6 | Malam Yang Aneh
-❊ Wanita bukanlah pakaian yang bisa kamu kenakan dan tanggalkan sesuka hati. Wanita itu terhormat dan memiliki haknya ❊-
Umar bin Khattab
Motorsikal itu keluar dari bangunan EPN Records.
Malam itu lebih sejuk berbanding dengan malam-malam yang sebelumnya. Telapak tangan Hanieya Solehah makin menyejuk manakala tangan lelaki yang sedang membawa motorsikal itu masih panas.
Bintang-bintang mungkin tiada untuk menghiasi gelap langitnya malam pada hari itu kerana mereka tinggal di sebuah bandar yang sentiasa menyumbang asap ke langit,
Akan tetapi, bagi Hanieya, dia tidak memerlukan bintang untuk membuatkan malamnya tertampak indah. Cukup sudah nikmat dan ciptaan Tuhan di hadapan matanya untuk menikmati pemandangan sesebuah malam.
Rambut Han dihembus oleh angin, matanya fokus ke arah jalan sementara Hanieya yang hanya tersenyum riang. "Nama penuh aku, Li Xuan Han, 24 tahun." Akhirnya Han memperkenalkan dirinya dengan baik.
Hanieya langsung tidak memberi perhatian dengan apa yang dikatakan oleh Han, matanya sibuk melihat keindahan malam. Han menoleh ke arah Hanieya, menyedari dia tidak mendapat sebarang reaksi,
Dia menoleh buat sebentar,
Tapi, mula merenung.
"Tengok jalan la.." kata Hanieya, masih tidak melihat ke arah wajah Han.
"Hah? Ya lah. Tengah tengok lah ni!"
'You have reached your destination.'
Motorsikal itu berhenti di hadapan warung mamak.
"Woi! Kau duduk kat kedai mamak ke ha!" tengking Han, matanya memandang ke arah mata Hanieya yang masih tidak bertembung dengan matanya.
"Mana ada! Saya singgah nak beli nasi goreng! Pastu, nak beli air mineral yang besar tu sebab kat rumah dah tak ada air!" Marah Hanieya, cuba untuk mempertahankan dirinya.
"Eh lah kau ni! Rumah kau kat mana! Betul-betul lah, budak!"
Mereka berdua saling bertikam lidah.
"Kat depan ni je.." Hanieya mula gementar, sakit pula hatinya ditengking di hadapan orang ramai. Nasib tiada siapa memberikan tumpuan ke arah mereka berdua,
"Serius. Jauh sangat ke rumah kau ni?"
"Alaa. Han balik je la!"
Tiba-tiba, sekelompok remaja rempit datang untuk berlepak di tepi jalan berdekatan dengan warung mamak itu.
"Betul eh? Aku balik dulu. Okay, bye bye! Vroom! Vroom!"
Han melambaikan tangannya seperti seorang kanak-kanak tadika, giginya tertampak jelas kerana senyumannya. Kakinya sudah mula menekan tuil klac motornya,
Hanieya menjeling dan berjalan masuk ke dalam warung mamak kegemarannya, tidak sampai beberapa langkah, dia menoleh ke belakang semula.
"Alaa!"
"Haaa tahu takut! Naik!"
Motornya berhenti buat kali kedua, kali ini di hadapan rumah pangsapuri yang dicat putih. Han memandang ke arah Hanieya, sebuah pandangan maut diberikan.
Wanita yang berumur 21 tahun itu keluar dari seat dan hampir terjatuh. Nasib tangannya sempat mencapai pemegang motorsikal. Mereka berdua saling menghulur topi keledar dan beg telekung.
Hanieya melambaikan tangannya ke arah Han,
"Bye!"
Han hanya melambai semula dan menghalau Hanieya untuk naik ke atas dengan cepat supaya dia boleh ymelihat Hanieya pulang dengan selamat.
Selepas kelibat Hanieya hilang dari pandangan, Han meninggalkan tempat itu. Lelaki itu menggelengkan kepala beberapa kali, mengenang karenah Hanieya sebentar tadi.
Tok! Tok!
Pintu rumah itu diketuk.
Tetapi tiada siapa yang buka.
"Aduilah, Dara.." Keluh Hanieya saat pintu rumah ditolak.
Dara sedang tidur di atas sofa bersama dengan kotak-kotak coklat berlambak di atas meja ruang tamu. Dari jenama kotak-kotak coklat tersebut, Hanieya tahu semuanya datang daripada Dylan.
Hanieya lantas berjalan ke dapur. Paip singki dibuka dan air mula mengalir tanpa sebarang karat membuatkan dirinya bersyukur. Sumber air sudah kembali di kawasan rumah pangsapurinya.
Dia kembali semula ke ruang tamu, beg telekungnya diletakkan ke tepi dan terus mengemas meja yang bersepah dengan sampahnya pembalut coklat. Hari itu dilalui dengan pelbagai perasaan, takut, marah, sedih, gembira, gelisah, namun diakhiri dengan penuh kesyukuran.
Tiba-tiba sahaja mendapat kerja, tiba-tiba terkurung di dalam bilik dengan seorang lelaki, tiba-tiba sahaja menaiki motor dengan seorang artis gay.
Apakah?
Keesokan harinya, Dara memohon maaf kerana telah tertipu dengan si Dylan. Ketua Pegawai Eksekutif itu memberitahu dirinya, dia akan menghantar seorang pemandu untuk menghantar Hanieya pulang ke rumahnya. Hanieya hendak menanyakan beratus soalan, mengapa Dara tidak naik ke tingkat lima, menghubungi dirinya sebelum mahu pergi ke mana-mana,
Tapi dia terlalu malas untuk memanjangkan topik.
Seminggu kemudian..
Dylan akan datang mengunjung setiap bilik staf di EPN Records walaupun dia sepatutnya membuat kunjungan pada minggu lepas dan pada hari yang sama, Dara juga akan membentangkan ideanya untuk musik video terbaru milik AE19 menampilkan Farouk Tahir. Minggu yang sebelumnya pula, dia sudah selesai membentangkan idea buat seorang penyanyi bernama Lian.
Tok! Tok!
Pintu bilik staf tingkat dua diketuk. Dylan yang sedang memakai blazer berwarna hitam hadir dengan wajah yang tegas. Namun, wajah tegasnya tidak kekal sehingga dia ternampak Dara yang sedang sibuk mengisi air di mesin Cuckoo, membuatkan Dylan hampir terjatuh ke hadapan ketika berjalan.
Dylan mula berjumpa dengan kesemua staf yang ada dan telinganya terdengar sesuatu yang tidak sepatutnya dia dengari,
Seorang staf sedang mendengar lagu rancak menggunakan fon telinganya, dengan volume yang amat kuat. Dylan mendekati mejanya, lantas menarik wayar fon telinga yang berwarna hitam itu,
"Woi! Apa masalah kau ni! Aku tengah sedap-sedap dengar lagu kut!"
Staf yang botak itu berhenti dari membebel sejenak sahaja dia menoleh ke arah Dylan.
"Eh.. Saya tak ada masalah, encik.."
"Kamu tu yang ada masalah!"
"Nak kena buang kerja?"
Dylan mengangkat kedua-dua keningnya, tangannya mula mengusap belakang lelaki yang berbadan besar itu,
"Taknak, boss! Tolonglah! Saya ada anak sorang!"
"Aik, kau bukannya belum kahwin lagi ke?" Tiba-tiba seorang staf mencelah.
"Tak kisah!" marah Dylan. Secara tiba-tiba,
"Dylan, he is my favorite staf la..."
"La ye ke? Kenapa you tak bagitahu?"
Dylan cepat-cepat mengelap kepala botak milik lelaki yang baru sahaja tadi fon telinganya ditarik ganas.
"Dara, bila nak bentangkan idea you?" tanya Dylan, cuba untuk menukar topik. "Sekarang pun boleh." Dara tersenyum, menunjukkan giginya yang tersusun rapi. "Okay! Sekarang juga!"
Dylan mengeluarkan telefon pintarnya dan menghubungi AE19, Farouk Tahir untuk turun ke tingkat dua.
"D-Dara, yang fail warna hitam ni kan nak letak kat mana?" Hanieya memanggil kawannya dari jauh.
Percaya atau tidak, kesemua staf di tingkat dua menyayangi Hanieya Solehah kerana sikapnya yang amat lemah-lembut dan tidak berkasar bila bersembang walaupun dia baru sahaja bekerja seminggu yang lalu.
Dia juga seorang yang penyabar, dan pernah menolong staf-staf beberapa kali dalam bab komputer.
"Letak dekat rak Laila! Dia tengah cuti beranak! Letak je kat rak dia! Pastu Solehah ikut Dara pergi bilik meeting!"
Hanieya cepat-cepat meletakkan fail itu di rak kaca yang terletak tidak jauh dari mejanya dan Dara.
Hanieya Solehah, Dara dan Dylan menunggu ketibaan AE19 dan Farouk Tahir sambil berbincang tentang bajet yang diperlukan buat musik video mereka pada kali ini..
"Wei! Kau kan yang delete app Tinder dalam iPad aku?"
"Eleh kau! X9 yang delete sebab tak cukup storage nak download PUBG!"
Mereka bertiga sudah terdengar akan suara Xinjiang, Shuen dan Jun.
Hanieya membetulkan tudungnya lalu menundukkan kepala. Handsocknya yang sudah terangkat sedikit, cepat-cepat diturunkan untuk memastikan aurat pergelangan tangannya terjaga. Dia agak terkejut mendengar AE19 bertutur dalam Bahasa Melayu, fasih sungguh!
Pintu itu diketuk terlebih dahulu sebelum dibuka dan kesemua tujuh ahli kumpulan menundukkan badan sebagai tanda hormat ke arah Dylan lalu mengambil tempat masing-masing di kerusi yang ada.
Mata X9 terus tertumpu ke arah Hanieya. Dia mengeruk wajahnya yang kian mengetat.
Reaksinya yang kurang menyenangkan membuatkan Hanieya sedikit gerun. Padahal X9 atau namanya yang sebenar, Adam Aisy' ialah seorang muslim dan satu-satunya lelaki yang mempunyai pegangan agama di dalam kumpulan AE19. Jadi kenapa mahu memberi pandangan sebegitu rupa?
Han, lelaki yang sudah tahu bahawa Hanieya ada namun dia langsung tidak memberikan sebarang reaksi. Kewujudan perempuan itu malah diendahkan saja kerana dalam kepalanya dia sedang sibuk memikirkan lirik lagu yang harus dihantar sebelum esok hari.
Farouk hanya tersenyum dan bersembang serba sedikit tentang lagu terbaru miliknya bersama dengan AE19.
"Okay, everyone is here, i think we can start with Dara's presentation on your future MV."
Dylan membuka mulut, Dara bangun dari kerusinya dan bersiap sedia untuk membentang idea-ideanya buat AE19.
Setengah jam kemudian,
"Ok. Well, thats it!"
Dara tersenyum. Hanya Dylan yang bertepuk tangan.
"But, babe. Lagu ni tentang masa hadapan bukannya tentang putus cinta!" kata Lay sambil mengipas badannya menggunakan kipas lipat miliknya yang berwarna merah jambu.
"Yeah. Sorry. But this time, the music video idea macam too far from the actual meaning of the song."
"Kita orang tulis tentang masa depan kita orang sendiri. We all want to have family in the future and kids and we want to insert that in the MV.." Giliran Xinjiang pula untuk memberi pendapatnya,
Dan Farouk hanya mengangguk setuju. Dylan sudah pening kepala.
"And, Dara. MV kalini kita orang tak terlibat. Kita akan ambil pelakon. But, we have no idea to choose who."
"What if we take Daniel Aryan this time for the MV?"
Daniel Aryan ialah watak utama dalam novel sulung saya, Tidak Dikenal Pasti.
Jazakallahu' khair for reading!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro