Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Promo 12 - Rindu Ikat Tepi

Coming soon. Tunggu kemunculannya. 😘


JAUH. Itu yang dia rasa. Seorang Raisya merasa terpinggir dalam segala hal. Baik itu rasa kasih, perhatian, sokongan, apa lagi soal cinta. Semuanya hanya mampu dia pandang dari tepi.

"Rinduku hanya mampu diikat tepi, belum saatnya diikat mati..."

Satu perasaan asing itu yang dia simpan, pendam dan ditahan agar dia mampu membina angan. Satu hari nanti, rindu itu dia mampu untuk ikat mati. Moga saja, simpulan ikat tepi tidak terlerai dan jatuh di tengah jalan.

"Rai bukan untuk sesiapa. Rai tidak beruntung macam Nia." RAISYA.

Sedih yang dia pendam, hanya mama tempat meluahkan. Terkadang si jejaka pemandu peribadi papanya yang menadah telinga mendengar omelannya. Namun sampai bila dia mengharapkan?

"Aku ada je kalau kau perlukan telinga ni untuk kau luah. Kalau perlu, tangan aku pun ada untuk mengusap butiran kristal tu. Sudah. Jangan bazirkan." SHAHIR.

Dalam diam semenjak ada yang mengambil berat, satu perasaan wujud tanpa dipinta. Namun dia tahu tak mungkin akan menjadi kenyataan kerana status yang jauh berbeza.

Lebih parah, dia didera perasaannya oleh si adik manja. Sakit hatinya pula dengan tingkah sang papa yang tak pernah ada untuknya.

"Kau tu tak layak jadi anak manja papa! Aku je boleh. Kau tu busuk!  Sama macam Shah!" RANIA.

Sudahnya Raisya pendam segalanya. Hingga satu masa sudah tidak mampu lagi dipendam, dia bangkit berdiri meleraikan ikatan tepi demi satu ikatan mati!

arenayidin

19 February 2020

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro