad lawan diorang ni." Bangga Is mendabik dada siap tunding tiga lawan dihadapannya.

Danial tersenyum sahaja.

"Jangan kasar sangat kat aku, aku baru belajar lagi." Khairy berucap perlahan. Risau Is tebas dia.

"Mana ada orang kesian kat lawan?" Is tersengih jahat.

"Takpe, aku boleh backup kau Ry." Danny tersengih sinis.

Is tak sahut, perlawanan dia dengan Danny sering dikatakan seimbang.

.....

Di tempat lain pula.

Seorang gadis cantik melalui lorong gelap. Dia ketika itu menyesal berjalan kaki dari pintu utama universiti hendak ke rumah sewa.

Jalan pintas menjadi pilihan. Tapi tidak disangka kini dia diekori.

Dub dab dub dab dub dab.

Lara mempercepatkan langkah. Dia betul-betul ketakutan. Disedari tadi, ada orang yang mengikuti dari belakang. Wajahnya tidak terlihat, berhoodie hitam yang sangat misteri.

Perjalanan terasa jauh itu buatkan dia gelisah. Lorong gelap yang belum menampakkan sinar cahaya dari luar bangunan masih tidak terlihat.

Dari berjalan, akhirnya Lara memutuskan untuk berlari.

Tanpa disangka, kini si pengikut ikut mengejar. Debaran di dadanya semakin sesak dirasakan.

Lara mengeluarkan sesuatu dari dalam poket sambil meneruskan lariannya.

Saat terlihat sebuah cahaya di hujung lorong, Lara kelegaan. Namun, belum sempat dia keluar. Pinggangnya ditarik kuat, menyebabkan dia kini dalam pelukan si pengejar.

"Lepas!" Marah Lara, berkali-kali menolak tubuh lelaki itu. Lupa seketika senjatanya di tangan.

"Le..UHM! Uhgmm!" Tidak terdengar suaranya bila ditekup.

Lelaki! Dia mengena topeng mulut. Ketawa disebalik topengnya macam orang gila!

"Dapat jugak kau ni.." Ujarnya lalu dengan selamba merapatkan tubuhnya dengan Lara. Dia menarik topeng dan mencium kasar leher jinjang Lara selepas itu.

Merasakan dirinya terasa akan diperkosa, Lara ketakutan sampai menggigil.

"Kau terlalu cantik Lara. Terutama rambut kau, cantik sangat..." Ucapnya penuh emosi dan nafsu. Lelaki itu mengetatkan pelukan dan ciumannya di leher Lara. Nafas kasar dilepaskan buatkan Lara ketakutan teramat.

Lara cuba memukul belakang lelaki tersebut. Namun kudratnya bukanlah setanding dengan lelaki tersebut.

Teringat dengan senjata di tangan, lekas Lara menutup matanya.

Tangan dibawa ke hadapan, lalu dia menyemburkannya!

"ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!"

Lelaki itu terduduk ke lantai, melihat peluang itu Lara terus buka langkah seribu. Tidak sempat melihat wajah lelaki tersebut. Spray cili digenggam erat. Air matanya mengalir diseka kasar.

Lariannya yang kencang akhirnya berjaya buatkan dia sampai kerumah.

Pintu rumah sewanya dibuka cepat dan melihat-lihat ke belakang jika lelaki itu masih mengejarnya.

Sebaik berjaya masuk ke dalam dia akhirnya mampu bernafas lega.

"Kau kenapa Lara, macam baru jumpa hantu." Usik Ayu yang ketika itu diruang tamu.

Melihat wajah Ayu, akhirnya Lara menangis teresak-esak. Ayu kepanikan lantas menenangkan Lara.

Setelah menceritakan pengalaman tadi, Ayu bertindak menghubungi security. Meminta dia melihat keadaan di luar rumah sewa mereka.

"Dah, kau pergi mandi dulu okey.."

Lara mengangguk dengan pujukan Ayu.

.
.

"Kau terlalu cantik Lara. Terutama rambut kau, cantik sangat."

Terngiang-ngiang suara lelaki tak dikenali itu menampar kembali kotak memorinya.

Lara menatap dirinya di hadapan cermin. Dia tahu, ramai memuji kecantikan alaminya. Bermata biru, berambut perang aslinya bukanlah satu kebanggaan. Malah sejak dari kecil, dia terasa diperhatikan. Dia trauma dengan pandangan orang.

Tapi, tidak disangka kini menjadi lagi. Dia tahu, ia takkan berhenti. Dari sekolah rendah, sekolah menengah sehingga sekarang. Mesti diekori.

"Ni semua sebab rambut tak guna ni." Luahnya benci. Gunting di tangan sudah bersedia hendak memotong rambutnya bila-bila masa.

Namun, sebaik dia hendak mengguntingnya. Dia tiba-tiba teringat sesuatu.

Ya, sesuatu. Sesuatu kenangan berharga.

"Shad, kenapa perempuan muslim pakai tudung?"

"Sebab diorang jaga aurat diorang."

"Aurat tu aku fahamlah dari segi agama kau, boleh dapat dosa. Sama macam sister dekat kuil kami. Tapi dari segi logiknya kenapa kena tutup?"

"Dia macam jaga diri sendiri dari pandangan para lelaki. Rambut kau cantik, sayang tak ditutup sebab kau bukan Islam. Mata orang ni bermacam niat. Boleh jadi bahaya dan jahat. Sebab tu kalau kau tengok perempuan muslim pakai tudung, mereka tak nak perkara bahaya berlaku ke atas mereka."

Gunting diturunkan, Lara menghela nafas panjang. Sejak dari dulu, ayat-ayat Is sentiasa memujuknya. Sebelum terjadinya perkara itu, Is sangat baik terhadapnya. Is berkawan rapat dengan Zul. Is selalu membuka matanya. Lain yang dia suka, lain yang datang. Dia kecewa bukan Is yang meluah rasa hati. Sebab itu dia berkata teruk dengan Zul.

"Kalau aku tak cakap kasar dengan Zul, Shad mesti masih layan aku macam dulu." Gumamnya sedih.

'Apa khabar Zul sekarang agaknya? Aku nak mintak maaf kat dia.' Lara masih dalam kekesalan yang tak pernah hilang lagi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro