[Nota Awal Penulis] Assalamualaikum semua.. Kalau ada yang baca Arah Mana Syurga versi lama, awak akan perasan susunan peranggan dalam chapter kalini berlainan dengan yang sebelumnya. Lagi tersusun, In Shaa Allah. Arah Mana Syurga masih dalam proses 'diperbetulkan' 🤗
Saya juga dah selitkan lebih lagi unsur agama dalam Arah Mana Syurga versi yang baharu. Dann! Arah Mana Syurga ada playlist di Spotify!
Ma Shaa Allah, tinggal lagi satu chapter je lagi kan🤗..
Moga bermanfaat, selamat membaca, semuanya. Maaf atas segala kekurangan sepanjang saya menulis AMS..
-
Dua Tahun Kemudian
Hot chocolate itu dikacau. Buih yang berbentuk corak hati sudahpun hilang dan whip krim sudah dimakan terlebih dahulu. Pen hitamnya diletakkan ketepi, kerana sudah kekurangan idea. Lagu-lagu Korea yang dipasang oleh pekerja kedai kopi itu menggerakkan badannya sedikit, mengikut rentak.
Lakarannya ditatap buat seketika. Entah apa yang dilukis, dia juga tidak tahu. Lakaran design keluaran baru buat Nieyaqowiy masih belum disiapkan sejak semalam. Urgh. Serabut jadinya.
Nieyaqowiy sudah didirikan semula beberapa bulan yang lalu dengan izin Allah dan mendapat sambutan yang meriah dari ramai pihak membuatkan Hanieya Solehah terharu. Dia tidak menyangka bahawa syarikat kecilnya mempunyai pelanggan tetap, yang berasa sedih sewaktu Nieyaqowiy meninggalkan dunia perniagaan dua tahun yang lalu.
Dara, atau nama baharunya, Adila, sentiasa berada di sampingnya. Sentiasa ada dengan dirinya sewaktu dia mendirikan syarikatnya tanpa bimbingan sesiapa, sentiasa ada dengan dirinya sewaktu dia berbuat keputusan untuk meninggalkan jawatannya di EPN Records,
Dan sentiasa ada dengan dirinya,
Sewaktu dia dilepaskan oleh tunangnya sendiri.
Jikalau jari manisnya masih disarungkan dengan cincin, mungkin dia sudah ada anak sekarang,
Tapi apa boleh buat. Tuhan lagi tahu dan Hanieya redha dengan segalanya, sejak mula. Kedatangan Umar dalam kisah hidupnya, hanya meninggalkan parut yang kecil-
Kerana ada baiknya juga selepas tali pertunangannya terputus.
Imbas Kembali
Puan Nadla, tersenyum kecil ke arah wanita yang berumur 21 tahun itu. Mereka bertiga berbuat keputusan untuk berbincang di kafe EPN Records, yang terletak di tengah-tengah lobi.
Dan, Umar..
Wajahnya sayu. Badannya membongkok sewaktu dia melabuhkan punggung di atas kerusi, dan asyik menundukkan kepala.
Hanieya tahu.
Dia tahu, bahawa hari itu bakal menjadi hari yang sukar buat dirinya. Puan Nadla memulakan bicara,
"Hanieya.."
"Hide, i mean.."
"Umar, dia ada sesuatu nak cakap dengan Hanieya."
Umar dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang tidak menghiraukan tentang perkembangan ahli keluarga mereka sendiri. Mereka tidak terlalu rapat. Apa yang mereka tahu, definisi bagi perkataan 'keluarga' ialah hanya duduk di bawah bumbung yang sama.
Puan Nadla dan Encik Rif'an juga tidak kisah akan Umar sewaktu dia mengaku bahawa dirinya gay. Mereka juga tidak terlalu sedih dengan kematian anak sulung mereka, Raisha, kerana langgar lari. Bagi mereka, beban mereka berkurangan sewaktu Raisha dijemput mati.
Dan, mereka juga..
Tidak memegang kuat akan agama. Maka, Umar tidak mendapat didikan agama yang secukupnya.
Umar dan arwah Raisha dijaga sepenuhnya oleh pembantu rumahnya sendiri dari Indonesia, Fitriana.
Puan Nadla dan suaminya langsung tiada sewaktu mereka berdua berjalan buat kali pertama, mengucapkan perkataan pertamanya,
Dan kewujudan mereka langsung tiada buat Umar dan Raisha sepanjang mereka membesar.
Apa yang Umar ada ialah,
Han. Dan, Hanieya yang muncul di akhir cerita. Hanieya mengetahui latar belakang keluarga Umar, beberapa hari selepas mereka bertunang.
Mata lelaki yang bakal menganjak ke umur 24 tahun dalam masa beberapa hari itu, memandang ke arah Hanieya..
"Ha-Hanieya.."
"Ya, Umar."
"Umar nak cakap apa?"
Umar menggigit bibirnya. Tangannya menggigil, sudu yang dipegang untuk mengacau kopinya hampir terjatuh ke lantai.
"Hanieya,"
"Kalau kita putus tunang,"
"Hanieya.."
"Okay tak?"
Ok tak?
Itu yang ditanya?
Hanieya menarik nafas panjang. Nafasnya ditahan lama. Apabila dia menghembus, kelopak matanya sudah mula mengumpul air yang bersedia untuk mengalir. Bahunya naik turun, cuba untuk menangkap nafas.
Umar tidak mengalihkan pandangan. Matanya melekat ke arah wanita yang sedang duduk di hadapannya. Wanita yang kepalanya tunduk, yang sedang cuba untuk menyembunyikan perasaannya.
Puan Nadla sudah sibuk bermain dengan telefon pintarnya, tidak menghiraukan dengan apa yang sedang terjadi di hadapan matanya.
Dia dipaksa oleh Umar untuk datang menemani kerana Umar tidak mahu membuka pintu fitnah jikalau dia keluar berdua-duaan dengan Hanieya.
Wanita yang berumur 54 tahun itu langsung tidak mahu masuk campur dengan urusan pertunangan milik anak keduanya.
"Hanieya, listen.."
"Tolong bagi Umar explain. I have so many reasons for us, to not,"
"Be together."
Hanieya mengangkat wajahnya ke arah Umar.
Sungguh, hancur hati lelaki itu dibuatnya apabila dia melihat air mata sedang mengalir di pipi tunangnya,
"Hanieya. Tolong.."
Hanieya mengangguk perlahan, tanda dia mahu mendengar penjelasan dari Umar. Dia masih memberi peluang. Dia masih mahu mendengar.
"Hanieya."
"Awak.. Awak jaga diri awak sejak mula lagi. Awak jaga maruah awak dari mula lagi."
"Awak ingatkan? Setiap kali saya terjumpa dengan awak, benda pertama yang awak akan buat ialah, kekalkan jarak antara kita. Awak akan jauhkan diri dari saya,"
"Awak akan tundukkan pandangan. Sampai saya sendiri tak tahu warna mata awak apa, Hanieya.."
"And let me tell you,"
"Awak dah cuba-sedaya upaya jaga maruah awak..."
Dia berhenti sejenak daripada berkata-kata. Lalu menyambung,
"Saya pernah dengar seorang ustaz ni dia cakap,"
"Bila seorang wanita menjaga maruahnya dengan baik, seakan-akan dia sedang memakai baju besi, untuk mengelak dari peluru-peluru yang bakal meluru ke arahnya,"
"And Hanieya,"
"Awak dah pakai baju besi awak."
"But,"
"The bullet still goes in."
"And i feel like,"
"I am the bullet."
"Saya yang calarkan maruah awak."
"Saya peluru yang calarkan baju besi awak sendiri."
Hanieya merintih kesedihan dan pada masa yang sama, dia juga terbungkam. Mengapa? Mengapa sekarang? Dia perlukan Dara. Dia perlu sujud kepada Tuhan. Dia perlukan seseorang.
Kata-kata Umar menusuk dalam ke hatinya, sedalam yang boleh.
"Hanieya. Saya benda kotor. Awak benda bersih. Suci, murni, mana boleh kita bercampur! Awak akan jadi kotor juga nanti."
"Awak macam air. Saya macam lumpur."
"Saya tak dapat nak bimbing awak, Hanieya. Saya tak boleh."
"Ta-Tapi, Umar.. Kalau saya air,"
"Saya boleh cuci yang kotor kan?"
AllahuAkhbar. Luluh hati.
"Hanieya, dengar."
"Setiap benda yang berlaku, kan ada hikmahnya.."
"Dan setiap pertunangan, tak semuanya diakhiri dengan perkahwinan.."
"Mungkin sebagai pengajaran."
Pengajaran? Hanieya menumpukan perhatiannya di dalam perbualan mereka berdua. Tangisannya dilap menggunakan lengan bajunya.
"Hanieya, lepas Umar bertunang dengan Hanieya,"
"Umar mula baca buku tentang agama, Umar mula betulkan solat Umar, Umar cuba betulkan segalanya.."
"Kiranya.."
"Ada manfaat juga yang datang sepanjang kita bertunang, Hanieya. Umar makin dalami ilmu agama Islam,"
"Cuma Umar.."
"Belum bersedia, Hanieya. Hanieya.."
"Ha-Hanieya.."
"Tak berhak hidup dengan Umar-"
Ayatnya diberhentikan. Dia ternampak kelibat Dara, yang sedang keluar dari lif dengan riak wajah yang mengerikan.
Akan tetapi, pandangannya dialih semula ke arah Hanieya, yang sedang,
Tersenyum.
Ya, dia sedang tersenyum sambil menangis.
Tuhan, apa perasaan yang Kau sedang hantar dalam diri Umar, lelaki itu juga tidak tahu.
"K-Kalau pertunangan ni hanya sebagai sebuah pengajaran bagi Umar.."
"Hanieya pun anggap pertunangan ni sebagai,"
"Sebuah pengalaman."
Umar tersentak, bibirnya mahu melepaskan lagi kata-kata buat,
Bekas tunangnya.
"Hanieya,"
"Umar nak minta maaf masa hari pertunangan kita. Umar betul-betul minta maaf. U-Umar paksa Hanieya pakai-"
"Tak apa, Umar. Tak apa."
"Umar lelaki yang baik.. Umar janji dengan diri sendiri,"
"Supaya Umar berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik setiap hari, ya?"
Cincin perak itu diletakkan ke atas meja. Sebaknya ditahan, lalu dia memandang ke arah lelaki yang sekarang digelar sebagai, bekas tunangnya.
Hanieya memberikan sebuah senyuman yang lebar. Padahal, hatinya sudah tidak dapat menahan peritnya ketika itu. Umar berdiri dari kerusi, lalu menundukkan badan beberapa kali..
"Hanieya,"
"Ada orang yang Allah dah tetapkan, yang lagi berhak untuk rasa kasih sayang daripada Hanieya.."
Hanieya mengangguk ke arah Puan Nadli dan juga Umar, lalu berlangkah pergi. Dia disambut oleh Dara di pintu lif, lantas, menangis di bahu sahabatnya..
Tapi,
Entah mengapa,
Perasaan bangga juga turut muncul di dalam dirinya kerana perubahan Umar.
"HANIEYAA! KAU KE YANG HABISKAN CHOCOJAR AKU! TOLONGLAH.. TOLONGLAH YA ALLAH.."
Dara berlari dengan kasut tumit tingginya yang berwarna merah. Tudung sarung syria yang dipakainya, mula kebelakang, menonjolkan dahinya yang luas dan terdapat kesan krim donut yang dibeli oleh suaminya, Dilan, di tepi bibirnya.
Tangannya sedang memegang tumblr Starbuck, yang sudah diisikan dengan chocolate latte. Perutnya kian membesar, tapi bentuk perutnya ditutupi dengan jubah berwarna hitam.
Ya, Dara sudah berkahwin.
Wanita yang bakal menjadi seorang ibu itu telah berkahwin dengan satu-satunya lelaki yang sudah lama menaruh harapan terhadapnya, satu tahun yang lalu.
Jikalau nama suaminya yang dahulu ialah Dylan, sekarang sudah ditukarkan kepada Dilan.
Ya, bunyi seperti tiada beza. Tapi bak kata Dara,
'Pronouncation-nya yang berbeza.'
'Dylan disebut sebagai, Di-Len.'
'Jikalau Dilan pula disebut sebagai,'
'Di-Lan.'
Huh..
Majlis perkahwinan mereka diadakan di sebuah dewan yang terletak tidak jauh dari rumah pangsapuri miliknya dan juga Hanieya.
Hampir kesemua tetamu yang hadir, ialah orang-orang yang Hanieya kenal.
Zhao, Lynn, Lay, kesemua ahli kumpulan AE19, ahli keluarga Dilan dan juga ahli keluarga Dara sendiri.
Tapi yang pasti,
Dia tiada.
Kedatangannya dijemput sama sekali, walaupun tidak dihantar kad perkahwinan, namun pintu dewan sentiasa terbuka buat dirinya.
Tapi lelaki itu tetap tiada.
Dia sanggup menghilangkan diri dari sosial media, nombor telefonnya yang sudah bertukar, alamat rumah pun tidak diketahui sesiapa,
Seolah-olah dia mahu menghilangkan dirinya dari memori milik kesemua manusia yang pernah hadir dalam hidupnya.
Akan tetapi, dia tidak akan pernah pudar dari memori Hanieya Solehah. Buatlah apa yang dia mahu, cubalah sedaya upaya sekalipun untuk cabut lari dari segala pemikiran orang lain, nama lelaki itu akan tetap terukir di dalam pemikiran Hanieya sendiri.
Trengg! Trengg!
Telefon pintarnya berdering. Nama si pembuat panggilan terpapar di atas skrin,
Adibah (KIA)
Sesaat sewaktu nama itu dibaca, Hanieya agak terkejut. Dia sangkakan adik iparnya, Haiza yang membuat panggilan, tapi di sebaliknya, kawannya dari Kolej Islam Antarabangsa yang bernama Adibah.
Mereka berdua terserempak di sebuah kedai fabrik beberapa minggu yang lalu, dan bertukar nombor telefon untuk kekal berhubung.
Panggilan itu diangkat serta-merta,
Dara yang sedang sibuk mencuci mata dengan baju-baju bayi di aplikasi Shoppee, diendahkan.
"Assalamualaikum?"
"Solehah!"
"Haa! Ya, Adibah. Kenapa? Terkejut Hanieya. Tiba-tiba je Adibah call.."
"Wa'alaikumussalam w.b.t. Tak, tak ni.."
"Nak minta tolong sikitlah."
Hanieya mengeruk wajahnya.
"Tolong? Tolong apa?"
"Ni.. Abi aku buat kempen dekat kolej. Tapi masalahnya, kitaorang kekurangan fasi perempuan lah."
"Ha? Fasi? Fasi tu apa pulak, Dibahh!"
Bunyi keluhan milik Adibah membuatkan Hanieya malu dengan soalannya. Fasi? Fasi apa pula ni..
"Kau ni kan! Mentang-mentang dah lama tinggal kolej, boleh lupa apa maksud fasi? Kau kenapa eh!"
Kan. Dia bebel pulak dah..
"Fasilititator! Sukarelawan lah kiranya! Kau ni kan... Aku lah!"
"Ha ya, ya.. Janganlah marah Solehah.. Boleh-boleh.. Hari apa?"
"Sabtu minggu depan. Kau bermalam sekalilah dengan aku dekat dorm. Satu malam je lagipun. Kempen tu hari Ahad. Buat preperation sikit-sikit hari Sabtu, on?"
"Sabtu.."
Hanieya membuka buku planner miliknya yang berwarna ungu. Muka surat itu diselak lalu berhenti di bahagian yang tertulis 'March'.
"Alhamdulillah. Hanieya free."
"Alright! Thanks weh!"
"Eh, Dibah. Jap-jap.."
"Kempen apa ni?"
"Awak selamba je kan call saya pastu tak bagitahu apa, terus cakap pasal fasi.. Amboi."
"Ah,"
"Kempen bagi ceramah je. Ustazah Asma Harun pun datang sekali... Ha! Weh! Tak silap aku, kumpulan nasyid yang kau minat.. Apa nama diorang eh? Ha, Zayne dengan Hijjaz pun datang sekali.."
Hanieya ternganga. Mahu tidak dia melompat dari kerusi! Makin teruja dibuatnya.
"Ya Allah! Bestnya! Apa nama kempen abi Dibah nii!"
"Arah Mana Syurga."
"Kempen Arah Mana Syurga."
Jazakallah' khair sebab sudi baca Arah Mana Syurga! Boleh tekan bintang warna oyen dan boleh komen kalau mahu..😊
Tinggal satu chapter saja lagi, Ma Shaa Allah🤗🤗...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro