Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

41 | Hari Kantin atau Hari Penuh Romansa?

--

عَسَى اللّٰهُ اَنۡ يَّجۡعَلَ بَيۡنَكُمۡ وَبَيۡنَ الَّذِيۡنَ عَادَيۡتُمۡ مِّنۡهُمۡ مَّوَدَّةً ؕ وَاللّٰهُ قَدِيۡرٌ‌ؕ وَاللّٰهُ غَفُوۡرٌ رَّحِيۡمٌ

Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang di antara kamu dengan orang-orang yang pernah kamu musuhi di antara mereka. Allah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

- QS. Al-Mumtahanah Ayat 7

--

[Nota awal penulis] Chapter ni panjang dan happy gila tau! In Shaa Allah, no sad-sad. Tapi tak janjilah🤪... Baca sampai abish, In Shaa Allah..🤗🤗🤣😝

Jarum itu dicucuk perlahan di tudung bawalnya. Hanieya sedang memakai jubah berwarna hitam dan tudung bawal berwarna hijau emerald. Cermin kayu yang digantung di dalam bilik surau kedai makan milik keluarga Li Xuan Han, ditatap lama kerana awning tudungnya yang tidak seberapa nak jadi.

"Hanieya, cepat-cepat!" Puan Huang menolak badan Hanieya ke luar rumah.

Han menurunkan tingkap keretanya,

"MAKA BENAR KATA ORANG DULU-DULU,"

"PEREMPUAN KALAU BERSIAP,"

"SAMPAI AKU DAH ADA CUCU PUN TAK SIAP-SIAP LAGI!"

Hanieya tertunduk malu, dia cepat-cepat menyarungkan kakinya dengan sepasang kasut bertapak leper yang baru sahaja dibeli oleh Encik Cai berjenama Bata. Katanya kasut sneaker milik Hanieya yang lama sudah terkoyak rabak, maka dia belikan yang baharu.

"CEPAT HANIEYA, CEPAT!"

"AKU KIRA SAMPAI SEPULUH!"

"SEPULUH,"

"SEMBILAN,"

"SATU! HA CEPAT!"

Gadis yang tudungnya kembali senget kerana tidak sempat dibetulkan itu, terus berlari ke kereta. Melayannya karenah seorang makhluk yang diberi nama Li Xuan Han boleh membuatkan dirinya pengsan 3 kali sehari.

"Bye, mama!"

"Hanieya sayang mama-"

"MAMA PUN SAYANG KAU JUGAK, AKU TOLONG JAWABKAN!"

"DAH, XUKUN! GO!"

Xukun yang segak berpakaian uniform pengawasnya mengangguk tegas, tangannya sudah terletak tetap di stereng. Beg Janspert yang dahulunya dipakai oleh abang sulungnya, sekarang menjadi beg sekolahnya sejak tingkatan satu. Katanya Xukun, jikalau dia memakai beg yang bahagian poket hadapannya telah dijahit kerana terkoyak itu, kebijaksanaan milik abangnya akan menyerap masuk ke dalam badan.

Pelik amat.

"KAK SOLEHAH,"

"READ THAT 'NAIK KENDERAAN' DOA!"

"LETS GOOO!"

***

Dewan Sekolah Menengah Pantai Indah

Tiba-tiba sahaja DJ memutarkan lagu yang bertajuk 'Dinda' dari Kugiran Masdo.

Lagu itu menjadi lagu latar belakang di dalam suasana yang sudah mula kucar-kacir kerana kehilangan seorang kanak-kanak kecil di tengah-tengah dewan yang dipenuhi dengan orang ramai.

Manakala, gadis yang berjubah hitam itu masih mencari-cari di mana hilangnya si Xukun dan Li Xuan Han. Urgh! Mana pula pergi diorang ni..





Han mula menengking adiknya yang dahinya sudah berpeluh, wajahnya tertampak seperti baru sahaja disimbah dengan air!

"Macam mana kau boleh hilang si Hanieya?"

"Setan betullah kau ni, Kun!"

Hanieya berdiri di tengah-tengah dewan, bahunya dilanggar oleh seorang pengawas perpustakaan, dia sudah kehilangan arah tuju di sebuah kawasan yang dipenuhi dengan murid-murid sekolah menengah.

Badannya terkaku, tidak menghiraukan jikalau ada sesiapa yang mahu melanggarnya tanpa sengaja. Hanieya benar-benar berasa takut dan juga marah! Sudah tentulah dia marah kerana Xukun telah berjanji bahawa dia akan sentiasa bersama dengannya untuk menunjukkan arah tuju.

Hanieya juga tahu bahawa setiap kali ada saja sambutan di sekolah menengah itu,

Pasti huru-hara.

Maka, mata gadis itu asyik tercari-cari di mananya jalan keluar, bersusah-payah dia mahu melepaskan diri dari berdiri di tengah-tengah orang ramai,

Nafasnya mula sesak.




Tiba-tiba,

Lelaki yang dia cari dari tadi, sedang berada betul-betul di hadapannya. Perasaan risau terpapar di seluruh wajah Li Xuan Han. Jikalau sebentar tadi wajah adiknya yang kelihatan seperti baru sahaja disimbah dengan air, sekarang wajahnya pula kelihatan seperti baru sahaja keluar dari kolam kerana badannya yang turut berpeluh.

Mata mereka berdua bertembung dan dunia seakan-akan sedang berhenti buat beberapa minit.

Tapi satu minit, terasa seperti satu saat.

Hanieya mula menggigit bibirnya dengan penuh geram kerana kemarahan yang dikumpul di dalam dirinya selepas ditinggalkan keseorangan,

Lirik lagu 'Dinda' seakan-akan sedang memerli saat mereka saling berpandangan,

Dinda jangan marah-marah.

Takut nanti lekas tua.

Kanda setia orangnya.

Takkan pernah mendua.


Hanieya cepat-cepat menoleh, mulutnya terus beristighfar, sehingga doa qunut juga dibaca kerana terkejut dengan apa yang terjadi dalam sekelip mata.

"KAK SOLEHAH!"

"MAAFKAN XUKUN!"

"SAYA TERLALU HENSEM UNTUK DIMARAHI!"

Hanieya menjeling. Jelingannya yang tajam membuatkan Xukun luas ternganga,

"Akak Solehah marah ke?"

"Akak! Janganlah merajuk!"

"Tadi Xukun cari Hawa! Dia janji dia datang, tapi dia tak dapat nak datang harini!"

Han hanya mengeluh lalu menepuk punggung adiknya yang sedang berdiri di hadapan kerusi rodanya.

"Bak beg kau."

Xukun mengangkat keningnya, tapi angguk sajalah. Jikalau berdebat pula dengan si abang, mungkin dia bakal pulang dengan punggung yang bengkak.

Beg sandang itu dihulur.

Szzak!

Bunyi zip didengari jelas, Han mula menyelongkar beg berwarna hitam tanpa menghiraukan reaksi yang diberikan oleh adiknya,

Majalah Playboy,

DVD drama Korea yang bertajuk Crash Landing In Thailand,

Dan juga satu paket biskut Chipsmore yang masih belum dimakan.

Tangan Han mengambil segulung tali rapia berwarna hijau cair yang ada di dalam beg Xukun,

'Sejak bila aku ada tali rapia-' bisik hati remaja berpakaian biru itu sambil ternganga.

"Kau ada gunting?"

Tanya Han, suaranya agak tenggelam kerana suasana di dalam dewan.

Xukun menggeleng.

"Ah,"

KTAK!

Tali rapia itu dipotong menggunakan gigi taringnya. Garisan rahang yang tajam milik Han, membuatkan wajahnya tertampak lebih tampan ketika menggigit tali rapia itu. Han menurunkan mask-nya dengan selamba.

"Bang,"

"Nanti orang nampak muka kau."

Han hanya mengenyit mata kanannya dengan wajah yang nakal. Dia benar-benar tidak kisah jikalau ada sesiapa memandang ke arahnya. Mata bekas ahli kumpulan AE19 itu kembali melihat ke arah Hanieya yang dari tadi mengeruk wajahnya,

"Hanieya,"

Tali rapia yang sudah dipotong dihulur ke arah Hanieya,

"Ikat kat tangan kau."

"Pastu aku ikat tali ni dekat kerusi roda aku,"

"Supaya kau tak hilanglah lagi pasni."

Hanieya terkedu.

"Takpelah, saya boleh-"

"Ambil je lah. Nanti kau hilang, susah."

Xukun dari tadi melihat keadaan sekeliling seperti seorang pegawai keselamatan, dia takut jikalau ada sesiapa sudah mula menghala kamera ke arah abangnya.

Tali rapia itu diambil oleh Hanieya.

Sementara gadis itu sibuk mengikat tali di pergelangan tangannya, Xukun sempat berbisik di telinga abangnya.

"Abang, kalau ada orang buat rumour tentang Kak Solehah dengan abang ke?"

Han tersenyum sinis.

"Hide dah pernah ada rumour dengan Hanieya,"

"Why not me this time?"

Benar kata Puan Huang,

Hanya Tuhan mengetahui selok-belok hati hamba-hambanya,

Tapi Dia juga menghantarkan naluri buat setiap ibu-ibu di dunia untuk mengetahui arah mananya selok-belok hati anak-anak mereka nanti.

Dan arahnya selok-belok hati Li Xuan Han,

Puan Huang pasti. Bahawa anak sulungnya itu bakal dilamun cinta dengan,

Hanieya Solehah.



"Tak baik ah abang buat camtu.. Karang yang mendapat fitnahnya ke Kak Solehah. Pakai balik mask tu.."

Xukun menolong Hanieya mengikat hujung tali rapia itu di pemegang kerusi roda abangnya. Tiga hamba Tuhan itu mula menikmati 'Hari Kantin' sepertimana yang mereka bertiga mahukan dari mula,

Hanieya seperti seorang anak kucing yang hanya mengikut ke mana dua beradik itu mahu pergi,

Akan tetapi, dia masih menikmati setiap minit yang dia ada dan dia masih terfikir tentang apa yang terjadi di antara dirinya dengan Han sebentar tadi,

Hatinya benar-benar berhenti ketika wajah lelaki itu ditatap!

AllahuAkhbar, Ma Shaa Allah.

Di dalam kepalanya Han, dia juga sedang berfikir perkara yang sama. Pipinya bertukar warna, lalu tertawa kecil. Memori di antara Han dan Hanieya seperti sebuah kaset yang sedang bermain di dalam kepala lelaki yang berkerusi roda.

Dunia seakan-akan akhirnya sudah berputus-asa untuk membuatkan Li Xuan Han kecewa,

Dan akhirnya dunia memberikan peluang untuk lelaki itu merasakan perasaan cinta yang sebenar.

Cinta yang benar-benar membuatkan dirinya terasa seperti jatuh dari sebuah bangunan, yang seakan-akan tidak akan pernah jatuh ke tanah. Terasa seperti semuanya seimbang,

Indah, dan ada penghujung yang baik di hadapan matanya.

Salah satu kata mutiara daripada Al-Habib Umar bin Hafidz adalah,

Tidak ada seorangpun yang hidup di dunia ini kecuali ia akan merasakan kebahagiaan dan kesedihan. Meskipun begitu, bersyukurlah ketika kalian bahagia dan bersabarlah ketika kalian dilanda dengan kesedihan.






Hari itu ditamatkan dengan wajah Xukun yang sudah di-facepaint dengan wajah seekor panda. Manakala Han pula pulang dengan gula-gula kapas berwarna merah jambu.

Dan Hanieya pula,

Dia hanya pulang dengan kenangan yang indah bersama dua beradik gila itu. Tali rapianya masih terikat di pemegang kerusi roda Li Xuan Han,

Sambil-sambil Xukun sedang menolak kerusi roda abangnya ke tempat letak kereta..

"Hanieya," panggil Han,

Nada suaranya amat, perlahan. Tidak terlalu tegas, tidak terlalu lembut. Biasa-biasa saja.

"Ya?"

"Tak ada apa-apa."

Xukun mengeruk wajahnya, sudah kenapa dengan abang kesayangannya itu?

"Adik lapar. Singgah drivethru Mcdonalds pasni."

Han hanya mengangguk, mereka akhirnya tiba di tempat letak kereta. Terasa seperti sejam mahu sampai ke kereta. Ayat Han dibiarkan tergantung.

Padahal, dia benar-benar mahu menanyakan sesuatu kepada Hanieya.

Mungkin lain kali.

Mungkin,

Tidak.










Barisan kereta kian memanjang di pandu lalu Mcdonalds. Akibat kerana terlalu lama menunggu giliran mereka bertiga untuk membuat pesanan,

Mata Hanieya mula terasa berat.

Perlahan-lahan, matanya tertutup. Dia terus dihantar ke dunia mimpi dalam masa satu saat, sementara Han pula sibuk bermain dengan telefon pintarnya. Xukun hanya menguap. Dia sedang cuba sedaya upaya untuk menahan matanya. Langit sudah bertukar warna, biasalah, musim hujan,

Han membetulkan semula suhu penghawa dingin, takut jikalau Hanieya akan terus tertidur di dalam keadaan menggigil kesejukan. Xukun memandang ke arah abangnya,

Bunyi windshield wiper yang bergerak di cermin hadapan kereta itu didengari jelas,

"Abang,"

"Abang suka Kak Solehah en?"

Han menoleh ke arah adiknya dengan pantas.

"Yeah, why?"

Lelaki itu mengaku tanpa berasa segan. Buat apa menipu perasaan sendiri jikalau tahu diri sendiri tidak dapat menahan diri dari memberitahu perkara yang sebenar?

"Tch,"

Xukun tertawa.

"Dah agak dah. Semua orang yang jumpa Kak Solehah, mesti sayangkan dia-"

"Aku bukan 'semua orang'."

"Aku bukan sayangkan Hanieya macam 'semua orang',"

"Aku cinta."

Bulu roma Xukun menaik selepas mendengar pengakuan dari abangnya sendiri.

"Dah. Aku taknak cakap benda ni."

Jari Han menekan butang aplikasi Whatsapp, nama 'Hide' ditekan. Hide sedang active di Whatsapp, kerana perkataan 'online' tertulis di bawah namanya.

Lantas, Han cuba untuk menghubungi teman lelakinya.

PITT!

Panggilannya tidak diangkat.

Dia menunggu beberapa saat,

Hide kembali membuat panggilan.

Sebuah senyuman terlakar di wajah Han sewaktu dia menerima panggilan dari Hide sendiri,

Panggilan itu lantas diangkat,

"Hide?"

"Han,"

"Please,"

"Stop calling me from now on."

"Aku nak masuk minang Hanieya minggu ni,"

"Jadi kau dengan aku,"
"Dah tak ada apa-apa."


Hari Kantin atau Hari Penuh Romansa?

Jawapannya ialah,

Hari Patah Hati Sedunia.















😊.

#TeamUmar

Jazakallah' khair for reading, boleh tekan bintang oyen, dan boleh komen kalau nak🙏🏻🥰💕...💕😘😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro