Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

7 || Dizzy

Berciuman? Psh.

Aku sungguh... Meluat. Amat marah malahan. Cuma berada di posisi aku sekarang ini, aku tidak boleh berbuat apa-apa. Lagipula ini bukan kali pertama aku terpaksa menyaksikan semua itu, adegan yang menjijikkan seperti ini.

"Dua?"

"Iya, dua." Jawab aku dengan ceria kepada pekerja kantin itu lalu dia memberikan dua bungkusan sandwich kepada aku setelah aku membayar kepadanya.

Semenjak kebelakangan ini, Jeon Jungkook banyak membantu aku meskipun aku agak kekok apabila bersamanya. Tidak, kami tidak rapat. Cuma... Selalu terserempak sahaja. Kerana dia selalu berada di perpustakaan, jadi kadangkala dia membelikan aku makanan tengah hari walaupun aku tidak meminta.

Jadi giliran aku pula kali ini untuk membalasnya.

Hari ini dia terlibat dalam latihan pementasan teater, jadi dia tidak dapat pergi ke perpustakaan mahupun kantin. Jadi apa salahnya kalau aku... Berbuat begini, bukan?

Cuma iya, aku agak berdebar-debar kerana ini merupakan kali pertama aku mendekati lelaki. Bukan, aku sememangnya tidak rapat dengan sesiapa jadi boleh dikatakan ini kali pertama aku mencuba untuk mendekati sesiapa di Universiti ini.

Sampai sahaja di dewan pementasan itu, aku membuka pintu belakang pentas lalu mencari kelibat sesiapa di sini. Aku fikir ramai yang berkumpul di sini, namun sepertinya ruangan ini kosong sekarang. Tiada orang dan—

"Jungkook..."

Badan aku terkaku sebaik sahaja mendengar alunan suara perempuan yang perlahan itu, seakan-akan... Dia sedang...

"Awak suka ya?"

Dan itu pula suara Jungkook.

Aku terus menyorok di belakang langsir apabila ternampak kelibat dua pasangan sedang berciuman di dinding. Berciuman dengan hangat malah. Cuma apa yang paling mengejutkan aku ialah... Salah seorangnya merupakan Jungkook.

Entah apa yang patut aku rasakan ketika itu. Aku cuma... Benci. Dan meluat. Tetapi menjadi selemah-lemah aku, aku hanya mampu memerhatikan mereka dalam diam. Iya... Siapalah aku?

Dan baru saat itu aku tersedar bahawa ada suis lampu di sebelah tempat aku berdiri sekarang ini. Terlalu dikuasai amarah dan kejengkelan ketika itu, aku langsung menekan semua suis lampu di situ agar ianya tertutup sehinggalah seluruh dewan itu menjadi gelap gelita.

Lalu dengan pantas aku mencari jalan keluar daripada dewan itu.

Betapa naifnya aku dulu...

Aku mendecit kecil lalu menyilangkan tangan di dada. Sekarang mari lihat, apa yang boleh aku lakukan sekarang...

Mata aku tertumpu pada pasu bunga yang terletak di meja bersebelahan dengan pintu bilik ini. Ada idea yang tiba-tiba terlintas di fikiran aku.

Apakata kalau aku... Pecahkan pasu itu? Dan sebentar lagi perempuan jalang itu pasti akan masuk ke sini lalu... Auch, kakinya akan terluka.

Baiklah.

Dengan geram yang masih tersisa, aku menggenggam pasu itu lalu membalingkannya ke lantai sehingga ianya pecah menjadi serpihan-serpihan yang tajam, betul-betul di muka pintu. Mujur ianya menghasilkan bunyi yang kuat, jadi tidak perlulah aku menjerit atau apa. Aku hanya perlu duduk berdekatan dengan serpihan itu, lalu berpura-pura sakit.

Lalu selepas itu aku mendengar bunyi derapan-derapan kaki yang barangkali sedang menuju ke arah bilik ini. Ada senyuman jahat yang tersimpul di bibir aku, teruja. Aku tidak sabar untuk melihat wajah perempuan murahan itu yang dalam kesakitan.

Kemudian pintu itu terbuka, lalu ada kaki yang melangkah ke dalam bilik ini dengan cemas.

"Ahh..."

"Jungkook!"

Cuma aku tersilap langkah, kerana yang terluka ketika itu bukannya Chaeyeon, sebaliknya Jungkook.

Sial...

*****

"Awak tak apa-apa?"

"Tak apa-apa, sikit saja ini..." Kata Jungkook dengan lembut, menenangkan perempuan jalang itu yang seperti cacing kepanasan melihat dirinya.

Aku masuk ke bilik itu dengan langkah yang malas lalu meletakkan kotak first aid itu dengan agak kuat, sengaja mahu menyedarkan mereka bahawa aku juga ada di situ ketika itu.

"Terima kasih, Seolbi." Ucap Jungkook sambil tersenyum kecil.

Aku mengetap bibir, geram. Padahal aku yang menyebabkan dirinya terluka, mengapa dia malah berterima kasih kepada aku?

"Kenapa awak pecahkan pasu bunga itu tadi?" Tanya Chaeyeon dengan nada menyelidik. Dengan itu mata aku langsung terpusing ke atas mendengarkan nada yang digunakannya. Wah, berani-beraninya...

"Sekarang awak tuduh saya?" Aku membidasnya dengan nada yang jauh lebih tajam daripadanya.

Sedar akan aku yang sudah mula naik angin, dia mengalihkan pandangannya ke Jungkook yang berada di atas katil semula.

"Taklah, siapa tahu. Tiba-tiba saja pasu itu jatuh."

"Macam mana kalau saya kata yang kaki saya sakit sampai saya terlanggar pasu itu semasa saya berjalan? Awak masih nak tuduh saya?"

"Saya tak tuduhlah, saya cuma—"

"Chae-ii, sudahlah..." Jungkook mencelah, tidak selesa dengan argumen kecil itu barangkali. Chaeyeon menghela nafasnya lalu terus duduk di birai katil itu, langsung tidak mempedulikan aku yang sedang berdiri seperti tunggul di tempat tadi.

"Saya cuma risaukan awak... Awak pasti yang awak tak apa-apa?"

"Iya. Tertusuk sikit saja ini. Janganlah risau."

"Kalau macam itu biar saya yang rawat kesan luka Jungkook." Tanpa menunggu persetujuan mereka, aku terus duduk di hujung katil setelah mengambil kotak first aid itu lalu mengeluarkan cecair antiseptik dan kapas dari dalamnya.

"Tak perlulah, Seolbi. Awak sakit lagi. Biar Chaeyeon sahaja yang lakukannya."

Aku memandangnya dengan jengkel. "Biar saya saja. Saya cuma tak suka mulut teman wanita awak itu yang tak habis-habis nak tuduh saya."

"Seolbi saya—"

Aku langsung tidak mendengarkan kata-kata perempuan jalang itu selepas itu. Tangan aku mengelap kesan darah di tapak kaki Jungkook dengan berhati-hati menggunakan tisu. Mujur Jungkook tidak menghalang aku lagi, cumanya dia kelihatan agak serba salah.

"Seolbi, muka awak pucat. Awak patutnya berehat."

"Saya baik-baik sahaja." Balas aku kepada Jungkook tanpa melihat wajahnya. Apa yang dimaksudkannya dengan pucat? Aku benar-benar baik-baik sahaja.

"Seolbi, saya minta maaf..." Aku mendengar Chaeyeon berucap sebelum dia menyambung. "Bukan niat saya untuk tuduh awak cuma tadi saya terlalu risau. Dan saya lupa yang awak tak sihat jadi..."

Dia meneruskan kata-katanya. Tetapi entah mengapa di indera pendengaran aku, suaranya semakin lama semakin tenggelam.

Bukan itu sahaja, pandangan aku juga turut menjadi kabur.

Dan bau darah di kaki Jungkook itu membuatkan aku menjadi pening.

"Seolbi, awak tak apa-apa?" Tanya Jungkook kembali.

"Iya... Saya...." Aku menjawab dengan susah payah. Ada apa dengan aku sebenarnya?

Tidak lama setelah itu, aku sedar bahawa aku tidak boleh menanggungnya lagi. Aku terlalu... Pening. Sehingga badan aku langsung terbaring di katil itu juga akibat rasa pening yang menguasai diri.

.

.

.

.

.

.

.

Dahlah update lambat, pendek pula tu 😂

Maaf...

Btw tak tulis panjang pun a/n, jangan risau. Cuma saya nak cakap yang preorder utk buku lunatic's infatuation dah out of stock. Jadi tinggal ebook sahaja. Sesiapa yang berminat boleh dm saya melalui wasap (01139205213) atau ig (tyratella)

Kbye 😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro