Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

AM 03

Ariana Mikayla

ºººººº

"Sheila! Masuk ke dalam pejabat saya sekarang!" kata Haiqal membuatkan Sheila yang sedang minum air tersedak dengan kehadiran Haiqal

Sheila segera mengambil notanya berserta pen lalu masuk ke dalam pejabat Haiqal dalam keadaan tergopoh-gapah

"Ish! Kalau ye pun nak beri arahan, berilah salam dulu. Tak adalah saya tersedak masa minum air" perli Sheila kepada majikannya

Haiqal hanya mampu tersengih sahaja mendengar Sheila memerli dirinya. Dia suka sangat mengusik PAnya ni

Usik sebagai kawan baik okay! Bukan lebih daripada kawan

"Back to bussines, kenapa Encik Haiqal panggil saya? Ada apa-apa masalah ke?"

"Ada dan masalah yang saya hadapi sekarang ni sangatlah berat sampai saya pun tak tahu nak buat apa" kata Haiqal dengan nada yang dibuat sayu

"Apa masalahnya?" tanya Sheila apabila melihat majikannya kelihatan sayu

"Masalahnya sekarang saya perlukan seorang perempuan yang pandai jaga saya seperti awak jaga saya" kata Haiqal sambil tersenyum

Sheila pula rasa nak pengsan je mendengarnya. Pertama kali dia dengar Haiqal buat pickupline!

Nasiblah dirinya sudah bertunang kalau tak, memang sudah lama dia lamar Encik Haiqal!

"Awak jangan nak buat pickupline, Encik Haiqal. Kalau tunang saya dengar, memang dia bawa kapak pergi sini" kata Sheila mengundang ketawa daripada Haiqal

"Saya gurau je, Sheila. Saya panggil awak sebab saya nak awak ikut saya pergi Kedah" kata Haiqal terus sahaja menerangkan niatnya

"Kenapa awak nak pergi Kedah? Ada majlis or charity event?" tanya Sheila

"Ada ketua kampung yang merangkap ayah angkat saya jemput saya pergi majlis amal di rumah anak yatim. Jadi, saya harap awak boleh teman sayalah and kalau awak nak bawa tunang awak pun boleh"

"Bila awak nak pergi?"

"Hari ini juga sebab saya nak buat suprise"

Sheila yang mendengarnya terus sahaja menepuk dahinya. Dia ada hal pula esok bersama tunang kesayangannya

"Saya tak dapat teman awaklah hari ini sebab saya dan tunang saya ada hal yang nak diselesaikan" kata Sheila rasa serba salah

Haiqal yang mendengar hanya mengangguk. Dia faham sangat dengan keadaan Sheila

"Tak apalah, Sheila. Nampaknya saya pergi seorang dirilah" kata Haiqal sambil tersengih

"Kalau begitu, saya minta diri dululah" kata Sheila lalu segera keluar dari pejabat Haiqal

Haiqal terus sahaja menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi

Baru sahaja dia ingin mula, telefon miliknya berbunyi membuatkan Haiqal mendengus

Dia terus sahaja melihat nama pemanggil lalu dia dengan selambanya end call nombor tersebut

Panggilan tersebut daripada Fasha

"Memang taklah aku nak angkat call minah baju singkat tu. Boleh mati aku kalau layan gediknya" omel Haiqal

******

"Ariana! Boleh tolong umi tak?" tanya Puan Raudah kepada anaknya yang sedang melipat baju

"Tolong apa umi?"

Puan Raudah terus sahaja menyerahkan 5 kotak kepadaku. Aku segera mengambilnya dari tangan umi

"Kamu tolong hantar kek ni di rumah anak yatim dan nanti kamu bagi je dekat Pak Cik Azmi sebab dia ada dekat situ. Bolehkan?" terang Puan Raudah

"Ariana okay je tapi ada majlis ke di rumah anak yatim tu? Sebab Ariana perasan ada khemah dipasang dekat situ"

"Haah. Ada majlis amal esok dan sebab itulah sumbang sedikit kek ni sebagai pencuci mulut"

Aku sekadar mengangguk sahaja. Aku terus sahaja pergi ke bilikku lalu menyarungkan tudung bawal berwarna hitam

"Ariana pergi dulu, umi"

"Tunggu sekejap"

Aku menoleh ke arah umi dan kelihatan dia tergesa-gesa menuju ke arahku

"Kenapa umi? Ada apa-apa yang tertinggal ke?"

"Tak ada apa-apa pun tapi umi nak cakap sesuatu"

"Apa?"

"Ariana, setiap dugaan pasti ada hikmahnya. Umi nak kamu bersabar dengan kata-kata orang lain. Jangan kisah langsung pasal mulut mereka"

Aku sekadar mengangguk sahaja membuatkan umi tersenyum manis

"Kamu pergilah hantar cepat. Nanti lewat pula nak hantar kek ni. Nanti lepas hantar je, kamu balik terus" pesan Puan Raudah

"Baiklah, umi"

Aku sekadar berjalan sahaja untuk menuju ke rumah anak yatim tersebut. Lagipun, tak adalah jauh sangat dekat rumah aku

Selepas 10 minit berjalan, aku telah sampai di Rumah Anak Yatim Shainah

Kelihatan ramai yang sedang bertungkus-lumus membuat persiapan untuk majlis tersebut dan aku perasan sesuatu perkara

Ramai yang memandang aku dengan pandangan tajam dan membuatkan aku tertunduk takut

Seram doh pandangannya. Macam nak bunuh orang je!

"Ariana!" jerit Adhnan

Aku segera menuju ke arah Adhnan dan dia sekarang sedang tersengih memandang aku

"Mana ayah awak?"

"Ayah saya ada dekat belakang. Dia tolong orang angkat meja dan kerusi" jawab Adhnan

Aku sekadar mengangguk sahaja. Aku terus menyerahkan kotak yang berisi kek kepada Adhnan

"Ibu saya beri kek ni untuk esok sebagai pencuci mulut. Saya harap kek ni cukuplah" kataku sampbil tersenyum

"Cukup sangat ni! Nanti ucap terima kasih dekat ibu awak" kata Adhnan sambil tersenyum

Belum sempat Adhnan membawa masuk ke dalam, kotak tersebut diambil dengan kasar oleh seorang perempuan lalu lalu dilempar ke lantai

Membulat mataku apabila melihat dia melakukan sebegitu

"Aira! Kenapa lempar kek tu?! Penat-penat ibu Ariana buat untuk majlis ni! Membazir tahu tak?!" kata Adhnan kepada Aira

Aira sekadar menjeling tajam ke arah Adhnan

Tak habis-habis nak protect perempuan ni!

Aira perlahan-perlahan mendekati Ariana lalu ditolak tubuh tersebut sehingga terjatuh

Makin meloponglah Adhnan dibuatnya apabila melihat Aira menolak Ariana sehingga terjatuh

Anak dara orang tu woi!

Aku cuba menahan air mata daripada mengalir. Kedengaran gelak ketawa daripada orang ramai membuatkan aku menundukkan kepala

"Ariana awak okey tak?" tanya Adhnan

"S-saya okey" kataku sambil tersenyum kelat. Aku perlahan-lahan bangun walaupun rasa sakit masih ada

Aira yang melihat adegan tersebut rasa panas hati. Aira terus sahaja menarik lengan Adhnan

"Apa masalah awak ni? Tak perlulah tolong perempuan tu! Saya panas hati tahu tak bila awak ambil berat pasal dia?!" bentak Aira

Aku yang mendengarnya hanya mampu mendiamkan diri sahaja serta mnundukkan kepala

"Kenapa awak nak panas hati bagai? Saya nak tolong dia aje, Aira" kata Adhnan ciba menenangkan hati Aira

"Awak biar betul, Adhnan? Awak langsung tak tahu status awak sekarang atau pura-pura tak tahu?"

Aku terus memandang Aira dan Adhnan. Aku jelas dapat melihat perubahan wajah pada Adhnan

Ramai orang mulai berbisik-bisik antara satu sama lain apabila Aira bercakap sebegitu

Aku memandang Adhnan dan dia turut memandang aku

Status Adhnan? Apa maksud Aira sebenarnya ni? Ada sesuatu perkara ke yang aku tak tahu pasal Adhnan?

Banyak persoalan yang bermain di kepala aku

"Sebenarnya saya dan Adhnan sudah bertunang dan kami akan berkahwin tak lama lagi!" kata Aira sambil tersenyum lebar lalu memeluk lengan Adhnan dengan erat

What?!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro