AM 09
Keesokan Harinya...
"Umi nak Riana tolong angkat beg ni?" tanya Ariana seraya menunjukkan sebuah beg berwarna biru muda
"Tak apalah. Ini biar umi je yang bawa dan Riana bawa je beg yang lagi satu" kata Puan Raudah seraya menunjukkan beg berwarna biru tua
Ariana sekadar mengangguk sahaja. Terus sahaja dia mengambil beg tersebut
"Jomlah kita pergi sekarang" kata Puan Raudah seraya berjalan terlebih dahulu meninggalkan Ariana di belakang
Ariana terus berlari ke arah Puan Raudah untuk menyamai langkah Puan Raudah
"Raudah! Ariana!"
Serentak Ariana dan Puan Raudah apabila nama mereka dipanggil. Kelihatan Puan Husna melambai ke arah mereka
Kelihatan kelibat Pak Azmi, Adhnan, Alina dan Haiqal pun ada juga
"Jomlah jalan sama-sama" ajak Puan Husna dengan ramah
"Jom"
Sepanjang perjalanan ke rumah anak yatim, Ariana lebih memilih untuk mendiamkan diri sahaja. Dia hanya akan membuka mulut apabila ditanya soalan
"Kenapa senyap ni?" tanya Haiqal kepada Ariana
Ariana terus sahaja menggeleng kepalanya
Alina perasan Adhnan sedang menjeling ke arah Ariana dan Haiqal. Terus sahaja dia menarik tangan Adhnan
"Eh? Kenapa tiba-tiba tarik tangan abang ni?"
"Ish! Ikut jelah adik" kata Alina lalu terus sahaja menarik tangan Adhnan untuk mengikut jejaknya meninggalkan Haiqal dan Ariana di belakang
"Kau okay ke?" tanya Haiqal sekali lagi
"Saya okay je. Awak jangan risau sangatlah" balas Ariana
"Macam mana aku tak risau kalau buah hati aku senyap je? Hati aku takkan tenang kalau tak dengar suara kau"
Ariana menjeling ke arah Haiqal
"Buah hati? Kita kenal pun baru sehari dan awak sesuka hati gelar je gelar saya buah hati awak" kata Ariana dengan nada tak puas hati
Haiqal tersengih
"Kau sepatutnya untung sebab ada lelaki kacak sukakan kau dan ada yang sanggup terima baik dan buruk kau" kata Haiqal lalu mengenyitkan matanya membuatkan Ariana segera mengalihkan pandangannya
Terasa jantungnya mula memainkan peranan. Jelas ia berdegup kencang setiap kali dia bersama dengan Haiqal
"Kenapa ni? Malu ke? Tak payah malulah sebab-" Haiqal memandang ke kiri dan kanan sebelum mendekatkan mukanya dengan Ariana
Terkejut Ariana dibuatnya apabila jarak mereka agak rapat. Nasib baik tangannya tak naik menampar wajah Haiqal
"S-sebab apa?" gagap sahaja Ariana ketika bersuara
"Sebab-"
"You will be mine one day" ucap Haiqal seraya menunjukkan senyuman manisnya
Terpaku Ariana mendengarnya. Ariana mengemam bibirnya dan wajahnya berubah merah. Malu sahaja dia mendengar ucapan Haiqal
Haiqal tersenyum melihat wajah Ariana
"Nak tahu sesuatu tak?"
"Apa?"
"Alphabet start with A B C, Number start with 1 2 3 and the story begin with you and me"
Makin bertambah merahlah wajah Ariana mendengarnya. Kenapalah Haiqal ni terlalu sweetalker sangat?
Berbunga-bunga hati tahu tak?!
"Sudahlah!"
"Kenapa pula?"
"Awak tak faham bahasa ke?"
"Faham sangat. Aku hafal sepuluh jenis bahasa tapi satu sahaja bahasa yang aku paling suka dan aku faham"
Ariana mencebikkan bibirnya. Sempat lagi dia berloyar buruk
"Apa?"
"Bahasa cinta kita berdua"
Terkelu lidah Ariana mendengar kata-kata Haiqal. Terus sahaja Ariana melangkah laju ke hadapan meninggalkan Haiqal di belakang
"Kenapa jalan laju sangat? Takut kena panah ke?" jerit Haiqal dengan kuat
Nasiblah orang lain tak dengar
"Ish! Apa benda yang awak merepek? Kena panah dengan apa?"
"Dengan panahan cinta Encik Haiqal!" jerit Haiqal sebelum tergelak
Ariana pula sudah menutup mukanya dengan tangannya. Dia yakin yang mukanya pasti merah sekarang ini
Dia betul-betul terkena dengan panahan cinta Haiqal sekarang ini. Terlalu sweet sangat!
Bahaya betul dekat dengan Encik Haiqal!
××××××
Rumah Anak Yatim Shainah
Keadaan di rumah anak yatim sangatlah meriah. Ramai yang datang untuk memberikan sumbangan kepada anak yatim dan ada yang datang sekadsr untuk melawat sahaja
"Eh! Jemputlah masuk" pelawa Puan Shainah
"Riana tunggu di sini ya?"
Ariana sekadar mengangguk sahaja. Ini kali pertama uminya menyuruhnya untuk menunggu di sini
"Seorang je?" tanya Alina
Ariana sekadar mengangguk sahaja
"Jom" terus sahaja Alina menarik tangan Ariana untuk pergi bersamanya
Alina membawa Ariana menuju ke sebuah meja. Kelihatan Adhnan dan Haiqal juga ada di situ
"Duduklah" kata Alina
Ariana terus sahaja duduk di sebelah Alina
"Awak tak mahu makan ke?"
"Tak apalah sebab saya sudah makan" tolak Ariana dengan lembut
Alina sekadar mengangguk sahaja sebelum menyiap makanan ke dalam mulutnya
Ariana pula rasa janggal apabila Adhnan tak lepas memandangnya. Dia cuba menghilangkan rasa janggalnya dengan melihat keadaan sekeliling
"Adhnan!" jerit Aira dan terus sahaja dia duduk di sebelah Adhnan
"Eh? Ariana pun ada di sini? Ingatkan anak haram macam kau takkan datang ke sini" sindir Aira sepedasnya
Ariana mengemam bibirnya. Dia betul-betul terasa dengan percakapan Aira tapi dia hanya tersenyum kepada Aira
Haiqal menjeling ke arah Ariana dan dia tahu Ariana terasa dengan sindiran tunang Adhnan. Terus sahaja dia merapatkan dirinya dekat Ariana
"Kenapa diam? Betullah apa yang aku kata. Kau tak layak buat baiklah"
"Kenapa mulut kau ni kurang ajar sangat? Ibu bapa kau tak ajar adab ke?" bidas Haiqal
Panas hatinya apabila mendengar Aira bercakap sebegitu kepada Ariana
"Kau siapa nak bela Ariana? Kau sugar daddy dia atau jantan yang sudah langgan dia ni?"
Ariana terus sahaja berdiri. Dia memandang tajam ke arah Aira. Dia betul-betul rasa hina apabila Aira menuduhnya sebegitu
"Awak jangan nak tuduh sembarangan dekat saya! Lelaki sebelah saya ini langsung tak ada kaitan dalam hidup saya"
Ramai orang mula menumpukan perhatian kepada mereka
"Really? Kalau lelaki ni tiada kaitan dengan kau, kenapa dia pertahankan kau? Tak mungkinlah lelaki kacak ni suka dekat anak haram macam kau jadi aku assume yang dia-"
"Beli badan kau dan jadikan kau sebagai pemuas nafsu!"
SPLASH!!
Semua orang terkelu melihat kejadian tersebut termasuklah Ariana, Alina dan Adhnan
Aira terkejut apabila mukanya disimbah dengan air oleh Haiqal
Haiqal terus meletakkan cawan di meja. Dia terus sahaja memeluk bahu Ariana membuatkan Ariana bertambah terkejut
"Kau jangan nak tuduhlah, perempuan! Kalau kau tak cerita sebenar, diam! Perempuan yang kau anggap anak haram nilah aku suka dan sayang!"
Ariana terus sahaja melepaskan tangan Haiqal daripada bahunya sebelum keluar dari rumah anak yatim tersebut
Haiqal turut mengikut langkah Ariana dan begitu juga Alina dan Puan Raudah
"Ariana!" jerit Haiqal
Ariana terus sahaja berjalan tanpa menoleh ke belakang. Sungguh hatinya rasa sakit sangat
"Ariana!" terus sahaja Haiqal mencapai lengan Ariana tetapi segera ditepis oleh Ariana dan tangannya terus sahaja naik menampar muka Haiqal
"Jangan sentuh saya"
"Kenapa kau tampar aku?"
"You deserve it!" kata Ariana
"what do you mean?"
"Awak tak sepatutnya sentuh sayalah! Saya benci bila orang yang bukan mahram peluk saya"
"Aku peluk kau? Itu perkara kecillah-" terus sahaja Ariana memotong percakapaan Haiqal
"Perkara kecil? Awak cakap begitu macam awak selalu peluk perempuan. Mungkin bagi awak perkara kecil tapi bagi saya ia perkara besar".
Haiqal terdiam mendengar kata-kata Ariana. Mungkin ini salahnya sebab memeluknya tanpa sebab
"Ariana..."
"Shut up! Saya harap saya takkan jumpa awak lagi!" kata Ariana sebelum meninggalkan Haiqal berseorangan
Don't worry. Dorang gaduh manja je😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro