Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

44 | Hari Perpisahan



-❊-

وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ

Artinya: Orang-orang yang beriman lebih kuat cintanya kepada Allah.

Q.S. Al Baqarah ayat 165

-❊-


Kerusi roda lelaki itu berhenti di hadapan pintu masuk rumah bekas teman lelakinya. Kelibat orang ramai yang memasuki, yang sedang sibuk menolong anak mereka untuk membuka selipar, yang sibuk bersembang dengan tetamu yang hadir, semuanya tidak dihiraukan oleh Li Xuan Han.

Dia hanya memikirkan tentang perasaannya sendiri.

Apa? Dia harus kalah?

Dia terasa seperti dirinya baru sahaja pulang dari sebuah peperangan. Peperangan yang sengit, dan tenteranya yang lemah, lalu dia kalah.

Perasaannya yang berat, patah dan tiada harapan semuanya terasa dalam satu masa. Sakit.

Seakan-akan lelaki itu sudah tidak punya hati.

Harus apa lagi dia korbankan?

Dia sudah korbankan impiannya pada permulaan cerita,

Dia sudah korbankan teman lelakinya sendiri di pertengahan cerita,

Dan sekarang dia perlu korbankan satu-satunya wanita yang dia menaruh harapan untuk membalas cintanya di akhir cerita?

Bajunya sudah distreka kemas, rambutnya sudah disikat rapi, semuanya sudah bersedia di hadapan mata,

Cuma hatinya,

Tidak.

Belum lagi.

Mungkin takkan.

Retak beribu kali.

Maka, bertambah 1 lagi memori yang perit di dalam kisah hidup Li Xuan Han.

Matanya melekat di papan yang terletak di hadapan pintu pagar rumah Hide dan semestinya papan itu tertulis,

Majlis Pertunangan Umar Khalish dan Hanieya Solehah.

Xukun, remaja lelaki yang kelihatan segak berpakaian baju melayu berwarna merah jambu, masih terkejut dengan apa yang sudah terjadi.

Semuanya terjadi dalam sekelip mata.

Puan Huang dan Encik Cai sudah lama disapa oleh ahli keluarga Hide sendiri.

Sementara, kedua-dua anak mereka masih tercegak di hadapan pintu, masih tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku.

"Jom." Ajak Han, suaranya yang lemah terdengar seperti sebuah bisikan.

Wajahnya yang pucat dan matanya yang sembap, perlahan-lahan tersenyum ke arah adiknya.

"Jom, Xukun."

Ulangnya, sekarang dengan suara yang,

Penuh rela.





Hanya beberapa tetamu sahaja yang dijemput, termasuklah ayah dan ibu tiri Hanieya Solehah sendiri membuatkan Han tidak senang duduk. Memorinya disindir oleh Puan Khadijah mula bermain di dalam kepala.

Lelaki itu hanya menggigit bibirnya dengan penuh rasa geram sejenak sahaja matanya bertembung dengan mata Encik Faizal.

Pandangan yang diberi oleh Encik Faizal itu amat menjengkelkan.

Beberapa minit kemudian, Anas, Haiza dan anak kecil mereka, Fadwa Khalish muncul di muka pintu dengan penuh teruja. Namun, Fadwa tidak. Air mata si kecil itu mengalir, diikuti dengan jeritannya.

Seakan-akan dia juga tahu perasaan milik lelaki berkerusi roda itu.

Entah mengapa, wanita yang bakal mencuri perhatian orang ramai pada hari itu mengambil masa yang lama untuk bersiap..

"Abang Han!"

Pak!

Bahu Han ditepuk perlahan oleh Anas dengan selamba. Han menoleh ke arah Anas lalu menghulur tangan kanannya sebagai tanda salam,

"Apa khabar?"

"Khabar-"

Belum sempat dia menjawab soal khabar dari Anas, kelibat si dia, yang ditunggu-tunggu oleh Li Xuan Han dan orang ramai, akhirnya muncul.

Hanieya Solehah, wanita yang berbaju kurung songket berwarna hijau gelap dan kainnya yang bercorakkan batik berwarna emas itu berjalan seiring dengan sahabat baiknya, Dara Luke.

Tudung shawl yang berwarna hitam terletak kemas di kepalanya. Mekap yang dikenakan di wajahnya, tidak terlalu tebal tetapi kecantikkannya masih terserlah membuatkan kesemua tetamu terpegun. Mata mereka semua melekat ke arah wanita yang akhirnya melabuhkan punggung di atas pelamin.

"Itu anak dara aku tu!" Puji Encik Faizal dengan suaranya yang kuat, tanpa berasa segan.

Akan tetapi,

Mengapa Han berasa agak pelik selepas melihat cara Hanieya berjalan?

Hanieya asyik menarik bahagian lengan bajunya beberapa kali,

Dia juga asyik membetulkan bajunya di bahagian punggung dan turut memastikan kelabuhan tudungnya lebih dari dua kali.

Cara jalannya juga agak kekok.

Apa yang Han mahu katakan ialah,

Itu bukannya Hanieya yang dia kenal.

"Kak Hanieya tak suka pakai shawl."

"Ha?"

"Kak Hanieya tak suka pakai shawl. Dia suka pakai tudung bawal."

"Dari sini tengok pun dah tahu, dia tak selesa pakai tudung tu."

Secara jujurnya, jejaka yang berumur 24 tahun itu agak terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Anas.

Tapi apa boleh buat, dia harus terus bersangka baik.

"Mungkin dia nak cuba stail baru. Kita tak tahu kan. Ni kan hari dia nak bertunang."

"Kenapa Kak Solehah tak pakai handsock?"

Ya Tuhan. Jantung Han hampir berhenti daripada berdegup, selepas mendengar persoalan adiknya pula.

"P-Panas kut.. Tu sebab dia tak pakai-"

"Eh. Abang campaklah Kak Solehah tu dekat padang pasir, Ladang Tok Labu sekalipun, dia akan still pakai handsock tau."

"Dia time duduk rumah kita pun, handsock still pakai. Tak pernah bukak."

Han mengeluh. Dia mengaku kalah. Dia tidak tahu bagaimana mahu bertindak untuk melindungi Hanieya Solehah sendiri.

Ya lah.

Dia bukannya sesiapa untuk melindungi Hanieya.

Apa yang dia lihat sekarang ialah, Dara sedang mengenggam erat pergelangan tangan Hanieya, cuba untuk menutup aurat rakan karibnya yang bakal dipertunangkan.

Terdapat satu tekaan yang mula bermain di dalam kepala Han iaitu,

Mungkin,

Hide yang mengatur segala benda sepanjang majlis pertunangan, dan dia jugalah,

Yang memilih cara untuk Hanieya Solehah berpakaian.

Dia tahu bagaimana fikiran bekas teman lelakinya.

Tidak sampai 15 minit, sesi menyarung cincin tunang di jari wanita yang matanya sedang berkaca, sudah bermula.

Oh, Hanieya.

Kau tidak pernah tahu,

Bukan?






Hide atau nama sebenarnya, Umar Khalish, asyik tersengih selepas melihat Hanieya bergelak tawa bersama dengan beberapa tetamu yang hadir.

"Hanieya.."

"Psst.. Psst.." Panggil Hide dengan gerakan tangannya yang sedang mengajak Hanieya untuk datang ke mari.

Hanieya perlahan-lahan berjalan ke arah tunangnya dengan pipi yang kemerah-merahan.

"Ya?"

"Jom sembang sikit dekat buaian belakang rumah."

Hanieya tersentak, matanya cepat-cepat mencari di mana Anas sudah menghilang.

"B-Boleh. Tapi saya ajak Anas sekali ya.."

Hide mengeluh sebaik saja dia mendengar alasan daripada tunangnya.

"Haiza, nanti kalau Anas datang, suruh dia datang belakang rumah." Arah Hide kepada Haiza, yang sedang mendukung Fadwa sambil mengemas meja makan.

"Baik, Abang Khalish."

"Ok, jom."

Hanieya berhenti daripada berjalan buat seketika lalu mengambil nafas panjang sebelum mengikuti jejak langkah si tunang.

Dia masih ragu-ragu. Pertunangan bukannya permulaan dalam perihal cinta.

Tali pernikahan ialah permulaan yang sebenar-benarnya dalam soal cinta.

Dan pertunangan,

Hanyalah sebuah jalan ke arah permulaan.





Hide berdiri di hadapan Hanieya, badannya mula mendekati posisi wanita yang sudah mula melangkah kebelakang terlebih dahulu.

"Erm.."

"Saya nak cakap,"

"Terima kasih sangat-sangat sebab terima diri saya dari mula,"

"Sejak sekolah menengah sampailah,"

"Sekarang."

"And just because of that,"

"I'll always try my best to be there for you."

Hanieya tersenyum manis padahal matanya sedang memandang ke arah lantai.

"Sama-sama.."

Wanita yang baru sahaja bergelar tunang kepada Umar Khalish itu mengangkat wajahnya ke arah lelaki yang sudah mula mengimpikan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan.

"Awak.. dah solat istikharah ke semalam? Saya dah hantar awak cara-cara nak solat istikharah dekat Telegram tak silap.."

Soalan yang ditanya tidak dihiraukan oleh Hide membuatkan Hanieya mengeruk wajahnya. Kenapa pula dengan dia ni?

Hide mula memandang dalam ke arah mata Hanieya Solehah,

"Buat apa.."

"Saya nak tanya Tuhan,"

"Kalau saya tak ragu-ragu dengan pilihan hati saya sendiri?"

"I don't need God's confirmation on loving someone."

"Saya tak perlulah nak buat solat istikharah untuk buat pilihan."

"Ya Allah, Umar. Apa Umar ni? Solat istikharah ni bukannya dibuat hanya untuk membuat pilihan awak tahu tak-"

"H-Hanieya-"

Badan Hide semakin hampir dengan badan wanita, yang wajahnya sungguh polos walaupun sudah dikenakan dengan mekap,

"Tuhan,"

Tangannya yang pada mulanya diselukkan ke dalam poket seluar baju melayunya,

"Tak pernah tahu,"

"Betapa sayangnya-"



"KAK SOLEHAH!"

Percubaan Hide untuk memegang tangan Hanieya Solehah, gagal di dalam sekelip mata kerana suara panggilan Xukun dari jauh.

Niat Hide terhadap Hanieya, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

"N-Nanti kita sambung."

Hide lantas beredar dari kawasan tersebut dengan perasaan penuh serabut, meninggalkan Hanieya dan remaja yang berumur 16 tahun itu tanpa berkata apa-apa.









"Ya, Xukun? Kenapa?"

"Kak.. Xukun datang nak cakap,"

"Tahniah.."

Hanieya tersipu-sipu malu lalu menganggukkan kepalanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Xukun,

"Okay. Tu je.. B-Bye."

Xukun menoleh kebelakang, dia sudah mulakan langkahnya untuk meninggalkan Hanieya,

Namun,

Dia berhenti selepas langkah kedua.

Kedua-dua tangannya membentuk dua das penumbuk.

Air matanya yang sudah lama ditahan, mula mengalir di pipinya, seraya dengan kemarahan yang terkumpul di dalam badannya sejak malam dia mendapat tahu bahawa kakak kesayangannya bakal bertunang dengan satu-satunya lelaki dia benci, dengki.

"X-Xukun.. K-Kenapa ni?"

Atmosfera pada waktu itu sudah bertukar secara mendadak. Adrenalin juga sudah mengalir deras di dalam badan Hanieya Solehah,

Xukun mengambil beberapa saat sebelum dia meluahkan segala perasaannya..

Satu,

Dua,

Dan,

Tiga.


"INI SEMUA SALAH KAK SOLEHAH!"

"AKAK BUTA! AKAK TAK PERNAH NAMPAK APA YANG ABANG DAH BUAT UNTUK AKAK!"

"AKAK SOLEHAH TAK PERNAH NAK TOLONG BALIK ABANG!"

"SIAPA YANG ADA UNTUK KAK SOLEHAH MASA AKAK ADA DEKAT STESEN BAS?"

"SIAPA YANG SELAMATKAN KAK SOLEHAH MASA AKAK NAK BUNUH DIRI HARITU!"

"SIAPA YANG SANGGUP PERGI TEMUBUAL MAK BODOH AKAK TU SEMATA-MATA NAK PERTAHANKAN HAK AKAK?"

"SIAPA YANG ADA UNTUK PUJUK AKAK MASA MAK AKAK MENINGGAL HARITU?"

"SIAPA YANG BAYAR SEGALA HUTANG ADIK AKAK SOLEHAH YANG TAK GUNA TU?"

"ABANG HAN TAK MINTA BANYAK PUN!"

"DIA TOLONG AKAK SEBERAPA BANYAK KALI SEKALIPUN,"

"DIA NAK AKAK TOLONG SATU JE,"

"D-DIA-"

"D-Dia.."

"D-Dia nak Kak Solehah tolong hargai apa yang dia buat sebelum ni. Itu je, Kak Solehah."

"Dia tak pernah mintak banyak."

"Itu je yang dia mintak."


"Lagi satu,"

"Mungkin abang saya tak pernah cakap 'i will always be there for you' dekat akak,"

"But remember,"

"His actions always speak louder than his words."









Kadang-kadang saya tertanya,

Kenapa saya team umar?

Dan sampai sekarang..

Soalan itu tergantung tanpa sebarang jawapan.

Jazakallah' khair kerana membaca😍 Boleh tekan bintang warna oyen dan boleh komen kalau mahu 😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro