Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1 ARSHAD ISKANDAR

Sejadah dihampiri. Zul duduk dengan tertibnya, menunggu azan zuhur. Hatinya masih sedih dan pilu. Tidak sabar dirinya menyembah pada tuhan dan mengadu sepuas-puasnya. Entah kenapa saat ini dia sibuk mencari tuhan.

"Zul, kau okey tak?"

Soalan berbau kerisauan itu dibalas dengan anggukan. Wajah sahabatnya menjadi hampa setelah mendapat  jawapan dari Zul buatkan dia tidak mampu memaksa. Bukan dia tidak tahu Zul sebenarnya tak okey lagi.

"Sudahlah bersedih Zul, kita lelaki. Kena kuat."

Zul tahan air mata dari jatuh.
"Aku teruk sangat ke?" Zul soal pada sahabatnya itu.

"Tak Zul. Kau baik. Sumpah kau baik." Si sahabat memujuk untuk menenangkan Zul.

"Hah, aku menyesal do. Aku menyesal confess dekat dia." Adu Zul akhirnya.

"Sabar weh, banyak lagi bunga yang ada. Dia berbeza. Kau dengan dia, tak serasi.." Luah kawannya jujur. Takut-takut mengatakan kepada Zul.

Zul menekup wajahnya. Mengesat air matanya kasar dari jatuh ke pipi. Sedih-sedih dia, masih ingat lagi macho.

"Ye, aku tau. Aku sedar dia siapa dan aku sedar diri aku." Zul senyum tipis.

Si sahabat tersenyum.

"Aku tak sangka kau cuma bersedih sebab kena reject je, tapi bukan sebab dimalukan depan orang ramai." Si sahabat ketawa hairan.

"Dah aku suka dia, benda sekeliling pun aku anggap takde.. Tapi, bila dia buat aku macam tu. Aku sedih gila. Tak sangka kan? Umur kita ni masih setahun jagung nak merasa apa benda tu cinta." Zul ketawa kecil.

"Cinta tu, aku sendiri belum rasa. Kita ni masih darjah enam Zul. Asal kau bukak topik dewasa dah ni?"

Mereka tergelak. Meski mereka sedar mereka masih darjah enam dan akan menghadapi UPSR, Zul ambil keputusan untuk meluahkan perasaan di hari terakhir persekolahan mereka. Tindakan yang berani tapi sia-sia.

"Enam tahun aku crush kat dia, tak sangka ni yang aku dapat." Zul menggelembung mulutnya. Si sahabatnya menggeleng.

"Aku berdoa lepas ni, agar dia jumpa jodoh yang baik, terutamanya beragama Islam." Zul mengakhiri katanya sambil tersenyum tipis.

"Aamiin. In Sya Allah, doa dan niat baik kau ni sampai kat Allah SWT."

.
.
.
.

Is menggigil badannya, teresak-esak menangis di tepi kubur. Sedaya upaya dia cuba menahan air matanya dari mengalir. Hampanya, kenangan dan memori masih berbekas di hati dan ingatan.

Sahabat yang masih setia dalam susah senangnya dari zaman sekolah rendah sehinggalah ajal datang menjemput sahabatnya tika di alam sekolah menengah. Kali terakhir dia bersua, ketika dia pergi beraya di rumah sahabatnya itu.

Masih ingat senyuman manis Zul menyapa memorinya. Hatinya merindu sakit!

"Zul, aku cemburu dengan kau. Allah sayangkan kau." Is tersenyum perih, air matanya diseka kasar. Dulu, dia pernah meminta Zul berhenti bersedih tapi sekarang perkataan itu berbalik padanya.

Terasa lucu pula.

Lama dia dikubur sahabat, akhirnya Is bangkit dari duduknya, sebelum pergi sempat dia menatap kubur arwah Zul kali terakhir.

Jika ada kesempatan lagi, dia akan melawat lagi. Lantas dia pergi dari situ.

"Dah ke?" Danny bertanya sebaik menangkap kelibat Is yang usai menziarahi. Is tersenyum manis dan mengangguk.

"Kau nangis ke?" Soalan Danny buatkan Is tersentak.

"Mata kau masuk habuk ke? Sampai rabun tengok mata aku yang kacak lagikan handsome ni?" Sengih Is mengena Danny.

"Kau boleh tipu Khairy dengan Danial."

Saat keluar dari kawasan perkuburan, ada satu kereta merah sport dihadapan mereka. Terlihat Khairy dan Danial sedang menunggu di tempat parkir.

"Tapi kau tak boleh tipu aku. Aku kenal kau dah lama, kau pakai spender  warna apa pun aku dah hafal." Danny tersengih menang. Naik bercantum kening Is kena anjing oleh Danny.

"Kurang asam." Kali ni dia kalah. Maklumlah, dia masih mood sendu.

Danny tergelak besar menghampiri kereta. Tidak peduli tatapan Khairy dan Danial yang tercengang.

"Weh Is, asal?" Khairy menjuih bibir. Sedikit berbisik. Keluar je dari kubur dah gelak macam orang gila.

"Oh, jangan dekat dengan dia, baru lepas sampuk hantu raya dekat kubur tadi." Balas Is selamba buatkan Danny yang masih gelak dalam kereta memanjangkan leher jenguk Is tengah simpan tikar kat bonet.

Muka poker face Is macam mintak ditumbuk.
Khairy dan Danial terkebil-kebil, pakat menjauh kalau betul.

"Okey, kau menang." Danny mengalah, Is tersengih sendiri. Timing.

.
.
.

Formula pendaftaran untuk semester dua itu buatkan Is pening kepala. Bukan sebab dia tak pandai menguruskannya, tapi sebab lecturer mintak last minute jadi serabut di buatnya.

"Is, kita belum print results sem lepas!" Datang Khairy mendadak di muka pintu bilik Is. Nampak tadi dia lari dan break depan pintu tu. Mujur tak excident.

"La, ye ke. Kita hantar tengahhari boleh ke?" Soal Is risau jika mereka tak sempat. Rasanya, ramai yang tak sempat print kertas ni."

Khairy mencangkung tepi Is. Tatapan dia serius.
"Meh kita doa semoga dipermudahkan urusan." Ucap Khairy yakin. Pilihan terbaik adalah berserah pada Tuhan.

"Aamiin." Is angguk. Dan berakhir dengan tangan menyatu. Janji di antara satu sama lain bahawasanya jika terkena hukuman, biarlah mereka bersama. Hohoho.

.
.
.

Kaki dibawa laju naik tangga tingkat tiga universiti teknologi Malaysia, Khairy yang berada di hadapan sudah jauh sepuluh langkah. Masing-masing nak cepat ke kelas sebab dah terlewat. Ni lah padahnya tertidur lepas subuh. Kalau Danny tak gerak mereka, memang terlajak tidur jawabnya.

Saat Is hendak membelok naik tangga, dia terempuh satu perempuan yang turut naik tangga dari arah belakang.

'How Khairy elak do!'

Kaki Khairy break melihat kejadian tersebut.

Is bukan paut manusia yang jatuh tapi buku-buku perempuan tersebut. Apalagi, terbutang mata perempuan berambut panjang itu saat Is tersengih-sengih kerana berjaya menangkap bukunya.

Bukan dia yang diselamatkan tapi buku!? Dia yang sudah terduduk jatuh macam nangka busuk di tepi tangga tergamam dengan tindakan Is!

"Are you seriously!?"

"Apa? Nah hambek balik buku kau." Is terus letak kemas buku tersebut atas lantai tangga. Dia nak cepat. Kembali mengejar Khairy yang sudah pun hilang di tingkat atas. Ah sudah, Khairy tinggalkan dia.

"Hei!"

"Apa lagi?" Is memuncung tak puas hati. Kakinya ditarik kasar oleh perempuan tersebut dipandang sekilas sahaja. Mujur tak tersadung.

Letak mana muka kacak dia nanti kalau dapat lebam free.

"Aku yang jatuh tapi kau cuma tangkap buku aku je? Aku ni macam mana!?"

"Yang tu aku mintak maaf, tapi aku lelaki. Haram hukumnya aku sentuh kau yang bukan muhrim. Jadi, aku mampu selamatkan buku-buku kau jela." Balas Is tersengih manis menampakkan giginya yang putih tersusun.

Apalagi, automatik terlepas pegangan perempuan tersebut. Terkesima mendengar jawapan Is.

"Kau boleh bangun tak?"

"Ah ye."

Is pandang kesian, macam sakit je tu nak bangun. Nak tolong, tak berani. Dia mana pernah sentuh perempuan kecuali mama dia.

"Aku okey." Dia tatap Is. Is angguk dan tinggalkan perempuan itu setelah memastikan perempuan itu mampu bangun. Memang salah dirinya lari tak sempat break. Betullah tangga itu bahaya.

Saat tiba di pintu kelas, Is terus bolos masuk. Melihat tiada pensyarah dihadapan kelas buat Is gembira semacam sampai menjerit penuh bersemangat.

"SAFE!" Dua-dua tangannya berkibar naik udara. Gaya bola berjaya masuk dalam gol.

"Oi Is." Suara Khairy terdengar dari sisi pintu. Tertoleh kepalanya ke belakang melihat Khairy yang berdiri sambil mengangkat kerusi di kepala. Is terkejut.

"Seriesla!" Terus matanya mencari si pensyarah yang duduk selamba di meja bersama pelajar lain.

"Arshad Iskandar! Berdiri sebelah Khairy now!"

"What? Tapi saya terlambat tiga minit je miss." Rayu Is lantas melutut. Drama pulak dia depan kelas tu. Khairy dan pelajar lain dah menyembunyikan tawa. Mula dah..

"I don't care, dari awal lagi saya dah bagitau dalam group. Sesiapa yang terlambat before class, I tak akan bagi muka. That's is my last warning." Ucap pensyarah itu lalu bangkit dari duduk. Menghirau Is yang di atas lantai. Kalau dilayan, memang panjang lakonan mengada Iskandar.

"Go get your chair dan berdiri sebelah Khairy." Arah wanita berkacamata itu. Is nak tak nak melangkah layu mencapai kerusinya.

"Sampai hati Miss, saya dah sebulan tak jumpa Miss sanggup terkejar masa nak jumpa Miss yang cantik lagi molek ni. Takpe, saya redha. Saya tahu Miss sayang saya." Gumam Is sendiri buat satu kelas menahan tawa.

Wanita itu yang menyemak buku kehadiran merasa geram. Is ni memang sengaja membodek dia! Is tersenyum manis mengangkat kerusi ke atas kepala dan berdiri sebelah Khairy.

"Padan muka kau tinggal aku, kan dah terkena sekali." Bisik Is sempat buat Khairy tersenyum geram.

"Kalau kau tak terlanggar perempuan tu, kita masuk tepat waktu tadi." Bisik Khairy pula.

"Manalah aku tahu ada manusia dekat sana." Is berkata jujur.

"Ko boleh elak kot?" Hairan Khairy.

"Aku corner memang tak nampak dia disebalik dinding tangga tu." Luah Is menghela nafas.

"Nasib tak baik kita hari ni." Khairy menghela nafas panjang.

"Aku harap sampai pagi ni je lah malang tak berbau ni." Doa Is.

"You two, shut up."

Apalagi, berdiri tegak Is dan Khairy. Is tak ada mood nak nakal memandang kelas pun dah bermula.

"Today, we have new transfer student from Melaka, memandangkan dia lambat dapat jadual dari saya, so dia datang lewat sedikit." Miss melihat jam tangannya. Telefonnya yang berdering di atas meja diangkat.

"Okey, yes you right. Come in." Miss tutup telefonnya berselang dengan pintu kelas terbuka. Menampilkan satu figura bertubuh langsing berbaju kemeja masuk ke dalam kelas.

Saat itu, rambut panjang itu berkibar cantik di udara. Khairy awal-awal dah tunduk pandangan. Is ikut sama pandang tempat lain.

"Intro yourself." Pinta Miss.

"Saya Lara Croft, pelajar pindahan semester dua dari Melaka. Saya pindah atas urusan kerja ayah saya. Mohon kerjasama kita dihadapan nanti." Lara membongkok badannya sedikit. Sesi perkenalan ringkas itu diakhiri tatasusila Lara yang sopan dengan senyuman.

Cantik. Kacukan omputeh.

Is terkebil-kebil, macam kenal.

"Weh, tu perempuan yang kau langgar tu." Bisik Khairy akhirnya.

Is teringat. Cepat betul dia ni LUPA!

"So, do you have a question for Lara before we start this class?"

Ramai angkat tangan termasuk Is. Bila para pelajar yang duduk perasan Is yang angkat tangan, semua jatuh. Siapa je tak nak dengar lawak merapu Is lagi? Is tersengih saat Miss bermasam muka. Satu kelas pakat sokong dia.

"What your question Iskandar?"

"Miss, saya pernah cakap kalau emergency dimaafkan betul tak?" Soal Is.

"Ya, tapi itu kalau awak tak beritahu." Miss berpeluk tubuh. Is mengangguk setuju. Lara di hadapan berkerut, perasan si jejaka yang tadi melanggarnya rupanya berdiri dikenakan hukuman.

"Tapi ia berlaku sebentar tadi dan saya tak sempat mesej Miss. Patutnya saya datang tepat masa dengan Khairy kalau diikutkan kelajuan kaki saya melangkah. I'm sure that I'm faster."

"So, what's the problem?" Miss mengangkat kening.

"Khairy saksi saya yang saya terlanggar dengan dia dekat tangga. So, dua minit habis macam tu sebab saya tolong angkat buku dia tu. Dan Khairy masa tu terlewat satu minit sebab dia tunggu saya. Jadi, pendek cerita kami terlewat sebab dia. Dan dia terlewat sebab Miss lewat bagi jadual dekat Lara. So how that's logic kami kena hukum?" Is buat kesimpulan bangga. Tersenyum leret dia bila tengok muka terkejut Miss dan Lara mengangga tak percaya.

Satu kelas mengangguk kagum.

"By the way, saya tak pernah pun miss kelas." Tambah Is lagi sambil mengangkat hidungnya tinggi-tinggi. Bangga dengan rumusan dibuat.

"Betul Lara?" Miss soal Lara buatkan gadis itu terpaksa angguk mengiakan.

"Kali ni saya tak akan biarkan siapa yang terlewat. Go get your sit."  Ucap Miss akhirnya mengizinkan Iskandar dan Khairy duduk.

"Yes! I love you Miss!"  Sempat Is buatkan fly kiss untuk lecturer kesayangan mereka tu. Satu kelas gelak dengan keletah Is. Tak sia-sia pakat tolong Is.

"Nice la Is." Pelajar belakang Hi-5 dengan Is dan Khairy. Dapat jugak melawan guru kelas mereka yang dikenali sebagai lecture paling garang.

"Lara, pergilah duduk."

Lara ambil tempat duduk sebelah Is yang kosong.

"Kita berjumpa lagi." Is tersenyum manis. Tapi tak pandang dia, malah focus melihat Miss mengajar.

"Who are you?"  Lara mulakan perbualan. Bukan sebab dia berminat dengan jejaka itu, tapi pemuda itu hampir mendominasi satu kelas. Itu yang menghairankan.

"Aku Arshad Iskandar, ketua kelas. Kalau perlukan apa-apa, cari aku." Is mengoyak senyum kacaknya.

'Arshad Iskandar..dia..'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro