Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

39 | Tiga Lima Puluh Minit Petang






Arwah Hajah Zarina Husin ditanam di tanah perkuburan Al-Raudhah pada pukul 11:30 pagi. Fadwa Khalish didukung oleh Hanieya yang sedang rapuh sewaktu dia melihat ke arah wanita yang sudah berkapan putih itu.

Sekadar ciuman di dahi buat kali terakhir untuk ibunya sebelum ditanam, masih tidak cukup buat Hanieya. Rezeki ibu kepada dua orang anak itu kerana kesemuanya berjalan lancar ketika dia ditanam.

Tiada siapa mahu masuk campur di dalam urusan keluarga si mati itu kerana mereka tahu,

Keluarga itu mempunyai terlalu banyak masalah, si isteri sudah diceraikan, anak kedua malas mahu bersemuka dengan si ibu,

Tinggal Hanieya sahaja yang menjadi tulang belakang segala perkara.

Dari mula, sehingga maut memanggil ibunya.

Han, lelaki yang sedang memakai t-shirt berwarna putih dan seluar slack berwarna hitam, hanya memandang ke arah Hanieya sepanjang masa. Xukun juga turut menangis selepas melihat Hanieya jatuh terduduk sambil menangis tersedu-sedu.

Remaja yang berumur 16 tahun itu tidak kuat melihat gadis yang menjadi inspirasinya untuk memeluk islam, diuji oleh Allah SWT.

Xukun perlahan-lahan membaca Al-Fatihah di dalam hatinya,

Tangisan di pipinya dibiarkan mengalir tanpa henti.

Puan Huang hanya mengusap belakang badan Hanieya, tanpa berkata apa-apa. Haiza masih berada di dalam masjid, membantu suaminya menyelesaikan perihal arwah.

Siapa saja yang datang pada hari kematian Puan Hajah?

Keluarga Li Xuan Han, Hanieya, Anas, isterinya dan Fadwa Khalish.

Di mana keluarga arwah?

Mereka terlalu sibuk dan masa mereka tidak berhak diluangkan untuk pengurusan kematian Puan Hajah.

Hide tidak dapat menghadirkan diri pada hari pengebumian kerana terdapat kes kecemasan di klinik haiwannya.

Dara juga turut bersedih setelah berita itu sampai kepadanya melalui mesej Han. Dia pernah melawat ibu kandung kepada sahabatnya itu, 2 tahun yang lalu. Hari itu mengikat tarikh yang tragis buat Hanieya Solehah. Dia tahu setiap manusia akan merasai detik kematian.

Tetapi sekarang wanita yang berumur dua puluh satu tahun itu perlu belajar,

Untuk melepaskan seseorang yang sudah dipeluk maut.

***

Puan Huang menyuruh Hanieya untuk tinggal bersamanya buat beberapa hari, sehingga emosinya kembali stabil. Pada mulanya, Hanieya menolak tawaran itu kerana dia mahu pulang ke Kuala Lumpur secepat yang mungkin, tetapi Puan Huang benar-benar mahukan Hanieya di sampingnya.

Dia tidak pernah merasa bagaimana perasaan seorang ibu untuk mempunyai seorang anak perempuan.

Hanieya juga cuba menolak dengan cara memberitahu kepada wanita yang sarat mengandung itu yang dia akan tinggal di Johor tetapi bersama dengan adiknya, Anas.

Tapi apakan nasib.

Adiknya tiba-tiba naik angin kerana Hanieya masih tidak dapat memberikan dirinya duit seperti yang dijanjikan setiap bulan. Dylan memberikan Hanieya cuti kerana lelaki itu tahu bahawa pekerja kegemarannya memerlukan masa.

Dia juga terpaksa menyuruh staf yang lain untuk mengambil alih tugas Hanieya buat sementara waktu.

Han tidak mampu berkata apa-apa.

Dia hanya mengikut cadangan ibunya.

Jikalau dinaikkan suara, lelaki yang berkerusi roda itu takut jikalau kandungan ibunya akan terkesan dengan kata-katanya.

Dua hari berlalu sejak Hanieya menumpang di rumah kedai milik keluarga itu,

Dan, ternyata.

Han benci akan kedatangan Hanieya.





"Hanieya!"

"Ada buah kelapa dekat depan rumah. Tolong keluar sekejap, ambilkan tiga ke dua macam tu!"

"Okay, mama!" nyahut Hanieya, cergas.

Dia lantas bangun dari kerusi kayunya dan terus keluar dari rumah.

Selipar berwarna ungu disarung dengan laju, matanya mencari-cari di mana buah kelapa yang sibuk diperkatakan.

Han sedang membaca buku komik kegemarannya lalu mula mengerutkan wajahnya yang ketat.

"Apasal lama sangat."

"Orang suruh ambik buah kelapa je kut."

Dia menolak kerusi rodanya ke pintu rumah dengan penuh perasaan ingin tahu. Kelibat Hanieya yang sedang berdiri di hadapan pokok kelapa membuatkan Han menepuk dahinya.

"Woi!"

Hanieya menoleh ke arah Han.

"Apa woi-woi? Ada nama la!"

"Menjawab eh kau! Mana kelapa!"

Han menolak kerusi rodanya selaju yang mungkin, dengan perasaan marah yang terkumpul di dalam dirinya.

"Tengah tunggu dia jatuh lah ni."

"BAPAK KAU!"

"ORANG KUTIP KELAPA YANG DAH JATUH,"

Hanieya menghentak kakinya beberapa kali,

"Yang awak nak jerit dekat saya ni kenapa ya?"

"Saya mana tahu!"

"Agak-agaklah pun nak jerit. Bapak, bapak! Apa bapak-bapak!"

Mereka berdua hanya menoleh ke arah yang bertentangan, tidak mahu bersua muka. Hanieya mula mencebik kerana dimarahi oleh Li Xuan Han. Sepak kang, baru dia tahu mana langit, mana tanah, mana kelapa, mana Hanieya.

"Eh. Han tengok tu! Tengok!"

"Tengok!"

"Apa lagi kau nak, kecik? Menyampah kau tahu tak-"

Han ternganga luas secara tiba-tiba. Edward, angsa jantan milik jirannya terlepas dari pagar rumah,

"Tengok angsa tu. Dia dok tengok je kita dari tadi."

Hanieya melambaikan tangannya ke arah angsa yang seakan-akan sedang memberi pandangan maut ke arah mereka berdua.

"Hello, angsa!"

Han merasakan perasaan tidak sedap hati di dalam dirinya kerana angsa itu kelihatan seperti bakal memulakan sebuah peperangan.

"Hanieya."

"Bila aku cakap lari,"

"L-Lari."

"Kenapa pula nak lari-"

"ANGG!"

"ANGG!"

"ANGG!"

Angsa itu mula mengeluarkan bunyi, lalu berjalan laju ke arah Hanieya yang sedang berdiri berdekatan.

"ARGHHH!" Hanieya berlari, meninggalkan lelaki yang berkerusi roda itu keseorangan.

"HANIEYA! AKU MACAM MANA!"

"LARI, HAN! LARI!"

"AKU TAKDE KAKILAH, PEREMPUAN!"

Hanieya berlari semula ke arah Han, kerusi rodanya ditolak laju.

"ANGG! ANGG!"

"LAJU LAGI HANIEYA! LAJU LAGI!"

Hanieya teruskan berlari sambil menolak kerusi roda lelaki yang berumur 24 tahun itu jauh dari kawasan perumahan keluarga Puan Huang,

"ADA LAGI KE? ADA LAGI KE?"

"TAKDE WEI, TAKDE! CLEAR, CLEAR!"

Mereka berdua berhenti di hadapan kawasan sawah padi yang terdampar luas. Suasana hijau itu membuatkan mereka terasa tenang buat seketika, bunyi nafas ditarik didengari jelas di telinga mereka berdua.

Apa yang terjadi sebentar tadi, membuatkan Han tergelak terbahak-bahak. Tawanya menggelikan hati Hanieya.

"Eh."

"Lahh. Anastasia lah tu. Anastasia! Ooo, Anastasia!"

Hanieya mengangkat keningnya. Siapa pula Anastasia? Mahu kata ada wanita Amerika sedang berlalu-lalang, tiada pula.

"Anastasia! Hai!" jerit Han.

"Eh. Han tengah cakap dengan siapa?"

Han menunjuk ke arah kambing yang sedang berada di tengah-tengah kawasan sawah padi. Dengan kambing pun dia nak melalak!

"Awat nama dia glamour sangat?"

"Asal. Salah ke nama dia Anastasia? Kau terbakar ke kalau aku bagi nama dia Anastasia?"

Hanieya menjeling. Apa masalah mamat ni sebenarnya?

"Saya tanya elok-elok, jawablah elok-elok. Perangai macam apa je."

Pemandangan langit membiru dan juga sawah padi yang menghijau dinikmati oleh Hanieya dengan perasaan bercampur. Jarang sekali mahu melihat pemadangan seperti ini di Kuala Lumpur. Haruslah mengambil peluang untuk menikmati udara segar di kawasan kampung. Tenang sikit hati..

Tambahan lagi, parut luka di hatinya Hanieya masih lagi berdarah. Baru sahaja semalam, dia kembali hanyut di dalam sebuah mimpi, di mana dia dapat memeluk badan Puan Hajar buat kali terakhir.

Gadis bertudung bawal itu tidak tahu bagaimana dia mahu menyusun ayat untuk menjelaskan perasaannya pada saat itu.

Mahu kata gembira, ibunya baru sahaja dijemput maut.

Mahu kata dia sedang bersedih, dia baru sahaja dikejar angsa.

Mahu kata dia sedang kecewa, ini bukan kali pertama dia dikecewakan dengan dunia.

Simbol tanda tanya timbul di dalam kepala Han, sejenak sahaja lelaki itu sedar bahawa keadaan kembali sunyi.

"Asal kau senyap?"

Hanieya membisu.

Dia tidak mahu berkata apa-apa.

Bukannya tidak mahu,

Dia tidak tahu hendak berkata apa.

"Kau rindu mak kau ke?" tanya Han, penuh selamba.

Hanieya hanya mengangguk. Hatinya masih bertaut kepada detak jantung ibunya yang sudah berhenti.

"I see."

Keadaan menjadi regang, tetapi Han masih tidak mahu pulang ke rumah.

"Ibu-ibu yang ada dalam dunia ni,"

"Semuanya hebat."

"Aku m-mungkin tak suka dekat perempuan,"

"Tapi aku masih hormat perempuan. Sebab aku tahu besar pengorbanan diorang dalam dunia ni."

Hanieya tersenyum lebar ke arah Han.

Jarak di antara mereka berdua agak jauh, tetapi perkara itu tidak menghalang Hanieya daripada memberi sebarang reaksi ke arah lelaki itu.

"Terima kasih sebab hormat kami, orang perempuan."

"Kami perempuan pun, akan cuba untuk hormati lelaki."

"Semoga Allah SWT bagi Han,"

"Hidayah, ya?"





Mata mereka bertemu. Hanieya menundukkan pandangannya dalam sekelip mata. Wajah Hanieya dipandang buat beberapa saat,

Nafas Han benar-benar berhenti pada saat itu. Rasa seperti jantungnya akan berhenti berdetak pada bila-bila masa.

Kata-kata arwah Puan Hajah mula bermain di dalam kepalanya.

"Jangan sampai satu tahap kau dah suka kat perempuan,"

"Kau paksa diri kau supaya tahan perasaan."

Bodoh.

Dia tidak lagi mampu menahan perasaannya mahupun menutup perasaannya dengan cara menipu. Rasa seperti seorang lelaki hipokrit, yang suka menipu dengan dirinya sendiri untuk kelihatan manusia yang sempurna di hadapan mata manusia.

Li Xuan Han gagal.

Kerana tidak lagi mampu dengan rasa cinta yang ada di dalam dirinya selama ini.

Han mula melihat ke arah jam tangan yang dipakai di pergelangan tangan Hanieya.





'Tepat pada pukul tiga, lima puluh minit petang,'

'Pada hari Isnin yang amat membosankan,'

'Di hadapan kawasan sawah padi yang tenang,'

'Dan aku jadikan kambing kesayanganku bernama Anastasia sebagai saksi,'

'Aku disahkan dilamun cinta dengan seorang,'





'Wanita.'

Kata Li Xuan Han di dalam hatinya, tanpa ragu-ragu.








❤️ Tak rindu dekat saya ke?😘😘

#TeamHan, nampaknya dah ada harapan..🙈

Jazakallah' khair for reading, dan boleh tekan bintang warna oyen okayh❤️🥰

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro