Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

24 | Panggilan Terakhir

--

"Janganlah engkau bersedih, kerana sesungguhnya Allah bersama kita."
- At Taubah, Ayat 40.

--

[Nota Awal Penulis] Agak sedih ya chapter kali ini, Ma Shaa Allah..



"Dah siap?" Tanya Xukun. Badannya sudah disarungkan dengan hoodie berwarna hitam, dan seluar slack berwarna putih.

Han memandang ke arah cermin.

Rambutnya disikat sedikit, dia hanya memakai t-shirt berwarna putih yang sudah dimasukkan ke dalam seluar jeans berwarna hitam. Parut kecilnya di bahagian dahi makin menghilang.

"Xukun. Kau tunggu dekat kereta dulu." Arah Han, suaranya mula pecah.

"O-Okay." Tombol pintu bilik hotel itu dipusingkan, kelibat Xukun mula hilang dari pandangan.

Han mula batuk sekuat mungkin. Darah tidak berhenti keluar. Baju putihnya sudah terkena titisan darah dari tapak tangannya. Han mengambil tisu yang terletak di meja kayu bersebelahan dengan katil,

Bibirnya dilap.

Dia menolak kerusi rodanya ke dalam tandas. Han cuba menarik nafas dengan perlahan. Dia mengaku, dia terlalu berani mahu memakai baju berwarna putih.

Keluhannya hanya Tuhan yang dengar.

Sejenak sahaja dia mencuci wajahnya di singki, Han terus menukar pakaian. Kemeja berwarna hitam dipakai, paket tisu diletakkan ke dalam poket seluarnya.

Sebelum dia keluar, meninggalkan bilik, dia terasa berat di bahu.

"She is not coming, huh."

Tak!

Pintu itu ditutup.

Lelaki itu benar-benar tidak tahu bahawa dia sedang berlaku selfish.



"Kau tukar baju ke?" Soal Xukun yang sedang duduk bersebalahan dengan abangnya di dalam kereta.

"Ha ah."

Dalam perjalanan mereka ke stadium,

Han hanya merenung ke luar tingkap kereta. Hanya malam yang sunyi, sekali lagi, tanpa bintang. Bagi dirinya, pemandangan pada malam hari yang sunyi itu, tidak seindah malam dia bertemu dengan Hanieya di stesen bas.

Malam yang penuh dengan perasaan bercampur. Risau, sedih, dan sedikit gembira.

Han masih ingat wajah Hanieya yang terlena, tertidur dalam keadaan kesejukan di tengah-tengah stesen bas yang sunyi.

Tetapi,

Kenangan itu masih tidak dapat menukarkan perasaan kecewa Han terhadap Hanieya, kerana tidak menjawab panggilannya.



Kereta keluarga Li Xuan Han berhenti di belakang stadium.

Disebabkan Han ialah bekas ahli kumpulan AE19, dia terpaksa menggunakan laluan berlainan, untuk masuk ke dalam stadium. Empat staf EPN Records tersenyum, mereka menyambut kedatangan Han dan keluarganya dengan penuh gembira.

Mereka membantu Han untuk keluar dari kereta,

Kerusi roda yang dilipat dan tersimpan di dalam bonet kereta, dikeluarkan oleh Xukun.

"Lets have fun, abang." Xukun tersenyum, kerusi roda Han ditolak.

Han hanya mengangguk, malas mahu berkata apa. Puan Huang dan Encik Cai sudah berjalan masuk ke dalam stadium dengan bimbingan staf.

How to have fun without her, Xukun?


Bunyi sorakan peminat memeriahkan lagi suasana pada malam itu. Han, Hide dan keluarganya mendapat tempat duduk VIP, yang betul-betul berhadapan dengan pentas.

Akan tetapi, Puan Huang dan Encik Cai duduk di kawasan yang agak jauh dari tempat mereka bertiga sedang duduk.

Xukun dari tadi hanya berdiri dari tempat duduknya, menjerit nama 'X9'. Mentang-mentang X9 pernah membelikan Xukun Kidsmeal di Mcdonalds.

Sementara Han dan Hide hanya berpegangan tangan sambil menonton persembahan dari AE19.

"I love you." Bisik Hide ke telinga Han.

"I love you too, but.."

"We are not kissing right here, infront of everyone."

Hide mencebik. Han tergelak, dia mencubit pipi teman lelakinya dengan manja.

"SO GUYSS! THE NEXT SONG WE ARE GOING TO PERFORM IS.. 'FIRE IN HEAVEN' !" Laung Jun, kesemua peminat bersorak.

Lagu 'Fire in Heaven' adalah sebuah lagu yang ditulis sepenuhnya oleh Li Xuan Han. Setiap retak, setiap not piano yang digabungkan dengan alat muzik lain, semuanya diatur oleh Han. Malah, lirik lagu itu mempunyai maksud yang mendalam bagi Han.

Lagu itu amat rancak, setiap rentak bakal membuatkan kesemua orang di dalam stadium lebih bertenaga dalam satu masa.

"ONE, TWO, THREE! LETS GO!"

Atmosfera mula bertukar, peminat sudah tidak tentu hala, setiap lirik lagu dinyanyikan dengan suara yang kuat,

'There is no place for me in heaven,'

Pembesar suara menguatkan lagi suara setiap ahli kumpulan AE19,

'And i don't even know where's the path to your creation,'

TINGGGG!

'Your own heaven,'

TINGGGG!

'So tell me, which way is the way to your heaven?'

Han terasa getaran telefon di dalam poket seluarnya,

'Is there a fire in heaven?'

'Hanieya Solehah.'

'I can't even handle the creation that you sent to the world,'

Nama yang terpapar di skrin telefon itu membuatkan Han terbeliak, lantas, panggilan telefon itu dijawab,

'So tell me God, which path do i go, to get to Heaven?'

"Hello? Hanieya?"

"Hello Han."

Suara kecil Hanieya dapat didengari tetapi tidak terlalu jelas kerana suasana konsert yang terlalu meriah,

"Han, s-saya nak cakap, minta maaf sangat sebab tak dapat nak datang konsert tu."

Han mendekatkan lagi telefon pintar itu ke telinganya. Dia tahu Hanieya sedang berada di dalam situasi,

Yang tidak sepatutnya dia sedang berada.

"I am so sorry, i can't hear you Hanieya."

"Han, terima kasih ya sebab selalu tolong saya."

"T-Tolong cakap terima kasih dekat keluarga Han. Cakap dekat Xukun, terima kasih sangat-sangat."

"K-Kalau awak balik Johor lagi,"

"Tolong cakap minta maaf dekat ibu kandung saya.."

Han mengeruk wajahnya. Mengapa Hanieya Solehah tiba-tiba sahaja mahu mengucapkan terima kasih?

"Hanieya? Hanieya?"

"Are you there?"

"You are talking like you are going elsewhere."

"Hanieya?"

"Hanieya?"

Panggilan itu ditamatkan dalam masa 21 saat. Han tersentak. Jantungnya berdegup laju, matanya mula melihat keadaan di dalam stadium itu,

Tapak tangannya sudah mula basah kerana berpeluh. Memang habitnya sejak dia kecil, tapak tangannya akan berpeluh tidak kira tempat.

Kesemua pendapatnya tentang Hanieya datang pada satu masa yang sama,

Tetapi satu pendapat yang kekal sehingga sekarang.

Hanieya sedang bersedih. Benar-benar sedang bersedih. Suaranya, getaran di dalam suaranya, setiap patah perkataan yang terkeluar dari bibirnya, Han tahu. Wanita itu sedang ditenggalami dalam tanggapannya sendiri.

Hanieya berterima kasih dengan semua orang di dalam panggilan. Dan bagi Han,

Kita hanya akan berterima kasih kepada semua orang atas jasa mereka,

Sewaktu kita mahu meninggalkan mereka.

Li Xuan Han melepaskan tangan Hide, matanya terus mencari pintu keluar.

"Li Xuan Han?"

Seorang pegawai keselamatan yang menjaga pentas itu, datang ke arah Han.

"Yes?" Jawab Han. Hide dan Xukun melihat ke arah pegawai itu dengan wajah yang keliru.

"Encik Dylan nak berjumpa dengan tuan di belakang pentas. AE19 nak jemput tuan naik ke atas pentas untuk bagi ucapan terakhir."

Xukun menahan kerusi roda abangnya,

"Okay. I'll go."

Xukun terkejut mendengar jawapan Han, sebelum mereka hadir ke konsert itu, dia sudah memberitahu dirinya bahawa Han tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan AE19 di hadapan peminat mereka.

Xukun hanya mengeluh.

Memang sikap abangnya suka menukar fikiran di akhir waktu.

Kerusi rodanya ditolak perlahan ke belakang, Han sudah diberikan dengan penutup muka.



Skrakkk!

Kerusi rodanya berhenti di tempat rehat AE19.

Sorakan masih jelas didengari, bersama dengan laungan suara milik kumpulan penyanyi itu. Ah, dia rindukan kawasan belakang pentas. Bau kulit beg mekap yang tersusun di atas meja, bau makanan yang dihidang, semuanya dia rindu.

Han melihat ke arah jam tangannya.

Sudah pukul 10.

Panggilan telefonnya bersama dengan Hanieya bermula pada pukul 9:47 minit malam.

Dia menarik nafas panjang. Nafas itu ditahan buat beberapa saat. Han risau akan Hanieya. Dia mahu berjumpa dengannya untuk memastikan dia, ok. Baru dia dapat melepaskan nafasnya.

"S-Saya nak pergi tandas." Kata Han kepada salah seorang staf yang sedang sibuk menyusun botol mineral di atas meja.

"Okay. Nak saya tunjukkan ke dekat mana tandas?"

"No, thanks. Im good."

Kerusi roda itu ditolak dengan laju, terus ke pintu keluar bilik rehat.

Han sudah bersedia untuk meninggalkan stadium dengan caranya sendiri.



Lelaki itu mencari-cari perhentian bas,

Han berjaya melarikan diri dari konsert itu tanpa memberitahu sesiapa, walaupun hampir ditangkap dengan staf yang ada di pintu keluar.

Di malam yang penuh dengan huru-hara, hatinya masih tabah untuk mencari cara-cara berjumpa dengan Hanieya.

Hanieya,

Stay where you are.

Priit!

Sebuah teksi berhenti di hadapan stesen bas itu,

Han cepat-cepat mengangkat tangan, menahan teksi daripada memandu, meninggalkan dia keseorangan di stesen bas. Nasibnya baik semenjak dia bertemu dengan Hanieya.

Tingkap kereta teksi itu diturunkan,

"Sorry, Encik.. S-Saya tak ambil pelanggan OKU malam-malam macam-"

Belum sempat pemandu teksi itu menghabiskan ayatnya, Han menahan kaca tingkap dengan perasaan sedih yang terlakar di seluruh wajahnya,

"T-Tolong saya pakcik.."

"S-Saya.."

"Saya merayu sangat-sangat.."

Wajah Han bertukar menjadi lebih pucat dari sebelumnya. Dia meronta, merayu, kesemuanya, dia mahu bertemu dengan Hanieya! Sekarang juga!

Pemandu teksi itu menahan air liur, Han benar-benar sedang terdesak.



Han terbatuk di dalam perjalanannya ke rumah pangsapuri Hanieya, Dia mengelap darah yang tidak henti-henti keluar dari mulutnya.

"Adik, okay ke tu?"

"S-Saya okay.. L-Laju sikit drive, pakcik."

Kepalanya sudah mula berpusing, dadanya terasa ketat dan sukar untuk bernafas..

Telefonnya dari tadi berbunyi. Han tidak mengangkat sebarang panggilan yang dibuat oleh ahli keluarganya, Hide mahupun Dylan.

Hanieya, i went through this shit for you.

And i just want to let you know,

This shit hits different.

Dalam masa 40 minit,

Kereta teksi itu akhirnya berhenti di hadapan rumah pangsapuri yang lusuh.

"Terima kasih, pakcik. S-Saya pergi dulu."

Han tersenyum, sebuah senyuman yang terpaksa diukir di wajahnya. Memang sifat manusia bukan, perlu memberi senyuman tanda terima kasih buat seseorang, walaupun dalam keadaan yang terdesak.

Hatinya tidak berhenti berdegup kencang, wajahnya bertambah pucat kerana menahan sakit.



PAM! PAM!

Pintu kayu itu diketuk.

Pagar rumah langsung tidak dikunci.

"Hanieya? Hanieya?"

Han pernah menanyakan Dara, dia tinggal di tingkat berapa, pintu nombor berapa juga Dara pernah nyatakan, beberapa hari selepas dia menghantar Hanieya pulang. Dia tidak sangka maklumat itu penting pada hari ini.

Han mengeluarkan telefon pintarnya dari poket seluar, dia cuba untuk menghubungi Hanieya buat kali terakhir,

Tingg! Tingg!

Bunyi nada dering telefon pintar milik Hanieya didengari dari luar,

Dan, itu bermaksud dia ada di dalam rumah.

"Hanieya! Open the door!" Pintu itu diketuk dengan lebih kuat. Tuhan, Tuhan, tolonglah, tolonglah.

"Hanieya, please!"

Tiada lagi pilihan.

Han mula menghentak pintu itu menggunakan bahunya, tombol pintu itu dipegang kuat, dia hampir jatuh ke hadapan dari kerusi rodanya.

PAM!

Pintu kayu itu akhirnya terbuka selepas beberapa minit dihentak dengan kuat,

Mata Li Xuan Han terus melihat keadaan di dalam rumah pangsapuri milik Hanieya,

Dan, Tuhan.
Hanya Kau sahaja tahu betapa hati aku tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku.

Hanieya Solehah sedang berdiri di tembok balkoni, cuba menamatkan kisah hidupnya dengan pilihan yang salah.








Chapter ini diinspirasi dari movie anime favorite Aafiyah, 'A Silent Voice.'

Jazakallah' Khair for reading, and feel free to comment, Ma Shaa Allah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro