Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

16 PERGI TANPA KHABAR [ End ]

Kuburan masih bertanah merah disentuh.

"Kenapa Lara.."

Is mengesat air matanya. Pilu dan sakit. Ditinggal tanpa khabar sebegini. Buatkan dia sakit.

Dua insan tersayangnya pergi. Tinggalkan dia.

"Kenapa kau buat macam ni Lara." Is tak mampu sorok kesedihannya. Hari ini, hari jumaat. Kematian Lara yang paling indah.

Islam.

Gadis itu sudah pun menerima Islam sebagai agama rasminya.

"Kenapa kau buat macam ni Lara?" Is menangis lagi. Yasin ditangan digengam. Hanya tinggal dia di kuburan itu. Hanya tinggal dia yang meratapi kematian Lara.

Khairy mendekati. Danial dan Danny ikut dibelakang.

"Is..."

Is tidak menoleh. Membiarkan dirinya dipujuk oleh Khairy.

"Sabar Is. Bawak mengucap." Khairy menenangkan Is.

"Aku, cintakan dia Ry. Dia nak sangat dengar jawapan aku. Tapi dia tak tahu lagi." Is meluah kesal. Dia teresak-esak di bahu Khairy.

Danny dan Danial hanya diam tidak masuk campur. Mereka turut prihatin apa yang berlaku.

"Aku cintakan dia."

Is menangis lebat. Untuk seumur hidup mereka, ini kali pertama mereka saksikan sahabat mereka merana.

.
.
.
.

Is menutup pintu kereta. Hatinya masih sakit dan terkilan. Pergi tanpa khabar jelas menyakitkan.

"Ayu?"

Is mengangkat kepala. Suara Khairy diselangi Ayu ya g tersenyum kecil dan kawan-kawannya terlihat di depan muka pintu.

"Kenapa ni?" Danny datang mendekati ke arah mereka. Is hanya diam mengorak langkah menghampiri pintu. Tiada semangat untuk berbual.

"Erm, sebenarnya kami nak bagi sesuatu kat Is." Ayu keluarkan pendrive kecil dari walletnya.

Is berkerut. Dia menerimanya.

"Itu, hadiah arwah Lara untuk kau." Ujar Qisha pula.

Is terkedu. Pendrive di tangan digengam erat. Hatinya berdebar-debar hebat.

"Terima kasih."

.
.
.
.
.
.

"Ehem ehem.. Dah record ke ni? Air air."

Wajah Lara di layar skrin terlihat jelas. Wajah yang bertudung cantik. Sangat Ayu. Meski saat itu Lara berada di hospital dan tanpa mengenakan sebarang makeup, wajahnya pucat tampak cantik.

"Hai Shad, I know you cry right now. Even aku nak sangat tengok muka kau menangis macam mana. Hahaha."

Is tergelak. Lara, dia rindu tawa Lara.

"Actually, aku buat video ni bersebab. Agak panjang jugaklah, and take time. Tapi kau kena bersyukur tau, kau orang ketiga aku bagi hadiah buat video ni sebelum aku kembali kepada Allah. Of course my family first."

Lara membetulkan lipatan tudungnya.

"Shad, aku masuk Islam." Perlahan Lara berkata sambil tersenyum manis.

"Aku terima Islam bukan sebab kau. Ini pilihan aku. Aku cintakan agama ni sejak dari kecil lagi."

Lara sangat manis meluahkannya.

"Aku kaji Islam dah lama. Tiada yang menghalang aku masuk Islam. My parents pun bagi kebenaran."

Satu-satu ayatnya diluah. Lara tiba-tiba mengigit bibir. Terlihat dia tersipu-sipu.

"Dulu, masa kita bertiga dengan Zul, aku keliru pasal batas even kau banyak tegur aku. Dan akhirnya, aku buat Zul tersungkur. Hahaha, my fault he become like that. Aku mintak maaf tau Shad. Aku tak sengaja buat dia jatuh suka."

Tiba-tiba wajahnya mendung. Lara tiba-tiba menangis pula.

"Aku tak sempat mintak maaf kat Zul. Mungkin ini kesempatan aku jumpa dengan dia, mintak maaf kat dia." Luahnya menangis teresak-esak. Is ikut menangis. Dia dah bagitau. Is dah bagitau masa raya tu.

Ambil masa sepuluh minit jugak Lara berhenti menangis. Dia makan pil dia dan kembali menenangkan dirinya.

"Ya, aku ingat raya tu kau cakap dia maafkan aku. Tapi tu mulut kau, bukan mulut dia." Tiba-tiba Lara berkata begitu buatkan Is meledak tawa. Sempat lagi ek?

"Aku bersyukur berjumpa dengan kau Shad."

Is tersenyum. Dia juga ikut bersyukur.

"Aku sayangkan kau. Kau, mesti sayang aku sekarang. Sebab aku masuk Islam kan?" Usik Lara dalam video. Is tertawa. Ya, dia sayangkan Lara.

"Sorry aku tak bagitau yang aku ada kanser. Kanser hati ni, memang aku tak boleh buat apa. Dari lahir dah ade."

"Aku tak boleh sedih. Aku tak boleh terlalu senang. Boleh kata, aku tak boleh memberi terlalu banyak perasaan dekat hati aku. Ia, bagi kesan kat aku."

"Aku mintak maaf jugak pasal aku tipu kau yang ubat supplement tu. Tu, ubat untuk hati aku. Masa aku makan dengan korang bertiga, aku terlalu happy dan aku kawal dengan ubat tu."

Is terkedu. Selama ni, dia ingat itu pil kecantikan. Lara, memang pandai menipu.

"Mesti kau terkejut kan? Sorry eh, sebab sayang aku tak nak bagitau." Usik Lara lagi.

"Aku, betul-betul sayang kau Shad. Tiap malam, aku mimpikan kau. Tengok muka kau dalam kelas buat aku takut. Takut aku tak sempat nak bernafas." Lara pegang dadanya.

"Tapi, aku gembira..Dapat tahu kau cintakan aku.."

Mata Lara terlihat jernih. Is terkesima. Mata itu, mengetahuinya?

"Aku, buat video ni lepas kau lawat aku. Ni buah tangan kau bagi ni..Masa tu, aku tak tidur Ry. Aku dengar semuanya.."

Is terpempam.

"Aku berusaha nak dengar apa yang kau sampaikan masa tu, gengaman tangan kau..Menggigil.."

"Aku, dapat rasakan nafas kau. Kata-kata kau sebelum pergi.."

Lara tersenyum manis. Sangat manis.

"Kau cakap, kau cintakan aku sangat-sangat. Aku dengar semuanya." - Bab14

Air mata Is gugur lagi.

"Alhamdulilah.." Tersampai juga akhirnya.

End





Bonus

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro