Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

30 | Menunggu Kepulangan

- Sebesar-besar aib (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiri -

Imam Syafi'i



Kakinya melangkah masuk ke dalam bangunan EPN Records, dengan perasaan gembira yang perlahan-lahan menghilang.

Terdapat beberapa staf sedang menikmati sarapan pagi di kafe lobi EPN Records, dan juga beberapa staf pembersihan yang sedang sibuk mengelap pintu kaca bangunan. Lagu-lagu Korea sering dipasang oleh pekerja kafe. Setiap kali pintu masuk ditarik, ada saja lagu yang dipasang.

Hanieya berjalan laju. Dia tidak mahu bertembung dengan sesiapa, tetapi dia tahu di akhir cerita,

Dirinya akan tetap bertemu dengan si dia juga.

Butang nombor '3' ditekan, Hanieya hanya menundukkan kepala dengan perasaan gementar yang sudah melanda di dalam dirinya. Perasaan yang sentiasa menghancurkan harinya muncul kembali.

Ting!

Pintu lif itu terbuka, kakinya mula berjalan ke arah pintu pejabat tingkat tiga. Kesemua staf sudah mula memandang ke arah Hanieya Solehah. Mata mereka yang pada mulanya melekat di skrin komputer, terus mengangkat muka ke arahnya.

Namun, hubungan mata tidak bertahan lama kerana mereka semua tidak mahu bercampur tangan dalam perihal Dara dan Hanieya.

Apa yang mereka tahu jikalau mereka berdua bertembung ialah,

Pertembungan yang sadis.

Hanieya berjalan ke arah meja kerjanya, yang bersebelahan dengan meja bekas rakan baiknya sendiri. Beg galasnya diletakkan di atas kerusi.

Matanya beralih ke meja Dara,

Sling bag milik sahabatnya yang berwarna putih sudah ada di atas meja.

Bermaksud..

"Dylan panggil kau."

Hanieya menoleh ke belakang, di mana Dara Luke sedang berdiri, sambil tangannya dilipat, rapat ke dada. Wajahnya ketat, reaksinya sama seperti reaksi yang dia beri sewaktu dia meninggalkan rumah pangsapuri milik mereka berdua.

"Hai, Dara."

Hanieya cuba untuk membaiki perbualan itu dengan sebuah senyuman. Senyuman yang harus dipaksa.

Dara tidak memberi sebarang respon.

"Dylan panggil Solehah ya? Solehah naik sekarang juga!"

Dia terus meninggalkan Hanieya sejenak sahaja dia memberitahu tentang Dylan. Hanieya mengeluh, mengapa.

Dia sedang cuba sedaya upaya dalam membaiki hubungan persahabatannya,

Padahal dia tahu,

Sudah tiada harapan untuk membaiki sebuah hubungan,

Yang sudah lama hancur.

Keluhannya hanya Tuhan sahaja yang dengar. Hanieya menggalas semula begnya yang baru saja diletakkan di atas kerusi.

Dia meninggalkan bilik pejabat itu dengan perasaan berat.




Pintu pejabat Ketua Ekskutif EPN Records dibiarkan terbuka luas, seakan-akan dia sedang menunggu kedatangan Hanieya.

Hanieya mengetuk pintu bilik itu dengan perasaan takut yang terlakar di seluruh wajahnya.

Dylan tersenyum kambing secara tiba-tiba membuatkan Hanieya pelik. Lelaki itu sering memberikan dirinya layanan yang kasar, dan tidak pernah berlemah-lembut sewaktu berbincang tentang perihal kerja.

Hanieya mengeruk muka sebelum berjalan masuk.

"Hanieya, kita ada deal."

Keningnya diangkat. Tak menyapa, tak apa, tiba-tiba saja sudah ada deal. Memang semua orang yang bekerja di EPN Records, suka membuat keputusan tanpa ditanya terlebih dahulu ya?

"Dylan baru tahu yang Hanieya ni pandai bab stylish, fesyen. Apa semua benda ni.."

"Sebab dulu Hanieya pernah buka butik!"

Hanieya menggaru kepalanya yang tidak gatal, dia sudah malu dipuji.

"Sebenarnya, Dara bagitahu Dylan, yang dia tak nak tengok muka Hanieya lagi dah.."

"But, trust me."

"Jangan dengar sangat apa dia cakap."

"Dara tu bila mood bergaduh, hancur bangunan. Tapi dia jugalah yang akan bina balik bangunan tu."

Hanieya sudah buntu.

Bangunan? Hancur? Bina balik?

Maka benar kata Han,

Dylan ialah seorang lelaki puitis dan suka berkias bila berkata-kata.

Bersembang dengan dia seperti sedang menyelesaikan soalan komsas.

"Tapi Dylan tahu, Hanieya berhak kerja dekat sini."

"Selagi Dylan boleh pertahankan jawatan Hanieya dekat EPN Records, i'll do it."

"You are no longer Dara's assistant."

"Hanieya akan jadi stylist artis-artis-"

Hanieya mengangkat wajah.

Dia takut jikalau dia akan menjadi seorang 'stylist' buat artis lelaki,

"Artis-artis gegirl lah. Of course." Dylan tergelak.

"Hanieya akan tentukan tema pemakaian diorang dalam setiap musik video,"

"Tema bila diorang ada sesi pertemuan dengan peminat ke, semualah."

"Tapi bab memilih apa baju diorang kena pakai, itu kerja orang lain. Hanieya hanya tentukan tema saja. Okay?"

Hanieya mengangguk semangat.

Maka benar,

Sesungguhnya sesudah kesulitan itu, ada kemudahan.

"Hanieya takkan bekerja dekat tingkat 3,"

"Hanieya akan bekerja di tingkat 6, ya?"

Sekali lagi, Hanieya mengangguk. Saiz matanya bertambah, jantungnya berdebar,

"Hanieya akan cuba sehabis baik!" Dylan menepuk tangan.

"Yess! Yess! Itulah semangat pekerja saya. YESS!"

Dylan tertawa besar, matanya mengecil.

Ya Allah, hari ini ialah hari yang paling gembira yang aku pernah hadapi..

Terima kasih.

"Lagi satu, Hanieya."

"Don't.."

"Lose hope on Dara."

"It will take sometime,"

"But trust me,"

"You both are going to be just fine.."

"Just like how you guys were back then."

Hanieya mengangguk perlahan.

Timbul satu harapan dalam dirinya.

Dia tidak mahu berputus asa.

'Dara Luke, Hanieya akan pastikan yang Dara akan jadi kawan Hanieya balik!', ayat itu membuatkan semangatnya lebih membara.

Siapa mahu ditinggalkan oleh kawan baik, bukan?

Selagi ada peluang,

Selagi itu Hanieya akan cuba.

Cuba untuk menarik perhatian Dara semula. Sepertimana nasihat daripada Al-Habib Umar bin Hafidz,

Janganlah engkau menjauhi orang yang menjauhimu. Bila dia menjauhimu, maka balaslah dengan mendekatinya. Bila dia berbuat buruk kepadamu, maka balaslah dengan berbuat baik kepadanya.

"Saya bagi kebenaran untuk Hanieya balik awal harini."

"Simpan dulu semangat yang tengah membara tu. Takut terbakar bangunan ni." Gurau Dylan.

Hari ini bertambah baik dari masa ke semasa.

Ya, benar.

Hanieya gembira,

Tetapi ada padahnya juga bila terlalu gembira.

Takut jikalau perit di akhir cerita.




Han sedang sibuk mencuci ayam di singki dapur sambil berfikir tentang masa hadapannya,

Manakala Xukun, masih dengan buku latihan Add Math milik abangnya di meja dapur. Dek kerana melihat setiap formula yang digunakan oleh Han, mulutnya hanya ternganga.

"Betul lah kata abang aku. Aku masih bodoh." Dia menggeleng kepala beberapa kali,

Lalu menoleh ke arah lelaki yang asyik termenung, ayam langsung tidak dicuci. Air dibiarkan mengalir, membazir saja!

"CEPATLAH CUCI AYAM!"

"KALAU ASYIK TERMENUNG JE,"

"SAMPAI HIDE MENGANDUNG PUN TAK HABIS-HABIS LAGI LAH CUCI AYAM!"

Tang! Paip air ditutup dengan kasar. Han menjeling tajam, lalu kerusi rodanya ditolak ke ruang tamu.

"Aku dah tolong bagi dia buku add math,"

"Aku dah belanja dia boxer Calvin Klein,"

"Aku dah belanja PS5,"

"Aku nak berangan pun dia nak kacau ke?"

"Xukun anak setan." bisik hati Han, namun terdetik di dalam kepalanya tentang basikal kuning yang dibeli buat Hanieya.

Tiba-tiba sahaja dia tersenyum tanpa sebab.

"Dia suka ke tak eh?"

"Macam mana eh muka dia bila naik basikal tu.."

Giginya yang tersusun rapi sudah mula kelihatan,

Han mula teringat akan wajah Hanieya ketika dia menghantar dirinya pulang ke rumah menggunakan motorsikal,

Pada malam yang tiada bintang,

Namun tetap kelihatan indah. Dia masih mencari punca mengapa malam itu tertampak indah walaupun gelap.

"Aih."

Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali.

Han teringat akan kata-kata seorang ustaz yang dia pernah tonton di aplikasi Youtube beberapa tahun yang lalu,

'Perempuan itu ibaratkan mutiara. Yang sukar didapati kerana dia berada di sedalam-dalamnya sebuah lautan,'

'Dia tersembunyi, tetapi dia mahal dan sukar untuk dijumpai.'

Han mula merenung akan tindakannya sebentar tadi.

"Aku kena hormat Hanieya."

"Tak baik aku asyik termenung tentang dia je."

"Dia ada maruah."

"Budak tu kan.."

"Mahal."



Basikal berwarna kuning yang disandarkan di dinding pondok pegawai bangunan EPN Records, diambil oleh Hanieya dengan penuh teruja.

"Gembira ko ni, dik. Takut abang." Kata pegawai itu sambil menghayunkan kipas lipat yang berwarna merah jambu ke wajahnya. Kipas itu kelihatan seperti sama dengan kipas lipat milik Lay. Cuma coraknya berbeza.

"Saya dapat jawatan baru harini, Abang Azir." Hanieya tersenyum, dia sudah bersedia dengan tangannya yang sudah diletakkan di tempat pemegang basikal.

"Laa! Awat ko tak bagitahu abang?"

"Baru je tadi. Macam mana Hani nak bagitahu abang?"

"Balik elok-elok, teletubbies. Ko tu dah lah comel, petang-petang macam ni, haaa."

"Baca doa." Tambah Azir sambil melambaikan tangan kanannya.

Maka, basikal kuning itu dikayuh perlahan, meninggalkan Azir dan kipas merah jambu miliknya.

Dia bertemu dengan Hanieya pada hari kedua dia bekerja, di tempat pembuangan sampah.

Hanieya, dan tudungnya yang dilipat bulat berwarna merah, mendapat gelaran 'Teletubbies' oleh Azil.

Dia menganggap Hanieya sebagai seorang adik.


Hanieya mula berjalan sambil tangannya terhuyung-hayang kerana sibuk melayan perasaannya,

Anak tangga rumah pangsapuri itu mula dinaiki satu per satu, sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Allahumma Solli A-laa Sayyidina Muhammad diulang sebanyak berapa kali yang boleh.

Senyuman langsung tidak lekang dari wajahnya.

Dia terus berlari ke pagar rumahnya dengan penuh teruja, namun, langkahnya terhenti.

Kelibat seorang wanita yang dia amat kenali,

Sedang menangis di hadapan pintu rumahnya.

Isteri kepada adik lelakinya, Haiza yang sedang sarat mengandung,

Sedang menangis teresak-esak, menunggu kepulangan Hanieya di hadapan pintu rumah.










Siapa pernah tengok Robocar Poli, Teletubbies, Chibi Maruko Chan, Tobot dengan Barbie yang dulu-dulu punya movie?

Jazakallah' khair sebab baca semua, boleh tekan bintang oyen dan kalau nak komen pun boleh, suka sangat baca komen korang semua😍😍😍😘

Assalamualaikum❤️ Maaf sebab lambat update!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro