
35 | Penipuan Suci
-❊ Didik hati supaya tidak mengharapkan balasan, pujian. Kita haruslah berniat ikhlas sewaktu melakukan kebaikan ❊-
Arah Mana Syurga
Hide langsung terdiam. Dia tidak tahu bagaimana dia mahu menjawab persoalan Hanieya,
"Hide, please don't tell Hanieya about it, okay?"
Itu adalah kata-kata dari teman lelakinya sendiri.
"Ya."
"Umar yang tolong bayarkan."
Hanieya tersenyum di sebalik telefon pintarnya.
Sungguh, sebuah perasaan deja vu' sedang tumbuh di dalam dirinya sewaktu dia bersembang dengan Hide. Perasaan yang meresahkan, tetapi indah. Perasaan yang pernah dia alami suatu ketika dahulu, cuma dia kurang pasti, bila.
Lelaki yang pipinya sudah bertukar warna itu juga sudah mula merasakan perasaan yang tidak sepatutnya ada di dalam dirinya.
Jikalau perasaan itu mula timbul di dalam diri Hide, tinggal 2 pilihan sahaja yang ada di dalam tangannya. Terus jatuh ke dalam perasaan itu, atau kekal setia.
"Astaghfirullah."
Suara halus Hanieya membuatkan Hide tersedar dari dunia lamunannya,
"Terima kasih, Umar."
"S-Saya tak sangka."
"Haritu Umar kan ada kata dekat saya, yang Umar takde dekat KL kejap sebab ada hal."
"Empat hari lepastu,"
"Anas bagitahu saya, ada kenalan lelaki saya yang tolong bayarkan hutang dia."
"U-Umar balik J-Johor ke?"
"Itu sebab Umar takde dekat KL?"
Ya Allah. Lelaki itu menelan air liurnya, patut ke dia menipu buat kali kedua? Tidak patut, sungguh. Dia telah menipu tentang kebaikan yang dilakukan oleh teman lelakinya sendiri. Adakah ini adil? Dia terpaksa membuat sebuah penipuan, untuk menyembunyikan kebenaran yang sebenar.
Patutlah orang kata-
Sekali menipu, pasti akan menipu lagi selepas itu. Dan perkara yang sama akan berulang. Untuk menutup sebuah penipuan, haruslah menipu buat kali kedua.
"Ha'ah. Tu sebab Umar takde dekat KL."
Sekali lagi, Hanieya terasa seperti hatinya sedang berbunga. Tambah lagi satu sikap yang boleh dia gunakan untuk menjelaskan karakter Hide, sikap pemurah.
"Umar.."
"Terima kasih sangat-sangat."
"Solehah tak tahu macam mana nak balas balik."
"Solehah akan cuba tolong Umar ya kalau ada apa-apa.."
"Terima kasih, Umar. Moga Allah berkati Umar. Jazakallah' khair."
Panggilan itu ditamatkan. Lantas, Hide menarik nafas panjang. Hatinya mula meminta Tuhan untuk memahami keadaannya. Dia benar-benar terdesak.
Dia menipu dengan niat yang baik.
Padahal, terang menerang perbuatan menipu itu adalah salah. Jikalau dibiasakan, lama-lama, kita sendiri akan tenggelam dengan setiap penipuan yang dibuat.
Sepertimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat yang ke 42,
'Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.'
Akan tetapi, di dalam kehidupan orang barat,
White lies itu wujud. White lies ialah sebuah penipuan yang perlu dibuat, atas sebab terdesak atau mahu menenangkan hati sesebuah pihak dengan sebuah penipuan. Jangan diikut dengan kepercayaan mereka.
Islam melarang dan mengharamkan umatnya menipu dalam apa jua keadaan sekalipun.
Tiga hari kemudian..
Li Xuan Han dibiarkan ternganga. Gambar teman lelakinya bersama dengan Hanieya Solehah di sebuah pusat beli-belah, tersebar luas di sosial media.
Hatinya terlerai, kerana cemburu. Telefon pintar itu digenggam kuat.
Akan tetapi, Han sedang berada di dalam dilema. Dia benar-benar keliru,
Dia sedang cemburukan siapa?
Perasaannya bercampur-baur. Boleh naik gila. Xukun yang dari tadi asyik menepuk perut ibunya di meja makan, hanya memuncungkan bibirnya.
"Keluarlah budak!"
"Kau datanglah balik lepas SPM.."
Puan Huang hanya menggeleng melihat karenah si Xukun.
Tiba-tiba, kerusi roda Han terus bergerak ke dapur, tanpa pertolongan Xukun.
Xukun mengeruk wajahnya. Kebelakangan ini, abangnya suka mengurung diri di dalam bilik. Tidak mahu sesiapa untuk masuk ke dalam biliknya, atas alasan 'privasi'.
Han batuk sekuat yang mungkin. Namun dia tetap berjaya untuk memastikan bunyi batuknya diperlahankan. Darah tidak berhenti keluar dari mulutnya. Entah kali keberapa dia sudah batuk berdarah pada hari itu, dia juga tidak pasti.
Letih. Dia sudah letih diuji.
Hide dan Hanieya sudah terikat dalam sebuah berita palsu,
Kesemua netizen memaki hamun Han, kerana menganggap Han sendiri yang memaksa Hide di dalam sebuah hubungan 'gay'.
Ada yang membuat tanggapan mereka sendiri, seperti EPN Records yang me'reka' tentang seksual orientasi Han sendiri, supaya Han mendapat lebih banyak perhatian sewaktu dia masih bergelar sebagai seorang penyanyi rap di dalam kumpulan AE19.
Ada pihak media yang mula menggelar Hanieya Solehah sebagai seorang 'perempuan murahan', 'orang ketiga' dan juga 'penghancur hubungan' hanya kerana sekeping gambar yang tersebar luas.
Paip singki ditutup ganas.
'Setan.'
'Kau siapa ha nak panggil Hanieya perempuan murahan?'
Lelaki itu langsung tidak kisah jikalau seluruh rakyat Malaysia menghina dirinya,
Tetapi dia tidak mahu memberi peluang-
Kepada sesiapa yang menghina Hanieya Solehah, dan juga Hide sendiri.
Kejadian yang sama berlaku buat kali kedua. Hanieya pernah dihina oleh ibu kandungnya sebagai seorang perempuan murahan dan Han ada untuk mempertahankan maruah Hanieya pada masa itu.
Kesan darah di bibir Han dibiarkan tanpa dilap..
"A-Abang?"
Han menoleh ke arah adiknya,
Mata Xukun terbeliak, di sebalik rambutnya yang sudah panjang, menutupi mata. Apronnya dicampak ke atas katil milik lelaki yang rahsianya sudah terbongkar,
Tangan abangnya yang masih dipenuhi dengan kesan darah, ditarik penuh kasar,
"Setan kau, Han."
"Aku dah agak kau ada rahsiakan benda daripada aku!"
Anas memeluk erat badan kakak sulungnya yang sedang menangis tanpa henti, kepala Hanieya diusap perlahan.
"Shh.. Shh.."
"Anas ada ni, kak.."
"Mulut orang tak boleh nak tutup,"
"Benda dah jadi. Tak boleh nak buat apa."
Haiza yang sedang berdiri di sudut ruang tamu, hanya melihat dari jauh. Fadwa masih lena dibuai mimpi di dalam dukungan ibunya. Dia tidak tahu bagaimana mahu memujuk Hanieya.
"Kaklong.."
"Jangan buat Anas macam ni.."
"Sedihlah tengok kaklong macam ni.."
"Buat apa kisah tentang orang, kaklong sendiri tahu semua benda tu fitnah!"
"Biarlah diorang tak percaya dengan kita pun,"
"Allah tahu."
"Biarlah tak ada sesiapa sokong kita pun, long,"
"Allah sokong kita."
"Dan benda tu dah cukup."
Pelukan itu dieratkan, terasa hangat dan selamat di dalam dakapan Anas. Walaupun dia bukannya seorang adik lelaki yang terbaik, namun, Hanieya mengaku, bahawa adiknya pandai dalam memberi kata-kata semangat. Mana tidak Haiza tidak boleh jatuh cinta dengan dirinya.
Fadwa mula menangis. Teriakan bayi kecil itu membuatkan Haiza terus masuk ke dalam bilik. Pintu juga ditutup dengan laju.
"L-Lagipun.."
"Dalam gambar tu kan,"
"Abang Umar dengan kaklong je kan.."
Hanieya mengeruk wajahnya, dia melepaskan dirinya dari dakapan Anas. Ha?
"Apa adik cakap ni?" Tanya Hanieya, nadanya bertukar, walaupun air matanya masih mengalir deras di pipi.
"Apa?"
"Kacak apa si Umar tu."
"Segak, baik pulak."
"Tak berkenan ke?"
Bahu Anas dicubit dengan kasar. Sempat lagi ya dia ni? Orang tengah menangislah! Dah lah kena hentam dengan satu Malaysia, boleh pula dia bergurau!
"Anas jangan main-main."
"Kaklong serius."
"Semua orang pandang kaklong macam kaklong buat benda haram,"
"Padahal kitaorang berdua terjumpa budak sesat dekat shopping mall,"
"Tak perasan pun ada orang tangkap gambar!"
Anas mula menjeling, matanya memandang dalam ke arah mata Hanieya.
"Siapa suruh kaklong rapat dengan artis gay tu!"
"Siapa suruh kaklong kerja dekat tempat orang yang darjat dia lagi tinggi dari kita!"
"Siapa suruh kaklong berani,"
"Nak berkawan dengan orang yang lagi kaya,"
"Dari kita?"
"Kita tak layak!"
"Kaklong sendiri yang cari masalah! Memang kenalah!"
Haiza mendengar kesemua perbualan antara suaminya dengan Hanieya, mata gadis yang berumur 18 tahun itu juga sudah mula berkaca. Anas ialah seorang lelaki panas baran, yang tidak akan pernah memberi peluang kepada sesiapa untuk menenangkan kemarahannya.
"Malas lah nak layan kaklong!"
"Kau dari kecik memang kerja kau asyik bagitahu ibu yang kau stres lah,"
"Menangis je kerja siang, petang, malam!" Marah Anas secara tiba-tiba.
Lelaki itu terus berjalan ke pintu rumah. Bunyi pagar ditarik serta bebelan Anas didengari jelas oleh Hanieya yang kembali menangis teresak-esak. Haiza pula hanya menyandarkan dirinya di pintu. Langsung, pilu.
Hanieya tidak faham, kenapa pula adiknya mahu menghina Hide! Padahal, dialah melangsaikan kesemua hutang miliknya..
K-Kan...?
Xukun tidak mahu memulakan sebarang perbualan dengan abangnya, malah, dia tidak mahu memandang ke arah wajah abang sulungnya, langsung. Tangan remaja tingkatan 4 itu kekal di stereng kereta.
Manakala, Puan Huang yang sedang duduk bersebelahan dengan Xukun, hanya merenung ke luar tingkap. Wanita yang sedang sarat mengandung itu mula menitiskan air mata yang dari tadi ditahan di bawah kelopak matanya,
Suasana yang kekok dan penuh dengan emosi itu hanya meninggalkan Li Xuan Han lebih sedih.
"Mama.." Panggil Han, lemah.
Panggilannya tidak dinyahut. Beberapa minit kemudian, Puan Huang memecahkan suasana dengan suaranya yang amat perlahan,
"I raised you,"
"In a really hard way, Han."
Mengetahui ibunya mula bertutur di dalam Bahasa Inggeris, Han tahu. Dia sudah melukakan hati satu-satunya ratu di dalam kisah hidupnya.
"I was only eighteen,"
"When i got you."
"I spent my youth,"
"With you, Han."
"Bagitahu mama."
"Apa lagi yang Han nak dari mama?"
"Mama cuba nak bagi Han semua benda,"
"Kasih sayang mama pun mama masih cuba nak cukupkan untuk Han,"
"Mama nak panjang umur, sebab nak tengok Han berjuang sampai Han mati,"
"Tapi apa Han buat sekarang ni?"
"Mama pernah tak rahsiakan apa-apa dari anak mama sendiri?"
Xukun terus menangis tersedu-sedu, tapi dia masih memaksa dirinya untuk fokus ke arah jalan raya. Lendir hingusannya mulai keluar.
"Mama,"
"Kenapa Han perlu bagitahu benda yang boleh buat mama patah semangat?"
"Kenapa Han kena bagitahu benda yang boleh buat mama risau tak tentu hala?"
"Dan kenapa,"
"Mama lahirkan Han,"
"Kalau mama nak sangat nikmati zaman remaja mama?"
"Kenapa, ma?"
"Han rahsiakan sebab Han sayang!"
"Han rahsiakan sebab Han tahu mama takkan tidur kalau Han bagitahu benda ni!"
"Cukuplah kalau Han sendiri tanggung benda ni sorang-sorang!"
"Mama.."
"Tak berhak rasa kesakitan yang Han sendiri rasa."
"Biar Han rasa benda ni sorang-sorang,"
"Biar Han sakit sorang-sorang."
Suasana di dalam kereta itu kembali tegang. Perjalanan dari rumah mereka ke hospital memakan masa 1 jam, itupun jikalau jalan raya tidak dipenuhi dengan kereta.
Puan Huang kecewa dengan anak sulungnya.
Dia ingatkan Han ialah seorang lelaki dewasa yang sudah cukup matang untuk mengetahui perkara apa yang patut dirahsiakan, dan perkara apa yang tidak patut dirahsiakan.
Ternyata,
Dia salah.
Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan Xukun dan ibunya ketika doktor mengesahkan Li Xuan Han sedang menghidap penyakit-
Tuberkulosis.
Ya, Li Xuan Han disahkan menghidap Tuberkulosis pada umur 24 tahun.
Nikmat Tuhan, dia masih ada peluang untuk diselamatkan. Tuhan amat menyayangi Han, tiada sesiapa tahu bila lelaki itu mahu menyedari, kasih sayang yang dilimpahi oleh Tuhan terhadapnya.
Di dalam bilik wad yang sunyi, hanya ada dia dan bunyi titisan air drip yang tergantung. Jikalau dahulu dia bergurau dengan Hanieya, bahawa dia selalu meminum air sehinggakan dirinya sendiri mengaku bahawa air yang berada di dalam dirinya lebih banyak berbanding dengan tong air,
Sekarang, dia sendiri dipasangkan dengan drip air kerana sifatnya yang suka akan air kosong kian menghilang hari demi hari.
Pemandangan malam dari sudut tingkap bilik wad 106 itu, amat membosankan. Tidak seindah pemandangan dari bilik tidurnya.
Puan Huang dan Xukun sudah pulang dari menemani Han selama 6 jam di hospital. Akibat terlalu bosan, Han memberanikan dirinya untuk menekan butang call jururawat,
Tidak sampai 5 saat, seorang jururawat lelaki yang berkulit sawo matang terpacak, berkaca mata hitam muncul di hadapan pintu biliknya,
"Ya?"
"S-Saya nak keluar kejap."
"Nak saya tolong bawakan atau-"
"Takpe, biar saya sendiri."
Jururawat yang bernama Zaid, hanya mengangguk. Lantas, dia menolong mengangkat badan Han dari katil ke kerusi rodanya.
"Terima kasih."
"Sama-sama."
Jarum jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Han menolak kerusi rodanya keluar dari bilik wad tanpa pertolongan sesiapa.
Laluan kosong di tingkat 6 itu, membuatkan lelaki itu mengeluh tanpa sebab.
"Aku nak buat apa?"
"Jalan-jalan je lah."
Kerusi rodanya ditolak perlahan, matanya merayau merata tempat. Hospital adalah bangunan terbosan di dalam dunia. Tak ada DJ ke? Pasanglah lagu klasik ke, bunyi piano ke, lagu Yuna ke..
Oh, lupa. Ni kan hospital.
Tiba-tiba, Han berhenti di hadapan sebuah bilik wad yang pintunya dibiarkan terbuka.
Lelaki yang tidak tahu malu itu dengan sengaja mahu melihat siapa pesakit yang sedang tinggal di bilik bernombor 108,
Oh tidak.
Matanya bertembung dengan seorang perempuan tua yang memakai anak tudung berwarna jingga cair, anak rambutnya terkeluar sedikit di bahagian dahi.
"Bapak."
"Nenek bongkok tiga ke tu?"
"Tapi, takdelah bongkok sangat."
Sebelum dia kembali menolak kerusi rodanya,
Suara pesakit yang menghuni bilik 108 itu membuatkan bulu romanya meremang,
"Woi budak gay.
Anak aku Solehah mana?"
💕🤗😘❤️ banyaknya rahsia yang telah dibongkarkan (oleh saya sendiri) di dalam chapter kalini!
Hehehe..Assalamualaikum, jazakallah' khair for reading dan boleh tekan bintang warna oyen..
🫂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro