14 LARA ¹
Kecoh satu kelas mendengar Lara dikerjakan ke hospital. Kawan-kawan Lara menjadi tempat pertanyaan. Entah sakit apa, dan kenapa Lara harus duduk di hospital dalam beberapa hari ini.
Is sejak masuk kelas, diam sejak tadi. Mendengar berita tentang Lara hatinya dipagut risau.
Siapa je tak risau, Lara satu-satunya kawan perempuan paling lama dia kenali.
"Weh mangkuk!"
Is tersentak. Terasa satu pukulan mengena di belakannya.
"Aku mangkuk? Dah tu kau pinggan?" Sindir Is geram.
Khairy tak layan lawak Is.
"Aku panggil kau tak dengar dari tadi, pasal apa termenung sampai nak tembus dinding depan tu?" Tanya Khairy. Mujur lecture tak masuk lagi. Kalau tak, dengan lecture sekali dia pergi tenung.
"Aku, risau Laralah." Luah Is jujur. Dia mengetap bibir. Buat apa disorok pada Khairy? Lambat laun tau jugak nanti.
"Aku tanya Ayu tadi? Lara ada penyakit." Jelas Khairy.
"Penyakit? Dia sakit apa?" Is terus tanya. Memang betul risau sangat dah tu.
"Itu, aku tak sure. Rasanya asma kut. Lebih kurang macam tu kut diorang cakap kat aku tadi." Jelas Khairy buatkan Is sedikit lega.
"Kau kawan lama dia takkan tak tahu kut?" Soal Khairy pelik.
Is membatu. Kawan lama?
"Aku semacam gagal sebagai kawan pulak." Is gurau sambil pegang dadanya. Umpama dia memang tak nak tahu pasal kawan rapat.
Is tiba-tiba teringat, waktu mereka sekolah rendah. Lara memang tak ambil sukan. Dia akan join pasukan sorak di tepi padang ataupun membantu karyawan lain. Lara dikatakan akan sesak nafas jika buat kerja berat. Mungkin, benar..
'Asma...'
.
.
.
.
.
.
Siling hospital ditenung lesu. Lara bosan. Dia bosan sekali lagi dikerjakan ke hospital. Ditambah lagi papanya mendapat tahu penyakitnya kambuh lagi.
"Kami dah cuba terbaik.."
Ayat itu, selalu berlegar di mindanya. Teringat wajah muram kecewa papa dan mamanya pula menambahkan lagi gelisahnya.
Kenapa? Tidak bolehkah dia bertahan lagi?
Lara mengiring menghadap birai tingkap. Setelah masuk sekolah menengah, dia kerap sakit dan dikejarkan ke hospital sehingga dia terpaksa menyewa guru peribadi.
Sejak diberi keizinan sambung belajar, dia tersangatlah gembira. Gembira yang sukar digambarkan. Ya, selama ini hospitallah tempat dia tinggal.
Tiada yang tahu sehingga kini.
Sekarang, dia buat orang lain risau. Terutama kawan-kawannya.
"Shad."
Teringat akan jejaka itu, dia menguntum senyum. Rindu pula. Padahal baru beberapa bulan kuliah, hospital sudah mulai menangkap kehidupannya lagi.
Penat!
Dia penat!
Lara mengetap bibir. Dia baru je nak merasa udara segar di luar sana. Banyak lagi benda nak cuba!
Dan, cuba mengenali Arshad Iskandar yang sekarang.
Air mata Lara mula jatuh.
Dia, benci dengan ketidaupayaannya sekarang.
.
.
.
.
Is letak bakul buah tepi meja. Is ambil kerusi di sebelah katil Lara. Lara yang tertidur pulas itu dia tenung.
Hidungnya yang mancung. Bulu mata yang lentik dan serupa wajah minah saleh itu tersangatlah rupawan. Patutlah arwah Zul jatuh cinta.
'Aku buta rupanya selama ni.' Is tersengih sendiri.
Siapa sahaja tidak tergoda melihat kecantikan Lara sekarang. Is mengalih pandang ke arah lain bila matanya gatal melihat rambut Lara.
Saat ini, dadanya berdegup kencang. Mindanya sudah dibisik perkara yang tidak sepatutnya.
"Lara, aku.."
Is, telan air liur. Tangannya digengam erat. Hati dan fikirannya sudah terfikir sesuatu di luar akal sihat.
Tangan Lara digengam. Dia, hendak sampaikan sesuatu tapi sukar untuk dia luahkannya.
"Aku..." Masih tidak terluah. Tangan Lara diletak ke sisi katil semula.
Perlahan-lahan Is bangkit dari kerusi, dia merenung Lara dalam. Wajahnya didekat ke telinga Lara. Deru nafasnya tidak seimbang. Kedua lengan sasanya, perlahan menahan birai katil. Mengelak dirinya melakukan lebih diri itu.
Begini, sudah cukup.
.
.
Is keluar dari bilik tersebut..
"Aik, cepatnya. Tak lawat dia ke?" Kebetulan Khairy datang bersama air mineral di tangan.
"Better beramailah. Kepala aku kena singgah iblis mana tadi." Is gosok kedua-dua bahu. Seram Sejuk. Dia tak boleh terima fikirannya untuk mencium Lara dekat situ jugak. Hai iblis, pandai betul mengoda dia.
Gelagat Is disambut gelak Khairy.
"Kau ade buat apa-apa ke tadi?" Usik Khairy sambil matanya cuba-cuba melihat cermin transparent dari pintu bilik sakit Lara. Terlihat sedang baring? Mungkin tidur.
"Tak de. Jom."
.
.
.
.
.........
Qisha baca surah di tepi katil Lara yang tertidur pulas.
Diana dan Ayu pula masing-masing duduk di di sofa sambil buat assignment. Nampaknya, hospital memang terbaik untuk buat kerja sekolah ni. Tenang dan tenteram. Betullah kata buku undang-undang jalan raya, di kawasan hospital tidak boleh bunyi bising. Menganggu pesakit.
"Qisha..."
Qisha berhenti membaca surahnya. Terlihat Lara sudah terbangun dari tidur.
"Lara, kau dah bangun. Lama naw tidur. Kitorang borak pun kau tak dengar ke?" Usik Qisha.
Lara hanya tersenyum. Wajahnya nampak sangat pucat.
"Laaaraaa~ We miss you, Dah sebulan ni. Kenapa tak sihat-sihat?" Rajuk Diana.
"Banyak jugak kau dah ketinggalan." Tambah Ayu pula.
Lara senyap. Satu-satu wajah kawannya ditatap tanpa sedar air matanya mula mengalir.
"Eh, kenapa ni?" Risau Qisha.
"Eh aku salah cakap ke? Ya Allah, maafkan aku Lara." Ayu risau.
"Lara, jangan macam ni." Diana ikut menangis.
Dah jadi macam tu, semua ikut menangis. Entah sebab apa, terasa syahdu pula suasana saat ini. Ditambah keadaan Lara pucat teruk. Badannya kurus dan paling penting dia tersangatlah kurus. Itulah yang membuat keadaan itu menjadi tidak sesuai.
"Aku tak nak mati..Aku nak dengan korang selamanya." Luah Lara yang selama ini terbuku di hati.
Mereka kawan pertamanya selepas keluar dari hospital.
Merekalah kawan susah senangnya.
Kenapa? Harus beepisah dengan mereka!
"Ya Lara, kau tak mati. Kau cuma tak sihat. Please, jangan macam ni." Qisha memujuk.
"Lara, jangan nangis. Aku pun ikut nangis. Huwaa!" Diana memang tak boleh tahan sedihnya.
"Lara, aku rindu kau." Ayu dah tak boleh tolak hakikat yang dia terlampau sayang Lara.
Ambik satu jam begitu, masing-masing diam menyepi. Mengesat air mata dan hidung dek tangis berterusan.
Lara yang kini duduk di katil berkata bantuan kawan-kawannya itu tersenyum kecil.
Setelah dicerita A sampai Z, mereka menjadi makin teruk tangisnya. Sebab itu ambik masa satu jam baru nak berhenti.
"Mesti kau sakit sangat Lara." Gumam Diana sambil mengesat air matanya.
"Lara, kau kena kuat." Ayu mengusap kaki Lara.
Qisha meletakkan kepalanya ke dalam pelukan Lara. Dia tak tahu nak cakap apa lagi setelah mendengar cerita Lara.
Lara, punya kehidupan yang diragut oleh penyakitnya.
"Korang, aku betul-betul berterima kasih sebab korang still sudi kawan ngan aku dalam keadaan macam ni." Lara mengusap kepala Qisha yang dibaluti tudung itu.
"Kita best friend forever Lara." Diana tarik tangan Lara. Lara tersenyum pucat.
"Kau lah paling memahami kami. Takde kau, sunyi rumah Lara." Jelas Ayu beremosi.
"Aku minta maaf." Lara tarik senyum payah.
"Bukan salah kau Lara. Semua ni, dah takdir kau." Qisha angkat kepala. Merenung terus Lara.
"Takdir?" Lara berkerut.
"Ya, meski kau membencinya tapi, kau mudah untuk mencapai syurga. Kau masih minat Islam?" Tanya Ayu pula.
"Aku, suka Islam." Lara menunduk, dan menatap selimutnya.
Selama sebulan itu, dia mengkaji Islam dalam telefonnya. Apa yang dia tahu, dia sakit begini mati dalam Islam itu sangat indah.
"Kau ada terfikir nak masuk Islam?" Tanya Diana pula.
Lara mengangguk.
"Aku nak masuk Islam."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro