Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

38 | Azan Mendayu


-❊-

"Seutas nyawaku
Kuberikan kepadamu
Hingga dewasa
Menjadi akar
Tidak pernahku lelah
Menjagamu
Sehingga
Menjadi sempurna
Tumbuh daunnya."

- Mama (Dihatimu Selalu)

--

Firman Allah SWT, "Katakanlah: Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatu pun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa." (Surah Al-Ana'am, ayat 151)

--





Pintu itu dibuka.

Hanieya, di dalam keadaan yang sungguh comot sedang berdiri di tepi pintu bilik Li Xuan Han. Tudungnya kelihatan seperti langsung tidak digosok, lengan bajunya di bahagian pergelangan tangan basah sepenuhnya, entah mengapa.

Dara tidak dapat menemani Hanieya kerana dia perlu pulang semula ke Kuala Lumpur kerana kerjanya di EPN Records masih bertimbun.

Sebagai tanda maaf, Dara sanggup menghantar Hanieya ke Johor dan terus pulang ke Kuala Lumpur semula.

Lelaki itu terkejut, dia masih tidak percaya bahawa Hanieya Solehah benar-benar ada di hadapan matanya.

Pintu itu dibiarkan terbuka, Hanieya berjalan menghampiri hujung katil sulung Han. Mata Hanieya yang sembab, dan lingkaran hitam dibawah matanya yang jelas kelihatan membuatkan Han lebih risau,

"Asal kau kat Johor?" soalnya. Lelaki itu cuba mengawal intonasinya dari berbunyi seperti dia sedang gementar.

"Doktor nak jumpa dengan Hanieya esok tentang ibu."

Han mengangguk faham. Jawapan itu adalah jawapan yang dia sudah jangkakan dari Hanieya.

"K-Kau nak jumpa aku sebab apa?" tanya Han, dia mengangkat dagu dengan matanya yang masih tidak beralih dari melihat wajah polos milik wanita yang sedang berdiri tidak jauh dari katilnya.

"H-Hanieya.."

"N-Nak cakap terima kasih."

"Ibu suruh Hanieya jumpa dengan Han."

Suara Hanieya seakan-akan sedang menahan dirinya daripada menangis. Badannya menggigil, kedua-dua tangannya sedang mencengkam kain jubahnya dengan amat kuat. Pada bila-bila masa sahaja dia bakal melepaskan tangisannya.

"Terima kasih apa?"

Han tersenyum, wajah lelaki itu bertukar menjadi sayu mengetahui Hanieya sedang melalui waktu yang sukar.

"T-Terima kasih.."

"Sebab sudi jadi kawan ibu saya."

Tiga,

Dua,

Satu.

Air mata mengalir deras di pipi, baru sahaja satu saat gadis itu menangis, tetapi dia sudah tersedu-sedu.

Han terasa sungguh lemah melihat Hanieya yang sedang menangis teresak-esak di hadapan matanya. Seperti ini adalah kali pertama dia melihat Hanieya memaparkan kesedihannya. Walhal, ini adalah kali yang ketiga, mungkin keempat, mungkin juga yang kelima, dia sendiri tidak tahu.

Akan tetapi,

Selagi dia ada untuk menemani Hanieya sewaktu dia sedang bersedih,

Selagi itu jugalah, dirinya akan sentiasa cuba untuk memberi wanita itu semangat.


"Let it out."

Han mengharapkan tiga patah perkataan itu dapat membuka ruang buat Hanieya untuk melepaskan tangisannya di ruang biliknya.

Dua minit kemudian, bunyi nafas Hanieya yang perlahan-lahan sudah berhenti dari menangis, membuatkan Han berhenti daripada memikirkan cara-cara untuk memujuk seorang wanita.

"Sorry."

Han mengeruk wajahnya,

"Untuk apa?"

"Sebab saya menangis." jawab Hanieya sambil mengelap air matanya menggunakan lengan baju. Akhirnya lelaki itu faham mengapa lengan baju wanita itu basah lencun.

"Tak salah untuk menangis sebab masalah yang berhak untuk di-nangiskan."

Kata-kata Han seolah-olah sedang memberikan sebuah pelukan erat buat Hanieya. Gadis yang sedang menggigil kesejukan itu hanya mengangguk faham.

"Bagitahu aku apa jadi."

"Sampai kau sedih macam ni. Asal?"

Hanieya mengambil beberapa saat untuk menjawab soalan itu. Dia menelan air liurnya dan perlahan-lahan menjawab,

"Ibu dah tak lama."

Walaupun ayat itu sukar untuk dikeluarkan daripada bibir wanita yang menjadi tulang belakang keluarga itu,

Hanieya masih memaksa dirinya untuk melakarkan sebuah senyuman di wajahnya yang benar-benar kelihatan letih dengan semua perkara yang sudah terjadi.

Han tergamam.

Dia baru sahaja mendapat berita gembira dari doktornya, sementara Puan Hajah, tidak.

Hati lelaki itu makin retak ketika matanya berlari ke arah Hanieya yang sudah buntu mahu berkata apa.

"Aku kat sini."

"Kau cakap je kalau kau nak apa-apa."




Hanieya masih segar, matanya masih terbuka luas kerana dia menahan dirinya daripada tertidur sehinggakan jam dinding sudah menunjukkan pukul 5:32 pagi.

Puan Hajah pula asyik terjaga dari tidurnya yang tidak seberapa nak lena. Televisyen dibiarkan terbuka dan penghawa dingin juga sudah ditutup sepertimana Puan Hajah mahukan.

"Solehah."

"Aku nak kopi."

"Dengan biskut."

"Biskut favourite aku."

Hanieya mengeluh dalam diam. Kopi pagi-pagi subuh? Terdapat sebuah kedai kecil yang dibuka 24 jam di seberang jalan. Itu adalah satu-satunya kedai yang menjual biskut kegemaran Puan Hajah.

Hanieya menarik nafas panjang lalu mengangguk faham ke arah ibunya. Senyuman kecil terukir mendengar permintaan ibunya.

"Baik, ibu. Hanieya pergi sekejap ya."

"Ibu nak kopi apa?"

"Apa-apa je. Asal kopi, sudah." jawab Puan Hajah tanpa memandang ke arah anak sulungnya.

Badannya yang terbaring di atas katil hanya menghadap ke arah dinding.

Hanieya bangun dari kerusi, selimut yang melitupi badannya diletakkan ketepi. Badannya mula berjalan ke arah pintu keluar bilik wad 108. Bunyi selipar getah yang tersarung di kakinya didengari.

Tiba-tiba,

"Solehah." panggil Puan Hajah dengan suaranya yang lemah. Seakan-seakan dia sedang memaksa untuk mengeluarkan suaranya.

"Ya, ibu?" nyahut Hanieya dengan nada suara penuh lembut.

"Jaga diri."

Mata Hanieya bertambah saiz dan senyuman kecilnya melebar. Satu lagi luka di hatinya terasa seperti sedang ditampal mendengar dua patah perkataan itu.

Ibunya sentiasa melayan dirinya dengan kasar,

Akan tetapi,

Pada saat itu, terasa seperti dia sedang dibuai dengan kasih sayang walaupun sedikit tetapi cukup untuk membuatkan dirinya gembira.

"Ok, ibu. Solehah pergi dulu. Sayang ibu."

Puan Hajah yang masih tidak mahu berpaling ke arah anaknya, hanya mendiamkan diri. Ego harus diutamakan dan dia membiarkan perasaan itu menakluki dirinya buat kali terakhir. Sepanjang dia hidup, dia berlaku terlalu tegas dengan kedua-dua anaknya hanya kerana perasaan dengki yang terkumpul buat bekas suaminya.

Bunyi tapak kasut meninggalkan biliknya membuatkan hati wanita yang berumur 42 tahun itu,

Lebih,

Luruh.


***

Tingg! Tingg!

Bunyi telefon berwayar yang disediakan oleh pihak hospital di dalam bilik wad Han berdering. Han, dengan rambutnya yang serabai mula membuka matanya. Matanya terus memandang ke arah jam dinding, baru lima tiga puluh enam minit pagi.

Siapa pula yang sibuk menghubungi dirinya tengah-tengah subuh?

"Aish."

Panggilan itu diangkat secara tidak rela,

"Hello. Siapa ni."

"Bro, aku nak jumpa kau lah."

"Dah lama aku tak sembang ngan kau."

Han terbeliak, entah mengapa dia terasa segar secara tiba-tiba.

"W-Weh, kau okay?" tanya lelaki itu sambil mengelap matanya.

"Datanglah."

Bitt! Panggilan telefon itu ditamatkan. Han menghela nafas panjang lalu menjeling.

"Mengada-ngada doh orang tua ni. Nak jugak aku datang."

Mata Han beralih ke arah kerusi rodanya yang berada tidak jauh dari katilnya.

Kerusi roda itu ditarik, mendekati katil sulungnya.

"Tuhan,"

"Tolong, jangan susahkan aku." Dia perlahan-lahan mengalihkan badannya ke kerusi roda tanpa pertolongan sesiapa.

Pap!

Han tersenyum gembira. Dia berjaya duduk di atas kerusi rodanya tanpa memerlukan sesiapa untuk mengangkat badannya.



"Masuk." kata Puan Hajah selepas mendengar ketukan pintu dari lelaki yang ditunggu-tunggu kedatangannya. Pintu itu ditolak penuh perlahan oleh Han, tidak menganggu pesakit yang lain.

Puan Hajah yang sedang duduk di atas katil sambil menyandarkan dirinya di kepala katil, hanya tersenyum ke arah Han. Han terkejut sejenak sahaja dia melihat ke arah Puan Hajah.

Penampilan baharu milik ibu kandung kepada dua orang anak itu membuatkan Han terkedu.

Berat badannya mengurang, kulit wajahnya yang menggelupas dan warna bibirnya yang sudah bertukar warna. Badannya terlalu kurus sehingga tulang tangannya jelas kelihatan.

Sampah rambutnya yang gugur dibuang ke dalam tong sampah di tepi pintu.

Rasa seperti baru sahaja lelaki yang berkerusi roda itu bersembang dengan pesakit kanser itu dua minggu yang lalu,

Sekarang,

Ibu kandung Hanieya Solehah itu sedang bertarung nyawa di saat-saat akhir.

Han tidak tahu bagaimana dia mahu memulakan perbualan. Bagaimana, mengapa, perlukah, kesemua soalan itu sudah mula bermain di dalam kepalanya.

"Aku sayang anak-anak aku."

Kata-kata Puan Hajah memecahkan suasana yang janggal itu. Suaranya sungguh,

Lemah.

Matanya berair tetapi bibirnya masih melakarkan senyuman yang amat lebar.

"Aku sayang Solehah."

"Dan dia mungkin tak sedar benda tu, bro."

Han tersentuh dengan kata-kata Puan Hajah. Sehingga dia langsung tidak dapat berkata apa-apa kerana terlalu terharu. Jantung seakan-akan berhenti dari berdegup.

"Tapi aku tahu."

"Dia,"

"Anas,"

"Boleh hidup tanpa aku."

"Diorang jaga solat."

"Diorang pegang tiang agama diorang. Dan,"

"Selagi diorang tahu agama diorang,"

"Aku tahu aku boleh tinggalkan diorang untuk hidup sendiri lepasni."

"Tugas aku sebagai seorang ibu,"

"Aku rasa dah selesai."

Puan Hajah berhenti dari bertutur kata untuk mengambil nafas. Han hanya menatap wajah wanita itu dengan penuh perasaan, dia cuba untuk memahami setiap ayat yang diperkatakan oleh Puan Hajah.

"Aku,"

"Nak sangat bagitahu Solehah,"

"Yang aku tak anggap dia sebagai beban masa aku lahirkan dia dulu."

"Walaupun aku remaja lagi masa aku mengandungkan Solehah,"

"Aku tetap gembira."

"Solehah ajar aku erti kekuatan masa tu."

"Aku namakan dia 'Solehah',"

"Sebab aku percaya anak aku boleh membesar sebagai seorang wanita yang lebih solehah,"

"Yang lebih baik daripada aku.."

"Aku sayang dia."

"Aku sayang Anas."

"Aku sayang sama rata."

"Cuma aku gagal nak tunjuk yang aku sayang diorang berdua."

Dunia seakan-akan sedang berhenti sebagai tanda hormat buat Puan Hajah setiap kali satu patah perkataan keluar daripada bibirnya yang pucat. Han hanya membisu seribu bahasa. Manusia akan berlaku puitik dalam berkata-kata dan terlalu meluahkan perasaan mereka sendiri apabila dilanda perasaan sedih.

"Bila aku pergi,"

"Aku nak Hanieya senyum."

"Aku nak dia senyum ikhlas,"

"Bukan sebab dia kena paksa dengan bapak dia,"

"Tapi aku nak dia senyum sebab gembira."

"Dan aku tahu satu hari nanti,"

"Dia akan tersenyum dekat kubur aku."

Tiba-tiba sahaja, Puan Hajah mula baring di atas katilnya sambil memandang ke arah Han.

Sebelum matanya tertutup,

"Tapi aku nak rehat sekejap."

"Sekejap je."

"Jangan bagitahu Solehah,"

"Yang aku sayang dia."

Lantas, matanya tertutup rapat. Badannya kekal di posisi itu, dia langsung tidak bergerak seperti dia benar-benar sudah dihantar ke dunia mimpi. Han mula berasa pelik dan akhirnya memanggil nama wanita itu beberapa kali,

"Wei."

"Woi."

"Wei!"

"Hajah?"

"Wei! Bangunlah!"

"Wei.."

Suara azan fardhu Subuh mendayu-dayu yang didengari dari pembesar suara hospital, membuatkan Han lebih terdesak untuk memanggil namanya dengan suara yang lebih kuat.

"Hajah,"

"Tolonglah!"

AllahuAkhbar,

AllahuAkhbar,

Asyhadu Alla-Illa-Haillallah,

"Wei!"




"Ibu?"

Badan Hanieya terpacak di luar pintu. Tangannya sedang membawa plastik berwarna merah, yang dipenuhi dengan paket biskut kegemaran ibundanya,

Yang sudah tiada.

"Ibu?"

"Ibu!"

Hanieya berlari ke katil ibunya, badan Puan Hajah digegarkan oleh Hanieya. Air mata kembali mengalir di pipi Hanieya Solehah,

"IBU!"

"JANGAN TINGGALKAN SOLEHAH!"

"BANGUNLAH, IBU!"

Badan itu digegarkan berkali-kali. Tanpa henti.

"Ibu,"

"Solehah tinggalkan ibu sekejap je tadi.."

Kata Hanieya, dia masih tidak berputus-asa untuk mengejut ibunya dari terus tertidur.

"BANGUNLAH IBU!"

"BANGUNLAH!"

"Tengok ni, ibu!"

"Solehah dah belikan ibu biskut favourite ibu ni?"

"Ibu nak makan kan?"

"Ibu!"

"JANGAN BUAT MACAM NI DEKAT SOLEHAH, IBU! TOLONGLAH!"

Han menahan dirinya dari menangis. Jarinya yang menggeletar mula menekan butang memanggil para jururawat untuk datang ke bilik,

Satu kosong lapan.

Mungkin ini adalah kali ke seratus melihat Hanieya merintih kesedihan. Bukan kali yang keempat, kelima.

Tidak sampai sesaat,

Beberapa jururawat tiba ke bilik Puan Hajah.

"Cik, cik,"

"Bawa bertenang, cik."

Badan Hanieya dihalang oleh beberapa jururawat wanita,


"IBU!"
"SOLEHAH SAYANGKAN IBU, IBU!"










Bila mama pergi, kuatkan dirimu:')

Jazakallah' khair for reading dan boleh tekan butang oyen. Feel free to comment🥰😘💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro