Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

7 | Perbincangan atau Perbalahan?

-❊ Bila bertemu dengan seseorang, seseorang itu datang dengan membawa kisah silamnya, masa hadapannya, dan juga masa kini. Tapi, dia juga mempunyai hati yang sudah dipatahkan beberapa kali. Dan, hati itu juga dibawa sekali ❊-

Pre-kata dari drama 'Because This Is My First Life'





Daniel?" tanya Dylan.

"Bukan dia busy ke? Wife dia kan pregnant lagi?" Zhao mengeluh, tangannya berhenti dari menulis. "Wife dia yang mengandung, bukan dia!" Lay mengangguk setuju sambil mengipas kepalanya menggunakan kipas lipatnya yang berwarna merah jambu.

"Ambil la anak dia yang lelaki tu, apa nama dia Adam? Ha, ajak dia berlakon sekali! Kan ada scene budak kecik kali ni!"

"Pergh, kau plan lah dulu storyline MV ni macam mana! Sibuk cakap pasal scene." Han mula membuka suara. Macam apa saja perangai ahli-ahli kumpulan AE19.

Semua orang terdiam selama 15 minit. Hanya bunyi pen milik Xinjiang yang ditekan-tekan didengari. Tiada seorang sekalipun mahu menyumbang idea.

"Cuba semua bagitahu apa impian kalian." Suara Hanieya yang halus, akhirnya memecahkan suasana yang sunyi. Kesemua orang memandang ke arahnya pada masa yang sama terutamanya, Dara.

"Satu hari nanti, saya nak berhenti jadi penyanyi." jawab Farouk, lantas, Hanieya menulis jawapan Farouk di sekeping kertas A4.

"I want to have nine kids with my wife and have a horse in my house!" Jawapan Lay membuatkan Hanieya tergelak kecil, ada saja karenahnya.

Setelah hampir kesemua ahli kumpulan AE19 memberikan jawapan mereka, tiba giliran Han pula untuk memberi jawapannya.

"I want to get married with my boyfriend and leave this country."

Farouk, Dylan, Dara dan Hanieya sudah dapat meneka dengan jawapan itu. Mereka tidak memberi sebarang reaksi dan hanya mengangguk, cuba untuk menjaga hati Han.



Satu Minggu Kemudian..

"NGUWEKKK!"

Tangisan Adam membuatkan Daniel sedikit kalut. Ya lah, bangun-bangun saja dirinya sudah ada di restoran. Tambahan lagi apabila kelibat ibunya tiada di hadapan mata. Botol susu yang bercorakkan kartun kegemarannya, Mickey Mouse, dicampak ke bawah.

"Aip. Shh, nanti balik Adam jumpa ummi okay?"

Bayi mana yang suka mendengar alasan? Jikalau dia mahukan sesuatu, dia mahukannya sekarang juga! Daniel menghembus nafas lega. Dia tahu perkara ini akan berlaku, tetapi dirinya tetap tenang kerana tiada siapa yang ada di restoran.

Ya, satu restoran itu ditempah untuk dikosongkan oleh Dylan untuk memastikan privasi dan keselamatan AE19 terjaga.

Bam! Pintu restoran itu ditolak oleh Jun,

"Hi Adam! Come to papa!" Dia terus berlari ke arah Daniel, lalu dipicitnya pipi si Adam. Reaksi Adam seperti sedang menanyakan satu soalan maut buat Jun,

'Siapa papa kau?'

Dylan melambaikan tangannya ke arah Adam.

Setelah mereka semua sudah melabuhkan punggung di atas kerusi yang ada, Farouk memulakan perbualan. "Adam baru satu tahun.. Sekarang wife kau pregnant lagi sekali?"

Daniel menggaru kepala tanda malu. Kelihatan seperti pipinya sudah bertukar warna. "Perghh, bukan kaleng-kaleng Daniel! Target berapa?" Shuen mengangkat kening diikuti dengan sebuah senyuman nakal yang terukir di wajahnya.

"Woi. Kita nak bincang tentang MV ke nak bincang pasal anak?" Zhao meninggikan suaranya yang lantang.

"Hanieya, you can start telling them your ideas." arah Dylan.

Baru sahaja Hanieya hendak mahu memasukkan sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya, sudunya terpaksa diletakkan ketepi. Lantas dia mengangguk dan bersiap-sedia untuk membentangkan ideanya.

Mata Daniel melihat ke arah Hanieya dan menyedari cara pemakaiannya yang sama seperti isterinya. Mengetahui ada lagi kaum hawa yang sedang berjuang dalam segi pemakaian, terdetik perasaan bangga di dalam diri Daniel.

Tamat saja Hanieya membentangkan ideanya, kesemua orang yang ada menepuk tangan tanda setuju kecuali..

Han.

"Kenapa scene impian aku tak dimasukkan?" Pandangan yang diberikan oleh Han membuatkan Hanieya tersentak, tiada satu patah perkataan sekalipun yang mampu menjelaskan mengapa.

Impian Han ialah untuk berkahwin dengan seorang lelaki. Bagaimana Hanieya perlu masukkan scene sebegitu rupa di dalam MV?

Sebagai seorang wanita muslimah, dirinya juga yang akan menanggung dosanya sendiri nanti!

Semua orang terdiam, menunggu jawapan daripada Hanieya. Daniel hanya memerhati dan meramal keadaan yang sedang berlaku. Dara pula mula memegang tangan Hanieya dengan erat.

Apa yang dimaksudkan oleh Dara bahawa AE19 amat garang, inilah yang dimaksudkan oleh dirinya. Bukannya setakat ditengking, namun,

"Woi. Aku tanya ni. Kenapa tak ada?"

Adam mula menangis, Daniel mula memujuk. Dylan hanya menutup wajahnya menggunakan menu makanan, Han bangun dari kerusi dan melihat ke arah Hanieya yang sedang duduk di hadapannya.

"Tak ada mulut nak jawab ke tak ada telinga?" tanya Han, matanya melihat dalam ke arah matanya Hanieya Solehah.

"Dah lah, Han. Anak aku dah melalak." Daniel memberi amaran. Adam sudah mula melaram, sudunya dicampak ke bawah. "Relaks la, babe. You dah kenapa." Lay mengeluh.

"Ko dua senyap." Daniel menjeling, dia sudah tahu perangai Han.

"Saya tak ada idea nak masukkan macam mana dalam MV."

"Aku tak dengar la. Alasan ke tu?" Han menunjukkan telinganya. "Saya kata, saya tak ada idea. Awak buatlah sendiri kalau awak nak sangat! Saya nak jaga nama baik agama saya!" Hanieya memberontak.

Dylan sudah mengeruk wajahnya, Daniel yang sedang menyuap anaknya makanan juga berhenti, tetapi Zhao masih tidak berhenti menggaru hidungnya yang kegatalan.

"Jangan kaitkan agama kau dengan impian aku! Asal sebab agama kau, impian aku tak boleh jadi realiti? Teruk gila agama kau ni!"

"Awak ni kenapa eh? Hina je lah saya, tak payahlah nak hina agama saya!" geram Hanieya dibuatnya sehingga dia berdiri dari kerusi. "Pfft. Suara macam budak lima tahun, ada hati nak pertahankan agama sendiri konon." provoke Han sambil mengangkat kening.

"Suara saya macam budak lima tahun sekalipun, atleast saya pandai hormat orang lain!"

Hanieya membentuk das penumbuk ke arah Han.

"SENYAPLAH, BUDAK HENTAI!" Semua orang ternganga. Zhao akhirnya berhenti dari menggaru hidungnya. Lay mengelap kesan aiskrim yang ada di bibirnya. Dia sudah menghabiskan pencuci mulutnya terlebih dahulu.

"Fuyoo! Macam suami isteri dah kau berdua nih bergaduh. Kena send ni dekat Hide, mesti dia jealous!" perli X9 membuatkan Han lebih marah.

"So maksudnya dalam permulaan MV ni, Daniel akan buang satu kotak yang dalam dia semua barang muzik, contohnya, macam headphone, semua benda tu."

"And then the next scene, Daniel akan masuk dalam kereta, pastu akan ada scene tunjuk carseat baby dalam kereta menandakan Daniel dah ada family, lepastu bla bla bla, Daniel balik rumah, jumpa isteri dia and anak-anak dia?" tanya Zhao kepada Hanieya yang sudah duduk di atas kerusinya semula.

Ketua kumpulan AE19 itu cuba sedaya upaya untuk menenangkan keadaan.

"Good idea by the way, Hanieya!" puji Lay. Dia juga cuba menolong Zhao dalam memperbaiki situasi yang pada awalnya bermula dengan huru-hara.

Namun Han masih tidak berpuas hati. Melihat sikap ego yang kian memenangi di dalam dirinya rapper AE19 itu, Daniel menarik lengan Han ke tandas lelaki, meninggalkan Adam yang sedang leka bermain dengan Dylan.

Badan Han dihempas ke dinding.

"What the heck is wrong with you, Han?" soal Daniel.

Daniel amat dikenali dengan sikapnya yang suka mempertahankan hak wanita. Dia ialah seorang lelaki yang pantang mendengar jikalau ada sesiapa yang hendak menjatuhkan maruah kaum hawa dari segi apa sekalipun. Dia membesar di dalam sebuah keluarga yang berjaya mendidik keturunannya dengan pola minda yang sebenarnya, iaitu pola minda 'anak laki-laki seharusnya melindungi kaum wanita.'

"Apa? Asal? Sebab kau masuk Islam, tak bermaksud aku kena masuk sekali!" Han menolak Daniel jauh dari badannya.

"Kau janji dengan aku yang kau nak masuk Islam dengan aku sejak aku jumpa dengan Syikin! Kau sendiri yang ajak aku, cakap yang Islam ni agama yang sebenar apa bagai!"

"Now look at you."

"You look like a guy that has nowhere to go."

"Kau panggil budak tu budak hentai, kau ingat dia tak ada maruah? Kalau kau tak suka orang ejek kau sebab kau gay, learn to respect other people first, bodoh!"

"What happened to you, Han? I am 26, and you are now 24. I have a wife, two kids, upcoming another two, and a religion. You messed up your whole life again, Han."

"Jawapan ada dekat depan mata. Kau selalu persoalkan kenapa kau selalu rasa sunyi, selalu persoalkan kenapa kau sentiasa rasa kosong walaupun dah ada semua benda. Han. Kau dah tahu jawapan dia. Tapi kau asyik tolak kebenaran! Berapa lama kau nak jadi macam ni? Apa yang kau cari sebenarnya kalau kebenaran tu kau asyik tolak tepi?"

"Aku sedih, Han."






"Padahal kau lah lelaki yang aku tahu dulu, yang sanggup pergi majlis ilmu sorang-sorang, tapi tak masuk-masuk Islam, and now?"









Hero dan heroin dalam novel Tidak Dikenal Pasti (novel sulung saya) ialah Daniel Aryan dan Husna Asyikin.

Saya perlu beritahu perkara ni sebab saya tahu kebanyakkan pembaca Arah Mana Syurga tidak tahu tentang novel Tidak Dikenal Pasti.

Tapi, tak apa! Diorang ni sekadar watak sampingan je. Tak perlu baca novel yang sebelum ni! 🌹 Awak boleh baca Tidak Dikenal Pasti jikalau mahu!

Novel TDP agak heavy berbanding dengan AMS. The timeline is during the 90s. Lagi mendalam dan lebih melankolik, agak dark tapi masih novel dakwah. Banyak ayat berkias, teori yang perlu difikir kalau TDP. Berbanding dengan AMS, amat straightforward. Pasangan hero dengan heroin dalam TDP amat matang jikalau dibandingkan dengan Li Xuan Han dan Hanieya.

Awak rasa Daniel dan Husna telah berkahwin dalam AMS but no.. 😄 Apa yang ditulis dalam AMS berkaitan dengan watak TDP, langsung tiada kaitan dengan ending. Hanya untuk menarik perhatian para pembaca ✌🏻





Jazakallah' khair♥️
Tekan butan oyen, boleh komen, terima kaseh,♥️♥️😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro