Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

AM 12

"Hello my little lovely girl"

Ariana mengemam bibirnya. Dia cuba beriak selamba dan keluar dari dapur tapi lantas sahaja lengannya ditahan oleh Haiqal

"Lepaslah, Haiqal! Nanti orang nampaklah" Ariana cuba sedaya upaya untuk melepaskan genggaman tangan Haiqal dari lengannya

"Ada nampak muka aku kisah?" selamba sahaja Haiqal berkata

"Haiqal! Tolonglah lepaskan saya. Awak buat saya rimaslah"

Haiqal tersenyum senget. Dia mendekatkan dirinya dengan Ariana hingga badan mereka hampir bersentuhan

"Aku rindu kau. Tak sangka pula aku dapat jumpa kau hari ini"

"I don't give a damn about that, Encik Haiqal"

"Really? You don't miss me?"

Ariana menggeleng kepalanya berkali-kali. Jantungnya sekarang ini rasa nak meletup je apabila jarak mereka terlalu dekat

"H-Haiqal, jauhkan diri awak dari saya. Saya tak selesa" Ariana cuba memberi alasan untuk melepaskan diri

Haiqal tersenyum sahaja. Dia meletakkan tangannya di sisi meja membuatkan Ariana terperangkap. Makin tak keruan Ariana dibuatnya

"Haiqal!"

"Kau makin cantik dan menawan, Ariana. Kau buat aku tak keruan seperti biasa"

Ariana menundukkan kepalanya

"H-Haiqal..."

"Marry me, darling. Aku betul-betul cintakan kau sepenuh hati. Hati aku sakit bila kau langsung tak balas mesej dan jawa panggilan aku. Aku tak mahu kehilangan kau. Kau seorang je mampu buat hatiku berdebar kencang"

Ariana memandang tepat pada mata Haiqal. Dia pun tak pasti sama ada Haiqal ikhlas ingin memperisterikan dirinya atau tidak

"I can't marry you, Haiqal! Takkan itu pun awak tak faham. Nak saya cakap bahasa apa lagi supaya awak faham?"

"Give me two reason"

Ariana mendiamkan diri. Matanya melilau keadaan sekeliling serta cuba menghilangkan rasa gementar yang bertandang di dada

"Ariana..."

"Saya tak setuju sebab saya masih mudah dan saya ada cita-cita nak capai untuk ubah hidup saya dan umi saya dan juga kita berdua-"

"Tak setaraf" terus perlahan nada Ariana menyebut perkataan tersebut

Haiqal terus menjarakkan diri dari Ariana. Dia melihat Ariana hanya menundukkan kepala

Haiqal tersenyum nipis

"Kau dengan sini baik-baik"

"Aku tak kisah kalau kau tak ada pangkat ataupun harta sebab ia bukan menjamin kebahagiaan. Aku nak kau sebab aku tertarik dengan kau sejak aku bertemu denga kau, lindungi kau dan juga-"

"Aku sayangkan kau"

Terkelu lidah Ariana mendengarnya

"S-saya naik dulu" terus Ariana meninggalkan Haiqal bersendirian di situ

Haiqal tersenyum lebar

"Makin keraplah kita berjumpa lepas ni"

Di bilik Arina...

Arina, Yana dan Danielle memandang sesama sendiri apabila melihat Ariana yang jauh termenung

"Kau okay tak?" tanya Arina apabila melihat Ariana yang hanya mendiamkan diri sahaja

Yana dan Danielle turut memandang ke arah Ariana. Mereka pun pelik apabila Ariana hanya diam biasa sahaja walhal mulutnya yang selalu bising

"Aku okay" jawab Ariana

"Jom jalan-jalan. Aku ajak abang aku sekali" ajak Arina

Danielle dan Arina terus setuju dengan ajakan Yana. Ariana terus menggeleng kepalanya berkali-kali tanda tidak mahu mengikut mereka

"Jomlah, Ariana. Bukan selalu kita lepak sama-sama. Lagipun, esok kelas kita petang juga" Arina cuba memujuk Ariana untuk mengikut mereka sekali

Ariana mengemam bibirnya. Dia sebenarnya tak mahu langsung ikut sebab ada Haiqal tapi melihat wajah penuh harapan kawannya, membuatkan dia rasa serba salah pula nak menolak

"Okay, aku ikut" Ariana terpaksa setuju untuk berjalan-jalan

Mereka terus bersorak gembira. Bukan selalu mereka dapat lepak bersama-sama seperti ini

××××××

"Ariana! Telefon kau ni tak henti berdering" kata Yana seraya menuding ke arah telefon bimbit Ariana

Ariana segera mencapai telefon bimbitnya. Dilihat nama pemanggil di skrin telefonnya

Tengku Asyraf is calling...

"Aku turun dululah. Kau jawablah panggilan tu. Mungkin ada hal penting yang dia mahu berbincang dengan kau" kata Yana apabila dia melihat tiada tanda-tanda ingin menjawab panggilan tersebut

Yana mencapai beg tangannya bersama fail lalu terus keluar dari bilik Arina untuk memberi ruang kepada Ariana untuk menjawab panggilan tersebut

Butang hijau terus diseret ke tepi

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam. Kenapa call saya?"

"Ayah saya nak jumpa awak. Ada hal penting yang dia nak bincang dengan awak"

"Ayah awak nak jumpa saya sekarang?"

"Sekarang juga"

"Okay" pantas panggilan tersebut dimatikan

Ariana mengemam bibirnya. Dahinya diurut perlahan seketika sebelum dia mencapai begnya lalu keluar dari bilik Arina

"Who call you just now?"

Ariana mengurut dadanya apabila disergah oleh Haiqal yang sedang memandang ke arahnya seraya menyandar di dinding

"Tak ada kena mengena dengan awak" jawab Ariana

Haiqal mengetap bibirnya

"Kalau kau tak mahu beritahu namanya, tak apa tapi aku nak tahu dia lelaki ke perempuan?"

Ariana mengabaikan sahaja soalan daripada Haiqal. Pantas langkahnya meninggalkan Haiqal di belakang berseorangan

"Korang..."

Serentak pandangan tiga orang kawannya dihalakan ke arahnya

"Aku tak dapat ikut korang sebab ayah Tengku Asyraf nak jumpa aku" kata Ariana dengan rasa serba salah

Mereka bertiga memandang sesama sendiri. Perlahan-lahan terbit senyuman penuh makna kepada Ariana

"Tak apalah. Kami faham dengan keadaan kau sebab kau budak pandai. Memang patut pun ayah Tengku Asyraf panggil kau" kata Arina

Yana dan Danielle mengangguk setuju dengan kata-kata Arina membuatkan Ariana mengerut keningnya

Apa kena mengena dengan pandai dan perjumpaan dengan ayah Asyraf?

"Tapi, siapa nak hantar kau?" tanya Arina

"Takkan korang tak boleh hantar aku?"

"Tak bolehlah. Jarak universiti dengan shopping mall jauhlah"

Ariana sudah memikirkan cara untuk ke universiti. Dia pun setuju dengan Yana sebab jarak universiti dengan shopping mall agak jauh. Kasihan pula dia dengan Yana kalau menyuruh dia hantar

Naik grab? Duit dalam dompetnya pun entah cukup ke tidak

"Biar abang hantar dia"

Arina memandang ke arah abangnya

"Tak payahlah" Ariana cuba menolak tawaran Haiqal untuk menghantar dirinya

"Betul ni?" Arina mengecilkan pandangannya pada Haiqal

Haiqal mengangguk sahaja

"Okaylah kalau begitu. Ariana, kau ikut abang aku. Bye!" lantas Arina mencapai kedua tangan sahabatnya lalu keluar dari rumah

Ariana menjeling ke arah Haiqal yang hanya tersengih memandang ke arahnya

"Apa jeling-jeling ni, cik adik? Tergoda iman abang tengok adik jeling" sakat Haiqal

"Shut up your mouth"

××××××

Keadaan di kereta hanya ditemani dengan bunyi radio yang sedang memainkan lagu

Ariana memandang ke luar tingkap. Matanya melihat banyak kereta yang lalu-lalang dan bangunan tinggi yang tersergam indah

Haiqal menoleh sekilas ke arah Ariana yang sejak tadi mendiamkan diri sahaja

"Ariana, aku nak tanya sesuatu"

"Apa?"

"Tengku Asyraf Naufal yang call kau tadi?"

Ariana sekadar mengangguk sahaja

"Kenapa dia call kau?"

"Kenapa awak banyak tanya?"

Haiqal mengetap bibirnya. Geramnya dia dengan perempuan di sebelahnya sekarang ni. Orang tanya dia tapi dia tanya kita pula

"Aku nak tahu je"

"Mind you own business"

Haiqal mengeluh. Pantas dia memberikan telefonnya kepada Ariana dan Ariana sekadar memandang sepi telefon tersebut

"Ambil ni"

"Untuk apa?"

"Ambil jelah"

Ariana mengambil telefon milik Haiqal. Dibelek-belek telefon tersebut. Ariana menghidupkan telefon tersebut

"Give me your number, little girl"

"Tak mahu!"

Haiqal tersenyum sinis

"Bagi aku nombor kau atau kita jumpa tok kadi dan kahwin sekarang juga"

Terbuntang luas matanya mendengar kata-kata Haiqal

"Yelah!"

"Good girl"











Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro