Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

12 SPEND TIME


Is melihat group Whatsapp kelasnya. Berita tentang penculikan Lara menjadi gosip panas dan tersebar seluruh kuliah. Entah siapa yang menjaja cerita, hal ini menjadi kecoh buat Is dan yang lain terlibat.

"Aku rasa better kau ajak Lara keluar Is, entah kenapa aku rasa dia tertekan." Khairy datang duduk sebelah.

Ruang tamu kini terasa sunyi hanya keberadaan mereka.

"Berdua?"

"Akulah teman sekali gila." Khairy buat muka.

Is tertawa.

"Sebelum ni aku ajak keluar sebelum kejadian tu terjadi sebab nak bawak dia ke rumah parents arwah Zul. Birthday arwah Zul, jadi mereka buat majlis makan-makan. Tapi tak sangka jadi macam ni." Jelas Is sebenarnya.

"Perancangan tuhan pasti ada sebabnya." Ucap Khairy tanpa pandang Is.

"Aku, tak tahu nak buat apa dengan Lara. Anak orang tu." Ujar Is risau sendiri.

"Hmm, kau ajak jela jalan-jalan pagi ni. Kat Kompleks seni Islam tu ke." Cadang Khairy.

"Kau ada sekali kan?" Is tersengih.

"Iye, kalau Lara nak bawak kawan dia jugak takpe. Kitorang boleh tengokkan kau berdua jugak." Ujar Khairy memahami keadaan Is.

Is mengangguk senang.

.
.
.
.
.
.

Lara melihat mesej dari Is. Semacam tak percaya Is saat ini masih berusaha mengajaknya keluar. Meski sebelum ini dia masih tidak tahu kenapa Is ajak berjumpa sebelum terjadi kejadian yang tidak dia inginkan.

"Hmmm."

Kebetulan si Ayu keluar dari biliknya, Lara terus bertanya.

"Kau free tak hari ni?" Tanya Lara nak tahu. Diana dan Qisha ada rancangan masing-masing.

Ayu membatu sejenak sambil pandang siling. Dia tahu Lara mesti dalam trauma lagi nak keluar. Sebagai rakan baik, mestilah dia kena tolong naikkan semangat rakannya itu.

"Aku free, kenapa tu?" Ayu duduk disisi Lara.

"Is ajak keluar, Khairy ikut sekali. Kau temankan aku boleh? Takutlah." Lara masih trauma kejadian sebelum ini.

Mendengar sahaja nama Khairy, Ayu membulat mata.

"Khairy ada sekali? Aku ikut." Ayu tersipu-sipu.

"Yeke, terima kasih Ayu. Jap, aku pack ubat aku."

.
.
.
.
.
.

Is memakir kereta dihadapan masjid besar. Suasana yang berangin membuatkan dia tersenyum lebar.

Keempat tubuh keluar dari kereta dan menuju ke masjid.

"Aku boleh masuk ke?" Lara risau.

Ayu sememangnya sudah mengetahui rancangan Is mengangguk lalu menyerahkan selendang kepada Lara.

"Pakai ni, kau okey tunggu kitorang solat ni?" Tanya Ayu.

"Aku okey je." Lara menerima tudung yang diberikan. Lantas membelit dikepalanya.

Lara melihat sekeliling. Ramai dan sesak. Seperti ada festival padahal hanya untuk bersembahyang.

"Masjid ni terkenal dengan masjid antarabangsa. Semua bangsa ada kat sini tak kiralah Chinese atau indian. Yang penting agamanya Islam." Ayu buka cerita tanpa dipinta.

"Apa nama masjid ni?" Lara tertarik.

"Masjid National KL, boleh menempatkan 15 ribu orang."

"Li-lima belas ribu!?" Lara sempat menutup mulutnya dek terkejut.

Ayu tersenyum.

"Dalam dunia ni, Islam agama nombor satu yang paling dipercayai hampir seluruh negara."

Mereka berempat berasingan ke saf masing-masing.

Saat masuk sahaja, Lara terpukau dengan keindahan dalaman masjid tersebut. Hatinya meluncur tenang seketika.

"Cantiknya." Luah Lara kekaguman. Ayu tersenyum ikut.

"Takkan church tak cantik?"

"Church guna konsep yang sama, beza besar kecik je. Tapi, ini lagi besar. Aku tak boleh bayang dan tak faham macam mana korang berkumpul bersolat beramai ni." Ujar Lara ingin tahu.

"Hmmm, kau perasan dekat sana tak?" Tunjuk Lara dekat saf perempuan. Memang ramai juga yang sedang duduk bertelekung.

"Haah, kenapa?"

"Selepas ni kau akan tahu, jom duduk sana. Kita tunggu masuk zuhurr."

Lara duduk di sisi dinding. Tempat sebelah para staff perempuan sedang bersolat. Ayu juga sebelahnya mendekati perlahan.

"Eh, takpe ke kau pergi sini." Risau Lara.

"Eh, takpela. Kau je jangan sentuh aku, batal wuduk aku hehehe."

Lara tersenyum saat jemaah perempuan lain memandangnya. Ada juga mengangguk membalas pandangannya.

"Mereka friendly." Bisik Lara.

"Semestinya. Lagi-lagi kau non-muslim. We respect bila tetamu datang sini. Kami tak halau macam agama lain. Bukan aku nak cakap buruk, tapi thats reality I see." Luah Ayu jujur.

Lara angguk. Dia pun masa kecil pernah melihat paderi menghalau lelaki dari agama lain memasuki church mereka. Ia dianggap mengangguk privasi mereka. Sekarang barulah dia faham kenapa.

Islam, menyampaikan cara yang benar.

"Dah mula. Aku solat jap Lara."

Suara Iman di saf hadapan berkumandang. Saat melihat mereka mula hendak solat, Lara menyedari sesuatu.

Sesuatu yang tiada di mana-mana agama sekalipun. Air matanya menitis menuruni pipi. Sebelum ini, dia terlalu gelisah dan tak tenteram. Surah-surah yang dilontarkan Iman menyejukkan menenangkan dirinya.

Meski tidak memahami maksudnya, bagaikan terasa ayat-ayat suci Al-Quran itu memujuknya. Lara mengesat air matanya.

Dia membuka telefonnya dan merakam suara Iman melafazkan surah tersebut. Setelah pemcariannya terjumpa, dia menutup mulutnya dek terkejut. Entah ayat itu untuk dirinya sekarang atau bukan, tapi sudah mampu memujuknya! Air matanya menderas lagi. Berusaha untuk menahan sendu tangisnya supaya tidak terdengar.

بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ ٤٤ "(Kiranya kamu tetap berdegil sekarang) maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu; dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan
hamba-hambaNya".

.
.
.
.
.
.
.
.

Is membawa mereka ke mamak tepi jalan. Dah masing-masing pelajar, taste sampai situ jela dulu. Hehehe.

"Kau makan mamak tak ni?" Tanya Is.

"Makan je, kau ingat aku ni apa?" Hairan Lara.

"Mana tau, kau still macam dulu. Memilih sangat bab makan."

Lara terdiam. Ye, dulu.

Setelah memesan makanan, mereka berborak kosong. Ayu lebih berminat bersuara memandangkan Khairy ada bersama. Nampak sangat terujanya.

"Kau makan apa tu?"

Lara tersentak. Dek dia termenung dan melayani hati sendiri, lupa pula dia masih berada disana.

Apabila semua mata memandangnya, Lara melihat tangannya. Bibir diketap.

"Oh ni, supplement ubat kurus aku." Jelas Lara sambil tersenyum.

"Dia memang makan ubat tu lepas setiap Kali makan. Memang tak boleh pisah." Cerita Ayu pula.

"Sejak bila kau makan pil kurus tu semua Lara? Elok ke untuk tubuh? Tak nak buat senaman luar dari makan semua benda alah tu?" Tanya Khairy pula. Is pula, sedari diam melihat botol pilnya. Lara terus menyorokkannya.

"Setakat ni memang tak ade apa-apalah. Untuk bersenam tu, aku malas sikitlah. Tengoklah, kalau ada masa nanti aku try la pergi gym." Luah Lara menyedapkan hati sesiapa.

"Yeke?"

Semua mata pandang Is. Lara telan air liur. Dia tahu, dia tak boleh nak menipu dengan Is.

"Ye."

.
.
.
.
.

Hari itu, memang banyak aktiviti yang dibuat. Dan serba sedikit menenangkan hatinya. Sebolehnya dia nak berterima kasih kat semua orang yang sudi menemani dan mengajaknya berjalan-jalan.

Melihat Ayu mula mendekati, Lara baru nak meluah bahawa dia gembira yang Ayu sudi menemaninya. Namun, setelah melihat wajah sembap Ayu, Lara tidak jadi hendak bersuara.

Sebaik dia melihat kebelakang, terlihat Khairy tersenyum tipis. Lara tergamam. Terus dipandang Ayu yang kini sudah duduk disebelahnya, bermain telefon seperti tiada apa-apa.

Mereka berdua tidak banyak bicara, air pancut di kolam dihadapannya buatkan mereka terleka sebentar. Nampaknya KLCC Suria ini, tidaklah teruk sangat pada waktu malam meski ramai juga datang untuk mencuci minda dan mata.

"Aku teringin nak bawak family aku kat sini."

Lara menoleh. Melihat wajah sungul Ayu yang masih sembap bersama senyuman payah itu buatkan dia mula faham akhirnya.

Ayu, di reject.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro