Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

3 | Hari Pertama

-❊ Jangan obses sama manusia. Mereka itu ciptaanNya juga. Obses sama Tuhan. Kerana tanpa Dia, takkan wujud mereka di dunia ❊-

Arah Mana Syurga






"Kalau nak tangkap gambar saya, tangkap gambar saya saja. Tak payah nak susahkan orang lain." kata Li Xuan Han, tanpa melihat ke arah meja Hanieya Solehah. Namun, mata mereka sempat bertembung buat beberapa saat. Lantas, Hanieya menundukkan pandangannya.

Dara berlari ke arah Hanieya, dia menolak ke tepi kesemua peminat Han dan duduk bersebelahan dengan kawan baiknya itu. Wanita yang dahinya sedang berpeluh kerana letih berlari, terus memasukkan beberapa french-fries ke dalam mulutnya tanpa berkata apa-apa.

"D-Dara, Dara tahu tak.."

Dara menoleh ke arah Hanieya,

"Makan. Kau jangan cakap apa-apa."

Hanieya mengangguk laju. Akan tetapi, kesemua peminat AE19 yang ada masih menggila dan asyik menghala telefon mereka ke arah meja Han dan teman lelakinya, Hide membuatkan Hanieya kurang selesa untuk menjamu selera. Wajah Dara kian berwarna merah.

Dirinya mendapat tahu penyebab yang membuatkan restoran itu penuh dengan manusia ialah kerana kehadiran salah seorang ahli daripada kumpulan AE19, Li Xuan Han, dari syarikat EPN Records.

"Lembab ke budak gay tu. Guna je lah drivethru, menyusahkan company dia je kerja..."

Pankek Hanieya dihabiskan hanya dengan beberapa suap, mengetahui sahabatnya mahu beredar dari restoran itu, secepat yang mungkin.

Mereka berdua terus meninggalkan restoran tanpa bersembang. Pagi itu amat kecoh membuatkan Dara langsung tidak senang untuk memulakan perbualan. Dia hanya mahu meluangkan harinya dengan rakan karibnya, tapi lain pula yang jadi.


BEEP!

Kad Dara diimbas. Mata Hanieya bertambah saiz selepas melihat betapa besarnya bangunan EPN Records yang tingginya sebanyak sembilan tingkat. Pintu masuknya ialah pintu gelas yang perlu dipusingkan seperti pintu hotel yang mewah,

Dara tergelak kecil melihat reaksi Hanieya yang masih berdiri di luar lif sehinggakan dirinya tidak menyedari bahawa pintu lif yang sudah lama terbuka.

Butang '2' ditekan, Hanieya dibawa ke sebuah bilik yang dipenuhi dengan bunyi papan kekunci, suara staf-staf yang sedang dimarahi oleh ketua mereka dan juga bunyi kerangupan kerepek yang dimakan.

Hanieya mengikuti Dara dari belakang seperti anak itik yang sudah hilang ibunya. Dara melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Solehah nak duduk mana?" tanya Hanieya, yang ternyata sudah kelihatan buntu. Dara ternganga,

"Oh. Ya la. Lupa nak bagitahu boss yang aku bawak masuk kau, sat." Dara berdiri semula lalu menolak kerusinya ke hujung meja.

Apakah? Seperti Dara pula CEO syarikat itu, bawa keluar masuk orang.

Mereka berdua masuk ke dalam lif buat kali kedua dan butang '8' ditekan dengan pantas. Dara berlari, meninggalkan Hanieya di belakang. Hanieya terbeliak. Aduh..

"Ah lupa, aku bawak kau sekali! Sini sini!"

Semua staf yang ada di tingkat itu sudah biasa dengan kedatangan si Dara. Mereka hanya menoleh ke arah mereka berdua buat seketika, lalu menyambung kerja. Dara ialah satu-satunya 'pekerja kesayangan' CEO EPN Records.

Ha? Pekerja kesayangan? Mengapa pula?

Pintu bilik CEO yang berumur 30 tahun itu dibuka,

Muda bukan? Lebih muda dari beberapa penyanyi EPN Records!


Dara tersenyum melihat kelibat lelaki yang sedang sibuk menonton muzik video terbaru milik kumpulan HYETH di skrin komputernya,

"Eh Dara! Wassup?"

Dara memberikan sebuah senyuman nakal ke arah kawan baiknya lalu berjalan dengan lenggang-lenggok.

"Watch. And, learn." Bunyi kasut tumit tingginya didengari jelas.

Mengapa ya Dara Luke ialah pekerja kesayangan Ketua Pegawai Eksekutif EPN Records bernama Dylan? Dara ialah cinta pertama CEO itu sejak sekolah menengah namun Dylan tidak pernah meluahkan perasaannya.

Akan tetapi, Dara sudah lama tahu kerana dia pernah mengugut seorang pelajar untuk memberitahu perkara yang sebenar.

Maka, Dara dilayan seperti isterinya sendiri oleh Dylan.

"Dylan!" Dara tersenyum, dia memberi serangan yang dia ada. Dia menggelarkan ia,

Serangan Senyuman Gigi.

Dylan lantas menekan butang shut down komputernya, riak wajahnya bertukar dalam masa sesaat.

"Yes?" Dylan tersenyum, dia menumpang dagunya.

"Dylan, i have a friend that really needs a job right now."

Dylan mengangguk manja, asyik tersenyum seperti orang gila.

"Soo..."

"Can you set up an interview.. Just for her? Tapi sementara tunggu you interview dia, you bagi dia jadi assistant i!"

"Pleaseee!" Dylan masih mengangguk, menunaikan kesemua permintaan Dara Luke. Benar orang tua kata, perasaan cinta benar-benar boleh membuatkan seseorang itu buta..

"Okay. For you, semua boleh. Nak runtuhkan tandas pun boleh! Nak jadi CEO yang kedua pun boleh!"

Dara tersenyum lebar, merenung wajah Dylan yang masih dibuai dengan rasa cintanya terhadap Dara. "But! Saya nak tengok dulu kawan awak tu. Meh, meh."

Dylan menolak kerusinya kebelakang sambil melipat kedua-dua tangannya ke dada. Dara menarik nafas dalam, reaksi wajahnya bertukar dalam sekelip mata. Tiba-tiba saja darahnya terasa sedang mengalir dua kali lebih laju,

Kerana perancangannya mungkin gagal pada kali ini.

Hanieya Solehah berjalan dengan wajah yang tidak diangkat, matanya hanya memandang ke lantai. Dylan ternganga. No way..

"Dara.. We need to talk."

Tangan Dara ditarik ke sudut bilik, jauh dari Hanieya Solehah.

"D-Dara, y-you know the company's policy, right?" soal Dylan dengan nada serius.

"I do." jawab Dara, dengan bibirnya yang menggeletar. "So.?" Dylan mengangkat kening.

"You told me you can let me wreck the whole company's toilet rooms and i can be the company's second CEO, but you can't even give my friend a job just because she is a muslim?"

"I don't know about you, but for me that just sounds so.. unfair. Lagipun, i minta izin you untuk bagi dia jawatan sementara as an assistant je pun."

Dara melawan. Keluhan Dylan membuatkan perasaan marah timbul di dalam diri Dara. Rasis ke apa mamat ni? Dasar islamophobic! Patutlah aku reject dia ni..

"Excuse me. Ada je pekerja muslim dalam company tapi.."

"Tapi apa?"

"Most of the staff aren't religious. They don't pray and only focus on their work. That is what i want from my staff! Not those that take a pause to pray or whatever!" jawab Dylan.

Dara ternganga,

"What makes you so sure that she is religious!"

"From the way she looks, Dara!"

Dara mendekatkan dirinya ke arah Dylan dan mula menjengket. Sekarang, wajahnya semakin hampir dengan wajah Ketua Pegawai Eksekutif EPN Records.

"If you are not going to give her a job," Ayatnya dibiarkan tergantung buat beberapa saat lalu,

"You are going to lose me."

Ugutan Dara benar-benar membuatkan Dylan terkedu, nafasnya terhenti buat sementara waktu. Dara Luke benar-benar sayangkan Hanieya Solehah.

"Dara. We can have a slowtalk-"

"Deal with it. Give her a job or i am going to leave."

Dylan menggigit bibirnya.

"Fine! But if she wants to pray and let you do her work, you are going to deal with it! Everything!"

Dara tersenyum riang lalu terus memberikan Dylan sebuah pelukan yang amat erat.

"Thank you, thank you, thank you!"

Dylan dibiarkan terkedu. Lelaki itu mula membeku seperti sebuah patung ketika dirinya menyedari bahawa Dara baru sahaja memberinya sebuah pelukan.

Dara berlari ke arah Hanieya Solehah dan terus memeluk badan kecil milik wanita yang sibuk membetulkan tudungnya,

"You did it! You did it!" sorak Dara.

"Bukan, Dara. You did it. Saya tak buat apa-apa pun. Awak sendiri yang bodek boss tu."

"Hanieya rasa bersalah, Dara.. Macam tak adil saja Hanieya kerja dekat sini.." Dara melihat ke arah wajah Dylan.

"Dylan! Promise me you'll set up an interview for Hanieya!"

"Ya lah!"




Dylan melihat kelibat mereka berdua yang perlahan-lahan meninggalkan biliknya, dari jauh.

'It is not going to be that bad, right?'




Kesemua staf terkejut dengan kedatangan Hanieya Solehah, sehinggakan dia mendapat gelaran 'Budak Tudung Labuh' oleh TheOnionVengers. "Hanieya kerja sebagai assistant Dara lah buat sementara ni.. Solehah duduk dekat tempat fail-fail tu, tolong susunkan fail-fail Dara."

Tanpa membuang masa, Hanieya terus menyusun kesemua fail-fail milik sahabatnya mengikut abjad. Beberapa staf sedar akan perbuatan Hanieya Solehah dan mereka mula mengambil kesempatan.

"Sambil-sambil tu, boleh tak awak susunkan fail saya? Sebab Encik Dylan nak melawat bilik staf esok! Fail saya ada nama 'Rose'. Thanks!"

Sejenak sahaja dia selesai menyusun fail-fail milik Dara, dia terus menolong Rose dengan fail-fail kerja miliknya.

"Tolong saya punya sekali ya! Terima kasih!"

Bertambah lagilah kerja Hanieya. Dia berhenti daripada terus menyusun fail-fail yang ada kerana telah masuk waktu Zuhur. Bunyi azan berkumandang dari telefon pintarnya membuatkan staf yang ada berasa kurang senang..

"D-Dara. Hanieya nak solat.. Ada surau tak?" tanya Hanieya.

Dara berhenti daripada menulis, pen birunya diletakkan selepas mendengar persoalan rakan karibnya. Dia mula memikirkan tempat yang sesuai buat Hanieya Solehah beribadah. Nak kata bilik stor, semuanya kotor.

Bilik yang bersih pula dipenuhi dengan kelengkapan para penari EPN Records dan ada juga yang bakal digunakan oleh penyanyi-penyanyi yang baharu dan akan datang sebagai bilik tarian menari.

Tinggal satu sahaja lagi bilik,





Bilik kosong yang berada sama tingkat dengan bilik tarian menari milik kumpulan artis,
AE19.






Jazakallah' khair for reading! Sila tekan bintang warna oyen tu dan boleh komen:D

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro