AM 15
Dah capai 1K cerita ni😢💕 Thank you kepada sesiapa yang baca cerita ni😍
Ada pembaca Cintaku Hanya Untukmu di sini tak?🙋
"Siapa suruh kau jejak di rumah aku? Aku dah cakap yang aku tak mahu tengok muka kau dan anak haram kau ni!" tengking seorang wanita yang agak tua
Raudah menitiskan air matanya. Sungguh hatinya rasa sakit apabila dihina dan ditengking sebegitu. Ariana di sebelahnya dipeluk dengan erat
"Saya nak anak tengku bertanggungjawab terhadap saya"
Dia ketawa sinis mendengar kata-kata daripada Raudah. Dompetnya dicapai lalu diambil beberapa not duit bernilai 100 ringgit lalu dicampak di depan muka Raudah
"Tak cukup lagi? Kalau kau nak lagi, beritahu je berapa yang kau mahu asalkan kau tak ganggu anak lelaki aku"
"Nenek..."
"Kau siapa nak panggil aku nenek? Kau anak haram! Aku tak ada cucu macam kaulah!"
Ariana terus bangun daripada tidurnya. Dadanya turun naik taktala mendapat mimpi seperti itu. Peluh dingin merenik di dahinya. Mimpi ini seolah-olah seperti pernah berlaku sebelum ini
Adakah mimpi tersebut adalah satu petanda atau sekadar mainan tidur?
"Awak Tengku Asyraf Mikhael?"
"Ya"
Ariana terdengar suara Puan Raudah yang sedang bercakap dengan Asyraf. Dia terus turun dari katil dan mendekati ke arah pintu wad. Dia semakin jelas mendengar suara Puan Raudah dan Asyraf
"Kenapa sekarang?"
"M-maafkan Asyraf, umi"
Ariana mengerutkan keningnya. Kenapa pula Asyraf minta maaf dekat uminya? Lagipun, mereka berdua tak pernah jumpa sebelum ini dan yang paling penting,
Kenapa Asyraf gelar uminya sebagai 'umi'?
"Asyraf tak perlu minta maaf dekat umi. Lagipun perkara sudah lepas jadi tak perlu kenang lagi"
"I can't, umi. Asyraf rasa bersalah sangat sebab tak pertahankan umi dan Ariana. Ayah cari umi dan Ariana di merata-rata tempat untuk tebus kesalahan ayah sebelum ni. Dia nak bertanggungjawab atas kekhilafannya"
Ariana yang hendak mendengar lebih lanjut perbualan Puan Raudah dan Asyraf terbantut taktala telinganya menangkap bunyi pintu tandas dibuka
"Ariana? Kau dah sedar" laju sahaja Haiqal melangkah ke arah Ariana yang berdiri tegak di depan pintu wad
"Kau okay tak? Ada sakit di mana-mana bahagian?" bertubi-tubi Haiqal menyoal dengan nada yang risau
"Saya okay je. Jangan risau sangat" Ariana cuba berkata sebegitu agar Haiqal tidak risau akan dirinya
"Jangan risau? Aku separuh mati risaukan kau dan aku sanggup pandu kereta melebih had semata-mata nak tengok keadaan kau. Aku tak mahu kehilangan orang yang aku sayang-" Haiqal memandang ke arah Ariana
"Buat kali kedua" Haiqal memperlahankan nadanya agar Ariana tidak mendengar kata-katanya
"Apa awak cakap tadi? Saya tak dengarlah"
Haiqal pantas menggeleng kepalanya
"Tak ada apa-apa"
Ariana mengangguk sahaja. Dia memandang ke arah Haiqal yang sejak tadi memandang dirinya. Tak selesa dibuatnya
"Jangan pandang saya begitu. Saya tak selesa"
"Oh, sorry" pantas Haiqal mengalihkan pandangannya ke arah lain
"Awak dan Asyraf ada rahsiakan sesuatu daripada saya ke?" pertanyaan Ariana cukup membuatkan Haiqal terkedu
"M-maksud kau?"
Ariana tersenyum nipis sahaja. Dia boleh agak yang Haiqal dan Asyraf ada kaitan dalam hidupnya
Kedengaran pintu wad dibuka menbuatkan Ariana dan Haiqal segeea menoleh. Puan Raudah terus menuju ke arah Ariana lalu membawanya ke dalam pelukan
"Umi okay? Nanti umi nak stay dekat mana?"
"Umi okay je. Umi nanti stay dekat rumah kawan umi sebab kebetulan pula dia ada di sini" kata-kata Puan Raudah cukup membuatkan Ariana menghela nafas lega
Haiqal dan Asyraf hanya memerhati mereka sambil tersenyum nipis
"Umi, Riana nak tanya sesuatu"
"Apa?"
"Asyraf dan Riana ada pertalian darah ke?" soalanya sekali lagi cukup mengejutkan Puan Raudah, Asyraf dan Haiqal
"Ariana-" kata-kata Asyraf terhenti apabila Ariana menjeling tajam ke arahnya membuatkan dia terus mendiamkan diri
"Umi, jawab soalan Riana" Ariana mendesak Puan Raudah agar memberitahu dia perkara sebenar
Puan Raudah memandang ke arah Ariana yang sedang memandangnya dengan penuh harapan. Dia menoleh pula ke arah Asyraf yang hanya mendiamkan diri sahaja
"Umi..."
Terasa berat hati Puan Raudah ingin memberitahu perkara sebenar. Tubir matanya mulai bergenang air mata dan itu membuatkan Ariana tergamam
Salah diakah sebab bertanya soalan yang tak sepatutnya ditanya?
"Kalau umi tak mahu beritahu, tak apalah" Ariana cuba memujuk Puan Raudah tetapi Puan Raudah hanya tersenyum nipis sahaja
"Tak apa, Ariana. Umi pun dah lama rahsiakan benda ni daripada Riana. Riana nak tahu siapa Asyraf d hidup Riana, kan?"
Ariana mendiamkan diri sahaja. Tidam mengangguk mahupun menggeleng
"Umi" Asyraf memanggil Puan Raudah agar tidak memberitahu perkara sebenar
"Sampai bila kita nak rahsiakan benda ni daripada Ariana, Asyraf? Dia berhak tahu apa hubungan kamu dengan dia"
Puan Raudah memandang kembali ke arah Ariana
"Riana, sebenarnya Asyraf adalah-" Puan Raudah menarik nafasnya sedalam-dalamnya lalu dihembuskan
"Asyraf adalah abang kandung kamu"
××××××
Di Hostel...
"Kau okay tak?" tanya Yana apabila melihat Ariana mendiamkan diri sahaja
Sejak dia pulang dari hospital, Ariana lebih banyak mendiamkan diri dan mengelamun. Yana dan Danielle pelik melihat sikap Ariana yang berubah
"Aku okay" kata Ariana perlahan
"Aku yakin kau tak okay, Ariana. Kami ni kawan kau jadi cuba beritahu apa masalah kau" kata Yana dan Danielle mengangguk setuju dengan kata-kata Yana
Ariana terus memandang ke arah Yana dan Danielle silih berganti. Dia menghela nafas berat
"Begini ceritanya"
Flashback
"Asyraf adalah abang kandung kamu"
Ariana tergamam mendengar kata-kata Puan Raudah. Dia terus memandang ke arah Asyraf tapi dia memandang ke arah lain
"Umi gurau, kan? T-tak mungkinlah Asyraf adalah abang Riana" kata Ariana seraya ketawa kecil
Tapi, melihat keadaan sekarang ini tengah serius membuatkan Ariana terhenti ketawa. Dia melihat wajah Puan Raudah yang hanya tersenyum kelat ke arahnya
"Tapi, umi cakap Riana satu-satunya anak yang umi lahirkan. Umi langsung tak cakap yang Asyraf juga lahir dari rahim umi" bergetar sahaja suara Ariana ketika ini
"Memang Asyraf bukan lahir dari rahim umi tapi dia lahir dari rahim ibunya tapi daripada benih ayah Asyraf iaitu Tengku Iskandar dan juga merupakan ayah Riana"
Ariana cukup terkejut mendengar kata-kata Puan Raudah. Dia sangat terkejut dengan kebenaran yang terbongkar ketika ini
Tengku Iskandar adalah ayah kandungnya!
"Asyraf dan Ariana adalah adik-beradik. Dilahirkan oleh ibu yang berbeza tetapi daripada benih ayah yang sama"
Ariana terduduk di katil
"Ariana-" Haiqal cuba pergi ke arah Ariana tapi lantas dihalang oleh Ariana
"Jangan dekat dengan saya" pantas Ariana memberi amaran dekat Haiqal
"Ibu Asyraf dan ayah Riana mempunyai hubungan yang sah iaitu pasangan suami isteri. Manakala, ibu pula langsung tak hubungan sah dengan ayah Riana dan kami berdua pernah terlanjur tapi ayah Riana langsung tak bertanggungjawab"
Bergenang air mata Ariana di tubir matanya mendengar cerita dari uminya. Sungguh dia tak sangka uminya menanggung duka yang banyak dulu
Dipeluk tubuh uminya dengan erat. Air matanya mengalir dengan deras dan begitu juga dengan Puan Raudah. Masing-masing melepaskan rasa di hati
"Jom keluar, Asyraf. Give them some times" kata Haiqal
Asyraf mengangguk sahaja sebelum mengikut langkah Haiqal keluar dari wad Ariana
End of flashback
Yana dan Danielle tergamam mendengar cerita Ariana. Mereka memandang Ariana dengan pandangan tak percaya
"Maksudnya, Asyraf adalah abang kau dan Tuan Iskandar adalah ayah kau?"
Ariana mengangguk sahaja
"A-aku ingatkan benda ni berlaku di novel je tapi tak sangka pula ia berlaku dekat kawan kita. Aku speechless dengar cerita kau"
Ariana tersenyum kelat. Dirinya lagi terkejut dan speechless apabila dapat tahu tentang hal ni
"Itu bererti kau tergolong dalam golongan kerabat tengku"
"Nampaknya begitulah" acuh tak acuh sahaja dia menjawab
"Kenapa kau tak gembira je bila dapat tahu yang kau ada pertalian darah dengan keluarga tengku?"
Ariana mengeluh
"I need some time to accept the truth. Aku tak jangka perkara ni akan berlaku dalam hidup aku"
Yana dan Danielle mengangguk perlahan. Mereka faham dengan situasi Ariana ketika ini
"Tak apa, Ariana. Kami faham yang kau perlukan ruang dan masa. Ambillah masa sebanyak mungkin tapi kau kena ingat satu perkara. Kau mesti terima juga perkara ni walaupun kau tak suka"
Ariana tersenyum sebelum memeluk mereka berdua dengan erat
"Terima kasih sebab memahami aku"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro