Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

AM 13

Haiqal memberhentikan keretanya di hadapan universiti. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Ariana dan kelihatan dia sedang lena tidur

Haiqal tersenyu nipis. Dia memerhati segenap wajah putih mulus milik Ariana. Sungguh dia kagum dengan kecantikan yang dimiliki oleh Ariana

"Your face never change, Ariana. Semakin cantik dan matang berbanding dulu" perlahan sahaja Haiqal berkata

Matanya makin galak memerhati segenap inci wajah Ariana sehinggalah matanya terhenti pada bibir Ariana. Sungguh ia amat menarik perhatiannya dan seolah-olah mengoda dirinya

Dia merapatkan wajahnya kepada wajah Ariana dan jelas kelihatan wajah polos Ariana sedang tidur

"Bila aku tengok muka kau, aku terus teringatkan seseorang. Pada mulanya, aku sangka kau adalah 'dia' tapi bila aku tahu nama kau-"

"Aku yakin yang kau adalah 'dia'. Aku tak sangka dapat jumpa kau selepas bertahun-tahun aku cari kau" kata Haiqal seraya tersenyum hambar

Ingatan Haiqal kembali mengingati peristiwa yang berlaku pada beberapa tahun yang lepas. Sungguh ia merupakan salah satu peristiwa buruk yang pernah berlaku dalam hidupnya

"Kalau kau ingat peristiwa tu, aku yakin kau akan tinggalkan aku lagi. Aku tak sanggup kehilangan kau buat kali kedua"
Ariana perlahan-lahan membuka matanya apabila terdengar orang sedang bercakap sesuatu. Terkebil-kebil dia apabila melihat wajah Haiqal yang agak dekat dengannya

"K-kenapa ni?" gagap sahaja Ariana bertanya

Gilalah kalau tak gugup! Dengan jarak wajah mereka yang agak dekat membuatkan Ariana dapat melihat wajah Haiqal dengan jelas

'Kacak...'

Haiqal tersenyum senget melihat Ariana yang leka memerhati wajahnya

"Puas tengok muka aku?" kata-kata Haiqal menyentakkan Ariana. Terus dia mengalihkan pandangannya ke arah lain

"Jangan risau. Kalau kau nak tengok muka aku puas-puas, kahwinlah dengan aku. Kalau kau nak lebih pun boleh" matanya melirik ke arah Ariana seraya5 tersengih nakal

Muka Ariana mulai berbahang apabila Haiqal bercakap sebegitu. Lantas dia mencapai beg serta fail-failnya lalu keluar dari kereta milik Haiqal

"T-teima kasih sebab hantar saya"

"You're welcome, my dear"

Ariana lantas masuk ke dalam universiti dengan segera. Dia cuba menenangkan jantungnya yang sejak tadi berdegup kencang

Haiqal memandang Ariana sehinggalah dia hilang dari pandangan. Lantas dia mengambil telefonnya lalu didail nombor sahabatnya

"Kau kenapa call aku tengah-"

Terus Haiqal memotong percakapan Zarief

"Aku nak jumpa kau dekat tempat biasa. Kau tak sampai dalam tempoh 10 minit, kau mati"

"Bro kau jangan main-"

Terus dimatikan panggilan tersebut tanpa menunggu balasan daripada Zarief

××××××

Ariana melangkah laju dan langkahnya berhenti taktala ternampak susuk tubuh sedang menanti dirinya di hadapan pejabat. Terus dia pergi ke arah tersebut

"Abang Asyraf!"

Lelaki yang bernama Asyraf terus menoleh apabila namanya dipanggil. Terus dia menayangkan senyuman manis kepada Ariana

"Lewat 3 minit but it's okay. Jomlah masuk"

Ariana mengangguk sahaja. Dia mengikut sahaja langkah Asyraf menuju ke pejabat ayahnya. Asyraf mengetuk pintu pejabat ayahnya beberapa kali sebelum dia masuk ke dalam

"Ayah"

Seorang lelaki yang khusyuk membelek fail terus mengangkat muka. Dia terus tersenyum melihat kelibat Asyraf serta Ariana

"Duduklah" pelawa Tengku Iskandar yang merupakan ayah kepada Asyraf serta merupakan seorang pengetua universiti ini

Ariana dan Asyraf terus duduk berhadapan dengan Tengku Iskandar

Tengku Iskandar meletakkan fail ke tepi dan memandang wajah mereka silih berganti sambil tersenyum sendiri. Dia terus memberikan kertas kepada Asyraf dan Ariana

"Baca"

Ariana membaca kertas yang diberikan oleh Tengku Iskandar. Matanya membuntang luas dan terus dia memandang ke arah Tengku Iskandar dengan pandangan terkejut

"A-ayah biar betul?" Asyraf juga turut terkejut

"Betullah. Ayah nak Asyraf jadi mentor kepada Ariana. Ayah nak Asyraf ajar dan didik Ariana memandangkan Asyraf tenfah cuti. Daripada Asyraf duduk terkangkang di rumah, lagi bagus Asyraf jadi tutor separuh masa kepada Ariana" kata Tengku Iskandar seraya menyindir Asyraf

Ariana menekup mulutnya dan cuba menahan ketawa melihat wajah Asyraf yang cemberut

"Ariana okay tak kalau Asyraf jadi mentor Ariana?" tanya Tengku Iskandar

"Saya okay je"

Tengku Iskandar sudah tersenyum puas. Dia tahu Ariana takkan menolak permintaannya

"Kalau begitu, saya minta diri dulu" kata Ariana dengan sopan sebelum keliar meninggalkan Asyraf dan Tengku Iskandar bersendirian

Asyraf memandang ke arah ayahnya

"Really?"

"What?"

"Kenapa ayah buat begini?"

Tengku Iskandar tersenyum hambar. Dia memandang ke arah sebuah frame gambar yang terletak di mejanya. Asyraf turut melihat frame gambar tersebut

"Ayah buat semua ni sebab ini adalah satu cara untuk kita rapat dengan Ariana. Asyraf tahu juga kenapa ayah buat begini"

Asyraf mengangguk sahaja sambil tersenyum nipis

"Ayah..."

"Hmm?"

"Ibu mesti orang yang baik kan?"

Tengku Iskandar mengangguk seraya tersenyum nipis

"Dia memang baik, Asyraf"

××××××

Zarief memandang ke arah Haiqal yang sejak tadi memandang telefonnya. Terus dia mendengus geram

"Kau nak jumpa aku tapi kau hadap telefon pula" kata Zarief dengan nada tak puas hati

"Nah" terus Haiqal memberikan telefonnya kepada Zarief

Zarief terus mencapai telefon Haiqal lalu dilihat benda yang tertera di skrin telefon. Dia menekup mulutnya tanda dia tak percaya dengan benda yang baru sahaja dia baca sebentar tadi

"Kau biar betul?"

Haiqal mengangguk

"Jadi, Ariana ingat tak benda ni?"

"Tak"

Zarief menghela nafas panjang. Dia memandang wajah Haiqal yang kelijatan agak risau

"Aku risau kalau dia tahu pasal ni. Aku takut dia jauhkan diri dari aku dan lagi teruk-"

"Hai!" perbualan mereka terhenti apabila suara seseorang menyampuk perbualan mereka

"Fasha?"

Fasha tersenyum manis kepada Haiqal. Lantas dia duduk di sebelah Haiqal dan memeluk lengan Haiqal dengan erat

Zarief sudah menayangkan muka menyampah kepada Fasha. Sudahlah baju ketat sampai nampak lekuk badan dan pendek. Memang sakit mata dibuatnya

"Kau buat apa di sini?" tanya Haiqal dan dia cuba melepaskan tangan Fasha daripada memeluk erat lengannya

"Saya datang sini nak beli minuman tapi dapat pula jumpa bakal tunang kesayangan saya" kata Fasha seraya tersengih

"Bro, aku baliklah dulu. Rasa panas pula dekat sini walaupun ada aircond" sindir Zarief dan ia ditujukan kepada Fasha

Fasha menjelir lidah kepada Zarief. Tak terasa pun dengan sindiran Zarief yang ditujukan kepada dirinya

"Fasha, tolong lepaskan tangan kau daripada aku. Lagipun, kita tak ada sebarang ikatan jadi tak manislah orang pandang" kata Haiqal dengan nada yang lembut

Fasha terus melepaskan tangannya daripada memegang lengan milik Haiqal. Dia tersenyum nipis sahaja

"Fasha.."

"Ya?"

Haiqal memandang ke arah Fasha yang sejak tadu memandang dirinya. Rasa serba salah pula dia nak cakap pasal hal ini tapi dia terpaksa

Ini soal hati dan perasaan

"Kalau aku kata yang sebenarnya aku ada suka seseorang, kau marah tak?"

Fasha terdiam seketika mendengar kata-kata Haiqal sebelum dia tersenyum nipis

"Saya tak marah langsung. Kalau awak ada suka seseorang, saya lagi suka. Saya tahu awak tak suka saya tapi saya diamkan sahaja sebab saya takut saya sakit hati pula"

Haiqal tersenyum mendengar respon positif daripada Fasha. Terus dia menghela nafas lega

"Awak ada suka seseorang ke? Cuba cerita dekat saya"

"Memang pun. Aku ada suka seseorang dan semestinya dia seorang perempuan takkan pula lelaki"

Fasha tergelak kecil

"Dia perempuan biasa je tapi dia ada satu aura yang buat aku rasa nak kenal dia lebih mendalam. Mukanya yang polos dan putih mulus buatkan aku rasa sejuk sahaja memandang dan matanya yang sangat cantik buat aku rasa nak pandang dia sahaja"

Fasha tersenyum mendengar cerita Haiqal tentang perempuan yang dia minati

'Walaupun aku tak kenal kau tapi kau untung sebab dapat menjadi ratu hati Haiqal' desis Farah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro