31 | Baju Bayi
-❊ Bayi itu seperti kain suci, putih, bersih yang apabila kau kekalkan ia suci dengan pemikiran dan juga ajaran yang baik-baik, maka, kain itu akan kekal bersih, tapi, apabila kau kotorkan ia dengan pemikiran yang salah, ajaran yang salah, kau rasa adakah kain yang dicuci dengan lumpur akan tetap bersih seperti yang sebelumnya? ❊-
Arah Mana Syurga
[Nota Awal Penulis] Chapter ni panjang juga, ya! Semoga semua orang sayangkan watak Umar🤗..
Haiza yang sudah diselimutkan di atas katil dibiarkan berehat buat sebentar. Badannya menggigil. Dia datang, membawa beg sandang berwarna hitam dan juga membawa sebuah harapan untuk meluahkan segalanya kepada Hanieya.
Remaja yang berumur 18 tahun itu datang ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas selama 3 jam setengah dari Johor, tanpa sesiapa di sampingnya. Hanya datang dengan seorang anak kecil yang sedang menghuni di dalam rahimnya.
Dan, Hanieya.
Dia sedang menangis di singki dapur.
"A-Anas.. K-Kenapa buat macam ni dekat akak.."
Tangisan air mata itu dibiarkan mengalir. Buat apa menahan jikalau boleh dilepaskan. Dia tersedu-sedu, padahal baru saja dia bergembira di awal cerita,
Tetapi, Allah Maha Mengetahui.
Dia membolak-balikkan hati para hambaNya bersebab.
Allah mematahkan hati manusia kerana sudah ditakdirkan untuk perkara yang lebih baik.
Imbas kembali:
"Sabar, Haiza. Masuk rumah akak dulu, ya?"
"Kita sembang dalam ya?"
Badan remaja itu menggeletar, lantas, dia dipeluk oleh Hanieya.
"A-Akak.."
"A-Anas.. A-Anas.."
"Anas ada hutang.."
"Dengan.."
Dia mula tersedu sebelum sempat menghabiskan ayatnya,
Hanieya tersentak. Perasaannya mula bercampur-baur.
"T-Takpe.. Kita masuk rumah dulu-"
"Anas ada hutang dengan ah long, kakak.."
"Tolonglah.."
Haiza sudah mula menjerit tidak tentu hala, dia jatuh terduduk, tidak dihiraukan jikalau bunyi tangisannya didengar,
Kenapa?
Kenapa Anas Firdaus sanggup berbuat begitu?
Kenapa? Tak cukup lagi ke dengan duit yang diberi oleh Hanieya?
Hati Hanieya repuk. Patah, hancur, renyuk, koyak dan segalanya dalam satu masa.
Dialah tulang belakang keluarga.
Dialah penghancur persahabatan.
Dialah perampas jawatan.
Dialah mangsa dera ibu tiri dan ayah kandungnya sendiri,
Dialah gadis yang ulang-alik dari Kuala Lumpur ke Johor dan ke hospital,
Melawat kesemua ahli keluarganya,
Yang tidah berhak dipanggil 'keluarga'.
Apa lagi?
Dan kenapa,
Semua orang baru sahaja sedar tentang kewujudannya, hanya bila mereka berada dalam kesusahan?
Haiza dibimbing ke dalam rumah dengan perlahan-lahan.
Hanieya memecahkan tabung kacanya yang sudah lama berhabuk di dalam almari, duit yang sudah dikeluarkan sudah diletakkan di atas meja ruang tamu.
Dia mula mengira bilangan duit yang ada,
"T-Tiga puluh.."
"Lima p-puluh.."
"T-Tujuh.."
"T-Tujuh p-pu.."
Tak!
Titisan air mata jatuh di atas duit kertas yang dikira. Beratnya hati gadis itu, sehingga suaranya pecah ketika menyebut angka wang yang dia ada,
Dari kecil sehingga besar, ditinggalkan, dilayan buat seketika, digunakan dan ditinggalkan buat kali kedua.
Dan perkara itu berulang.
Hanieya mengangkat dagunya lalu melihat ke arah kipas yang berpusing di siling,
"Pegang hati aku, Ya Allah."
"Hanieya.."
"Penat.."
"Penat sangat.."
Air mata yang sudah terkumpul lama di bawah kelopak mata, akhirnya turun dengan perlahan. Janjinya untuk kekal bertarung dengan ujian yang diberi oleh Allah SWT, harus dipegang selamanya. Dia tidak mahu perkara yang sama berulang. Dia tidak mahu berputus asa buat kali kedua.
Kelibat Haiza yang sedang berdiri di tepi pintu, hanya mampu melihat Hanieya dengan perasaan simpati.
Perutnya yang kian membesar, diusap dengan perlahan.
Dia mula berjalan ke arah Hanieya dan terus memeluk badan kakak iparnya dari belakang,
Mereka berdua saling menangis,
Hanieya memegang tangan Haiza yang sedang memeluk dirinya dengan erat.
"Maafkan Haiza, Kak Solehah!"
"Maafkan Haiza!"
Hanieya menggeleng, di saat dia sedang menangis teresak-esak, senyuman masih terukir di wajahnya yang sudah pucat. Apa yang dilatih oleh ayah kandungnya, sudah menjadi satu kebiasaan.
Dia sudah lama dilatih untuk kekal tersenyum saat berada di dalam kesusahan.
"Anas suruh Haiza keluar dari rumah, sebab pintu rumah dah kena cat merah.."
"M-Maksudnya.."
"Diorang nak duit tu dalam masa yang terdekat."
Hanieya mengangguk perlahan. Tangannya mula memegang erat tangan Haiza,
Genggamannya dieratkan.
"Haiza takut.."
"Anas sorang-sorang je dekat Johor.."
"Due date Haiza dah nak dekat.."
"Nama anak Haiza, Haiza tak terfikir pun lagi.."
Haiza mula sebak. Matanya berair, namun dia tetap mahu menghabiskan ayatnya yang tergantung, buat kali keberapanya dia menangis.
"Haiza nak Anas ada dekat sebelah Haiza masa Haiza lahirkan anak."
"Haiza nak Anas ada dengan Haiza."
"Walaupun kitaorang berdua tahu, kitaorang berdua salah dan Haiza mengandung dalam keadaan macam ni.."
"Anas tetap terima Haiza."
"Dia kerja tak tentu hala,"
"Dia janji nak ada dengan Haiza,"
"Dia janji dia nak belikan baju baby,"
"Dia janji nak ada dengan Haiza dekat hospital.."
"Kitaorang janji nak jadi ibu dan ayah yang terbaik.."
"T-Tapi.."
"Kitaorang tak mampu kak.."
Anas. Mengapa kau sanggup hancurkan hati seorang anak perempuan.
Hanieya hanya menyarung tudung sarung dan jubah yang berwarna hitam.
Jaket kelabu yang digantung di dalam almari, dipakai dengan segera.
"Haiza, kakak turun kejap, beli nasi untuk Haiza ya?"
Haiza berlari ke arah Hanieya, lalu menahan dirinya keluar daripada bilik,
"Kak! Kan malam ni.. Bahaya!"
Hanieya tergelak. Dia mengusap kepala Haiza,
"Haiza tak makan lagi kan."
"Akak boleh tahan makan, tapi Haiza kena makan sebab anak dekat dalam tu, kesian dia."
"Sorry sebab akak tak dapat masak malam ni.."
Haiza mencebik. Dia mula membuat lagak merajuk, padahal baru sahaja menangis memenuhi sungai.
"Sekejap je lah! Adui! Duduk rumah diam-diam, nanti akak belikan Takoyaki sekali. Kalau kedai bukalah."
Mata Haiza kian bercahaya, ada-ada saja karenahnya yang perlu dilayan. Melihat reaksinya, Hanieya terkenang akan dirinya sendiri sewaktu dia berada di bangku sekolah menengah.
"Hati-hati tau, akak."
"Ya, sayang. Akak tahu."
Genggaman erat itu dilepaskan dengan perlahan.
Malam di Kota Kuala Lumpur terasa biasa,
Suhunya yang menurun membuatkan tapak Hanieya makin sejuk.
Basikal kuning itu dikayuh dengan laju, sambil menikmati angin malam yang berjaya membuatkan Hanieya terasa tenang buat seketika.
Matanya melihat ke arah gelapnya sebuah malam,
Yang langsung tiada bintang,
Tiada bulan, hanya kegelapan.
"Aku Han. Umur aku 24 tahun."
Kata-kata itu tiba-tiba sahaja bermain di dalam kepala Hanieya, suara Han yang nyaring, serak-serak basah mengukir sebuah senyuman di wajah Hanieya,
Dia memperkenalkan dirinya di atas motornya,
Rambutnya yang serabai kerana arusnya angin,
Bau alkohol yang ada di badan Han, membuatkan Haneiya kurang selesa pada malam itu. Dia masih ingat imej lelaki itu sewaktu kali pertama mereka bertembung. Jaketnya yang berwarna hitam sama dengan warna rambutnya. Butang jaketnya dibiarkan terbuka, baju t-shirtnya yang berwarna maroon tertampak jelas. Matanya seperti gelapnya malam dan sewaktu dia tersenyum, senyumannya akan membuatkan Hanieya sedar bahawa Han bukannya seorang raksasa yang menyeramkan, malah, dia juga seorang manusia, yang masih boleh tersenyum seperti orang biasa.
Dan malam dia menghantar Hanieya Solehah pulang ke rumah semata-mata kerana Hanieya ialah seorang perempuan yang perlu diawasi apabila malam menjelang,
Ialah malam yang amat indah.
Malam itu tidak memerlukan bintang, bulan untuk membuatkan kegelapan menjadi indah,
Mereka hanya perlukan orang yang tersayang untuk membuatkan sebuah situasi menjadi lebih,
Indah. Dan terasa selamat.
Basikal itu akhirnya berhenti di hadapan kedai mamak.
Hanieya mula beristighfar, dia perlu hilangkan Han dari fikirannya.
Namun, gagal, dek kerana teringat lelaki itu hampir meninggalkan dirinya di hadapan kedai mamak.
Boleh naik gila bila fikirkan tentang Han.
Kakinya melangkah masuk ke dalam kedai mamak yang dipenuhi dengan manusia,
Ada yang bersama keluarga.
Ada yang bersama kawan mereka.
Ada yang sedang memaki hamun pekerja kerana tidak dapat air milo yang dari tadi dipesan,
Tapi yang pasti,
Hanieya keseorangan.
"Wuii, adik manisss! Honeyy, mahu makan apa ini?"
"Nasi goreng? Macam semalam punya semalam punya semalam punya nasi goreng?"
"Ke mahu roti canai? Macam minggu lepas punya roti canai?"
Hanieya menggeleng ke arah pakcik berbangsa Pakistan di kaunter pembayaran,
"Saya nak Nasi Goreng Special dua!"
"Oright, cik adik maniss!"
"WOI FAIZUL, DUA NASI GORENG SPECIAL!"
Terkejut Hanieya, hampir terkeluar jantung dibuatnya! Intonasi suaranya bertukar secara tiba-tiba. Ku semangat.
Dia mula mencari meja kosong di restoran penuh dengan pelanggan yang sedang sibuk menjamu selera,
Nampak saja meja kosong, dia terus berlari dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi..
"Nasi goreng, check. Takoyaki?"
Matanya beralih ke luar restoran itu, dia mula mencari gerai Takoyaki yang baru dibuka di seberang jalan.
"Alhamdulillah. Kedai tu buka!"
"Eh. Itu bukannya.."
"Umar?"
Kelibat Hide sedang membayar di gerai Takoyaki itu, membuatkan Hanieya menutup wajahnya menggunakan sweater kelabu yang dipakai. Ya Allah, apa pula dia buat dekat sini!
Walaupun Hide sedang memakai penutup muka, Hanieya yakin bahawa dia ialah Hide. Kesemua perkara yang terjadi antara mereka berdua, kembali menghantui.
"Jangan pandang, Hanieya."
"Jangan pandang, Hanieya."
Satu saat,
Dua saat,
Tiga, empat, lima dan sepuluh..
"Solehah!"
'Ya Allah.. Matilah..' bisik Hanieya di dalam hati.
"Umar?" tanya Hanieya sambil berpura-pura dalam membuat reaksi terkejut. Dia masih malu dengan apa yang sudah terjadi tempoh hari.
Aafiyah Rose.
Nama seperti watak heroin dalam novel klise yang dijadikan drama pukul tujuh. Entah apa yang merasuki badannya sehingga diletakkan nama sebegitu rupa.
"Assalamualaikum, Solehah.."
Hide mencari-cari kerusi yang boleh diambil, dia mahu bersembang dengan Hanieya.
Hanieya sudah berzikir seperti dia mahu menghalau hantu.
"Don't worry, Solehah! I am not going to sit beside you or rapat-rapat with you.."
Kerusi plastik itu ditarik ke meja yang sudah ditinggalkan oleh pasangan sebentar tadi. Meja itu terletak tidak jauh mana dengan meja Hanieya.
"Jarang nampak Solehah keluar malam-malam ni."
"Kena hati-hati. Bahayalah."
"Macam mana Umar ada dekat sini?"
"Umar selalu beli takoyaki dekat sini." jawab Hide, mudah.
Hanieya memandang semula ke arah gerai Takoyaki itu buat kali kedua,
Kelibat penjual Takoyaki itu sudah mula menutup lampu mentol gerai,
"Ehhh! Gerai tu dah nak tutup!" Hanieya mula berdiri dari kerusi.
"Solehah nak Takoyaki ke?" soal Hide, agak terkejut dengan tindakan Hanieya.
Hanieya menggeleng, malu. Tetapi wajahnya menunjukkan yang sebenarnya dia mahu.
Hide hanya tergelak.
"Nampak sangat awak nak."
Dia mula menghulur plastik berwarna merah ke arah Hanieya,
"Makan banyak-banyak.."
"Eh.. Takpe! Kesian Umar!"
"Solehah. Jangan tolak. Awak sukakan tolak apa yang orang nak bagi.. Rezeki kan? Han selalu complain awak suka elak dia kalau dia nak bagi something ke.."
Hanieya hanya mengangguk, kerana dia benar-benar mahukan Takoyaki itu buat adik iparnya, tidak menghiraukan dengan apa yang dikatakan oleh Hide.
"Terima kasih!" Suaranya yang nyaring kerana terlalu gembira membuatkan pipi Hide bertukar warna.
"Esok Hanieya datang kerja?"
Pertanyaan Hide membuatkan Hanieya terdiam, buat beberapa saat.
"Hanieya datang.."
"Tapi mungkin lambat sikit.."
"Kenapa?"
Maka, dua hamba Allah itu mula berkongsi cerita.
Apa yang sudah terjadi, dan tanggapan mereka dengan apa yang bakal terjadi.
Kesemuanya diceritakan. Pesanan nasi goreng yang sudah sampai, diletakkan ke tepi buat seketika untuk menyambung cerita.
"Baby boy ke baby girl?"
"Katanya baby boy.."
Hide mengangguk.
"Haiza kata dia nak beli baju baby.."
"Mungkin esok lusa saya belikan.."
"Lagipun due date dia dah nak sampai."
Lelaki yang berumur 24 tahun itu tersenyum sinis. Muncul sebuah idea di dalam kepalanya.
"Hanieya nanti kerja dekat tingkat 6 lah maksudnya?"
Hanieya hanya mengangguk, tanda ya. Terlalu berat bagi dia untuk teruskan berkata-kata.
"Okay."
"Saya balik dulu, Umar."
"Haiza dah tunggu."
"Assalamualaikum."
"This is your new place, Hanieya!"
Kata seorang staf EPN Records yang bekerja di tingkat 6, sambil menunjuk ke arah meja kayu yang diletakkan di tepi tingkap.
Hanieya tersenyum lalu menundukkan kepala, sebagai tanda hormat.
Dia hadir lambat ke kerja, dan Dylan faham mengapa.
Dylan juga memberi Hanieya kebenaran untuk hadir ke kerja pada pukul 3, namun, dia perlu pulang ke rumah lambat daripada sebelumnya.
Dia berjalan ke arah meja yang sepatutnya kosong,
Akan tetapi, terdapat sebuah kotak yang diletakkan di atas mejanya.
Kotak berwarna biru, bercorakkan kartun beruang.
Penutup kotak itu diangkat,
Hanieya terkejut, matanya terus berair kerana terharu.
Sekeping kad putih itu menangkap pandangannya, ia tertulis..
'Maafkan Umar. Umar tak sempat nak beli banyak sangat baju baby pagi ni sebab kena cepat shopping!'
'I hope you enjoy this gift yang tak seberapa ni.'
'Welcome baby boy!'
Baju bersaiz bayi baru lahir yang berwarna biru cair, memenuhi kotak yang bersaiz besar itu.
Umar,
Kau memang misteri dunia yang tidak dapat dibongkarkan.
Sofia teruja sangat nak bagitahu apa yang akan terjadi untuk the next chapter, Ma Shaa Allah.
Umar ni comel kan? ^^
Maaf sangat sebab chapter ni terlampau panjang..
Assalamualaikum dan boleh tekan butang oyen!! Boleh komen kalau mahu, Ma Shaa Allah😍😍❤️❤️
Jazakallah' khair pembaca, kita jumpa di next chapter ea😘🥰
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro