Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10 RAYA

Hari yang dinanti-nantikan. Hari kedua terakhir Ramadhan telah tiba.

Khairy keluar dari kereta, dia pusing kanan pusing kiri pinggang yang terasa lenguh. Kalau bawak motor, boleh exercise sikit tepi jalan. Dalam kereta dapat duduk je.

"Aku yang pandu kau yang melebihi penantnya." Omel Is buat Khairy tersengih-sengih.

"Relaxlah, balik nanti aku pulak bawak." Janji Khairy.

"Kau mungkir janji, siap kau." Is geram.

Mereka berdua menapak ke tangga rumah. Sana sini, riuh keadaan rumah dengan budak-budak. Keluarga sebelah mama Is memang ramai sikit adik beradik. Dalam lapan orang.

"Dah balik dah anak bujang Hanifa ni. Ni siapa pulak kau angkut bawak balik ni?" Soal Mak Lang, mak cik paling tua. Ayat dia memang pedas tapi dia tak maksudkanya.

"Dia anak kepada kawan mama, untiey Maria. Ingat?" Tanya Is sambil menyalami makciknya itu. Khairy sekadar tunduk kepala sambil tersenyum kecil.

"Oh Maria, eh kejap. Bukan anak dia sorang ke? Dani? Ni siapa pulak?" Terkejut Mak Su. Yang terpaling bongsu.

"Saya anak angkat, uncle dan untiey Maria yang ambil saya jadi anak angkat tiga tahun lepas." Jelas Khairy sambil menyalami Nek Som selepas Is.

"Dia ni Khairy, cucu Maria cucu aku jugak." Nek Som tepuk belakang Khairy. Jejaka itu tertawa janggal. Lupa hendak mengenal diri.

"Ha Khairy, Is ni kaki pancing. Kau nak ikut tak?" Muncul Pak Angah, anak kedua juga sudah beristeri.

"Nak." Khairy teruja. Siapa tak suka memancing?

Is dah masuk dalam bilik, dibiarkan Khairy melepak dekat luar. Pepandaila borak. Dia pula mengemas itu ini dan menyiapkan tempat tidur mereka. Balik dekat tengah malam memang memenatkan.

"Wah, thank you bro." Khairy muncul di muka pintu.

"Banyak anak dara rumah ni, jadi jangan main masuk bilik belakang. Kalau nak iron nanti mintak kat Mak Lang." Pesan Is.

"Haah, aku perasan jugak. Budak-budak ramai. Ada sorang mamat kat luar, ruang tamu tadi." Jelas Khairy.

"Dia Ajib, form 6. Nanti kau ajaklah main game bila dia boring. Dia kadang lepak dengan aku sebab tak ada member dekat kampung ni." Jelas Is sambil bawak tuala mandi.

"Ha okey-okey. Er Is, tadi Mak Su ajak makan. Kau okey tak?" Serba salah Khairy menyatakan niatnya. Bukan apa, mereka jaga badan. Mana pernah makan sebelum tidur.

Is berhenti di muka pintu.

"Better kita makan. Nanti aku tunggu kau." Ucap Is lalu keluar bilik.

'Better makan? Setahu aku dia jaga badan. Pelik dia cakap dia nak makan.' Khairy mengemas barangnya.

"Bang.."

Tegak bulu roma Khairy, terus dia toleh tengok keberadaan si Ajib yang berada di belakangnya.

"Kau ni bagilah salam. Terkejut aku." Luah Khairy sambil tersenyum geram. Budak ni ada adab ke?

"Oh, sorry bang. Aku ingat kau perasan masa aku masuk tadi." Luahnya tidak bereaksi. Wajahnya kalau boleh ukur tahap beku dan boleh dikatakan tak membantu lansung. Budak ni ada perasaan ke?

"Hmm, nak apa?" Tanya Khairy, malas nak borak lebih. Penat lagi.

"Aku, nak ambik barang aku kat tepi beg kau." Khairy toleh, lah. Si Ajib ni tido sama dengan mereka ke? Nape Is tak cakap?

"Ha, sorry-sorry."

Khairy biar Ajib masuk dan ambil barangnya. Dengar dari Is, masih budak lagi. Perangai takde beza dengan Danny. Guna aku abang dengan orang lagi tua. Bezanya, Danny boleh senyum lagi.

'Biarlah, bukan dia cari pasal dengan aku.'

.
.
.
.
.
.
.

Keesokkan harinya.

Khairy bangun. Telefon dibuka, melihat alarm yang berbunyi nyaring. Menandakan masuk waktu sahur.

Khairy toleh pandang Is. Tak bangun-bangun. Liat sebenarnya nak gerak dia ni bak kata Danial dan Danny.

Dia bangkit dari tidur. Hendak keluar melihat jika ada orang memasak.

Bila tengok dapur, kosong dan sunyi. Belum masak ke?

Khairy nak masak, tapi tu kan dapur orang. Tak berani pulak dia. Maka dia pergi minum air dulu, mana tahu lewat bangun kot. Atau dia terbangun awal?

Khairy kembali masuk bilik dan baring.

JAM 6:45

"ALLAH! SUBUH!" Khairy tersentak dari mamainya. Dari baring terus mendadak duduk setelah melihat jam di telefonnya.

"Is." Digerak Is disebelah.

"Emmmm.." Lena sangat tidurnya.

"Weh, sahur lepas." Bisik Khairy. Is mendengarnya terpisat-pisat mata. Di mencelik sedikit sambil tersenyum senget.

"Sebab tu kena makan tengah malam tadi. Kau tahan tak puasa?" Tanya Is sambil terpejam matanya.

"Tahan."

Khairy kembali baring. Faham situasi.

.
.
.
.

JAM 8:00

Khairy masih mamai. Apa dia tahu, pagi-pagi ni dia terpaling lewat bangun. Entah mana pergi Is dan Ajib dalam bilik tu sekarang.

Dengan mamainya lagi, dia keluar dari bilik hendak ke tandas yang terletak di dapur. Kanak-kanak lincah berlari sana sini. Para anak dara pula sibuk berkemas rumah. Segala langsir dan sarung bantal di tukar. Para bapa-bapa pula sedang membuat menyiapkan tempat masak lemang.

Khairy keliru. Ini pertama kali dia menghadapi situasi meriah macam ni. Selama dia ikut Danny dan Danial, mereka tidak berbuat seperti itu.

Sebaik tiba di dapur. Terlihat Ajib sedang bersarapan bersama Pak Ngah. Terhenti langkah Khairy.

"Raya ke?" Soalnya keliru.

"Ha Ry, meh breakfast. Ambik pinggan sana, ada nasi goreng dengan mee goreng. Makan, makan Jangan malu." Pelawa Pak Angah.

Khairy pun bagai burung belatuk dengan masih mamainya ambik pinggan. Baru sahaja hendak mencedok, satu teguran halus dibelakangnya buat bulu romanya merinding.

Pak Angah tertawa. Ajib diam sahaja. Tidak jadi Khairy mencedok.

"Aku ingat raya hari ni." Luah Khairy memberi alasan. Is di belakang berpeluk tubuh.

"Nasib aku selamatkan kau. Pak Angah sakit, Ajib tak puasa. Kalau kau tak puasa penuh, aku tak bagi duit raya." Ugut Is tersengih-sengih.

Khairy mengelembung pipinya. Lantas membawa diri ke bilik air. Malu satu hal.

Tak cakap banyak, hari raya pun dah tiba.

Keluarga Iskandar semuanya berkumpul. Tidak terlepas peluang saling bermaaf-maaffan. Melihat Iskandar menangis macam dah banyak buat dosa itu buat Khairy tertawa lucu. Sempat dirakam adengan tersebut untuk diberikan dalam grup whatsapp mereka. Hahahaha!

Tengahhari itu, lama Is termenung di luar jendela rumah kayu neneknya. Pandangan dihala ke rumah jiran.

"Sejak bila kau usha anak dara sebelah ni?" Usik Khairy mengejutkan Is.

"Apa kau merepek ni, tu aku tengok kucing tengah berak dekat sana." Dalih Is.

Kucing belike .'Aku jugak.'

Khairy menggeleng kepala.

"Kau ingat janji tu ke?" Tegur Khairy mengingatkan.

Is menghela nafas. Dirosokkan pun, Khairy pasti menciumnya.

"Ya, aku tunggu dia." Is berpeluk tubuh. Masam mukanya melihat wajah mengusik Khairy.

"Sabarlah, besok je pun. So, ko pergi mana besok? Tempat biasa?" Tanya Khairy sememangnya tahu sikap Is yang hilang sahaja setiap hari kedua.

"Haah, tempat biasa." Is tersenyum tipis.

Malam raya agak meriah dengan kanak-kanak yang bermain bunga api dan mercun. Is tak join, termenung sampai rumah jiran sebelah. Dia tahu keberadaan Lara yang cantik bertudung sedang ikut bermain bunga api dengan budak-budak juga.

'Kenapa dia tak Islam..'

.
.
.
.
.
.
.

Raya kedua pun tiba.

Is membelek mukanya di cermin. Songkok di pakai kemas. Bukan teruja sebab nak jumpa anak dara. Terujanya sebab nak jumpa seseorang.

"Amboi kau, bukan main segak. Bukan kau pergi rumah orang pun." Khairy berpeluk tubuh, menyandar tepi pintu. Atas bawah dia perati Is yang melawa sakan.

"Dia sahabat pertama aku, kenalah bergaya sikit." Is sua senyum ceria. Khairy tak sahut, dia sedikit serba-salah dengan ayatnya tadi.

"Lara ada kat luar, pergilah jemput masuk." Ujar Khairy lalu merebah badannya ke tilam. Dia nak sambung tidur kalau boleh, sebab tenggahari nak keluar mengail! Wekekekee.

Is terus keluar. Terlihat Lara ceria menyapa budak-budak di beranda rumah.

"Jom Lara." Is ajak Lara tiba-tiba buatkan Lara terkebil-kebil.

"Eh, kau tak nak jemput aku ke?" Lara menyoal hairan. Lagipun dia ada nak cakap sesuatu yang penting.

"Kita bercakap dalam kereta, kau pun pasti nak cakap pasal seseorang kan?" Teka Is.

Lara terdiam. Macam tahu je.

Selama perjalanan, Lara terasa janggal. Ini kali pertama dia berduaan dengan Is setelah sekian lama mereka tidak berjumpa.

"So, apa kau nak cakap tu?" Tanya Is hendak tahu.

"Hmm, aku nak tahu kat mana rumah Zul. Aku nak pergi beraya dan nak mintak maaf."

Is simpul senyum kecil.

"Kebetulan, aku memang nak bawak kau pergi sana." Ujar Is buatkan Lara terkejut besar.

"Ha!? De-Dengan aku bertudung ni nanti dia akan salah faham!" Cemas Lara lantas hendak membuka tudung di kepalanya namun Is melarang.

"Tak perlu, Zul takkan bersuara. Dia dah bahagia." Ucap Is yakin buat Lara tidak jadi membuka tudungnya. Sebaliknya, dia berfikir Zul kemungkinan sudah bernikah.

.
.
.

Kawasan tanah perkuburan

"Shad.. Kau tipu aku kan?" Lara terduduk. Kubur dihadapannya digapai bersama tangannya yang menggeletar.

"Tak, aku tak tipu. Arwah Zul dah lama meninggal masa sekolah menengah lagi." Ucap Is. Kali ini dia tidak bergurau. Dia memandang sahaja belakang Lara yang kini sudah mendarat di tanah.

Lara bungkam. Air matanya jelas mengalir. Dia tak sempat.

"Tak, tak mungkin Zul mati!" Lara terus beralih pandang Is. Air matanya deras mengalir. Sakit hatinya bila mengetahui kebenaran tersebut.

"Dia dah tiada."

Padat dan jelas, Lara menggeleng kepalanya lantas menunduk kembali meraih kubur Zul. Dia menangis teresak-esak.

"Zul, aku mintak maaf. Aku mintak maaf sangat-sangat!" Raung Lara akhirnya.

"Kenapa, kau pergi Zul? Aku belum mintak maaf..Haaaa!" Lara menangis teresak-esak. Is membiarkan Lara sendirian disana. Entah gembira atau puas, dia keliru untuk mengatakannya bagi pihak arwah Zul. Tapi, dia dah jelaskannya. Dia takkan berdiam diri lagi.

'Aku harap mimpi tu segera berakhir..' Doanya lagi. Mimpi arwah Zul buatkan dia delima. Apakah keputusannya membawa Lara adalah satu petunjuk.

.
.
.
.
.

SKHBS
Sekolah kebangsaan Haji Badrul Sani

"Dah lama tak duduk sini dengan Zul dan kau. Kita bertiga rapat masa zaman tu, tapi sebab Zul tetiba confess dekat kau, hubungan kita semua jadi janggal." Luah Is sambil tertawa kecil.

Pondok tempat mereka duduki saat ini berhadapan dengan sekolah rendah lama mereka berdua.

"Dia cuma anak kepada kawan papa aku, aku yang berlagak dan sombong sangat masa tu." Lara tersenyum pahit. Dia merenung lantai kayu didudukinya.

Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut suasana yang mereka duduki, merasa bahang matahari terasa kurang panas dari biasa. Tudung dipakai beralun itu buat Lara lekas menata kemas tudungnya.

"Aku tak sempat mintak maaf dengan dia Is.." Perlahan Lara berkata sambil mengemas tudungnya.

Sunyi. Hanya bunyi angin yang bertiup menyejukkan keadaan mereka.

"Zul dah lama maafkan kau, kami fikir nak cari kau bila dia tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), tapi nampaknya ajal dah menjemput dia dulu." Cerita Is akhirnya.

"Kenapa, korang cari aku?" Lara terpukul dengan cerita Is. Mengingatkan Zul masih lagi ingat akannya, buatkan dia dihumban rasa serba salah yang menebal. Tapi tidak dia, yang sibuk dengan diri sendiri. Jika tidak bertemu Is, sehingga sekarang dia tidak tahu Zul sudah lama meninggalkannya.

"Dia plan nak jumpa kau dan mintak maaf sebab kacau kau dulu. Maklumlah, zaman budak-budak kan. Kita dah dewasa katanya, jadi rasa tak selesa tu buat dia serba salah." Jelas Is.

Lara mengetap bibir. Menahan tangis.

"Tak Shad, andai kata dia jumpa aku dulu memang aku maafkan dia sebelum dia mintak maaf kat aku." Ucap Lara. Kerana tidak menahan rasa terkilannya atas sikapnya, dia terus menghambur lagi air matanya.

Is hanya mengerling.

"Kenapa?"

"A-Aku ingat lagi, kau marah aku. Masa tu, aku terus rasa aku salah. Aku tak patut malukan dia depan orang ramai. Tapi sifat bongkak dan sombong aku masa tu, buat aku sedar aku dah buat kesilapan besar dimana aku hancurkan hubungan kita bertiga." Jelas Lara bersama esak tangisnya. Tudung dikenakan menutup wajahnya yang basah dengan air mata sejak dari tadi.

"Aku pun minta maaf sebenarnya, ayat aku melampau sangat. Tapi, antara kau dan Zul, aku lagi sayang Zul. Hahahaha." Jelas Is bersama guraunya. Lara tertawa dalam tangis.

"Dulu kau kasar, sekarang kau nampak gentleman Shad." Puji Lara.

"Iye? Aku rasa aku sesuai jadi pelawak." Is menukar suasana ceria tersebut.

Lara tertawa. Sungguh kini hatinya sedikit tenang dengan luahan Is. Hanya sahaja, masih ada sesalan dalam dirinya iaitu tidak sempat meminta maaf Zul secara bersemuka.

'Aku mintak maaf Zul.'

.
.
.
.
.

Malamnya, sebelum tidur.

Mesej dari Lara ditatap Is lama. Siang tadi mereka sempat menukar nombor telefon. Dia ialah wanita kedua yang menjadi kenalan dalam telefon bimbitnya. Semua nombor perempuan yang dia kenal tidak diletakkan sebagai contactnya. Dibiar bernombor tanpa nama.

Tapi Lara, dia tak dapat menolaknya.

"Dia sekarang dah behave Zul." Is tersenyum kecil.


Aku nak kawan dengan kau balik Shad.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro