Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

40 | Si Pipi Merah

-❊-

"(Ya Allah) kurniakanlah kami hidayah jalan yang lurus."

- Al-Fatihah, ayat 6.

-❊-


Malam selepas dikejar angsa, diakhiri dengan makan malam bersama keluarga Puan Huang. Akan tetapi, Hanieya sibuk bersembang bersama dengan Hide melalui panggilan telefon, di luar rumah kedai itu.

"Umar takutlah nak jumpa Ustaz, Solehah."

"Mana boleh macam tu, Umar. Kan dah janji nak jumpa haritu?"

"Tapi tak ada siapa nak teman Umar. Solehah kan dekat Johor,"

"Umar. Kalau Solehah dekat Kuala Lumpur sekalipun, Solehah takkan teman Umar pergi sana."

"Baru je haritu Solehah ajar Umar tentang fitnah. Solehah dah suruh Umar ajak kawan Umar kan?"

"Kalau Solehah mati harini,"

"Takkan Umar nak berhenti belajar tentang agama semata-mata sebab Solehah dah tak ada?"

Nafas Hide yang ditarik panjang, di sebalik telefon pintarnya membuatkan Hanieya berasa bersalah kerana terasa seperti sudah melukakan hati lelaki itu dengan kata-katanya.

"Sorry, Solehah. Sebab susahkan Solehah."

Hanieya mengeluh.

"Tak adalah. Umar tak buat salah apapun."

"Tapi usaha kena ada. Sebab Allah pandang usaha, Allah tak pandang hasil sebab Allah tahu betapa susahnya nak istiqamah."

"Jadi, Solehah nak Umar sendiri usaha cari ilmu agama. Solehah dah share semua Instagram, Facebook, yang Umar boleh join untuk belajar ilmu agama Islam."

"Tinggal Umar je nak join ataupun tidak."

"O-Okay, Solehah."

"Okay. Bye, Umar. Assala-"

"Solehah."

"Ya?"

"Thanks."

"Remember, i will always be there for you. Kalau Solehah nak minta tolong apa-apa bagitahu Umar ya."

"Terima kasih sebab tolong Umar."

Hanieya tersentak. Dia langsung tidak suka membuat panggilan dengan mana-mana lelaki jikalau tiada sebarang sebab. Hide berjanji dia hanya mahu menanyakan tentang perihal agama,

Akan tetapi, lelaki yang berumur 24 tahun itu juga sentiasa memberi ayat manis di akhir panggilan membuatkan Hanieya Solehah buntu mahu berkata apa.

"O-Okay. Bye, Assalamualaikum, Umar."

Sejenak sahaja panggilan itu ditamatkan,

"WOI BUDAK, MAMA SURUH KAU MASUK MAKANLAH!"

"IYA! IYA! HANIEYA MASUK NI!"

PANG!

Kepala Han diketuk kuat oleh Puan Huang.

"Apa cakap macam tu dekat Solehah?" Tanya Puan Huang, keningnya diangkat.

Xukun mula menjelir lidah sambil turun dari tangga,

"Kau memang hanjingg." Perli remaja yang berpakaian apron bercorak bentuk hati berwarna merah jambu,

"Kau pernah dengar tak orang panggil kau hanjing?"

"Di manakah akal fikiran yang diberikan oleh Allah SWT,"

"Jikalau anda tidak menggunakannya?" Perli Xukun membuatkan darah Han kian menaik.

"Nganjing eh ko, nganjing. Kau bukan muslim pun."

"Haipp!" sergah Puan Huang.

"Kan ada tetamu ni."

Kepala Hanieya diusap perlahan oleh Puan Huang,

"Makan banyak-banyak."

Hanieya hanya mengangguk, dia mula berjalan ke dapur untuk mencuci tangan.

Encik Cai ialah seorang lelaki yang tingginya mencecah 173cm, wajahnya yang ketat membuatkan Hanieya gerun. Padahal, Encik Cai ialah seorang lelaki yang amat peramah dan sentiasa tersenyum ketika dia bersua muka dengan Hanieya Solehah.

Ayah kepada dua orang anak itu, sedang sibuk membaca sebuah novel bertajuk 'Merantau Ke Deli' dari penulis terkenal, Hamka. Hanieya sedar bahawa kebanyakan buku yang ada di dalam rumah itu adalah karya Hamka. Walaupun inti buku-buku Hamka kebanyakannya mempunyai pengisian tentang perihal agama Islam, keluarga itu tetap terbuka hati dalam membaca hasil penulisannya yang hebat. Hanieya tidak pernah berhenti daripada berasa kagum dengan keluarga anak dua itu.

Sepanjang masa ketika mereka semua sibuk menjamu selera, Hanieya perasan bahawa warna pipi Han tidak kalah dengan warna buah Epal.

Mahu kata lelaki itu demam,

Tidak.

Mahu kata lelaki itu gila,

Semestinya. Tetapi gila tidak bermaksud tona warna wajahnya perlu bertukar dalam masa satu saat.

Sementara Xukun pula memanjang menahan dirinya dari tersedak air sirap.

Dua beradik itu seakan-akan sedang menyimpan sebuah rahsia,

Yang berhak dibongkarkan oleh Hanieya sendiri.

"Okay, mama. Okay, papa. Im.. going to sleep. Tata."

Xukun luas ternganga melihat abangnya yang terpinga-pinga mahu bangun dari kerusi rodanya,

"Woi, nyah. Kau lupa ke kau takleh jalan."

"O-Oh.."

Han menggaru lehernya yang tidak gatal. Buang tebiat betul! Sampai lupa diri sendiri dah tak boleh berjalan ni, apa cerita?

Tambahan lagi lelaki yang berkerusi roda itu asyik mencuri pandangan ke arah Hanieya yang ternyata tidak selesa dengan tingkah laku Li Xuan Han.

"Han. Sit."

"Makan tak habis lagi, membazir."

Suara monotone Encik Cai, membuatkan Hanieya tertunduk kepalanya kerana takut.

"Okay, pa." jawab Han, kerusi rodanya diletak tetap di meja makan.

Xukun menggeleng kepalanya beberapa kali dan kembali melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Pa, ma, esok sekolah ada Hari Kantin,"

"Nak ikut Xukun tak-"

"No." jawab Encik Cai, sebelum sempat Xukun menamatkan ayatnya.

"Ok. Abang-"

"No." jawab Han tanpa memandang ke arah adiknya yang sudah mula mencebik.

"Bosan ah. Dah lah Ariq takde esok sebab balik kampung,"

"Takde siapa pulak tu,"

"Aku ngan Hawa je lah camni."

Hanieya tersentak mendengar nama 'Hawa.' Mungkin Hawa ialah kawan perempuan milik Xukun,

"Hawa tu perempuan ya?" soal Hanieya, dengan senyuman yang terukir di wajahnya walaupun kedua-dua pipinya mengembung kerana sibuk mengunyah nasi goreng yang dimasak oleh Xukun sendiri.

"Ye lah kak. Takkan jantan lak. Nama pun Hawa, bukannya Adam.. Kak, makan tu elok-elok. Jangan cakap masa bersembang."

"Oh.. Hehe," Nasi goreng ditelan,

"Kalau macam tu,"

"Akak ikutlah. Akak pun dah lama tak keluar jalan-jalan-"

PANG!

Bunyi garpu yang digenggam erat oleh Han sebentar tadi, terjatuh ke lantai.

Xukun tersenyum sinis. Yes!

"K-Kalau macam tu, aku pun nak ikut ah."

Han menyumbat isi ayam ke dalam mulutnya sejenak sahaja dia memberitahu dia mahu mengikuti Xukun dan Hanieya esok hari. Dagunya mempunyai kesan sos tomato.

Puan Huang tertawa kecil.

"Dah. Makan. Hanieya, lepasni pergi solat Isyak, minum Nestum, tidur. Nanti Xukun bentangkan tilam."

"Semalam mama ada beli jubah, esok boleh pakai pergi sekolah Xukun nanti."

"Ok, mama."





Tiga gelas kaca diletakkan di atas meja kayu. Hanieya sedang duduk di meja yang jaraknya agak jauh dengan Han dan juga Xukun.

"Three Nestum untuk tiga anak kesayangan mama."

Puan Huang duduk di sebelah Hanieya yang masih bersarungkan telekung putih.

"Mama kan pregnant. Kenapa tak rehat, mama?" Hanieya mengacau air Nestum yang dibuat oleh Puan Huang.

"Lusakan Hanieya dah nak balik.."

Han tergigit lidahnya tanpa sengaja,

"Ah!" jerit Han.

"Bang? Oright tak oright tuh?" Xukun mengusap belakang abangnya dengan pantas.

Han menggeleng,

"Aku ok. Ha? Lusa?" Han mengangkat dagunya dengan wajah penuh keliru.

"Hanieya mana boleh lama-lama dekat sini, nanti kesian Dylan,"

"Kenapa nak kesiankan Dylan?"

"Sebab Hanieya tak buat kerjalah! Kesian Dylan nanti, Hanieya makan gaji buta-"

"Kenapa kesian dekat Dylan!"

Peha Han ditepuk sekuat yang mungkin oleh Xukun.

"Cover sikit setan, cover sikit.." bisik Xukun di telinga abangnya.

"Betul tu Kak Hanieya. Benar, benar."

"Kenapa duduk Johor kalau boleh balik KL?"

"Kenapa minum Milo, kalau boleh minum Nestum?"

"Kenapa gay, kalau boleh straight?"

PANG! Kali ini, giliran Xukun pula untuk ditonyoh kepalanya.

"Kenapa sekejap je kau kat Johor?"

Tanya Han dengan intonasinya yang makin meninggi seakan-akan dia sedang memarahi Hanieya kerana mahu pulang ke Kuala Lumpur.

"Yang awak nak marah saya kenapa? Saya duduk KL! Bukannya duduk dekat Johor-"

"Kenapa duduk KL, kalau boleh duduk dalam hati Li Xuan-"

"XUKUN, DIAM!"

Mereka berdua menjerit ke arah Xukun yang sudah mula menahan dirinya dari menangis kerana terlalu terkejut. Matanya berkaca. Urgh! Memang semua lelaki (kecuali Encik Cai, sudah tentu) dalam rumah kedai ni, memang perangainya seperti kanak-kanak riang ke?

"Dah, dah. Mama nak pergi dapur kejap."

'Tiga' beradik itu menjeling,

"Ok, mama." jawab Hanieya, nada suaranya masih dapat dikawal. Hampir-hampir sahaja dia mahu menjerit ke arah Han kerana bersikap sebegitu rupa.

"Dah ah! Dari aku layan kau, baik aku layan Hide."

"Layan ah! Layan! Saya nak pergi tolong mama kat dapur."

"Pergilah! Shuh! Shuh!"

Halau Han, tanpa melihat ke arah Hanieya yang sudah bangun dari kerusi. Tangan teman lelaki Hide itu menyeluk ke dalam poket seluar trek, telefon pintarnya dikeluarkan.

Dia cuba untuk menghubungi Hide,

Namun, gagal.

Panggilannya langsung tidak diangkat.

Sama seperti panggilan yang kedua, ketiga, keempat dan kelapan.

"Kenapa ni.."

"Merajuk ke?"

"Lantak ah."

"Aku ada Hanieya."












See you guys in the next chapter, In Shaa Allah. Cuba teka apa jadi between Han dan Hanieya nanti😂!

Chapter seterusnya, In Shaa Allah akan membuatkan anda tersenyum kegembiraan...Hm..?

Chapter ni pendek, dan membosankan, maaf sangat-sangat, sebab AMS dah betul-betul dah nak sampai garisan penamatnya!!

Tabrakallah, Ma Shaa Allah. Assalamualaikum, jazakallah' khair for reading dan boleh tekan bintang oyen....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro