4 ZUL
"ARSHAD!"
Arshad Iskandar atau dinamakan sebagai Is. Menoleh kepalanya menatap si sahabat yang menghampiri.
Zul dilihat dihampiri dengan riak wajahnya jelas menunjukkan wajah gembira.
"Woah, mimpi apa kau senyum macam biawak ni?" Usik Is tersengih-sengih.
"Shad, aku dah buat keputusan." Zul bernafas termengah-mengah, dia bercekak pinggang selepas itu menatap yakin ke arah Is.
"Apa tu?" Is fokuskan perhatiannya pada Zul. Bola ditangan diletakkan di atas tanah padang.
"Aku nak confess sebelum kita menduduki peperiksaan ni." Zul hembus nafas dengan lubang hidungnya. Jelas dia puas setelah memberitahu niatnya.
"Kau cakap apa?" Is terkejut.
"Aku nak confess. Dekat Lara." Zul bersama wajah yakin.
"Aku tak rasa tu keputusan bagus." Is tak yakin.
"Rilexlah, aku tak rasa dia akan tolak." Zul tersengih-sengih.
"Kenapa pulak macam tu?" Is pelik.
"Sebab parents diakan best friend kat parents aku. Mesti dia setuju sebab tiada pilihan lain."
Is menganga.
"Merepek apa kau ni, hati dan perasaan dia kau letak mana? Aku tak yakin weh. Tak payahlah, kau pendam je niat kau." Jelas Is. Bukan masalah parents mereka best friends, tapi masalahnya terletak dekat pangkat parents Zul dan agama mereka.
"Hm, kalau kena reject pun kau kan ada." Kali ni Zul bernada perlahan, siap senyum paksa lagi tu.
Is menggeleng.
"Kenapa sekarang kau nak confess dekat dia?"
"Sebab aku dah tak tahan." Luah Zul akhirnya.
Is diam.
"Ikutlah. Tapi kalau kau kena reject, cari aku. Aku sedia tisu banyak-banyak." Sempat lagi Is sakat.
Zul gelak. Sempat lagi Is hiburkan dia.
.
.
.
.
"Kau pekak ke? Aku cakap aku tak suka kau. Sedar dirilah, bapak kau tu bekerja bawah bapak aku. Tak hingin aku."
Zul tergamam. Depan orang ramai, Lara berani menolaknya. Tapi bukan sebab dia malu dengan keadaan sekelilingnya, tapi dia sakit mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Lara.
"Woi!"
Naik tersentak kesemua yang ada dekat sana.
"Syad.." Lara tertelan air liur terasa pahit.
"Kau boleh hina kawan aku, tapi jangan hina family dia! Kau ingat kau bagus sangat!? Seluar dalam kau pun mak bapak kau beli!" Marah Is.
Terus dia dapatkan Zul yang masih mematung tegak.
"Eh Syad, saya tak ber.."
"Eh kau diam! Aku tak suka perempuan jalang macam kau!"
Lara dilihat terkesima.
Zul pergi dari situ ditarik oleh Is. Lantaklah apa jadi, buat apa dia peduli dengan perempuan yang telah menyakiti hati si sahabat.
.
.
.
.
.
Is meminum air tinnya. Setelah memujuk Zul semalam, sahabatnya itu kembali ceria seperti biasa.
Baru sahaja hendak kembali masuk ke padang, namanya dipanggil seseorang.
"Syad.."
Is menoleh. Lara datang dengan wajah serba salahnya.
Is malas peduli, meneruskan langkahnya ke padang. Ketat wajahnya jelas masih tidak menyukai Lara.
"Tunggu." Tanpa disangka, tangannya ditarik oleh Lara.
"Eh blahlah!" Marah Is bengang.
"Syad, saya mintak maaf. Sumpah saya tak berniat macam tu." Rayu Lara berkali-kali.
"Eh, kau dah malukan kawan aku, kau mintak maaf pulak dekat aku? Kau ni betul ke tak?" Is tepis tangan dia dari disentuh Lara.
"Saya buat macam tu ada sebab Syad."
"Hah? Sebab? Dengan kutuk family dia? Kau tahu tindakan kau tu kurang ajar!" Is tunding jari tepat hidung Lara.
"Ya, saya tahu saya salah. Tapi ni satu-satunya saya elak bercinta dari dia sebab saya suka dengan orang lain."
Is mencebik.
"Suka hati kaulah." Is hendak pergi. Tapi sekali lagi, tangannya ditarik dari belakang.
"Eh kau ni.." Baru sahaja hendak menghambur marah, kata-kata Lara buatkan Is tergamam.
"Saya suka awak Syad. Sebab tu, saya tolak dia."
Bukan itu yang yang mengejutkan, tapi kehadiran Zul di belakang Lara.
Zul terlihat tergamam. Kasut bola ditangan Zul jatuh ke tanah. Kepalanya menggeleng-geleng tidak percaya mendengar apa yang terjadi di saat itu
"Tak Zul, ni bukan seperti yang kau dengar. Zul, Zul, Zul!"
Zul menjauh. Menjauh pergi.
"Zul!"
Is bangun mendadak. Nafasnya berombak turun naik, sesekali dia terasa bagai sukar bernafas sampaikan terbatuk-batuk seketika. Semput nafasnya mencari udara. Peluh di badannya membasahi baju miliknya saat ini dilihat penat. Macam tengah berlari. Ya, dia berlari mengejar...
"Allahuakbar.." Dengan lekas, dia terus meraup wajahnya. Wajah si arwah sahabat kembali hadir. Mimpi yang terakhir bukanlah ingatan sebenarnya, ia mainan mimpi. Ya, dia tahu itu mainan mimpi. Zul masih bersahabat dengannya ketika di bangku sekolah menengah lagi. Mereka masih bersama.
Tapi, mimpi yang terakhir itu bukanlah perkara menyenangkan. Mimpi itu berulang-ulang, seakan sengaja memberitahunya sesuatu.
"Kau nak beritahu apa Zul? Kau nak aku maafkan dia ke apa? Aku tak fahamlah.." Is kembali baring. Dia penat!
PAP!
Terkejut beruk Is, terasa bontotnya ditepuk dari arah belakang. Terus dia bangun dari baringnya.
"Kau bila nak siap? Dekat zuhur dah ni. Cakap nak balik kampung?" Danny bercekak pinggang. Kerutan di dahi licin ya jelas berlipat lipat.
"Ha?"
Is toleh pandang Danial di katil sebelah. Lah, mamat tu pun masih belum bangun. Khairy pulak tengah sedap lukis apa entah dekat muka Danial.
"Permanent ke Ry?" Tanya Is sambil bangun dari katil. Menghampiri Khairy bersama tuala di tangan.
"Whiteboard la." Khairy tersengih.
Is ikut tersengih jahat. Baru nak capai marker di tangan Khairy, Danny muncul sebelah.
"Jahatnya korang.." Danny menggeleng kepalanya.
Is berkerut.
"Dua kali lima sama je kau." Is perasan ada marker di tangan Danny, siap dah lukis misai lagi kat muka Danial. Danny tersengih-sengih senang.
"Lek lu, jarang pak ustaz kita bangun lewat ni. Dia yang janji sangat bangun awal." Danny tersenyum jahat sambil menconteng muka Danial diikuti Khairy.
Is menggeleng. Dia tak jadi join.. Dia nak mandi. Kalau semua gila, dia akan jadi normal.
Dari dalam bilik air, terdengar jeritan syahdu dari luar. Is tahu, itu suara Danial yang kini meratapi wajahnya serupa lanun.
Terdengar jugak Danial maki hamun dengan kasar pakej ceramah sekali tu. Ha, bernanahla telinga korang. Is mandi dengan malasnya nak tahu keadaan luar. Rambut yang berbuih dibilas bersih.
Dia masih kejadian mimpinya.
Lara, tak pernah confess dekat dia. Pada mulanya, mimpi itu berupa bentuk ingatan, tapi lama kelamaan ia menjadi mainan mimpi pulak buatnya. Ya, dia ingat dia pernah memaki Lara di khalayak ramai. Ya, itu kali terakhir dia bersemuka dengan Lara.
"Takkanlah sejak Lara pindah sini, aku mula dapat mimpi pelik-pelik?" Soalnya sendiri kebingungan.
BUK! BUK! BUK! BUK!
"LAMA LAGI KE KAU DALAM TU IS!?" Suara Danny menjerit di luar bilik air.
"Kejaplah.." Jerit Is bengang.
"KAU MAIN SABUN KE BUAT SABUN HAH!?"
Is termalu. Ni kalau jiran sebelah dengar, kena gelak dia.
"Tak guna punya mangkuk.." Gumam Is akhirnya. Sengaja member ni.
"AKU TENGAH BUAT SABUN NI! KAU RILEX KAT LUAR TU! NANTI AKU PASS KAT KAU. AKU TAHU KAU NAK MAIN SABUN!"
Ambik kau! Is mengekek ketawa bila dapat kenakan Danny balik.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro