AM 04
Ariana Mikayla
ºººººº
"A-awak sudah bertunang?" tanyaku sekali lagi untuk meminta kepastian daripada Adhnan
"Kau pekak ke? Sudah terang- terang lagi aku cakap yang aku dan Adhnan sudah BERTUNANG. Kalau kau tak percaya juga, kau bolehlah tanya ibu dan ayah Adhnan" kata Aira sambil menunjukkan senyuman sinisnya
Hatiku betul-betul rasa kecwa dengan pengakuan yang dibuat oleh Aira sebentar tadi. Hatiku seperti dipermainkan oleh Adhnan
"K-kalau begitu, saya minta diri dulu" kataku lalu segera keluar dari rumah anak yatim tersebut
Tak sanggup aku berlama dekat situ sebab takut hati ini semakin kecewa dan berdarah lagi
Melihat Ariana telah keluar dari rumah anak yatim, Adhnan terus sahaja merentap tangannya daripada Aira
"Kenapa awak beritahu pasal hal ini?! Saya sudah cakap banyak dengan awak banyak kali supaya jaga mulut awak!" bentak Adhnan
"Tapi..." belum sempat Aira berkata-kata, Adhnan terus sahaja keluar dari rumah anak yatim tersebut
Aira sudah menghentakkan kakinya melihat Adhnan meninggalkan dirinya berseorangan
Tak habis-habis nak ambil perempuan tak guna tu!
'Kau tunggu, Ariana! Hidup kau takkan tenang sekarang' desis Aira
Aira perasan dirinya sedang diperhatikan oleh orang terus sahaja dia menjeling tajam ke arah mereka
"Apa tengok-tengok?! Buatlah kerja korang sebelum aku cungkil biji mata korang satu-satu dan kasih makin kucing" jerkah Aira
Mereka terus sahaja membuat kerja dengan tergesa-gesa apabila dijerkah oleh Aira
******
Aku berjalan dengan laju sambil air mata turun mengalir dengan deras sekali
Aku menuju ke arah bangku yang berada di sebuah pondok lalu duduk untuk menenangkan hati yang tengah bergelodak ketika ini
"Sebenarnya saya dan Adhnan sudah bertunang dan kami akan kahwin tak lama lagi!"
Kata-kata Aira berulang-berulang bermain di fikiranku seperti kaset rosak
Aku betul-betul tak sangka yang Adhnan selama ini telah bertunang dengan Aira yang merangkap sepupu aku
Jadi, kenapa Adhnan selalu berikan aku hadiah? Kenapa dia selalu cakap yang dia sayang aku? Kenapa dia selalu bantu aku?
Kelihatan tangan seseorang menghulurkan tisu kepadaku. Aku mendongak untuk melihat orang yang memberikan aku tisu
Terpegun aku melihat dia dan dia memandang tepat pada anak mataku. Dia tersenyum nipis ke arahku
"Take it and wipe your tears. Your tears are too expensive" katanya sambil tersenyum
Ya Allah! Boleh pengsan aku dibuatnya! Sudahlah muka handsome mengalahkan Jungkook BTS ditambah lagi dengan senyumannya yang memang buat hati aku dup dap!
Aku mengambil tisu daripada lelaki tersebut. Aku mengelap sisa air mataku menggunakan tisu tersebut
"Terima kasih" kataku dengan seikhlasnya dari hati
Acewah!!
"Sama-sama" katanya lalu memakai kaca mata hitam kepunyannya
"Kalau begitu, aku minta diri dulu. Ingat pesan aku, air mata kau terlalu mahal untuk mengalir" katanya lagi dan aku sekadar mengangguk sahaja
"Kalau ada jodoh, kita bertemu lagi" katanya lalu mengenyitkan mata ke arahku sambil tersenyum manis sebelum dia berlalu masuk ke dalam kereta kepunyaanya
Aku pula terpaku apabila dia tiba-tiba sahaja mengenyitkan mata ke arahku. Memang aku cair habis dengan lelaki ni!
"Kalau ada jodoh, kita bertemu lagi"
Kata-katanya beberapa minit yang lalu tadi membuatkan aku tersenyum sahaja ketika ini dan jantungku pula sedang berdegup kencang
Apakah maksud di sebalik semua ni?
******
"Assalamualaikum!" katanya sambil mengetuk pintu rumah kayu tersebut dengan cermat
Kalau pukul kuat-kuat pintu ni, takut rumah ni roboh pula!
Tergopoh-gopah Pak Azim menuju ke arah pintu rumahnya yang diketuk
Dia membuka pintu tersebut dan terus sahaja wajah tua tersebut tersenyum melihat lelaki kacak yang turut tersenyum ke arahnya
"Waalaikumsalam. Ya Allah! Kenapa Haiqal tak beritahu babah yang Haiqal datang hari ini? Kalau babah tahu, sudah lama babah sediakan bilik untuk Haiqal" kata Pak Azmi apabila anak angkatnya datang secara mengejut
"Babah macamlah tak biasa dengan Haiqal. Haiqal datang mengejut pun untuk buat suprise untuk babah" kata Haiqal sambil tersengih menampakan barisan gigi yang putih
Pak Azmi mengangguk sahaja dengan kata-kata Haiqal. Dia memang sudah biasa dengan perangai Haiqal yang selalu buat 'kejutan' seperti ini
"Masuklah, Haiqal. Kamu tahu juga di mana bilik tetamukan?" kata Pak Azmi kepada Haiqal
"Tahu sangatlah, babah. Haiqal tak lupalah" kata Haiqal dengan nada yakin
"Kalau begitu, kamu pergilah kemas barang kamu lepastu ikut babah pergi rumah anak yatim petang ni" kata Pak Azmi lagi
Haiqal sekadar mengangguk dengan kata-kata Pak Azmi sebelum menuju ke bilik tetamu
Dalam perjalanan menuju ke bilik tetamu, Haiqal bertemu dengan Alina yang merupakan anak perempuan kepada Pak Azmi dan Puan Husna serta adik kepada Adhnan
Alina terus sahaja melontarkan senyuman manis kepada Haiqal dan Haiqal sekadar membalas dengan senyuman nipis
"Abang Haiqal sampai bila? Bukan hari itu abang kata abang balik esok ke?"
"Baru je sampai tadi dan abang saja balik awal nak buat suprise"
Alina sekadar mengangguk sahaja. Alina memandang setiap inci wajah kacak Haiqal
Dia mengaku yang Haiqal sangat kacak dan muka Haiqal mempunyai iras-iras seperti orang kacukan Korea-Melayu yang membuatkan semua perempuan terpikat dengannya termasuk Alina sendiri
Haiqal perasan yang Alina memandang dirinya terlalu lama membuatkan dia berasa sedikit tidak selesa dengan kelakuannya
Haiqal berdehem dengan kuat membuatkan Alina sedar akan kelakuannya. Alina terus sahaja memandang ke arah lain dan mukanya berbahang
Kantoi perhati anak teruna orang!
"Alina minta diri dulu" kata Alina lalu segera berjalan menuju ke dapur untuk membantu ibunya
Haiqal terus sahaja masuk ke dalam biliknya lalu ditutup pintu tersebut serta dikunci pintu bagi mengelakkan orang lain menerjah masuk
Buat malu satu keturunan je kalau ada orang masuk masa dia tengah half naked!
Haiqal terus sahaja merebahkan dirinya di katil lalu dicapai iphone 11 kesayangannya yang baru dibeli bulan lepas
Orang kayalah dikatakan!
Dilihat pada skrin telefonnya dan terdapat 100 missed call
"Uish! Banyak betul orang call aku ni. Sebelum ni, tak adalah orang call dan mesej aku sebanyak ni" omel Haiqal sendirian
30 missed call from My Beloved Mother♡
30 missed call from Brader Zarief
40 missed call from Fasha
"Dalam banyak-banyak orang yang call aku, kenapa mesti Fasha juga yang paling banyak call aku? Kalau tak disebabkan ibu aku, memang sudah lama aku delete nombornya" omel Haiqal lagi
Iphone tersebut diletakkan di meja lalu dia menutup matanya seketika untuk merehatkan diri sekejap sebelum dia mandi
Tiba-tiba sahaja fikirannya menerawang kejadian yang berlaku tadi
Mulutnya terus sahaja menguntumkan senyuman apabila teringat kejadia di mana dia memberikan tisu kepada seorang perempuan
Melihat perempuan tersebut mengalirkan air mata membuatkan dirinya ingin menjadi pelindung serta penghibur kepada perempuan tu
"I hope we will meet again, mysterious girl"
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro