25 | Ambulans Dan Nyawa
-❊-
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, Walaupun Kami tambahi lagi Dengan lautan Yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
- Al Kahfi, Ayat 109.
-❊-
Hanya langsir yang berterbangan kerana angin yang hadir, dan juga Hanieya Solehah yang sedang berdiri di tembok balkoni,
Kepalanya langsung tidak menoleh ke arah Han. Sewaktu itu, Han terasa seperti angin, yang hadir, namun kewujudannya diendahkan.
"Hanieya.." Panggil Han, lemah. Dia meminta Hanieya untuk menoleh ke arahnya.
"Pandang aku."
Wanita itu langsung tidak memberi respon, dia kekal dengan posisinya.
"Biar aku tengok muka kau dulu, sebelum kau pergi."
Hanieya perlahan-lahan menoleh ke belakang,
Dia tersenyum. Walaupun titisan air mata sedang mengalir deras di pipinya dan wajahnya yang penuh dengan parut luka dan plaster yang ditampal di dagunya, membuat
-kan Han lebih luluh dari sebelumnya. Sebahagian dari hatinya turut hancur sewaktu wajah Hanieya ditatap.
"Tell me, Hanieya. Who did this to you?" tanya Han, pilu.
"I-Ibu..."
"S-Sampai hati ibu buat macam ni dekat Solehah.."
"Kenapa!"
"Kenapa ibu benci Solehah sangat?"
"Ibu. Kenapa ibu benci Solehah?"
"KENAPA DUNIA NI TAK SAYANGKAN SOLEHAH!"
"Kenapa ibu tak sayangkan Solehah?"
"S-Solehah nak.."
"Ibu sayangkan Solehah je.."
"Solehah tak minta banyak."
"Abi benci Hanieya, bu. Dara benci Hanieya, bu. Abi pukul Hanieya, abi pukul.."
"Abi suka tengok Hanieya sakit, bu.."
"Kalau ibu sayangkan Solehah, satu dunia ni tak kisah tentang kewujudan Hanieya sekalipun, Hanieya akan gembira juga sebab ibu dah sayangkan Hanieya."
"Tapi, kalau satu dunia ni sayangkan Hanieya sekalipun, tapi ibu tak, Hanieya tetap rasa tak guna, ibu."
"Jadi kenapa,"
"Ibu tak sayangkan Hanieya?"
"KENAPA!"
Jerit Hanieya ke arah pemandangan malam yang sunyi, tiada jawapan yang akan diberikan jikalau dia menanyakan seribu soalan sekalipun. Kakinya yang bergetar, kesejukan, masih mencari keseimbangan untuk berdiri di atas tembok balkoni yang lebar.
Bunyi sebak Hanieya, membuatkan hati Li Xuan Han, retak. Retak sepenuhnya. Sebahagian dari hati milik lelaki itu sudah tiada. Bila terdengar perkataan 'abi', bertambah lagi seorang manusia dalam senarai berhak mati di dalam kepala Han.
"T-Tak ada siapa dengar bila Solehah cakap Solehah sedih, ibu. Tuhan je tahu."
"Dan, ibu pun tak percaya bila Solehah kata Solehah tengah sedih.."
"Solehah tak tipu, ibu."
"Solehah sakit sangat.."
"Kenapa semua benci Solehah!"
"Solehah buat apa?"
"K-Kenapa ibu tak percaya bila Solehah kata Solehah sedih sangat?"
"IBU KATA IBU PERCAYA YANG BUKAN SEMUA ORANG DALAM PENJARA TU BERSALAH! ADA YANG MASUK PENJARA SEBAB TAK ADA SIAPA PERCAYA DENGAN KEBENARAN!"
"JADI KENAPA IBU TAK PERCAYAKAN HANIEYA!"
"S-Solehah pun nak perhatian.."
"Kenapa semua orang yang datang dalam hidup Hanieya, akan merana, bu?"
Han menggigit bibirnya, wajahnya kembali pucat, warna bibirnya sudah mula pudar kerana dari tadi dia cuba menahan sakit di dalam dirinya. Dadanya ditepuk beberapa kali, menyuruh dirinya untuk bertahan demi Hanieya.
"Hanieya.."
"Ramai orang sayangkan kau, Hanieya." kata Han, dia cuba memujuk Hanieya untuk turun dari tembok balkoni,
"Biar aku dengar masalah kau."
"Aku percayakan kau."
"Aku akan sentiasa percayakan kau, Hanieya."
"Tell me all your problems,"
"Kita berdua cuba cari jalan penyelesaian, ok?"
"D-Dan perkara yang kau tengah buat sekarang ni,"
"Itu bukan jalan penyelesaiannya."
Hanieya perlahan-lahan menoleh ke arah lelaki itu semula, wajahnya bertemu dengan wajah yang pucat namun manis kerana senyumannya,
"T-Tak ada siapa sayangkan Hanieya." Riak wajah Hanieya, bertukar. Dia sedang cuba untuk menahan sebak. Dia sedang cuba menghantar rasa kesedihannya dalam pelbagai cara, namun rasa sedihnya masih tidak dapat disampaikan.
"Mama aku sayangkan kau,"
"Ayah aku sayangkan kau,"
"Xukun sayangkan kau,"
"Dan, aku sayangkan kau, Hanieya."
"Aku sayangkan kau sebagai seorang manusia,"
"Yang berhak disayangi."
Air mata tidak berhenti mengalir di pipi wanita itu, sebuah kolam renang kosong dapat dipenuhi dengan air matanya.
"Y-You are.."
"So incredible."
"Amazing, and so loved."
"I am so proud of you, Hanieya."
"Macam mana kau boleh hadap keluarga kau?"
"Macam mana kau boleh hadap perangai ibu tiri kau?"
"Macam mana kau boleh masih berdiri dekat sini harini?"
"You are such a warrior,"
"Lets do this, together, okay?"
"This is just another bad day."
Han tersenyum rapi. Senyumannya yang langsung ikhlas dari dirinya sendiri,
"Kau dah beribadah dekat Tuhan selama 21 tahun kau hidup dekat bumi ni,"
"Jadi, jangan hancurkan pahala kau dengan satu tindakan yang bodoh ni, Hanieya.."
"Apa yang kau buat ni,"
"Takkan tunjukkan kau arah mananya syurga."
"Syaitan bodoh tu tengah cuba nak sesatkan kau. Bangun Hanieya, bangun."
Han menarik nafas panjang,
"Kalau aku boleh berjalan, dah lama aku berlari dekat kau, Hanieya."
"Aku tak boleh tengok seorang lagi manusia dalam hidup aku,"
"Pergi."
Hanieya Solehah menghembuskan nafas, sebagai erti dia masih boleh bertahan dengan dunia. Wanita itu cuba mengingatkan dirinya semula, setiap maksud ayat Al-Quran kegemarannya. Dia perlahan-lahan turun dari tembok, akan tetapi,
Badannya terlalu lemah,
PLAM!
Badannya jatuh ke lantai balkoni. Dia pengsan, suhu badannya mula naik secara mendadak.
Hanya badannya yang terlantar di atas lantai balkoni yang luas.
Bunyi siren ambulans sudah didengari jelas,
Sama dengan bunyi jeritan beberapa penduduk di rumah pangsapuri Hanieya, yang sedang melihat kejadian percubaan bunuh diri wanita itu dari bawah rumah,
"HANIEYA!" laung Han.
Han melihat ke arah wanita yang sedang terlantar di atas katil hospital. Baru saja tadi badannya terlantar di atas lantai balkoni yang luas, sejuk kerana simen. Wajahnya ditatap lama. Bulu matanya yang panjang dan bilangan parut yang ada dikira oleh Han.
Buntu.
Malam yang penuh dengan pertanyaan, akhirnya terjawab.
Tangan Hanieya dipasangkan dengan tiub, untuk mengalirkan air ke dalam badannya yang panas.
Kerusi rodanya diletakkan di hujung katil, menjaga jarak daripada Hanieya. Walaupun dia sedang tertidur, Han masih tahu akan peraturan agamanya.
"Macam mana aku nak buat dia gembira?"
Soalan itu terdetik di dalam diri Han. Beribu soalan yang ada, soalan itu juga yang dipetik.
"Abang, jom balik." Xukun sudah berdiri di pintu keluar bilik wad,
"Siapa nak jaga dia?"
"Hanieya tak ada penjaga. Dia tak ada keluarga, siapa nak jaga dia?"
Xukun dipersoalkan oleh abangnya sendiri.
"Mama kata dia nak teman Hanieya."
Dalam sekelip mata, Puan Huang masuk ke dalam bilik itu, dengan selimut dan juga bantal.
"Mama?" Han mengangkat kening.
"Kamu berdua balik dulu, ma jaga Hanieya malam ni."
Xukun mengeluh. Bunyi hingusan juga dapat didengari. Dia mula berjalan ke arah katil milik wanita yang mendapat gelaran 'kakak kesayangannya',
Tiba-tiba sahaja remaja yang berumur 16 tahun itu menangis,
"Sorry, Kak Solehah.."
"I didn't realize that you are suffering.. too."
Dia menangis teresak-esak. Padahal Xukun bukannya ahli keluarga mahupun adik kandung kepada Hanieya. Reaksinya tidak mengejutkan Puan Huang, memang anak keduanya sensitif, mudah sayangkan orang lain. Sifat anak kedua, memang begitu.
Sudah masuk pukul 2 pagi, namun keluarga Han masih sibuk menguruskan Hanieya di hospital.
Ibu kepada dua orang anak lelaki itu berdiri dari sofa, dia berjalan perlahan-lahan ke arah Hanieya,
Dahi Hanieya dikucup.
Kepala Hanieya diusap.
"I am going to love you just like how i love my only Han and Xukun." Bisik Puan Huang di dalam hatinya.
Han melihat ke dalam poket seluarnya yang dipenuhi dengan tisu berdarah. Dia belum sempat untuk membuang tisu-tisu itu sebelum tiba ke hospital.
"Bang, Kak Dara tak datang ke?"
Han tersentak, dia terus mengangkat wajah ke arah Xukun,
"Entahlah. Abang dah mesej dia. Tapi dia tak balas." Dia cuba untuk menutup kebenaran dengan alasan yang tidak berguna.
Hide tidak dapat melawat Hanieya. Katanya dia akan datang melawat pada keesokan harinya. Mungkin kerana terlalu penat.
Mungkin.
"Xukun, tolong pergi dekat kaunter jururawat, minta Al-Quran, telekung dengan sejadah." Arah Han, dengan suara yang tegas.
Xukun mengangguk dan terus menghilang dari pandangan Han dan Puan Huang.
"Esok Han datang, bawa baju Hanieya."
Puan Huang mengangkat kening,
"Kamu nak pergi ambil baju dia dekat rumah ke?"
"Takdelah. Beli baju baru ke.. Apa-apa je la, asal dia ada baju." Jawab Han, mudah.
Encik Cai sudah menunggu kedua-dua anaknya di dalam kereta.
STRAKK!
Bunyi petir menyambar di langit gelap membuatkan Puan Huang terkejut. Selimutnya hampir tercampak.
"Dah. Han dengan Xukun dah boleh balik, mama jaga Hanieya.."
Xukun kembali dengan sejadah yang diletakkan di atas bahunya, telekung dan Al-Quran. Dia berjalan ke satu sudut bilik, di mana almari diletakkan. Pintu almari itu dibuka, Xukun menggantung sejadah dan telekung di pengangkut baju.
Al-Quran yang berkulit keras, berwarna unggu pekat, diletakkan di atas meja kayu, bersebelahan dengan katil Hanieya.
"Jom balik, bang."
Tangan Puan Huang disalam dan dahi wanita itu dikucup oleh kedua-dua anak lelakinya,
Sebelum kerusi roda Han ditolak keluar dari bilik wad yang sejuk itu,
"Ma, tolong jaga Hanieya elok-elok."
"Dia penat tu."
"Penat sangat."
"Mama, tolong sayangkan Hanieya, ya?"
Allah Maha Pengampun.
Dan Keampunan Allah kepada kesemua hambanya, lebih luas dari lautan, lebih luas dari tapak tanahnya bumi,
Allah tahu kita ni berdosa.
Allah tahu kita setiap hari tak berlari daripada melakukan dosa, melakukan perkara yang memudaratkan diri sendiri,
Tapi Allah tak pernah putus asa dengan kita.
Jadi kenapa kita nak putus asa dengan Pengampunan Allah SWT?
Sedangkan Allah tak pernah berputus asa dengan kita yang penuh silap ini?
Jangan putus asa.
Allah sentiasa ada.
Sentiasa menunggu kepulangan kita.
Kita berjalan ke jalan Allah,
Allah datang berlari ke arah kita,
Kita berlari ke arah Allah,
Allah datang, menjemput kita ke arah jalanNya.
Jangan pernah putus asa.
Allah sentiasa ada.
Dan kau kuat.
Sentiasa kuat!
Jazakallah' Khair, pembaca.
Setiap hamba ada salah silap.
Hanieya Solehah juga bukanlah seorang MUSLIMAH YANG SEMPURNA,
Dia juga pendosa.
Yang sedang cuba tidak mahu berputus asa!
Sentiasa senyum ya!
Ma Shaa Allah, Tabrakallah, boleh tekan butang warna oren dan boleh komen.
- Fanart Arah Mana Syurga by hanzerry -
Comelnye, SubhanAllah!
Thank you sangat sebab bagi fanart nie!! ❤️❤️❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro