Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

42 | Jaga Dirimu Baik-Baik

--

وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al Baqarah: 216).

--




Rapuh.

Adalah satu-satunya patah perkataan yang dapat menjelaskan perasaan Han pada masa itu. Langsung dia terkedu, nafasnya juga terhenti. Udara oksigen seakan-akan tidak mahu memberi kerjasama. Jantungnya langsung tidak berdetak.

Terasa seperti kesemua perasaannya yang sudah lama dikumpul buat Hanieya sudah dibuang jauh.

"Abang? Asal?" tanya Xukun, yang matanya masih tertumpu ke arah jalan raya.

Han menoleh ke arah adiknya. Dia memaksa diri untuk mengukir sebuah senyuman di wajahnya yang kembali pucat.

"Tak ada apalah."

Han tidak kisah jikalau bekas teman lelakinya mahu mengundur diri dari hubungan antara mereka berdua,

Han tidak kisah jikalau hatinya sudah dipatahkan berkali-kali kerana sudah terbiasa ditinggalkan oleh semua orang,

Tapi mengapa,

Hide mahu merampas satu-satunya gadis yang dia meletakkan harapan untuk membalas cintanya semula?

Mengapa Hide tidak berterus terang dengan dirinya terlebih dahulu?

Mengapa Hide tidak mahu memberitahu perasaannya terhadap Hanieya Solehah terlebih dahulu?

Mengapa?

Mengapa Tuhan hantarkan Hide secara tiba-tiba di pertengahan cerita?

Sungguh, ini langsung tidak adil. Tapi apabila dia renungkan semula, dia juga menyesal kerana bergembira di permulaan cerita kerana dia juga tahu,

Dunia tidak akan pernah berpihak kepadanya.

Mata Han perlahan-lahan berlari ke arah cermin pandang belakang kereta, pemandangan Hanieya Solehah yang sedang lena dibuai mimpi membuatkan dirinya tersenyum walaupun jauh di lubuk hatinya,

Dia sedang merintih kesedihan.

Senyuman langsung tidak lari dari wajah lelaki yang berumur 24 tahun itu ketika dia melihat ke arah gadis yang bakal,

Dipimpin oleh bekas teman lelakinya sendiri.

'Ha-Hanieya..'

Kata-kata itu disimpan di dalam dirinya dan soalan itu dibiarkan tanpa jawapan. Allah SWT lebih tahu dengan setiap perancangan yang sudah ditentukan olehNya. Setiap pertemuan dan setiap perpisahan yang Dia tentukan pasti mendatangkan sebuah pengajaran buat kesemua hamba-hambaNya.

Siapa kita untuk menentukan takdir?

Siapa?


Malam terakhir Hanieya bermalam di rumah keluarga Li Xuan Han, bakal meletakkan noktah buat hubungan antara mereka berdua.

Tinggi peluang-

Itu adalah pertemuan terakhir di antara dua hamba Tuhan bernama Hanieya Solehah dan Li Xuan Han. Lelaki itu sudah menanam sebuah niat untuk tidak lagi menganggu hidup wanita yang dia sendiri kasihi.

Pada mulanya, mereka bertembung di bilik surau, dan sekarang ia diakhiri dengan penamat yang amat pedih.

"Adik nak basuh sayur dekat dapur."

Lantas, kelibat Xukun hilang dari pandangan. Radio dibiarkan terpasang, sebuah sesi 'nostalgia bersama pendengar' sedang dijalankan oleh seorang DJ.

Lagu yang bertajuk 'Mirae Kororo' yang dikeluarkan pada tahun 1998, menjadi lagu latar belakang di rumah kedai itu.

Lagu itu hampir sebaya dengan Li Xuan Han.

Anak kelahiran 1997.

Tahun kelahiran seorang lelaki, yang hatinya bakal dipatahkan kerana kekejaman dunia.

Klise amat. Apa pasal sekarang juga lagu itu perlu diputarkan.. Buntu, Han tidak tahu bagaimana dia mahu memulakan sebuah perbualan dengan gadis yang sedang sibuk melihat pemandangan malam penuh bintang di tepi tingkap.

Kerusi kayu yang diletakkan di tepi tingkap itu menjadi tempat duduk Hanieya. Sementara kerusi roda Han diletakkan jarak 1 meja antara dirinya dengan Hanieya.

"Buka je lah tingkap tu."

Hanieya mengangguk, pemegang tingkap itu dipusingkan. Arus angin membuatkan tudungnya berterbangan.

Han menelan air liur. Rama-rama mula memenuhi perutnya. Dia tahu, dia bakal melepaskan satu-satunya gadis yang dia,

Cintai,

Ikhlas kerana Allah SWT.



Mata Hanieya beralih ke arah lelaki yang matanya sudah berkaca,

"Han."

"Kenapa ni?"

Han menggeleng.

Hatinya retak. Kali ini, retak sepenuhnya. Dia sudah mengorbankan segala-galanya. Kisah hidupnya seakan-akan tidak akan pernah memberi lelaki itu peluang untuk bergembira.

Jikalau filem kartun klasik yang kita tonton, semuanya tamat dengan happy ending,

Tetapi kisah hidup lelaki lumpuh itu, ending-nya tergantung.

Tiada apa. Kosong. Noktah. Dia sendiri tidak tahu apa yang Tuhan sedang rancangkan buat dirinya, dia sendiri tidak tahu apa pengakhiran kisah hidupnya, dan tiada siapa yang tahu.

"Han tengah baca buku apa tu?"

Soal Hanieya, dia tersenyum lebar membuatkan Han terasa lebih berat untuk menghapuskan segala perasaan yang sudah dia pendam buat Hanieya.

"Buku Laskar Pelangi."

"Pernah baca buku ni?"

"Tak. Tapi pernah dengar. Ada movie tak silap buku tu... Lagu pun ada!"

"Kenapa?"

Bunyi nafas berat yang dihembus perlahan oleh Han, didengari jelas. Lelaki itu sedang cuba sedaya upaya untuk menenangkan dirinya sebelum menjawab soalan itu.

"Sebelum aku masuk AE19,"

"Ada satu kata-kata dari buku ni, yang aku percaya masa aku jadi penyanyi,"

"It went like this,"

"Berhenti bercita-cita adalah tragedi terbesar dalam hidup manusia."

"Tapi sekarang,"

"Aku dah tak percaya dengan kata-kata tu."

"Aku kecewa."

Hanieya menoleh sepenuhnya ke arah Han. Badannya menghadap ke arah lelaki itu. Dia mengerut dahinya, beribu tanda soal sudah memenuhi di dalam ruang pertanyaannya.

"Kenapa Han kecewa?"

"Bagi Hanieya, betul jugak tu.. Berhenti bercita-cita tu, agak menyedihkan. Kita semua kan ada cita-cita."

Han tersenyum sinis. Dia melepaskan tawa kecil lalu menggeleng.

"Aku dah hilang kerjaya aku yang aku dah impikan sejak aku 16 tahun,"

"Dan aku tak rasa yang aku sedang ditimpa tragedi terbesar dalam hidup aku masa aku kena tamatkan kontrak."

"Tapi sekarang,"

Dia berhenti berkata-kata buat seketika, matanya bertembung dengan mata Hanieya,

"Aku sedang ditimpa tragedi terbesar dalam hidup aku."

"Tragedi, terbesar."

Ulang Han, wajahnya yang benar-benar sayu mula menatap wajah Hanieya semasa dua patah perkataan itu dilafazkan dengan perlahan-lahan.

Dia kehilangan impiannya yang dia kejar sejak remaja,

Dia kehilangan sebab mengapa dia perlu teruskan hidupnya,

Dia kehilangan teman lelakinya,

Dan, akhirnya,

Dia bakal kehilangan Hanieya Solehah.

"Hanieya tak faham apa yang Han cakap.."

"Tapi kan,"

"Han kena kuat menghadapi tragedi tu. Han kan ada Allah."

"Han ada Xukun,"

"Han ada Puan Huang.."

"Tapi aku takde kau."

Hanieya terbeliak, jantungnya yang dari tadi berdegup laju akhirnya berhenti. Dia tidak dapat menangkap nafasnya, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa anehnya malam itu buat mereka berdua.

"Kalau ada Allah,"

"Han dah tak perlukan sesiapa."

Wajah Han sekarang ditatap oleh Hanieya kerana air mata sudah mula mengalir di pipi lelaki itu,

"K-Kenapa?"

"Kenapa semua orang nak tinggalkan Han?"

"Siapa yang nak tinggalkan, Han?"

"Tak ada sesiapa yang nak tinggalkan Han!"

Han menggigit bibirnya, seperti seorang anak kecil yang perlu menahan dirinya daripada menangis.

Siapa kata lelaki yang menangis itu membawa maksud, dia lemah?

Tidak salah bukan untuk menangis atas perihal yang berhak di-nangiskan.

"Han,"

"Allah ada tu."

"Allah tengah tengok Han tau."

"Allah tengah tunggu Han lari dekat dia,"

"Allah tengah tunggu Han untuk doa dekat dia,"

"Allah tunggu."

Hanieya cuba untuk membuatkan lelaki itu kembali tenang.

"Have faith, Han."

"Han kan pernah bagitahu Hanieya yang Han suka kisah Nabi Isa, Nabi Musa,"

"Han kena kuat macam Nabi Isa."

"Nabi Isa takde siapa."

"Han kena berani macam Nabi Musa."

"Nabi Musa berani sahut cabaran Firaun,"

"Nabi Isa dan Nabi Musa ada Allah je. Tengok Nabi Muhammad, mak ayah Nabi Muhammad Allah dah tarik masa Nabi Muhammad kecil lagi. Nabi Muhammad pun tak ada sesiapa."

Malam itu menjadi malam penutup buat hubungan di antara Hanieya Solehah dan Li Xuan Han.

Malam penuh noktah.

Malam yang aneh tetapi indah.

Ditemukan di dalam keadaan yang tidak tentu hala. Dalam keadaan yang mabuk, Allah temukan Han dengan seorang gadis yang sedang sibuk beribadah.

Tapi apa boleh buat.

Perkara yang lalu dijadikan kenangan,

Dan yang sekarang, harus dijadikan perjuangan.

Dan cinta Li Xuan Han buat Hanieya tidak perlu diperjuangkan lagi.

Kerana buat apa memperjuangkan perkara yang kau tahu,

Kau akan kalah jua.



***

"Betul ke Hanieya nak balik ni?"

Puan Huang mencebik sambil memeluk erat badan 'anak' kesayangannya. Pelukannya yang amat erat membuatkan Hanieya sukar untuk bernafas.

"Eh eh! Dah dah tu! Mati Kak Solehah dibuatnya karang kalau peluk lama-lama. Tak sampai KL lagi dah mampus."

Xukun menarik badan ibunya jauh dari Hanieya. Payah betul!

"Mana Han?"

Soalan yang ditanyakan oleh Xukun membuatkan Puan Huang menjeling. Dia sudah letih mahu melayan karenah anak sulungnya.

"Abang kamu taknak turun."

"Dia malas nak turun bawah."

Hanieya agak tersinggung dengan kata-kata Puan Huang. Mengapa Han tidak mahu bertemu dengan dirinya?

Padahal ini adalah kali terakhir mereka berdua akan bersua muka. Tidak pasti jikalau mereka bakal bertemu lagi selepas ini. Xukun, yang memegang erat spatula milik ibunya hanya mengeluh. Dahinya digaru menggunakan spatula kayu itu.

"Eee. Kotorlah! Dah cepat. Abang Grab dah sampai dah tu!"

Beg-beg Hanieya yang diletakkan di kerusi meja makan, diangkat dengan pantas oleh Xukun tanpa memerlukan sebarang pertolongan.

Dengan penuh lagak, remaja itu terus berlari dan meletakkan beg-beg itu ke dalam bonet kereta perkhidmatan 'Grab'.

Hanieya dengan perasaan penuh berat, berjalan keluar dari rumah keluarga kesayangannya.

"Jangan segan-segan kalau nak singgah lagi sini! Ok Hanieya?"

Jerit Puan Huang dari pintu rumah kedai sambil melambaikan tangannya. Air mata mengalir deras di pipinya.

"Ok, mama!"

"BYE KAK SOLEHAH! I LOVE YOU SO MUCH!"

"NANTI DATANG BALIK BAWA ANAK AKAK TAU!"

Hanieya tergelak mendengar kata-kata akhir dari remaja lelaki yang dianggap sebagai adik angkatnya itu. Dia cuba untuk menikmati saat-saat akhirnya bersama dengan keluarga kecil yang sentiasa membuka tangan untuk menerima kedatangan dirinya pada bila-bila masa. Anak? Kahwin pun tidak lagi.

Jauh di lubuk hati,

Hanieya masih ada hati untuk kekal tinggal bersama dengan keluarga itu.












Di dalam perjalanan pulang ke Kota Kuala Lumpur, Hanieya membuka zip beg sandang miliknya yang berwarna kelabu.

"Mana pula pergi dompet ni.."

PAK!

Sebuah buku terkeluar daripada begnya secara tiba-tiba membuatkan Hanieya mengangkat kening. Dia bukannya sejenis orang yang suka membawa buku ke mana-mana. Mahu kata Al-Quran, Al-Qurannya tersimpan di dalam beg galas yang sudah diletakkan ke dalam bonet kereta.

"Buku apa pulak ni?"

Buku itu diterbalikkan,

'Laskar Pelangi.'

Matanya bertambah saiz, lantas novel itu diselak.

"Ni kan buku Han? Kenapa ada dalam beg ni pulak?"

Hanieya mengambil telefon pintarnya untuk menghubungi pemilik novel itu dengan penuh curiga,

Sambil-sambil menunggu panggilannya diangkat, tangannya masih menyelak setiap muka surat novel yang bertajuk 'Laskar Pelangi' itu.

'Harap maaf, nombor yang telah anda dial..'

"Ish.. Kenapa dia tak angkat?"

TAK!

Jari Hanieya berhenti daripada menyelak.

Sekeping kertas memo berwarna putih yang diselitkan di antara muka surat 350 dan 351, berjaya menangkap perhatian Hanieya.

Dia perlahan-lahan membaca isi kertas tersebut,

'Hanieya,'

'Jaga dirimu baik-baik.'

'Buat orang yang baik-baik.'

'Supaya kau bertemu dengan orang yang baik-baik.'

'Tapi maaf.'

'Aku bukannya orang yang terbaik, yang berhak bertemu dengan kamu."















Dah lama Sofia menghilang. Rindunya Ma Shaa Allah. Maaf sangat-sangat❤️❤️😞...Kita jumpa next chapter In Shaa Allah..

Boleh tekan bintang oyen, boleh komen kalau mahu😘😘😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro