Bab 48 - Kombo Arenayidin
KOMBO Arena Yidin
🌻🌻🌻🌻
𝐏𝐚𝐧𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐬𝐦𝐚𝐫𝐚 𝐇𝐢𝐭𝐚𝐦
Kerana satu kesilapan akibat kebodohan diri sendiri, Deana terjerat dalam kancah dosa yang berat. Demi membahagiakan suami tercinta dan ibu mertua, dia lupa pada batas dan hukum agama.
Lalu, tanpa berfikir dua kali, saran Hanis teman baiknya diterima tanpa usul periksa. Natijahnya, hidupnya diburu derita. Dia menanggung dosa kerana melanggar hukum agama.
Hingga kini, dia merana. Hidup sendirian tanpa teman. Kerana satu kesilapan, Firash sudah jauh darinya.
"Aku tak beranilah, Hanis... boleh ke?" DEANA.
"Kau minta aku tolong kan, Dee? Ini jalan yang aku nampak. Kita buat je. Jangan fikir lagi. Nanti tak jadi." HANIS.
"Tapi... "
"Tak ada tapi-tapi dah. Jom ikut aku!"
Akhirnya, Deana memejamkan matanya membelakangkan semuanya. Yang penting, Firash harus bahagia bersamanya. Tidak bersama orang lain.
Namun, segalanya di luar jangkaan. Semuanya terbongkar tanpa diduga. Kemarahan Firash semakin memuncak.
"Nur Insyirah Deana Binti Muhammad Kamil, aku ceraikan kau dengan talak satu." FIRASH AMSYAR.
Deana jatuh terduduk. Dia kini dibuang dari hidup orang yang dia sayang. Penyesalan tidak berguna lagi. Namun, saat cinta dan rindu masih kuat, kedua mereka saling mengharap. Kata rujuk diluah Firash buat Deana.
Mampukah Deana menerima setelah dibuang dengan cara yang hina? Apakah kata rujuk terlafaz dengan persetujan Deana? Hanya hati Deana yang menentukan segalanya
🌻🌻🌻🌻
𝗦𝗔𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗨𝗦 𝗠𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗛
"Berubahlah Dhani, ini demi masa depan Dhani juga." PUAN AMIZAH.
Terlalu sempurna, hingga lupa akan segalanya. Ahmad Dhani kononnya merasakan dirinya lelaki paling sempurna. Punya sikap yang cerewet bahkan kedekut untuk segala perkara yang dirasakan terlalu penting buatnya. Ketepikan soal perasaan orang lain, dia juga berstatus lelaki baran. Kesempurnaan yang mampu buat dirinya tenang.
Mengenali Aisya satu-satunya cabang kebahagiaan yang dicari buat Dhani. Akan tetapi tidak pada Aisya yang sudah tersalah memilih calon suami. Namun dia redha dengan jalan hidupnya. Menjadi wanita pendamping hidup di sisi lelaki serba sempurna itu buat hidup Aisya bagai dalam neraka. Semuanya harus sempurna di mata lelaki itu.
Kehadiran Ahmad Fitri adalah sesuatu terindah buat Aisya. Cahaya matanya itu satu kekuatan buat dia untuk bertahan. Tapi sayangnya hanya seketika, dugaan datang menimpa.
"Tunggu! Jangan sentuh anak aku! Mana sarung tangan doktor?”- DHANI
Keegoan Dhani menghalang nyawa si anaknya diselamatkan.
Aisya sudah tidak sanggup. Demi Tuhan dia tidak sanggup lagi.
"Mulai hari ini, Sya buat keputusan. Abang bukan lagi orang yang Sya sayang. Jika begini, lebih baik Sya pergi!"- AISYA
Demi Tuhan, Ahmad Dhani sudah jatuh tersungkur dengan sikapnya sendiri. Mampukah dia kembali memenangi hati Aisya kembali? Bagaimana pula dengan cahaya matanya Ahmad Fitri?
Dua-dua dia sayang.
Dua-dua cahaya hidupnya.
Hanya pilihan menjadi penentu segalanya. Demi merebut cinta Aisya semula, Dhani berjuang untuk memulakan langkah pertama.
🌻🌻🌻🌻
𝐊𝐨𝐦𝐩𝐢𝐥𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝟐
🍀 Noriss Iliani 🍀
Berbekalkan semangat dan jiwa kental yang ada dalam diri seorang ibu, Ainilia menepis konflik yang menghantui dirinya. Keputusan Ainilia untuk mengembara bukan satu helah tetapi sebaliknya dia ingin mencari kekuatan untuk satu jawapan sebelum tibanya Ramadhan.
🍀 Arena Yidin 🍀
Badlishah harus membuat keputusan. Antara amanah dan tidak mahu mengambil kesempatan, dia juga tersepit. Namun ada satu rasa yang wujud di pinggir hatinya buat Emelda. Apakah hatinya ingin menerima demi dua niat yang tersemat?
🍀 Miss Cactus 🍀
Hilangnya Baim pada satu Ramadhan telah menyebabkan dia memungkiri segala janji pada Melati. Lima tahun mereka terpisah. Seorang membenci. Seorang merindu. Apakah kisah disebalik lima tahun itu?
🍀 Ella Syasdhia🍀
Takdir menemukan mereka kembali. Ellie masih mencintai Marwan meskipun pernah menolak lamaran lelaki itu. Kenapa?
🍀 NorShiemah Md Yasan🍀
Rindu…Itulah yang ditanggung oleh Tok Mail kepada anaknya, Salim. 30 tahun dia terpaksa menanggung rasa. Dia berharap mungkin pada suatu hari nanti anaknya akan pulang kepangkuan.
🌻🌻🌻🌻
Tekan link di bawah utk •p•e•s•a•n•a•n•
www.wasap.my/60175816031/arenayidinKOMBOARENAYIDIN
arenayidin
07 September 2020
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro