Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

36 | Bilik 108

(Bab ini dan bab yang seterusnya masih belum dapat disunting.)


"Woi, budak gay."

"Anak aku Solehah mana?"

Han tersentak, dia segera menoleh ke arah suara itu,

"S-Solehah?"

Dia mengeruk wajahnya.

"Masuklah dulu. Kau tu rabun sangat tak nampak muka aku yang cantik nih."

'Confident siak..' bisik hati Han.

Dia hanya mengangguk perlahan-lahan, dan segera menolak kerusi rodanya ke dalam.

Pintu itu ditolak, mata lelaki itu terus melihat ke arah pesakit bilik 108 itu.

Puan Hajah, ibu kandung Hanieya Solehah sedang duduk di atas katil sulungnya.

"Laaa. Kau rupanya."

"Kau bahasakan diri aku yang tua ni sebagai 'kau' ke?" soal wanita itu sambil mengangkat dagu.

"Dah kau layan anak kau macam sampah,"

"Aku layanlah kau macam sampah jugak."

Puan Hajah tersenyum sinis. Tangannya yang menggeletar mula mengambil cawan di atas meja. Dia meminum air kosongnya dengan lafaz bismillah terlebih dahulu.

Puan Hajah mengambil beberapa saat, lalu memandang semula ke arah Han.

"Solehah mana?"

"Dari tadi aku tanya kau."

'Apa punya soalan? Dia tinggal kat KL lah amoi!' Desus hatinya. Apa benda nenek ni mahu, dia pun tidak tahu.

"Manalah aku tahu. Dia dekat KL." Jawab Han, kerusi rodanya berhenti di tepi katil sulung Puan Hajah.

"Asal kau tanya?"

"Budak tu bila dia ada dengan kau,"

"Bukan main lagi kau hina." Nada suara Han bertukar secara memdadak, sudah lama dia menahan kemarahannya terhadap ibu kandung Hanieya Solehah selama ini, akhirnya dia mendapat peluang untuk menyindir.

"Aku tanya sebab aku rindu." Riak wajah wanita yang berumur 42 tahun itu bertukar menjadi sayu.

Semestinya lelaki yang berumur 24 tahun itu terkejut dengan jawapan milik Puan Hajah.

Keadaan kembali menjadi sunyi buat beberapa saat kerana lelaki itu masih tergamam mendengar jawapan daripada Puan Hajah.

R-Rindu? Bila Hanieya datang melawat dirinya, bukan main pula dia menghina gadis itu dengan kata-kata kesat.

Namun,

"Asal peminat kau tu,"

"Tuduh anak aku perampas?"

Persoalan dari ibu kandung Hanieya membuatkan Han tersentak, nafasnya terhenti. Dia tidak mahu menjawab bagaimana. Han tahu yang dia bakal menghadapi masa yang sukar untuk menjawab persoalan itu.

"Macam mana kau tahu tentang artis-artis ni ha?"

"Sibuk je nak tahu."

Han melipat tangannya rapat ke dada. Cuba mahu menukar topik.

Puan Hajah tiba-tiba saja mencengkang pinggangnya dengan penuh lagak,

Tangannya mula menarik pintu rak yang diletakkan bersebelahan dengan katilnya.

Ya Allah.

Rak itu dipenuhi dengan majalah-majalah dunia hiburan, gambar artis-artis K-pop seperti BTS, Blackred dan EXO. Terdapat sebuah bingkai gambar berwarna kuning cair yang diletakkan di atas rak yang berwarna kelabu itu.

Bingkai gambar itu diletakkan dengan gambar,

Jeon JungKook dari kumpulan BTS.

Han dibiarkan ternganga. Sekali lagi dia tergamam. Puan Hajah benar-benar seorang wanita penuh kejutan.

"Annyeong haseyo!" Puan Hajah membuat simbol peace. Tak padan dengan umur!

Ya Tuhan, selamatkanlah aku dari penyakit sopak, gila, nyanyuk dan orang-orang yang sikapnya seperti ini..

"BAPAK DIA!" Jerit Han, tidak menghiraukan jikalau mana-mana jururawat akan datang memarahi dirinya.

"Apahal, bro?" Puan Khadijah mengangkat kening.

"K-Kau panggil aku bro?"

"Ya lah, bro. Karang aku panggil kau gay, kau melalak pulak."

Mulut mantan ahli kumpulan AE19 itu seakan-akan sedang menjemput kedatangan segala speises nyamuk datang ke dalam mulutnya yang ternganga luas.

"B-Boleh tak kau cakap macam kau ni dah tua?"

"Serius doh, aku rasa macam aku tengah cakap dengan.."

"Dengan..?"

Puan Hajah memberi pandangan tajam ke arah Han yang sudah menelan air liur.

"Dengan budak remaja."

"Aku memang remaja pun."

"Kepala hotak kauu!"

Puan Hajah tergelak. Bunyi tawanya yang besar berjaya membuatkan Li Xuan Han tersenyum lebar. Mereka berdua bergelak-sakan di dalam bilik wad 108, melupakan penyakit yang mereka ada di dalam diri.

Dan, Han tidak pernah menjangka hubungan antara dia dan ibu kandung kepada Hanieya Solehah, akan menjadi lebih erat.

Seperti seorang ibu dan anak.

Han akan sentiasa datang melawat bilik 108, bersembang dengan wanita yang menghidap penyakit kanser itu.

Lelaki itu turut mendengar kisah lalu milik Hanieya,

Bagaimana Hanieya mula berjalan pada umur 8 bulan, perkataan pertama yang keluar dari mulut gadis yang berumur 24 tahun itu,

Dan secara jujurnya, sebuah perasaan baharu mula tumbuh di dalam Han setiap kali mereka bersembang tentang Hanieya Solehah.

"Kau sakit apa?" Tanya Puan Hajah.

"Tuberkulosis. Aku kena stay sini buat rawatan."

Puan Hajah hanya mengangguk faham lalu memberikan sebuahn senyuman yang menyenangkan. Tahi lalat dibawah bahagian tepi bibirnya memaniskan lagi senyumannya.

"Aku suka perangai kau."

"Kau bukan macam budak lelaki yang acah gentleman. Kau faham?"

Han tertawa kecil,

"Aku dah nak kena masuk bilik dulu."

"Jangan lupa makan ubat eh, orang tua."

Puan Hajah mengangguk buat kali kedua,

"Kalau kau bosan ke apa, bro,"

"Kau datang je sini."

"Lagipun aku tak ada sesiapa."

"Anak aku dekat KL."

"Dah takde siapa aku nak buli."








Helaian muka surat Buku Teks Pendidikan Agama, Tingkatan 5, diselak dengan perlahan-lahan. Xukun sentiasa meminjam buku-buku rujukan agama Islam daripada Ariq, kawan baiknya sejak darjah 3.

Perasaan remaja yang berumur 16 tahun itu penuh dengan tekanan.

Abangnya pernah hampir menukar agamanya ke Islam beberapa tahun yang lalu.

Akan tetapi, segalanya hancur.

Dasar pengecut.

Itu adalah 2 patah perkataan yang Xukun keluarkan semasa abang sulungnya memberitahu bahawa seksual orientasinya ialah gay. Kedatangan Hide seperti sebuah sumpahan yang Xukun cuba untuk hapuskan, dia benar-benar benci akan Hide. Dari dulu, sehingga sekarang.

Titisan air mata mula menitis di atas helaian muka surat buku teks itu.

Xukun tersedu-sedu, nafasnya mula terasa sesak.

"Kalaulah abang masuk Islam, mungkin Xukun takkan terseksa macam ni."

Suaranya serak-serak basah. Tangannya mula mengambil kertas memo yang ditampal di dinding.

Kertas itu tertulis,

'Alamat:
Jabatan Agama Islam Negeri Johor Aras 4, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725,
80990 Johor Bahru.'

'Nama Islam: Yusuf Iman.'

'Target: Nak masuk Islam before this year ends!'

Xukun menangis teresak-esak, keseorangan, tanpa bimbingan sesiapa. Tetapi jauh di lubuk hati remaja itu, dia tahu,

Yang Allah SWT akan sentiasa menolong dirinya dalam apa jua keadaan.

Sentiasa.

Dan dia yakin.

Matanya beralih ke rak meja belajarnya, rak itu ditarik,

Sebuah Al-Quran bersaiz A3, dikeluarkan. Bibirnya mula melafazkan bismillah.

Surah Al-Fatihah dibaca dengan suara yang amat perlahan. Dia tidak mahu menganggu ibu dan ayahnya yang sedang lena dibuai mimpi di bilik sebelah.

Walaupun pelat, hati Lai Xukun ikhlas.

Dia benar-benar mahu memeluk agama Islam.

'K-Kak Solehah..'

'Xukun rindu.'









Hide risau akan reaksi teman lelakinya selepas khabar angin itu tersebar.

Dia takut mahu menghantar sebarang mesej kepada Han dan dia juga takut mahu keluar daripada rumahnya sendiri.

Sudah masuk satu minggu mereka berdua langsung tidak saling menghantar mesej.

Hide, Han dan Hanieya seperti sedang terikat dalam sebuah hubungan yang akan hancur dalam sekelip mata.

Hide tidak mahu bersemuka dengan Hanieya kerana malu. Malu dengan kesemua perkara yang sudah terjadi.

Telefonnya mula berdering, matanya terus melihat ke arah nama yang terpapar jelas di skrin telefon,

'Ibu Han.'

Panggilan itu segera diangkat tanpa berfikir banyak,

"Hello?"

"Hide kan ni?"

"Y-Ya, auntie. Ni Hide."

"Ah. Okay. Kamu tahu tak yang Han kena admit masuk wad minggu lepas?"

Hide tergamam.

"Wad?"

"Kenapa?"

"Tuberkulosis. Kamu tak perasan ya dia batuk berdarah kebelakangan ni?"

"T-Tak, auntie. Hide langsung tak perasan."

"Oh. Ok. Takpelah. Itu je yang auntie nak bagitahu. Ingatkan kamu dah tahu pasal ni. Ok. Bye."

Nampak tidak?

Bezanya layanan Puan Huang terhadap Hide. Layanan itu benar-benar membuatkan Hide berasa tersisih dari keluarga Han sendiri.

Dia tidak dapat membayangkan bagaimana hidupnya ketika dia berkahwin dengan Han, jikalau Hide akan terus dilayan sebegitu rupa oleh ibu mertuanya sendiri.






Han sekali lagi datang melawat bilik Puan Hajah dengan penuh semangat.

Kerusi rodanya berhenti di hadapan pintu bilik wad 108, matanya melihat ke arah kelibat wanita 40-an yang sedang sibuk mengemas mejanya sambil tersenyum. Membuatkan Han tertanya-tanya.

'Dah buang tembiat ke senyum sorang-sorang?' Tanya Han di dalam hati.

"Masuklah. Kau ingat aku tak nampak kau ke kat depan tuh."

Han menggaru lehernya yang tidak gatal kerana malu. Dia segera menolak kerusi rodanya masuk ke dalam.

"Weh, kau tahu tak BTS JungKook pernah makan Nasi Lemak?"

"Serius ah, weh? Tak tahu pun, doh!" Lelaki itu sudah lama tahu tentang itu, namun, dia hanya berpura-pura tidak tahu kerana mahu memulakan perbualan. Puan Hajah mula mengeluarkan telefonnya yang berjenama Nokia dari poket bajunya.

Sambil-sambil matanya sedang fokus di skrin telefonnya yang kecil,

"Kau suka anak aku, Solehah, kan?"

'Ah, setan. Aku dah agak dah dia tanya soalan ni.'

"Erk, aku-"

"Oh. Ok. Kau tak suka anak aku, takpe,"




"E-Eh! B-Bukan, t-tak! T-Tapi!"






🙈. Eh eh eh tak tak! Tapi! Tapi! Oh no! Ottoke! Oppa? Aiyo, Han! Cakap macam keling suda😝

Maafkan saya sebab chapter ni tak best! Chapter ni cincai-boncai kan. Teruk benor tatabahasa!

Arah Mana Syurga tinggal beberapa chapter shj lagi.

Jazakallah' khair sebab sudi membaca ya💖😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro