43 | Dalam Sekelip Mata
[Nota Awal Penulis] Assalamualaikum, semua😍😊 Harini kita banyak guna bahasa English! Bab kalini ni kita akan mendalami lagi hubungan adik beradik Han dan Xukun😍..
Penanda buku itu diselitkan di antara helaian muka surat 61 dan 62. Hanieya mengeluh sejenak sahaja novel yang dibaca diletakkan di atas meja tidurnya. Matanya memandang ke arah Dara yang sedang lena dibuai mimpi di lantai kayu bilik kecil di rumah pangsapuri milik mereka berdua.
Rumah pangsapuri mereka yang teramatlah kecil dan sempit. Kepala air di bilik tandas juga hampir tercabut, dan warna cat dinding yang makin pudar.
Tetapi harga sewa langsung tidak setanding dengan apa yang diberi.
Dara tidur berlapikkan toto yang bercorakkan dengan gambar kartun Mickey Mouse.
Hari ini Dara tidur di lantai,
Esok pula Hanieya.
Ataupun jikalau salah seorang daripada mereka berdua sedang dilanda hari kesedihan,
Maka,
Dua sahabat itu akan tidur bersama-sama di atas lantai.
Senyuman kecil terukir di seluruh wajah Hanieya Solehah melihat sahabatnya yang sedang lena tidur,
Ya lah, sepanjang hari Dara sudah letih bekerja di EPN Records, masa untuknya berehat di malam hari.
Tingkap yang dibiarkan terbuka, membuatkan kaki Hanieya menyorok di sebalik selimut.
Imbas Kembali:
"Han?"
"Ya, Hanieya?"
"N-Novel Han, yang Laskar Pelangi tu kan.. Ada dalam beg Hanieya. Macam mana boleh ada dalam ni-"
"B-Bacalah."
"Aku saja bagi kau pinjam."
Hanieya menarik telefon pintarnya jauh dari telinga, mulutnya kembali berselawat buat seketika.
Secara jujurnya,
Dirinya agak terharu buat sementara waktu.
"Okay, terima kasih. Nanti Hanieya baca ya.."
"Hanieya,"
"Yang kertas memo tu.. that was Xukun's handwriting. Dia suruh aku selit dalam buku. Katanya saja nak jadi berpuitik."
"Budak tu kata,"
"Itu kata-kata 'terakhir' dia untuk kau. Haha."
"Ohh.. okay. Cakap terima kasih dekat Xukun ya.."
Han bukanlah seorang mahir dalam menipu,
Jauh sekali dalam perihal cinta,
Padahal itu adalah kata-kata terakhir dari dirinya buat Hanieya Solehah.
Imbas Kembali Tamat.
Mata Hanieya bertambah berat. Matanya mula tertutup dengan perlahan, tetapi mulutnya masih tidak lari dari memuji Allah SWT.
Salah satu sifat Li Xuan Han jikalau dia sedang bersedih, atau terlalu stres dengan sesuatu perkara, dia akan mula membaca setiap buku yang ada di rumah agar dia dapat terleka dan langsung melupakan tentang perihal dunia.
Dua minggu sudah berlalu selepas Hanieya Solehah melangkah keluar dari kisah hidupnya dan sudah lebih daripada dua puluh buah buku yang sudah selesai dibaca oleh Han.
Pelbagai genre buku lelaki yang berkerusi roda itu sudah selesai membaca. Genre fiksi, bukan fiksi, sci-fi dan juga..
Buku resepi Puan Huang juga sudah habis dibaca.
"BANG, BANG, ADIK TENGAH MAIN SOCCER DALAM PERUT MAMA!"
"BANG, BANG, TENGOK TU DIA SEPAK PERUT MAMA!"
"BANG, BANG, SAH ADIK KITA NI PEMINAT JDT NI!"
Xukun menjerit tanpa henti dari bilik ibunya. Tapi dia sering tidak dihiraukan oleh abang sulungnya kebelakangan ni.
"Tak guna punya abang." Jeling Xukun, lalu kembali mengusap perut ibunya.
Wajah Puan Huang makin berisi, pipinya makin berkembang dan tona warna kulitnya bertukar menjadi putih-merah hari demi hari.
Pengorbanan seorang ibu untuk menjaga si anak di dalam rahim itu, sukar.
Seorang ibu harus mengorbankan rupanya, zaman mudanya, dan juga,
Dirinya sendiri.
"Ma, letihlah. Asal eh dengan jantan tu? Diam memanjang. Dia simpan rahsia ke?"
"Haritu Xukun nak sembang pasal boxer Calvin Klein pun kena maki,"
"Cakap pasal boxer pun salah! Macamlah dia tak pakai!"
PANG! Kepala Xukun disekeh kuat oleh Puan Huang tanpa berfikir panjang.
Mata Xukun kembali berair, dia mula mencebik,
"Mama pun sama je.. Lapan kali lapan je dengan abang.."
"Lapan kali lapan berapa?"
Persoalan Puan Huang dibiarkan tanpa jawapan, Xukun hanya tersengih. Padahal dirinya ialah seorang murid cemerlang dalam subjek Matematik, tetapi tetap lembab dalam perihal sifir. Ya lah! Buat apa hafal sifir kalau kalkukator tu wujud!
Puan Huang melihat ke arah Li Xuan Han, dengan penuh perasaan ingin tahu.
Han, yang sedang sibuk membaca sebuah novel yang bertajuk 'Teenage Blue' di tepi tingkap bilik Xukun, membuatkan wanita yang perutnya kian membesar itu berfikir,
Perkara apa yang boleh membuatkan anak sulungnya bergembira buat seketika?
-
"AAA! XUKUN! KAU BUAT APA NI, SETAN!"
Xukun dengan penuh selambanya mengangkat badan Han yang beratnya 56 kilogram dan tingginya mencapai 174cm itu ke dalam kereta. Remaja itu memakaikan tali pinggang keledar buat abangnya yang masih cuba untuk keluar dari kereta dengan menumbuk belakang badan Xukun sendiri,
"EH! KO DUDUK DIAM-DIAM SEKARANG SEBELUM AKU TARIK RAMBUT KO JADI BOTAK!"
"TAK PASAL-PASAL KAU KENA PAKAI RAMBUT PALSU WARNA PINK LEPASNI!"
Marah Xukun, lantas Han mengangguk kepalanya seperti kanak-kanak kecil yang menurut perintah.
"Pandai pun. Aku nak lipat kerusi roda ko pun susah.."
Tidak sampai beberapa minit, Xukun kembali selepas menyimpan kerusi roda Han ke dalam bonet kereta, enjin kereta mula memanas dan Xukun memulakan perjalanan tanpa berkata apa-apa kepada abangnya.
"Bangun.."
"Bangun.."
"Sudah tiba masanya untuk kau dibuang ke dalam tong sampah.."
Han yang dipaksa untuk bangun dari nyenyak, perlahan-lahan mengelap matanya yang baru dibuka. Tidak sampai satu minit dia membuka matanya,
Telinganya mula mendengar bunyi,
Ombak.
Bunyi ombak yang sedang melibas persisiran pantai, membuatkan nafasnya dicuri dalam sekelip mata.
P-Pantai?
Xukun membawa dirinya ke pantai?
Pada waktu sebegini?
Pada pukul enam setengah petang?
Han mengerut dahi. Gila ke? Tambahan lagi, baru saja hujan berhenti awal petang tadi. Xukun menoleh ke arah abangnya, lalu tersenyum. Senyumannya berjaya menukarkan reaksi Han,
"Kau stres kan kebelakangan ni."
"Jom ah lepak."
"Pasni kita dah tak boleh lepak macam ni lagi dah,"
"Sebab kita kan dah nak ada adik baru."
"Aku dah nak SPM,"
"Jadi masa ni jelah aku ada untuk spend time dengan kau sebagai seorang adik."
"Kau takkan jadi abang kepada seorang adik je sekarang,"
"Kau akan jadi seorang abang kepada dua orang adik."
Han menjeling, padahal hatinya sedang berbunga mendengar luahan hati milik adiknya sendiri.
"Ko ingat ni drama Vinkenzie? Dramatik bagai. Dah-dah, jom keluar."
-
Pemandangan pada waktu senja tetapi mendung, indahnya langsung tidak dapat dijelaskan.
Langitnya berwarna biru gelap yang bercampur dengan warna kelabu lembut seperti di dalam sebuah lukisan. Kedua-dua warna yang dicampur menjadi warna langit itu seperti perasaan Li Xuan Han sendiri.
Perasaannya bercampur.
Dan sukar untuk dijelaskan pada waktu itu.
Sudah masuk dua minggu selepas Hanieya melangkah keluar dari kisah hidupnya. Tiada berita tentang Hanieya dan jikalau ada sekalipun,
Dia tidak mahu mendengar tentangnya.
"Kun,"
"Aku nak minta maaf."
"Sebab aku dah tak boleh jalan."
"Kalau tak, kau ngan aku dah lama lari masuk laut."
Xukun tergelak kecil, dia menggeleng beberapa kali sebagai tanda 'tidak apa'.
"It feels way more better to stay like this."
Telapak tangan Xukun yang mula sejuk itu menolak kerusi roda abang sulungnya di tepi pantai, sambil menikmati pemandangan yang dihantar oleh Tuhan.
Jauh di lubuk hati Xukun, dia kagum dengan ciptaan Allah SWT.
Tapi apakan daya, dia harus berahsia tentang minatnya terhadap Islam daripada keluarganya sendiri.
"Bang,"
Han terkeluar dari dunianya, lantas, menoleh ke arah Xukun.
Dia tahu, jikalau perkataan 'abang' terkeluar dari mulutnya adiknya, pasti ada sesuatu yang perlu diluahkan melalui kata-kata.
"I don't know what you are going through right now,"
"But you really need to know that,"
"I will always support you in so many ways."
"Adik perasan abang stres kebelakangan ni,"
"And i really don't know on how to help you on going through something,"
"Because i don't even know what you are going through right now."
Mata Han yang mula berkaca itu cepat-cepat beralih dari terus melihat ke arah Xukun,
Suaranya yang lemah mula berbicara,
"Hei, Xukun."
"Aku bangga jadi abang kau."
"Tapi tu lah.."
"Cuma perangai kau tu.. macam setan."
Tepat pada pukul lapan setengah malam, dua beradik itu tiba ke rumah dengan perasaan tenang dan juga penuh lega. Akhirnya, perasaan gembira kembali wujud di dalam diri Li Xuan Han. Redha.
Pintu rumah kedai itu diketuk beberapa kali.
Kelibat Puan Huang berdiri di tepi tingkap untuk memastikan itu adalah anak-anaknya yang sedang mengetuk pintu membuatkan Han hampir terjatuh dari kerusi rodanya.
Bunyi tombol pintu dipusingkan didengari jelas, Puan Huang tersenyum gembira menyambut kepulangan Xukun dan juga Han.
"Dah kenapa ni, ma? Macam orang gila dah. Tersenyum-senyum, asal? Barang CJ Wow Shop dah sampai ke? Sampai gembira camni sekali?"
Han tertawa kecil.
"PERGI PACKING! KITA NAK PERGI KL!"
Xukun ternganga, perut Han terasa seperti diikat sewaktu itu, beratus rama-rama sedang beterbangan di dalam perutnya.
"EH? TIBA JE? ASAL?"
"KAK SOLEHAH KAMU TU DAH NAK BERTUNANG!"
Saat itu baru dia sedar.
Redha itu adalah satu patah perkataan yang mudah dilafaz, namun sukar untuk dikuasai di dalam diri.
Team Umar😍😍 Alooo... Heheheheh.
Rindu Sofia tak ni? 😅 Maaf sangat-sangat.. In Shaa Allah, Sofia akan cuba untuk tamatkan Arah Mana Syurga dalam masa yang terdekat.
Are you ready to let AMS go?
Jazakallah' khair kerana membaca, boleh tekan bintang oyen dan boleh komen kalau mahu😊..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro