Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

AM 11

3 bulan kemudian...

"Semua boleh bersurai dan pastikan kamu siapkan assignment yang saya bagi dan esok semua mesti ada di meja saya" kata Puan Tina sebelum berlalu keluar dari kelas

Ariana mengemas segala barangnya lalu dimasukkan ke dalam beg. Telefon bimbitnya dicapai apabila ia berdering

Terus sahaja panggilan tersebut dijawab

"Assalamualaikum, Ariana. Kau di mana? Cepatlah sedikit. Yana dan Danielle merungut tunggu kau"

"Sekejaplah. Aku tengah kemas barang aku sekejap. Kamu tunggu di mana?" kata Ariana seraya tangannya ligat mengemas kertas lalu dimasukkan ke dalam fail

"Kami tunggu kau di depan gate ni. Cepat sedikit"

"Okay aku on the way" terus sahaja panggilan dimatikan oleh Ariana

Ariana terus sahaja keluar dari kelasnya. Dia menggenggam erat failnya dan turun ke bawah

Ariana terus melajukan langkahnya dan dilambai tangannya ke arah tiga orang kawannya

"Sorry sebab buat kamu tertunggu. Kelas lewat habis"

"Tak apalah. Lagipun, ini first time kau lewat jadi kami dengan baik hatinya maafkan kau" kata Yana

Lia dan Danielle mengangguk dengan kata-kata Yana

"Jadi, kita nak pergi mana ni?" tanya Ariana

"Kita lawat Arina memandangkan dia tak hadir sebab dia sakit. Nanti, kita belilah sedikit buah tangan untuk dia dan buat assignment sama-sama" cadang Yana

Yang lain mengangguk setuju

"Kau tahu ke alamat rumah Arina?"

Yana tersenyum. Terus sahaja dipeluk bahu Lia dengan erat sebelum dia mengetuk kepala Lia menggunakan failnya

"Aduh! Kenapa kau ketuk kepala aku?"

"Padan muka kau. Semestinya aku tahulah, Cik Lia. Kau lupa ke yang aku sepupu Arina?"

Lia terus menepuk dahinya sebelum tersengih. Ariana dan Danielle tergelak melihat telatah mereka

"Sorry, Yana. Aku terlupa sekejap yang kau sepupu si Arina"

Yana menjuih sahaja. Malas dia nak layan Lia

"Jomlah kita gerak sekarang"

"Jom!"

××××××

Di Kediaman Datuk Firash...

"Awak nak pergi mana cantik-cantik ni, Leeya?" tanya Datuk Firash apabila melihat isterinya berpakaian serba cantik dan mewah

Datin Aleeyah tersenyum manis

"Saya nak pergi majlis pelancaran butik saya yang baru dibuka, abang"

Datuk Firash hanya mampu mengeluh perlahan. Dia perlahan-lahan mendekati isterinya yang sedang membetulkan rambutnya

"Boleh tak kalau Leeya tak pergi dan suruh orang lain wakilkan Leeya? Kasihanlah Arina sebab dia demam panas dan dari tadi dia merengak nakkan awak" Datuk Firash cuba memujuk isterinya agar tidak pergi

Datin Aleeyah terus menoleh ke arah Datuk Firash. Dia terus menggeleng kepalanya berkali-kali

"Tak boleh, abang. Pelancaran tu penting jadi saya mesti ada sebagai pemilik butik tersebut. Nanti tercalar nama baik saya kalau tak datang"

"Lagipun, ada banyak pembantu rumah di sini jadi sesiapa je boleh jaga Arina tu"

Datuk Firash tergamam apabila isterinya bercakap sebegitu dengannya

Datin Aleeyah melihat jam yang terletak di pergelangan tangannya. Terus sahaja dia mencapai beg tangannya

"Leeya.."

"Saya pergi dulu, abang" terus sahaja Datin Aleeyah keluar dari bilik mereka

"Ibu.."

Datin Aleeyah menoleh dan kelihatan Arina memandang ke arahnya

"Apa?"

"Nak peluk ibu"

Datin Aleeyah terus menggeleng kepalanya

"Tak bolehlah, Arina. Nanti kusut baju ibu kalau peluk kamu"

Terdiam Arina dibuatnya

"Ibu keluar dulu" terus sahaja Datin Aleeyah meninggalkan Arina

Arina hanya memandang ibunya keluar dari rumah. Perlahan-lahan air matanya mulai turun

"Rina..."

Arina terus lap air matanya yang mrngalir. Terus dia menoleh dan dia menghadiahkan senyuman kepada Datuk Firash

"Rina okay?"

"Rina okay, ayah. Rina naiklah dulu" pamit Arina lalu terus dia kembali menuju ke biliknya

Datuk Firash hanya mampu mengeluh sahaja. Dia tahu anaknya menangis tapi dia hanya mendiamkan diri sahaja

Ting Tong!!

Datuk Firash terus sahaja menuju ke arah pintu lalu dibukanya. Kelihatan 3 orang gadis sedang berdiri di hadapannya seraya tersenyum

"Uncle!"

"Eh, Yana? Kenapa datang sini?"

Yana tersengih

"Yana datang nak lawat Arina dan Yana dan kawan Yana ada bawa buah tangan sedikit" terus sahaja Yana memberikan bakul yang berisi buah-buahan dan coklat

"Susahkan kamu je. Jemputlah masuk dulu. Arina ada di biliknya"

Mereka terus sahaja melangkah masuk ke dalam rumah. Kagum Ariana melihat dekorasi rumah tersebut

Dekorasinya amat cantik dan elegan tapi pads masa yang sama, ia simple dan perabotnya agak mewah

"Jomlah kita naik atas" ajak Yana

Ariana dan Danielle terus mengikut langkah Yana. Ariana dan Danielle tak habis memuji dengan dekorasi rumah tersebut

"Ini ke bilik dia?"

Yana sekadar mengangguk. Dia terus sahaja mengetuk bilik Arina sebelum memulas tombol pintu bilik Arina

"Korang!" jerit Arina teruja

Ariana tersengih sahaja melihat Yana dan Danielle berpelukan dengan Arina. Dia pula tak berapa biasa nak berpelukan dengan mereka memandangkan mereka baru berkenalan

"Ariana? Sinilah" ajak Arina

Ariana tersenyum sahaja sebelum duduk bersebelahan dengan Arina

"Kau okay tak?" tanya Ariana

"Aku okay je. Demam aku pun sudah kebah cuma pening sedikitlah"

Ariana sekadar mengangguk sahaja. Matanya melilau segenap bilik Arina yang agak luas

"Ada tugasan tak?"

"Ada dan berlambak tugasan yang dibagi terutamanya dari Puan Nora. Jenuh aku nak siapkan dalam masa satu hari" kata Danielle

"Kalau begitu, jomlah kita siapkan"

"Jom!"

××××××

Haiqa menurunkan tandatangan pada sehelai kertas sebelum diberikan kembali kepada Sheila

"Itu je yang saya perlu tandatangan?"

Sheila mengangguk sahaja. Kertas tersebut diletakkan kembali ke dalam failnya. Terus dia keluarkan buku notanya

"Boleh tak awak tangguhkan semua perjumpaan saya dengan klien? Saya nak balik dulu. Kepala saya pening sedikit"

"Boleh je, encik" kata Sheila lalu mencatat di buku notanya

"Ada apa-apa lagi?"

"Itu je, Sheila. Awak boleh keluar"

Sheila mengangguk sebelum dia keluar dari pejabat Haiqal

Haiqal menutup matanya. Diurut pelipisnya perlahan. Terus dia mencapai telefonnya apabila ia berbunyi

Arina is calling...

"Kenapa call abang?" terus sahaja Haiqal bertanya

"Boleh tak abang belikan Rina kertas kajang dan kertas A4? Riana tahu abang half day hari ni"

Haiqal tersenyum nipis. Adiknya macam tahu-tahu je yang dia kerja half day hari ini

"Okay"

"Terima kasih, abang! I love you so much"

Terus panggilan dimatikan. Haiqal segera mencapai blazer hitamnya lalu terus sahaja dia keluar

××××××

"Kau ada abang?" tanya Ariana

"Yes dan aku sayang sangat abang aku"

Ariana tersenyum sahaja. Dia pun ingin sangat mempunyai seorang abang tapi mungkin bukan rezekinya

"Sedap betul Yana dan Danielle tidur"

Ariana memandang ke arah Yana dan Danielle yang tertidur di sofa

"Ariana, boleh tolong aku tak?"

"Apa?"

"Tolong ambilkan ubat aku di dapur. Ubat aku ada di atas meja"

"Tak apa ke kalau aku masuk dapur? Takut pula aku digelar orang tak beradab pula"

"Tak apalah"

Ariana sekadar mengangguk perlahan. Terus sahaja dia bangkit dari duduk lalu keluar dari bilik Arina

Laju langkah Ariana turun untuk menuju ke dapur. Terus dia mencari ubat Arina yang terletak di meja

"Wow" kagum Ariana melihat dapur tersebut. Cantik sahaja susunan dan sangat bersih

"Manalah ubat Arina?"

"Nah" kelihatan tangan seseorang memberikan Ariana ubat

Terus sahaja Ariana mengambilnya

"Terima kasih" kata Ariana lalu terus sahaja keluar dari dapur

"Don't you miss me, little girl?"

Terhenti langkah Ariana mendengar suara tersebut.

Tak mungkinlah...

Ariana terus menoleh dan kelihatan dia tersenyum manis

"Hello my little lovely girl"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro