Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

3 LARA

Senyuman tipis disua sedih, jelas dia kecewa Is lansung tidak ingat akan dia. Sumpah kecewa.

Kenyataan yang keluar dari mulut Lara buatkan ketiga anak dara itu ternganga. Tidak percaya. Tapi itulah hakikatnya. Jika ia benar, memang betul Is tak kenal.

"Wah, kau satu sekolah dengan dia ke dulu?" Soal Ayu terkejut.

Lara mengangguk sambil tersenyum pahit.

"Dia memang tak ingat aku, walaupun aku dah intro depan kelas semalam." Lara menggeleng kecewa. Dia memakan makanannya yang terasa hambar. Hilang seleranya.

"Kau, masih suka dia ke sekarang?" Tanya Qisha nak tahu.

Lara tersenyum lagi.

"Ya. Hari pertama jumpa dia, aku menyesal aku menjerit marah kat dia. Entah-entah dia tak suka aku sekarang." Lara pegang kedua pipinya. Merasa kesal dengan diri sendiri.

Ayu, Diana dan Qisha saling berpandangan.

"Kau nak kitorang tolong bagitau tak?" Ucap Ayu.

Lara menggeleng laju.

"Tak perlu. Aku rasa, biar aku sendiri yang buat dia sedar." Lara bertekad. Walau macam mana sekalipun, dia akan try jujur dengan Is.

"Aku rasa tak mudah weh." Diana potong semangat Lara. Lara berkerut hairan.

"Kenapa?"

"Sebab, bukan kau sorang je berusaha nak borak dan dekat dengan dia." Tambah Qisha sambil menjuih bibirnya ke arah tempat Is.

Kepala mereka semua bergerak melihat. Bukan mereka sahaja, ada juga kumpulan dari meja lain juga ikut melihat.

Ada sekumpulan gadis senior mungkin, kini berdiri di hadapan meja Danny dan yang lain.

.
.
.
.

Is menghela nafas penat. Kertas nombor telefon diserahkan padanya ditolak pada Khairy disebelah. Khairy pula tolak pada Danial, Danial tolak pula pada Danny.

Akhirnya, jumpa si hati batu Danny dengan selambanya meletak kertas nombor itu ke sisi dan kembali pada pemiliknya. Sengaja main pusing satu table..

"Kami tak pergi club kak, nanti mak marah. Sorry." Khairy menolak baik dan menyindir pedas. Tapi tidak dipandang gadis tersebut. Main henfon.

"Ala, bukan selalu korang keluar lepak kan? Kitorang belanja, macam mana?" Ujar si gadis berambut pendek sampai bahu itu, menggeletis macam ulat bulu.

"Pekak ke? Kitorang tak keluar pergi tempat macam tu. Kalau diajak ke majlis agama takpe jugak." Danny menggeleng kepala, diminum kopi suam dengan rimas.

Kata-katanya tadi tidak sedar telah tepat menikam tepat kepala otak para perempuan tersebut.

"Ala Danny, kalau tak nak pergi club kita karok. Macam mana?" Si gadis lain pula bersuara memujuk. Susah betul nak goda junior- junior kacak itu.

"Wahai kakak-kakak yang manis lagi cantik semua. Saya rasa baik awak semua mengalah, kami tak nak keluar dengan wanita bukan muhrim kami. Berdosa." Danial tersenyum manis mengingatkan.

"Dan lagi satu, kitorang suka perempuan bertudung dan jaga batas dia." Is berpeluk tubuh sambil tersengih sinis. Memang kena tepat batang hidung diorang.

Apalagi, semua pergi dengan kesal dan malu. Memang susah nak diajak keluar. Bukan diorang tak pernah contact, mesti kena block.

"Koranglah ni, hensem sangat. Dengan aku-aku pun sangkut." Bebel Is buat ketiga-tiga mereka tercengang. Masih tak sedar diri rupanya.

"Makan ni." Khairy terus sumbat sepotong roti dalam mulut Is yang tak berhenti merepek. Kalau membebel-bebel pasal perempuan tadi tak pe jugak, ni diorang yang kena tempiasnya.

"Uhurk-uhurk." Is terbatuk-batuk. Semua buat muka tak peduli. Mati kau sorang kat situ.

"Minggu ni rasa nak balik kampung je, nak berlatih silat." Danny meluah rasa hati.

"Nak ikut!" Serentak Khairy dan Danial bersuara. Bersemangat pulak tu.

Is meletakkan roti disumbat tadi ke pinggan.

"Eh eh, kau mana ada kampung, tu kampung aku." Bidas Is buat Danny tersengih. Ada aku kisah?

"Yela, kampung kau kampung aku jugak. Nek Som tu pun dah jadi nenek aku. Hehehe."

"Hmph, balik pakai apa? Kereta kau Ameer pakai." Jelas Is mengenai sepupu Danny yang baru balik Malaysia.

"Eh haahlah." Danny terlupa.

Masing-masing diam. Memikirkan cara.

"Kita ride macam mana?" Cadang Danial. Lagipun mereka tak pernah ride sama-sama. Dia dengan Khairy pun dah ada moto Kawasaki Ninja. Manakala Is dan Danny pula Ducati.

"Keno!" Khairy setuju. Memetik jarinya suka.

Danial dan Is sengih sambil menjeling. Dalam kepala otak masing-masing membayangkan mereka tengah berlumba.

"Mula dah tu." Danial geleng kepala dengan dua ekor itu. Khairy sekadar tersenyum, bukan selalu ye dok?

Tanpa sadar, kelakuan mereka dan gerak geri mereka sedari tadi diperhati ramai orang. Dari lelaki mahupun wanita. Mempunyai motif tertentu masing-masing. Ada yang busuk hati, ada juga yang menaruh hati. Tapi mereka berempat itu, sukar untuk ditumpas imannya..

"Mereka masih ceria dan berlagak biasa lepas perempuan-perempuan tadi paksa mereka." Ayu tersenyum kagum.

"Paksa mereka?" Lara tak faham.

"Dalam erti kata lain, mereka tu banyak orang minat sampaikan senior sem empat pun datang. Kalau kau nak try salah seorang dari mereka, kau kena hadap si senior Syuhada course programmer. Dia suka Khairy. Si senior Natasha dari course business suka Danial. Yang tadi, Qistina dari course kulinari suka Danny." Qisha berhenti sejenak.

"Arshad?" Lara hendak tahu.

"Miss Rehan dan anak dia dari course business, Maizura senior sem 3."

Lara tersentak. Miss?

"Guru kelas kita?" Lara terhenyak.

"Miss Rehan nampak je macam tu, tapi dia tu mata duitan. Bonus dia bila dapat tahu anak dara dia suka Is, jadi dia sengaja pilih Is sebagai ketua kelas supaya kalau ada kerja melibatkan ketua, dia mintak Si Zura anak dia berduaan dekat office dia. Nampak tak kat situ?" Bisik Qisha.

"Kitorang tahu sangat dah taktik si Miss tu." Tambah Diana.

"Aku ingat Miss tu kesayangan korang?" Lara kepelikan. Tengok gaya Is buat flying kiss dalam kelas tadi pun dah tahu.

"Pelajar lelaki je, pelajar perempuan tak minat." Jawab Qisha mencebik.

"Jadi, aku harap kau berhati-hatilah nak pikat Is balik. Jangan dibuat depan diorang, nanti tak pasal-pasal markah PB kau tetiba kena drop sengaja."

Lara mengangguk.

"Thanks korang." Lara tersenyum manis dengan bantuan baik kawan-kawannya.

"Tapi kan Lara, kau tu bukan Islam. Okey ke?" Tanya Ayu ingin tahu.

Lara tersenyum pahit.

"Sebab ini jugak salah satu buat dia tak suka aku kat zaman sekolah rendah dulu."

.
.
.
.

Wajah diraup hiba. Sayu hati masih membelenggu. Dia kebingungan meski sudah usai solat.

"Kalau boleh, aku nak abaikan dia. Aku tak nak dia kenal aku. Aku cuma berharap dia tak wujud lagi."

Is tahu dia adalah perempuan itu. Tahu sangat. Tapi kenapa sekarang?

"Ya Allah Zul, takdir apa ni?" Is mencapai Al-Quran disebelahnya. Sebolehnya, dia berharap dengan membaca Al-Quran dia boleh tenang.

Danial melihat jam di pergelangan tangan, matanya sedikit kuyu digagahi buka. Telinganya jelas mendengar rintih seseorang tidak lain tidak bukan Is.

Jam 3 Pagi.

Suara Is yang mengaji mengoyakkan senyum Danial di katil. Damai dan tenteram.

"Kenapa kau tak bangunkan aku? Kau nak buat pahala lebih tak ajak pun." Danial bersuara tiba-tiba buatkan Is terhenti bacaannya.

Is tersengih.

"Sorry, aku lupa." Luah Is jujur.

Danial menguap, dia bangun dari katil dan menghampiri Is yang menyelak halaman sebelah.

"Doa kau tu.."

Is tersenyum pendek.

"Sahabat pertama aku, arwah Zul." Is mendongak. Jelas saat ini, matanya masih sembab itu tidak mampu disembunyikan.

"Apa kata kita sedekahkan bacaan Al-Quran kita pagi ni untuk dia?" Cadang Danial.

"Ada ke?"

"Ada, berdasarkan niat kita untuk dia." Danial keluar dari bilik. Hendak membersihkan diri dan mengambil wudhu.

Is menatap Al-Quran lagi. Senyuman dikoyakkan tipis. Dia gembira Danial ikut membantunya.

"Aku harap kau terima segala bacaan aku Zul. Maafkan aku ya.."


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro