4 | 'The Death Floor'
-❊ Hantarkan doa sebagai perisai, kerana kita tidak mampu melawan, kita hanya butuh Tuhan ❊-
Arah Mana Syurga
[Nota Awal Penulis] Hai, Assalamualaikum kawan-kawan, saya nak beritahu, jikalau dibawah quotes ada tertulis 'Arah Mana Syurga' bermaksud quotes itu ditulis oleh saya sendiri khas buat Arah Mana Syurga ya😊
Dara mengeluh, mengetahui bilik itu adalah satu-satunya bilik yang tinggal.
Tingkat 5 digelar sebagai 'The Death Floor' oleh staf-staf EPN Records.
Dylan sahaja yang selalu berkunjung ke sana.
AE19 terkenal dengan perangai sopan-santun, penyayang, tetapi di dalam dunia yang sebenarnya, mereka semua garang seperti seorang guru matematik.
Malah, Dara seorang perempuan yang bersikap suka mempertahankan diri juga takut mahu menjejakkan kaki ke sana kecuali dia perlu ke tingkat 5 atas perihal yang mustahak seperti mahu mencuri air Coway di tingkat 5.
Ya, air mesin Coway ialah 'perihal' yang amat mustahak.
Tingkat 5 ialah hak milik AE19, artis pertama yang ditubuhkan di bawah syarikat EPN Records.
Mereka itu amat berharga sehingga ayah Dylan, (Ketua Pegawai Eksekutif EPN Records yang pertama) sanggup membuat studio buat setiap ahli kumpulan AE19 di tingkat 5.
Dara bangun dari kerusi, dan berjalan ke meja seorang staf yang kelihatan seperti sibuk memeriksa setiap fail yang dia ada.
"Cheng."
Cheng terkejut. Tangannya menggigil selepas mendengar panggilan Dara.
"Y-Ya, Puan Dara." Nyahut Cheng.
"Cheng! Cheng!"
Suara bisikan dari seorang staf selang 2 meja, didengari jelas oleh Cheng.
Cheng menoleh ke arahnya, menelan air liur.
"Apa? Apaa?" Balas Cheng dalam keadaan berbisik.
"Kan aku dah ajar kau. 'Puan' tu untuk perempuan yang dah kahwin!"
"Ohh.. Saya ingatkan Puan Dara sudah kahwin.."
Bisik Cheng semula, sambil tergelak. Dasar lelaki paling berani di muka bumi ini.
Dara menarik nafas sedalam yang boleh.
Cheng mengelap dahinya, kesemua staf menyorokkan wajah mereka menggunakan fail-fail yang mereka ada.
"Matilah kau Chengg.. Aku siapkan funeral kau sekejap lagi.."
"Kamu langsung tidak membantu sayaa..."
Sempat lagi si Cheng berbisik dalam keadaan maut sedang memanggil. Pelatnya ketika bertutur dalam Bahasa Melayu mencuit hati Hanieya yang dari jauh mendengar.
"Cheng! AE19 ada ke kat tingkat 5 lagi?"
Tanya Dara sambil melipatkan tangannya, kening kanannya diangkat.
"Erk. Rasanya tiada. Baru-baru ini saya lihat mereka keluar dari bangunan, mahu pergi shooting untuk showcase 'A Day With AE19'."
Jelas Cheng dalam Bahasa Melayu penuh formal.
"Okay. Thank you, Cheng. And for your information, i am not married yet."
Dara memberikan sebuah senyuman tidak ikhlas lalu beredar pergi.
"Dah jom, naik tingkat 5. Sambil-sambil tu aku nak bawak botol air, air Coway sana sedap.." Tangan Hanieya dicapai oleh Dara.
"Ada beza ke air Coway dengan air Cuckoo?"
Ting!
Hanieya ditarik keluar dari lif, mereka berdua berjalan selaju yang mungkin.
Tingkat 5 dipenuhi dengan beberapa bilik studio yang sibuk diperkatakan oleh Dara. Terdapat sebuah ruang yang diletakkan mesin pengurut kaki, sebuah sofa panjang berwarna hijau cair dan peti ais bersaiz kecil. Hanieya mempercayai bahawa ruang itu adalah ruang rehat buat kumpulan AE19.
Hanieya teruskan berjalan, mengikut jejak langkah sahabatnya sehingga mereka berhenti di hadapan pintu bilik yang diperbuat daripada kayu.
Tombol pintu itu dipusing,
Kosong dan luas.
Bersih, langsung tiada debu!
Tingkap berbentuk segi empat yang ada di dalam bilik kosong itu menunjukkan sebuah pemandangan di luar bangunan.
"Bersihnya tempat ni, Dara.."
Dara mengangguk setuju.
"Kau dah angkat wudhu dekat tandas bawah kan? Sini ada tandas juga, nanti aku tunjuk lepas solat."
Hanieya mengangguk dan terus membentangkan sejadahnya yang bersaiz kecil, sesuai untuk dibawa ke mana-mana.
Dara duduk bersandar ke dinding, menemani rakan karibnya yang mahu beribadah.
Hanieya Solehah asyik tersenyum kerana bersyukur, ada juga ruang solat khas untuk dirinya dan juga seorang sahabat yang sudi untuk menemani dirinya supaya tidak keseorangan. Pertolongan Allah SWT sentiasa ada jikalau kita terus menerus bersangka baik dengan Yang Maha Esa.
Seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran, Surah Ali-Imran, ayat yang ke 150,
'Tetapi (ikutilah Allah), Allahlah Pelindungmu, dan Dialah sebaik-baik Penolong..'
Selesai sahaja Hanieya selesai menunaikan solat Zuhur, Dara menunjukkan di mana tandas berada di tingkat 5. Mereka turun semula ke tingkat 2, tidak mahu berlama di tingkat yang menyeramkan itu..
Dara juga menemani Hanieya untuk menunaikan solat Asar dan juga Maghrib kemudian waktunya pada hari pertama Hanieya bekerja di EPN Records.
Wanita yang rambutnya pendek, paras bahu itu memberitahu Hanieya bahawa dia terpaksa bekerja sehingga malam kerana keesokan harinya, dia mempunyai pembentangan idea seni untuk musik video terbaru milik seorang penyanyi.
"Kau balik je lah. Aku mesti lambat punya ni.."
Dara menyuruh Hanieya untuk pulang, kasihan pula melihat sahabatnya yang perlu beralaskan lengan untuk tidur di sebelahnya.
"Tak apalah, Dara.."
Hanieya menggeleng, dia tetap dengan pilihannya untuk menemani Dara sehingga selesai kerjanya.
"Solehah nak pergi solat dulu. Dara.?"
Hanieya memandang ke arah Dara, yang kembali fokus dengan kerja-kerjanya.
Hanieya menarik nafas panjang, dia memahami situasi kawan baiknya dan dia tidak mahu menganggu. Terdapat beberapa staf yang masih belum pulang ke rumah kerana terlalu sibuk dengan perihal kerja.
Mahu ajak Rose, reaksinya ketika mendengar laungan azan, meragukan Hanieya. Namun, dia harus terus bersangka baik. Tambahan lagi, Rose juga kelihatan seperti sedang sibuk mahu menyusun atur jadual kerjanya..
Tanggapan Hanieya Solehah ialah AE19 masih tiada di tingkat 5 dan berharap bahawa mereka semua telah pulang.
Dia benar-benar perlu menunaikan solat fardhu Isyak di EPN Records kerana rumah pangsapuri milik dirinya dan Dara sedang menghadapi krisis air yang baru sahaja dimaklumkan oleh pihak berkuasa.
Lebih baik jikalau dia menunaikan solat sekarang. Hanieya beredar pergi untuk mengambil wudhu di tingkat 2 terlebih dahulu, meninggalkan Dara yang langsung tidak sedar bahawa sahabatnya telah hilang dari pandangan.
Ting!
Pintu lif terbuka.
Hanieya Solehah berjalan dengan perlahan sambil memeluk beg telekungnya, namun, langkahnya berhenti selepas terdengar suara seorang lelaki yang diikuti dengan bunyi tapak kaki yang sedang menari dari sebuah bilik,
"One, two! One, two! Bam bam! Bam bam bam!"
Hanieya menggeleng dan terus berlari ke bilik solatnya dengan laju.
Sejadahnya dibentang, dan matanya sudah tertumpu ke arah lakaran berbentuk masjid di sejadahnya..
BRAKK!
POSISI HAN
Han menaiki tangga dalam keadaan mabuk. Dia sudah menghabiskan satu botol wain berjenama 'Le' Branz' di rumah Hide.
Dia berjalan dengan wajah merah padam, mengetahui bahawa dia sepatutnya menghadirkan diri untuk latihan menari yang telah bermula pada pukul 9 malam.
Han melihat ke arah jam tangannya,
Sudah pukul 10:12 minit malam.
Dia menjeling dan menolak pintu masuk dengan kekuatan yang dia ada dengan perlahan-lahan lalu memonteng latihan menari pada hari itu tanpa rasa bersalah.
Han menggunakan cara lain untuk naik ke tingkat 5. Dia sanggup menaiki tangga dari lobi tingkat 1, semata-mata untuk memastikan ahli kumpulannya tidak sedar akan kedatangannya.
Lagipun, dia datang ke EPN Records bukannya atas alasan mahu menghadiri latihan menari, dia datang untuk mengambil kunci motornya yang tertinggal di bilik studio miliknya.
Namun, dia harus menyorok terlebih dahulu sebelum terus memasuki bilik studionya yang berhadapan dengan bilik tarian.
Han, dengan bau alkoholnya yang kuat, menuju ke bilik yang berpintu kayu. Dia membuka pintu tersebut dan terus mengunci.
Lantas, Han jatuh terduduk dan menyandarkan badannya di pintu bilik tanpa menyedari kelibat putih yang ada di hadapan matanya.
Mata Han terbeliak, menyedari kehadiran seorang wanita bertelekung putih sedang sujud di atas sejadah.
"Aku takde masa untuk benda ni. Jangan nak khayal, Han. Tidur sajalah!" Bisik Han di dalam hati.
"Assalamualaikum warahmatullah, assalamualaikum warahmatullah."
Suara wanita yang sedang memberi salam itu kedengaran, dia pasti. Itu bukannya khayalan.
"Woi! Kau baca jampi apa dekat bilik aku nih!" Jerit Han.
Hanieya menoleh kebelakang dengan matanya yang sudah bertambah saiz,
Jantungnya berdegup kencang mengetahui ada seorang lelaki berada di dalam bilik bersama dengan dirinya, badannya mulai mengeras. Sungguh, perutnya terasa seperti sedang diikat, langsung tidak tahu mahu berbuat apa.
Dia menarik nafas panjang.
"Saya tumpang solat dekat sini."
Jawab Hanieya, ringkas, tanpa memandang ke arah Han. Pandangan matanya ditundukkan serta-merta.
Han menjeling, dia masih tidak percaya ada perempuan di dalam bilik rahsianya.
"Sorry. Tapi ni kali terakhir saya guna bilik ni! Saya keluar dulu ya?"
Hanieya tergopoh-gapah membuka dan melipat telekungnya.
"Woi. Kau duduk situ diam-diam. Jangan keluar sampai aku suruh kau keluar. Duduk."
Ya Allah, apa pula lelaki ni nak...
Riak wajah Han bertukar selepas melihat keadaan Hanieya yang sedang berada di dalam ketakutan, tudungnya menyenget dan hanya memeluk kakinya di hujung bilik.
"Tak payah nak takut. Aku tak ingin nak buat apa-apa." Kata Han, selamba. Rasa wain di lidahnya kian menghilang. Kepalanya tidak terasa terlalu berat, dan masih boleh dikawal.
Hanieya masih tidak percaya dengan kata-kata Han. Dia tetap seorang lelaki dan sifatnya langsung tidak dapat diramalkan.
"Aku gay."
Mereka berdua berhenti sejenak dari bercakap sepatah kata. Bunyi kipas di siling membuatkan suasana menjadi lebih kekok. Hanieya menahan dirinya dari bergelak sakan selepas mendengar pengakuan daripada lelaki yang berjaket hitam itu.
Pipinya mengembung kerana menahan diri daripada gelak.
"A-Aku serius la!"
Hanieya terkejut, dan tidak berhenti menganggukkan kepalanya, suara Han yang sengaja ditinggikan itu membuat dirinya tersentak.
Tiba-tiba, wajah Hanieya ditenung buat seketika oleh Li Xuan Han membuatkan Hanieya kurang selesa..
"But yeah, after seeing your face..
I think its fine to be a bisexual for a day."
Harini ni nak pendek-pendek je supaya hati korang poppop dulu..Jazakallah' khair for reading♥️ sila tekan butang bintang warna oyen, dan boleh komen kalau mahu♥️ In shaa Allah♥️ Have a blessed day, everyone!♥️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro