Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

34 | Detik 12

"Macam mana nak tahu alamat rumah dia?"

"Kita kan tak tahu."

"Ala. Asal dia duduk Johor, dah lah. Lagipun tak silap aku, Hanieya dulu pernah kata rumah adik dia dekat dengan rumah kita kan."

"Memanglah dia duduk Johor, kau ingat Johor ni besar lubang hidung kau je ke." Tanya Xukun kepada lelaki yang sibuk menulis perancangannya di atas kertas bersaiz A4.

"Pandai-pandailah abang stalk nanti."

Jawab Han, mudah. Pen hitam masih menari-nari di atas kertas sambil memikirkan strategi yang bernas. Ada hari dia membahasakan dirinya sebagai abang, ada hari dia membahasakan dirinya sebagai 'aku', ikut angin lelaki itu sendiri.

"Kak Haiza tu ada instagram tak?"

"Facebook ke,"

"Apa-apa akaun sosial media je la."

Han memandang ke arah adiknya.

"Nanti aku tanya Hide."

"Pandai jugak otak kau."

"Aku ingatkan kau lembu."

"Tak tahu satu haprak pun."



Fadwa dipakaikan dengan baju berbutang yang berwarna biru cair, bercorakkan salah satu watak kartun dari The Sesame Streets, Elmo. Baju itu dipilih oleh Hide sendiri. Katanya itu adalah kartun kegemarannya sejak kecil. Mata bayi yang berumur 1 minggu setengah itu, terbuka dengan perlahan.

"Fuyyo.. Bersusah-payah ya awak nak buka mata." Hanieya tertawa kecil.

Badan bayi itu akhirnya diangkat.

"Akak Hanieya.."

"Rasa-rasanya kan, kenapa ya Abang Umar tanya tentang akaun Facebook Haiza?" Pipi Haiza bertukar warna. Dahinya sudah disapu dengan minyak haba dan kain batik Hanieya dipakai di pinggang remaja perempuan yang sedang berdiri di tepi pintu.

"Abang Umar tu baik kan, akak?"

"Baik.."

"Pastu, charming pulak tu.."

"Hensem, pandai azan.."

"Tapi, bohong!"

"GAYYY!"

"Aip.. Haiza. Apa cakap macam tu. Doakan dia yang baik-baik. Kan, Fadwa, kan?" Fadwa diangkat ke arah ibunya sendiri,

Haiza mencebik lalu menghentak-hentakkan kakinya.

Bagi Haiza, dia menganggap Hide sebagai seorang abang. Abang angkat yang sentiasa ada untuk dirinya.

Dua hari sebelum Hide menghantar mereka pulang ke rumah, dia sempat bertanya kepada Haiza, jikalau gadis itu mempunyai akaun sosial media untuk kekal berhubung dengan dirinya. Hide menyuruh dia untuk terus menghantar mesej, jikalau dia mahukan sebarang pertolongan,

Lantas, Haiza memberitahu nama pengguna kesemua akaun sosial media yang dia ada-

Instagram.

Facebook.

Twitter.

Malah, dia memberi nama akaun Facebook yang sudah lama dia tidak gunakan. Akaun itu dibiarkan berhabuk, langsung tiada update.

"Haiza dah lah tunggu dia followback!"

"Akaun Abang Umar dah lah banyak follower."

"Sedih ah camni."

Dia mencebik, lalu mengambil Fadwa dari dukungan Hanieya. Hanieya hanya menggeleng, dia tidak mempunyai satu pun akaun sosial media.

Setelah apa yang berlaku beberapa tahun yang lalu, Hanieya memutuskan untuk tidak lagi mempunyai sebarang akaun media sosial. Elok juga, daripada menghadap telefon 24 jam, lebih baik dia luangkan masa yang dia ada dengan perkara yang berfaedah.

Dia teringat akan maksud Surah Al-Asr, yang pernah dia tulis di dalam buku latihan subjek Tilawah Al-Quran,

'Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.'

Ustazah Maryam menyuruh kesemua murid madrasah supaya sentiasa luangkan masa dengan perkara yang mendatangkan manfaat. Muqadimmahnya akan selalu dikaitkan dengan masa, masa, masa sehinggakan Hanieya membuat jadual supaya rutin hariannya terjaga.

Apa yang bagus hidup tanpa sosial media ialah, dapat mengelakkan diri daripada fitnah dan penyakit ain, tidak berasa insecure kerana melihat tahap kecantikkan pengguna Instagram yang lain dan juga tidak menyibukkan diri dengan membaca berita tentang artis-artis tempatan mahupun antarabangsa.

Semua itu tidak mendatangkan sebarang manfaat. Lainlah jikalau kita menggunakan sosial media yang ada, dengan niat yang baik, seperti menyebarkan dakwah di dalam setiap post yang dibuat..

"Kak. Nak Takoyaki lagi boleh?"

Hanieya tersedar dari dunia lamunannya. Aduh, ada-ada saja adik iparnya..








Malam di rumah kedai milik keluarga Li Xuan Han itu pada mulanya sunyi, sehingga,

PANG!

Punggung Xukun ditepuk kuat oleh Han.

"EH LI XUAN HAN ANAK SETAN!"

"Whats that for, setan?"

Han menjeling, tangannya masih melekat di punggung adiknya. Jarinya mula mencubit punggung remaja yang berumur 16 tahun itu,

"WOIII BAPOK! KAU ASAL NI!"

"Lapar lah weh. Tolong ambilkan aku kitkat kat dapur. Serius lapar."

Xukun tersenyum sinis. Dia menyeluk tangannya ke dalam poket seluar,

"Jaaa!"

Beberapa paket coklat KitKat sudah ada di dalam poket seluar treknya.

Pintu pagar akhirnya terbuka dengan perlahan. Kerusi roda Han ditolak, keluar daripada rumah itu.

"Wei. Aku rasa macam.."

"Macam apa gajah?"

"Macam setan."

"Setan kan jahat. Dia selalu hasut kita keluar rumah senyap-senyap macam nih."

PANG!

Punggung Xukun ditepuk buat kali kedua.

"Cepatlah masuk kereta. Karang mama nampak."






"Abang, asal benda ni takde pun tunjuk alamat rumah Kak Haiza,"

"Xukun dah siap type lagi dia punya alamat!" iPhone XR itu dirampas oleh Han dengan selamba.

"Asal background app Waze kau nih lain? Warna hijau pulak-"

Tiba-tiba, Han terdiam. Membuatkan Xukun mengeruk wajahnya. Kenapa? Ada masalah ke?

"Xukun,"

"A-Aku suruh kau guna Waze.."

"BUKANNYA GRABFOOD! KAU NAK ORDER APA, SETAN!"

Xukun tersengih, tangannya mengambil telefon pintarnya dari genggaman Han.

"Bodohnya adik aku.."

"Bangganya aku dapat adik bodoh macam kau ni.."

Kepala Xukun diusap perlahan pada mulanya,

"Hehehe.. Kan, kan. Siapa je tak bangga dapat adik macam Xu-"

PRAKKK!

Rambutnya ditarik kebelakang.

"KES DERA DISINI, KES DERA DISINI! KAK SOLEHAH! TOLONGG!"

Rambutnya dilepaskan. Han tersentak ketika adiknya memanggil Hanieya untuk pertolongan.

"Aww. Sho adorable." Pipi Han dicubit manja. Comel sungguh tona warna pipi milik abangnya yang terus bertukar menjadi warna buah Epal.

"CEPATLAH DRIVE!" Marah Han, dia cuba menukar topik.

"Aipp!"

"Sebelum tu!"

"Kita dengar radio dulu."

Butang on di radio itu ditekan. Skrin kecil jam kereta menunjukkan sudah masuk pukul 12 malam. Suara DJ memenuhi suasana di dalam kereta itu,

"Buat pendengar radio Klasik.FM.."

"Sudah tiba waktunya untuk kita mengimbas kembali, lagu-lagu yang pernah menjadi lagu kegemaran kita pada zaman 80-an."

"Buat pendengar radio yang sedang memandu kereta, yang baru sahaja mahu pulang dari tempat kerja,"

"Berhati-hati di jalan raya, ya."

"Saya akan putarkan lagu yang pertama, lagu yang bertajuk,"

"Take on me by A-Ha."

"Enjoy."

Maka, dua beradik itu mula menari tidak tentu arah. Padahal, itu bukan kali pertama mereka keluar dari rumah tanpa memberitahu ibu bapa mereka.

Lagu yang bertajuk 'Take on me' ialah lagu upbeat pada zaman 80-an. Lagunya amat rancak, tapi mesej di dalam lagu itu penuh makna.

Mereka berdua saling menyanyi.NSiapa saja yang tidak tahu kewujudan lagu yang hebat itu? Lagu hit!

Jikalau Puan Huang ada bersama dengan mereka, sudah lama kereta itu roboh kerana tarian menarinya.

Stereng kereta diketuk beberapa kali oleh Xukun kerana sibuk menikmati lagu upbeat itu sambil memandu, pemandangan malam itu tertampak biasa buat Han. Hanya lampu jalan yang menerangi di jalan raya yang kosong-

Tiada kereta, yang ada hanya dua, tiga.

Tapi malam itu amat membahagiakan buat dia dan adiknya.

Tambahan lagi, mungkin itu adalah kali terakhir mereka dapat keluar secara sembunyi kerana kedatangan ahli keluarga baharu, yang bakal dilahirkan dalam masa beberapa bulan.

Ahli keluarga yang kedatangannya langsung mengejutkan dua beradik itu.

Perjalanan ke rumah teres milik Haiza dan Anas mengambil 1 jam.

Gaji Anas rendah tapi bagaimana dia mampu untuk membeli sebuah rumah teres?

Rumah teres itu dahulunya milik Encik Faizal. Selepas dia bercerai dengan Puan Hajah, dia segera berpindah ke Johor dan membeli rumah teres yang sudah siap dibina itu.

Akan tetapi, sejenak sahaja ayah kandung Hanieya Solehah itu mendengar berita bahawa anak lelakinya bakal berpindah ke Johor, dia mengambil peluang untuk mengugut Anas.

Dia akan memberikan Anas rumah teres itu, dengan satu syarat.

Anas perlu mengaku yang dia bukannya anak kepada Faizal.

Membuatkan remaja itu berasa kesal dan lebih tertekan. Hina sangat ke dirinya sehingga dia tidak berhak ber-binkan nama Faizal sendiri?

Jijik sangat ke?

Pritt!

Kereta itu berhenti di hadapan rumah teres yang pagarnya berwarna hijau cerah. Benar kata Hide, pintu rumahnya sudah dicatkan dengan warna merah.








"Betulkan ni rumah dia?"

"From what i saw, yeah."

"It looked exactly like dia punya Facebook post tu."

Han mendapat alamat rumah Anas dari sebuah postingan di akaun Facebook milik Haiza.

Manusia tidak akan pernah berlari daripada kecuaian, bukan?

Mereka sendiri yang berkongsi maklumat peribadi di akaun sosial media yang mereka ada. Kadang-kadang, alamat rumah pun secara tidak sengaja, dikongsikan ke publik.

"Jom ah. Keluar."

Tap!

Lengan Han digenggam erat.

"Abang,"

"Ingat. Dia hutang dengan ahlong."

"Kalau ada apa-apa jadi,"

"Abang tinggalkan Xukun dulu ya."

"Kalau Abang Anas tu takde kat rumah, maksudnya dia takde rezeki."

Han terkejut dengan kata-kata Xukun. Dia hanya mengangguk faham.

"Kau ugutlah aku dengan apa cara sekalipun untuk tinggalkan kau,"

"Aku takkan." Han tersenyum sinis padahal nafasnya berhenti sewaktu adiknya mengeluarkan suara.

Pintu kereta itu akhirnya dibuka, Xukun turun dari kereta dan terus-

Meninggalkan abangnya di dalam kereta.

Han dibiarkan ternganga.

"XUKUN!"

"XUKUN!"

Teriaknya tidak dihiraukan. Kelibat Xukun yang sedang berjalan ke rumah teres itu dilihat dari jauh.

Kelihatan seperti Xukun sedang menekan butang loceng rumah beberapa kali,

Tidak sampai satu minit, seorang lelaki yang berkulit cerah membuka pintu rumahnya. Badannya tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah. Iras wajahnya memang benar-benar mengikut iras wajah si Hanieya.

Anas, mungkin.

Xukun dan lelaki itu bersembang selama 15 minit. Tiba-tiba sahaja, mereka berdua melihat ke arah Han.

Han yang sudah mula kekok dan langsung tidak faham dengan apa yang sedang berlaku, hanya tersenyum di dalam kereta.

Dia melambaikan tangannya ke arah Xukun dan lelaki yang masih tidak diketahui apa namanya.

Mereka berdua mula mendekati ke arah kereta itu, membuatkan Han lebih gementar.

Dia membetulkan kolar bajunya, walaupun, sebenarnya tiada kolar.

Tok! Tok!

Tingkap kereta itu diketuk oleh Xukun.

Han menekan butang yang ada di pemegang pintu kereta, tingkap kereta itu diturunkan secara automatik.

PRAK!

Badan Han dipeluk oleh lelaki yang Han sendiri percaya, itu ialah Anas.

Walaupun badan Han sedang berada di dalam kereta, Han cuba membalas pelukan itu.

"A-Abang, terima kasih ya.."

"Anas.. Anas tak tahu macam mana nak balas balik jasa abang.."

Tangisan remaja itu didengari jelas.

"Tak payah balas."

"Abang ikhlas." Kata Han, senyumannya masih tidak lekang dari wajahnya yang pucat.

Tangannya mula menghulur sampul duit kepada Anas.

"Engkau dah kahwin,"

"Aku dengar, anak kau dah lahir."

"Benda ni kau jangan bawak main."

"Abang boleh tolong sekali ni je."

"Hari lain, Tuhan je yang tahu." Tambah Han dengan intonasinya yang bertambah serius. Matanya memandang dalam ke arah mata lelaki yang air matanya tidak berhenti daripada mengalir.

Anas mengangguk beberapa kali. Dia bersyukur.

Bersyukur kerana Allah SWT menghadirkan seseorang seperti Han.

"Apa yang Kak Hanieya buat,"

"Sampai abang sanggup nak tolong saya?" Soal Anas, sambil tersedu-sedu. Xukun cepat-cepat mengusap belakang Anas.

"Kau tak payah tahulah."

"Lagi satu,"

"Kau jangan bagitahu kakak kau eh."

"Aku.."

"Ikhlas tolong."

"Ya?"

Han dan Xukun sanggup memandu ke rumah Anas pada pukul 12 malam. Pagi-pagi buta tiba-tiba sahaja terpacak di hadapan rumah Anas semata-mata mahu menolong lelaki itu.

Ternyata,

Li Xuan Han ialah seorang lelaki yang..

Amat pemurah.





Kringg! Kringg!

Telefon pintar Hide berdering. Terus, lelaki itu berlari dari sofa ke meja dapur, di mana telefonnya diletakkan.

Nama 'Aafiyah Rose' terpapar di skrin telefonnya, panggilan itu diangkat serta-merta.

"Hello- Eh-"

"Assalamualaikum?"

"Solehah?"

"Waalaikumsalam, Umar."

"Maaf ya."

"Solehah nak tanya.. Sekejap je,"




"Umar ya yang tolong bayarkan hutang Anas?"







Wallahu'alam. Auto-Team-Han-Balik.

Jazakallah' khair for reading, boleh tekan bintang oyen. Ma Shaa Allah, tabrakallah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro