Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

9 | Pertemuan Bersama Umar

-❊ Aku sedih. Sedih melihat generasinya sekarang, aku hanya butuh harapan ❊-

Arah Mana Syurga

Hanieya meletakkan Al-Quran di atas meja belajar dan mencari Surah Maryam. Dia menggunakan buku nota yang diberi oleh Han sebagai buku catatan kuliah atau ilmu pendalaman surah-surah Al-Quran.

Helaian muka surat yang diconteng oleh Han dikoyak, namun Hanieya berfikir semula jikalau dia patut membuangnya ataupun tidak.

"Kalau peminat dia tahu ni, Ya Allah.. Habis diri aku jadi bantal tumbuk gym..."

Dia membuat keputusan untuk menyimpan helaian muka surat tersebut tanpa sebarang sebab.

Setelah dua jam mendengar video penjelasan daripada Ustazah Asma Harun di aplikasi Youtube mengenai Surah Maryam, Al-Qurannya dicium terlebih dahulu sebelum diletakkan semula di rak buku.

"Macam mana nak hias bilik surau kalau time kerja nanti? Mestilah tak ada masa.." soal hati Hanieya.

Sesaat selepas hatinya berdesus, muncul sebuah idea.


"Cik, mahu ke mana ya?" tanya pemandu teksi itu yang kelihatan seperti di dalam umur 40-an.

"Bangunan EPN Records, terima kasih.."

"EPN Records yang grup lelaki AE19 tu ya..?" Pemandu itu cuba untuk memulakan perbualan sambil-sambil menunggu lampu hijau di jalan raya.

"Ya, Encik. AE19 dari EPN Records.." Jawab Hanieya, mudah.

"Isteri saya suka AE19 tu.. Katanya semua dalam tu berbakat.." Sambung pemandu itu sambil tersenyum, kelihatan seperti dia suka bersembang tentang isterinya.

"Tambahan lagi, isteri saya pernah mengajar mengaji dekat salah seorang ahli grup tu..Tak silap saya nama dia Adam. Dah besar panjang dah budaknya."

Hanieya terkejut dan mula memberi tumpuan yang sepenuhnya di dalam perbualan itu. Adam? X9?

"Ya ke, encik? SubhanAllah. Saya pekerja di EPN Records.. Kalau nak pakcik kirim salamkan ke Adam, saya boleh tolong.. Cuma lambat atau cepat saja.."

Bunyi keluhan pakcik itu didengari oleh Hanieya Solehah,

"Takpelah dik. Terima kasih sangat-sangat tapi isteri saya dah meninggal dunia 2 tahun yang lalu. Haritu saya ada bertembung dengan Adam, saya memberitahu kabar isteri saya sudah meninggal dunia, dia buat tak kisah saja.."

"Tiga bulan sebelum kematian isteri saya, kami pernah jemput Adam ke perkahwinan anak perempuan saya. Dia janji dia datang, mahu berjumpa dengan arwah isteri saya sekali, sampai kesudah dia tidak hadirkan diri.. Bila saya mesej tanya kenapa, dia terus delete nombor saya, dik.."

(Hukum menghadirkan diri ke majlis perkahwinan yang dijemput ialah wajib.. Kita akan kupaskan tentang perkara ni dibawah:)

SubhanAllah.

Cukup cantik aturan Allah SWT.

Pada hari itu, Hanieya sudah belajar serba sedikit tentang latar belakang Adam yang sebenarnya. Mungkin ada sebab mengapa dia berbuat sedemikian,

"InnalillahwhiInnalillahwhiroji'un..." ucap Hanieya..

"Maafkan saya ya, Encik..?"

"Kamal, dik."

Tiba saja di hadapan bangunan EPN Records, Hanieya menghulur duitnya yang sudah ditambahkan jumlahnya, lebih dari apa yang sepatutnya dibayar.

Dia mahu mengambil peluang untuk bersedekah selagi ada.

Seperti yang dinyatakan di dalam kitab suci, Al-Quran, Surah Al-Hadid, ayat yang ke 18,

'Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik-baik laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka; dan mereka akan mendapat pahala yang mulia...'

"Terima kasih Encik Kamal, saya pergi dulu ya.."

"Sama-sama, cik.."




Tiba sahaja di tingkat 5, Hanieya berlari ke bilik Li Xuan Han, yang sekarang sudah menjadi bilik surau.

"Apa ya nak kena buat dulu..?" Tanya Hanieya di dalam diri.

"Sapu bilik dulu kut.."

"Macam mana nak sapu kalau tak ada penyapu? Aduh." Hanieya terus meletakkan beg galasnya ke tepi sudut bilik itu lalu menutup pintunya semula tanpa dikunci.

Dia mahu ke bilik stor di tingkat 4, akan tetapi..

Mindanya yang banyak akal, mengajak Hanieya untuk berjalan-jalan di tingkat 5 itu dahulu.

Hanieya tidak pernah melihat bilik menari milik AE19, atau bilik studio mereka.

Dia mula menjengketkan kakinya ketika berjalan, seperti seorang pencuri yang mahu mencuri biskut coklat pada pukul 3 pagi.

"Buat apa nak jengket kaki? Diorang bukannya ada pun?" Hanieya menepuk dahinya.

Dia berjalan melepasi bilik tarian AE19 terlebih dahulu. Satu-satunya bilik yang luas dan lantainya yang diperbuat daripada kayu.

"Besarnya."

Hanieya teruskan berjalan sehingga dia berdiri di hadapan bilik studio seorang ahli kumpulan AE19 yang amat digeruni ramai..

Zhao.

Pintu bilik studionya ditampal dengan sebuah poster yang tertulis,

'Kau masuk. Kau takkan keluar. SO F YOU!' dan gambar seekor kucing yang menunjukkan jari tengahnya.

Hanieya langsung tidak terkejut dengan poster tersebut.

Nama pun Zhao.

Bilik yang seterusnya ialah bilik milik Lay, ataupun dikenali sebagai 'mat bunga' di dalam kumpulan AE19 kerana perangainya yang kalah dengan perempuan.

Pintunya dipenuhi dengan stiker watak-watak Disney Princess. Naik gila dibuatnya si Hanieya.

"Apakah..."

'Tok! Tok! Jangan lupa ketuk pintu! Roar! Kalau nak masuk, pastikan anda kenal nama-nama puteri yang tertampal di pintu ini, TQ!'

Itulah yang ditulis di pintu bilik studionya.

Kata Dara, tiada seorang ahli kumpulan sekalipun yang pernah masuk bilik studio milik Lay.

Sekarang baru Hanieya tahu mengapa..

Kerana dirinya sendiri tidak kenal nama-nama puteri yang ditampal di hadapan pintu tersebut..

Hanieya Solehah berjalan beberapa langkah ke hadapan.

Dan sekarang, dia sedang berdiri di hadapan pintu bilik studio milik lelaki yang dia pernah naik motorsikal bersama,

Li Xuan Han.

Hati Hanieya menyuruh dirinya untuk masuk ke dalam, manakala otaknya pula berkata tidak.

Akan tetapi, Hanieya terdengar sebuah bunyi yang datang dari sebalik pintu bilik studio Han sendiri,

PAM!

Pintu itu terbuka.

Seorang lelaki yang amat tinggi dan wajahnya yang pucat, keluar dari pintu tersebut, dengan riak wajah terkejut.

Mata Hanieya mengimbas lelaki itu, mencari tali 'landyard' yang memastikan jikalau dia ialah salah seorang pekerja di EPN Records..

Tiada.

"Hei! Encik ni buat apa dekat sini? Ini bilik studio milik artis EPN Records! Kalau betul pun ada minat dekat artis, janganlah sampai ceroboh privasi dia!" Marah Hanieya Solehah, langsung menengking.

Pipi lelaki itu mula mengembung, menahan dirinya daripada bergelak sakan.

"Maaf ya, cik.."

"Tapi saya boyfriend kepada artis ni."

Senyuman manis terukir di wajah lelaki itu membuatkan bulu roma Hanieya meremang.

I-Ini ke lelaki yang sibuk diperkatakan oleh media?

"Hello?? Cik??" Lelaki itu melambaikan tangannya ke arah Hanieya yang sudah mula membeku.

"Y-ya!" Mata Hanieya terbeliak.

"Hahaha."

"Hello, nama saya Hide."

Tangannya dihulur sebagai tanda salam,

Hanieya mengangkat kening.

"Oh sorry, sorry.."

"Apa nama kamu tadi? H-Hide? Menyorok?" Hide tergelak, lesung pipitnya terpapar. Tertampak braces yang dipakai.

"Comel lah cik ni. Ya, nama saya Hide.."

Kelihatan seperti Hanieya menghadapi masa yang sukar untuk memanggil nama lelaki itu. Pelik sungguh namanya.


"You know what, Miss.
You can call me Umar.
Umar Khalish to be exact."





Assalamualaikum.

Wallahu'alam.

Jazakallah' khair for reading!
Sila tekan butang oyen dan boleh komen🤍🧡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro