2 LUPA
"Ha!"
Terjatuh tasbih di tangan, Danial yang ketika itu sedang solat sunat pagi buta terganggu. Kepalanya terus menoleh ke arah Is yang terduduk dari baringnya. Pemuda itu bernafas tidak teratur. Bersama wajah terkejut itu fahamlah Danial Is mengalami mimpi ngeri. Dia bangkit dari sejadah menghampiri katil Is.
"Is, kau okey?"
Tersentak Is dari teguran Danial di sebelahnya. Seketika, wajahnya berpaling menatap Danial yang bersih bersongkok. Terus Is menggelembung mulutnya.
"Asal kau tak ajak aku solat bro? Jealous la aku kau sorang dapat pahala lebih." Rungut Is buatkan Danial tercengang. Mendapat pula dia pergi tegur, tak pasal-pasal Is merajuk tiba-tiba.
"Lah, semalam kau dengan Khairy ada friendmatch bola, aku tak naklah ganggu penat kau." Danial menggeleng kepala. Dibiarkan Is yang sudah berura-ura hendak bangun dan berlalu ke tandas. Pelik dia bila rasa Is tak mamai lansung. Jarang pulak Is jadi waras terus lepas bangun tido.
Jam di pergelangan dilihat, sudah hampir masuk waktu subuh. Al-Quran yang di atas rehal dicapai dan di alih ke meja belajarnya. Tadi dia membaca Al-Quran, hatinya sedikit tenang.
"Nial, kau dah gerak sekali Dani dan Khairy? Boleh solat berjemaah kat surau." Ajak Is tiba-tiba muncul di pintu bilik, rambutnya basah serta tubuhnya berbau wangi itu jelas baru selesai mandi.
"Ye, yang kau tu okey tak? Dua malam ni kau asyik mengigau. Mimpi apa teruk sangat tu?" Tanya Danial hendak tahu.
Is terkebil-kebil. Cicak tokek yang di dinding katil ditenung dalam-dalam. Cuba mengingati mimpinya.
"Aku..."
Danial menunggu sabar.
"Aku..Mimpi...."
Danial tak membalas. Masih setia menatap Is berdiri tegak macam patung batu.
"Aku mimpi yang tu..eh jap, sejak bila cicak tokek tu ada bilik kita?"
Danial tarik nafas, Is tukar topik. Entah mengelak atau tak ingat.
"Masuk dari tingkap katil kau kot. Kau tak ingat mimpi kau ke? Aku tak paksa kau ingat." Danial hendak keluar dari bilik. Setelah lenyap tubuh itu dari pandangan Is, dia kembali toleh cicak tokek tersebut. Dia ingat mimpinya. Hanya teringat wajah itu.
"Zul.."
.
.
.
.
Surau Universiti teknologi Malaysia selesai menyempurnakan solat subuh, seperti biasa mereka berempat pasti keluar melepak bersarapan sebelum balik rumah sewa mereka.
Ya, sejak sambung belajar ni mereka cuba untuk bertambah matang. Khairy berubah hendak jadi lebih baik, zaman dulunya seorang kaki perempuan. Sejak berkawan dengan Danny dia banyak berubah. Danial pula, semakin kuat dengan agama, sering menghadiri majlis atau acara keagamaan.
Danny pula ingin menjalani kehidupannya seperti biasa, yela diakan watak utama dalam cerita housemate aku hantu sebelum ni. Kenelah rehat..ye dok? Is pun tak bawak lawak hambar dia lagi, cuma gila sikit dan behave. Tapi nakalnya masih bersisa. Apa yang penting, Is kini lebih matured. Maklumlah, dia watak utama kali ni.
Saat keluar dari surau, bertembung pula pelajar junior perempuan semester pertama. Mungkin course lain. Tersipu-sipu mereka saat mereka saling bertatapan. Selepas itu, mereka cepat-cepat berlari macam lipas kudungnya.
Dengan gaya telekung putih berkibar macam hantu tengah terbang tu comfirm boleh buat orang sakit jantung mana yang terserempak.
"Dah kenapa malu macam terputus urat saraf pulak tu?" Soal Is naik tercengang. Danny menggeleng kepala, Is ni memang merendah diri. Jarang jumpa mamat kacak tapi tak sedar diri dia kacak.
"Biarlah diorang, ni aku nak tanya kau satu benda ni." Danny pegang bahu Is. Mereka berjalan seiring. Khairy dan Danial di depan saling berborak apa entah.
"Apa dia?" Is menyoal pelik.
"Danial cakap, sejak dua hari ni kau mengigau teruk. Kau mimpi apa?" Prihatin Danny bertanya.
Is terkesima. Dia tak sangka kawan-kawannya merisaukan dia sebegitu rupa.
"Aku..."
Khairy menoleh, Danial pasang telinga.
"Aku termimpi aweks." Luah Is jujur akhirnya. Melongo ketiga-tiga pemuda itu setelah mendengar Is berkata sedemikian. Tak jangka itu keluar dari mulut Is.
"Kau mimpi basah ke bro!"
"Otak kau!"
Khairy ni memang, nak kena balun jugak. Is berpeluk tubuh, matanya menatap langit yang masih belum sinar dengan cahaya matahari.
"Aku lupa-lupa ingat." Is keliru.
.
.
.
.
.
.
Mereka berempat ambil berbeza kursus. Is dengan Khairy dalam bidang business yang sama. Danial kulinari dan Danny dalam bidang programmer. Minat barang-barang komputer katanya. Masing-masing ada tanggungjawab dan minat dalam bidang yang diceburi.
Lara memerhati sahaja keempat-empat pemuda kacak itu dari jauh. Bukan Danny menjadi tatapan, bukan Danial yang dilihat, bukan juga Khairy. Tapi Is.
"Arshad Iskandar..." Ucapnya perlahan.
Is dari jauh terbersin. Lepastu sambung borak.
"Kenapa dengan dia?"
Lara menoleh sebelah, kawan pertamanya di universiti tersebut. Ayu si tudung litup tersenyum manis.
"Dia, anak Dato' Nasir kan?" Lara cuba menyiasat.
"Haah, semua orang tahu Is anak Dato. Kaya orangnya, tapi Is ni tak menunjuk-nunjuk dan suka merendah diri." Ujar si Ayu sambil turut memerhati kumpulan itu.
Kafe sangat meriah dengan para pelajar. Ramai yang bersarapan dan melepak sebelum masuk kelas.
"Asal kau tertarik dengan Is, tapi bukan kawan-kawan dia? Kawan dia pun boleh tahan hensem." Diana disebelah Ayu pun ikut menyampuk.
"Kalau aku, aku suka si Danial tu. Dia dari course kulinari. Dia tu warak dan baik. Kalau dapat dia, mesti bahagia rumahtangga aku." Ucap Qisha tersenyum-senyum melihat si jejaka tersebut. Membayangkan si Danial menjadi suaminya.
"Dannylah lagi baik. Hari tu aku pernah bertembung dengan dia dekat library, dia tunduk je weh. Melting aku dia jaga pandangan dia." Ucap Diana tergedik-gedik.
"Hakikatnya, empat orang jejaka kacak lagi misali tu ramai je orang minat. Lecture pun suka diorang. Cuma si Is je perangai nakal sikit." Ujar Ayu sambil sedut airnya.
"Diorang tu, ramai peminat ke?" Tanya Lara hendak tahu.
Ketiga kawannya mengangguk mengiakan. Betul sangat tu.
"Tu, mak cik kafe pun minat." Ucap Ayu, buatkan kesemua memandang. Perasan Makcik kafe hari ni bukan main tebal make upnya.
"Arshad tu, korang panggil dia Is ke?" Lara hendak tahu. Mengubah topik perbualan.
"Ye, dia yang perkenalkan nama tu masa sem satu. Dia cakap ringkas dan mudah ingat. Kawan dia semua pun panggil dia Is. Tapi paling tak sangka tu, diorang semua lepasan sekolah menengah yang sama." Jelas Ayu.
Lara terdiam. Jadi, Is dah lama guna nama lain?
"Kau ada hati dengan dia ke?" Usik Diana tersengih-sengih.
"Dengar cerita, hari pertama kau langgar dia. Macam mana? Ada jatuh cinta pandang pertama ke kat dia?" Tanya Qisha pula. Ayu disebelah juga mendekat hendak tahu.
Pelik juga bila Lara asyik bertanyakan pasal Is.
"Aku rasa, dia tak kenal aku." Cerita Lara perlahan.
"Apa maksud kau?" Tanya Diana pelik.
"Dia, crush pertama aku zaman sekolah rendah lagi." Cerita Lara akhirnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro