15 ARSHAD ISKANDAR ²
Mendapat izin untuk bersekolah seperti biasa buatkan Lara gembira tak terkata. Namun, dia mempunyai tempoh tertentu. Dan ini, persekolahannya yang terakhir.
Is perati Lara dari jauh. Sejak Lara keluar dari hospital, Lara mula menjauh.
Is risau. Memikirkan apa salahnya selama ini.
"Is, kau dari tadi tenung si Lara tu dah kenapa? Ke kau pelik dia duduk tempat lain ni?" Khairy duduk sebelah.
"Itu satu hal, tapi dia lepas keluar hospital terus tak borak dengan aku weh. Tadi aku tegur dia buat derk do. Sakit kat sini." Adu Is sambil pegang dada.
Sempat lagi berfeeling bagai yang dia kena sentap hati.
"Hmm, bukan kau seorang je. Si Ayu pun tak tegur aku." Ujar Khairy dalam nada rajuknya.
"Apahal do diorang?" Is kepelikan.
"Hmm, entahlah. Biarlah. Diorang tak kacau kita, jadi kita buat macam biasa jela." Jelas Khairy membiarkan perkara tersebut.
"Hmmmm, dia nampak kurus." Luah Is, matanya masih tak lari pandang Lara.
"Dan masih pucat. Betul ke dia dah sihat tu?" Khairy ikut hairan.
Is diam.
.
.
.
.
.
"Lara!"
Lara toleh, nampak Is kejar dari belakang. Maka, makin cepat Lara hendak masuk ke kelas. Menyesal dia ikut pintu belakang, dah la tersorok pulak tu!
"Lara! Stop!" Is still tak putus asa. Sebaik dia mendapat Lara, terus lengan gadis itu ditarik.
"Auch!"
"Ya Allah, sorry Lara. Aku tak sengaja." Is terus lepaskan Lara. Salahnya juga menarik Lara secara paksa.
Lara mengosok tangannya yang sakit.
"Nak apa Shad? Aku nak balik." Ya, kelas dah habis. Sebab guna pintu belakang pun, pintu depan terlalu banyak lautan manusia yang balik. Sempit dan panas. Buatkan dia tak selesa.
Alih-alih tembung dengan Is.
"Kau kenapa mengelak dari aku ni Lara. Aku ada buat salah ke kat kau?"
Lara diam.
"Lara, jangan macam ni. Seminggu dah ni kau mengelak. Lansung tak tegur. Apa salah aku Lara?" Is merayu. Tak suka dengan sikap Lara yang menjauh darinya.
"Aku, cuma." Lara tak tahu nak bagi jawapan apa. Mengelak sebab?
Dia tak mampu tanggung sakit di hatinya.
Hatinya yang sakit.
Dia tak boleh sakit.
"Cuma apa Lara?"
"Shad, please stay away from me." Mohon Lara menjauh. Guli-guli matanya mula bertakung. Dadanya dipegang dek menahan sakit.
Ia, melibatkan perasaannya!
"Lara? Kau okey tak?" Risau pulak Is tengok Lara pegang dadanya.
Lara menggeleng. Dia tak boleh tanggungnya!
Dia, akan ambil pilihan ini.
"Shad, kau nak tahu kenapa aku mengelak dari kau?"
Is diam menunggu.
"Sebab aku sayang kau, aku cintakan kau. Sebab tu Shad."
Is terkesima.
"Ta-Tapi, kenapa kau perlu mengelak dari aku Lara?" Is tak suka yang itu. Meski dia tahu sejak dulu Lara suka dia, dia dah siap sedia tentang itu.
Lara menangis.
"Aku cintakan kau Shad."
Is jeda seketika.
'Kau nak jawapan aku ke Lara?'
"Ya, aku faham. Lara, i think you're not okey right now. Kenapa ni?" Apa yang penting sekarang, keadaan Lara. She completely like dying!
"Jawapan kau!"
Tersentak Is. Lama dia berfikir untuk jujur atau tidak.
"Aku tak boleh cintakan kau."
Lara akhirnya menangis di disitu jugak. Hatinya sakit dan digengam erat. Jawapan itu sangat menyakitkan hatinya.
"Sebelum kau cintai aku, kau kena cintakan agama aku." Perlahan Is berkata.
Lara mengangkat pandang. Wajah Is dicari.
Lara memegang dadanya. Sakit dan gembira dalam pada masa yang sama.
Lara tersenyum.
"Aku happy Shad." Ucapnya lalu berlalu pergi.
Is mengetap bibirnya.
"Aku, tak sanggup cintakan kau Lara." Is menghela nafas payah.
.
.
.
.
Lara bernafas termengah-mengah di dalam biliknya.
Semuanya berlaku dengan pantas. Kalau dia tak jujur tadi, hatinya tak akan sakit.
"Please rest yourself Lara, don't think too much. If you feels hurt, your heart will affect by the impact that you feel."
Kata-kata dokter terngiang di telinganya. Salah dirinya melanggar pantang.
Lara hendak mencapai pil ubatnya di tepi katil.
Sayangnya, apabila dia mencapainya botol itu terjatuh ke lantai dengan dia - dia sekali jatuh.
Kepala Lara berpinar. Dadanya sakit.
"Lara, please take care yourself. You cannot be sad and you also cannot too much happy. It's impact your heart."
Lara tersenyum. Tangisannya mengalir ke pipi.
'Lara happy sangat Pa.'
Dadanya sendat dengan kegembiraan. Hatinya, berdegup dengan pantas dan memberi kesakitan yang luar biasa.
Dia, terlalu gembira.
Dia tak menyesal dengan pilihan yang dia buat hari ini.
'Zul, aku akan jumpa kau tak lama lagi.'
.
.
.
.
Kritikal zon, ya saat ini Lara bertarung nyawa.
Saat ini, dia antara hidup dan mati.
Kawan-kawan Lara di luar pintu wad hospital.
"Ayu, call Khairy. Is kena tahu semua ni." Diana menggesa.
"Tapi Lara dah bagitau kita kan, jangan bagitau mereka." Ucap Ayu pula.
"Tak boleh Ayu, Lara dah macam ni. Is kena tahu." Qisha pula memujuk.
Ayu mengetap bibir. Ya, hanya dia satu-satunya memiliki nombor Khairy yang boleh dihubungi.
Ayu memandang satu-satu kawannya lalu beralih pandang ke keluarga Lara yang masih setia menunggu di wad bersama mereka.
"Baiklah."
.
.
.
.
.
Khairy memusing pennya. Ligat otaknya memikirkan jawapan untuk persoalan subjek yang dicarinya itu.
"Ry.."
Tak bersahut.
"Khairy."
Juga tidak bersahut.
"Hoi!"
"Allahuakhbar!" Terpelanting pen ditangan. Khairy membetulkan tempat duduknya, lalu menoleh menatap Danny dengan pelik.
"Telefon kau dari tadi memekak, kau angkatlah." Gesa Danny geram.
"Lah sorry, tak perasan."
Pantas Khairy mendapatkan telefonnya di katil.
"Perempuan ke tu?" Usik Danny.
"Kawan jela bang." Ambik, abang terus.
Danny tersengih.
"Waalaikumussalam, ye Ayu."
Khairy menjawab panggilan. Dah lama sangat, Ayu tak borak dengan dia ni. Apehal tetiba call?
"Sekarang!?"
Terus Khairy meluru ke bilik sebelah. Danny yang melihat pun ikut terkejut dengan gelagat Khairy.
Apa yang berlaku?
.
.
.
.
Is berlari pantas. Menuju ke wad yang dimaksudkan. Orang-orang yang lalu dielak dengan baik. Apa yang dia pasti, dia hendak melihat wajah Lara.
"Maafkan aku Is, Lara yang suruh rahsiaka pasal ni."
Masih ingat suara Ayu meminta maaf. Bukan salahnya. Bukan juga salah sesiapa.
Salah dirinya.
'Lara, kenapa kau pendam semua ni.'
Sampai di wad, terlihat kawan-kawan Lara disana.
Ayu menyedari Is disana terus mendapatkan mereka.
"Macam mana keadaan dia?" Is lansung bertanya.
"Dia, masih dalam kritikal."
Is apalagi, terus pergi ke cermin wad. Disana, Lara terlihat bertarung antara hidup dan mati.
"Lara, please hidup. Demi aku Lara." Air mata Is mula bertakung. Menggigil tangannya. Sesiapa sahaja, pasti tidak mahu apa yang terjadi terhadap orang yang dia sayang.
"Bipppppppppppp......"
Sesuatu.
Bunyi yang panjang..
Yang pasti bukan berita baik.
Pintu bilik wad terbuka.
"Maafkan kami, kami dah cuba yang terbaik."
Is terpempam.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro