Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

21 | Impian Terhenti

-❊ Semuanya berlaku dengan izin Tuhan bukan kerana nasib, bukan kerana apa, jikalau Tuhan tidak izinkan, buatlah apa sekalipun, ia takkan berlaku ❊-

Arah Mana Syurga




Tiada lagi peminat.

Tiada lagi hari-hari yang sukar kerana sibuk memikirkan lirik lagu yang sesuai untuk dinyanyikan.

Tiada lagi tarian yang perlu ditarikan,

Tiada lagi perasaan gementar ketika naik ke atas pentas,

Semuanya lenyap dalam sekelip mata.

Li Xuan Han bukan lagi seorang penyanyi rap, bukan lagi salah seorang ahli dalam kumpulan AE19, bukan lagi lelaki yang dapat menghiburkan kesemua peminatnya dan juga bukan lagi lelaki yang berdiri di sebalik lampu sorotan pentas.

Kontraknya ditamatkan.

Begitu sahaja.

"Selamat sejahtera, kami, dari pihak EPN Records,"

"Mahu mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan kesemua peminat AE19 dan Li Xuan Han."

"Atas sebab tertentu,"

"Kami berbuat keputusan untuk menamatkan kontrak Li Xuan Han kerana kesihatannya."

"Kami ingin memohon maaf atas segala kekurangan dan terpaksa berbohong tentang kemalangan AE19 di Osaka."

"Li Xuan Han, disahkan lumpuh kerana kemalangan itu."

"Kami menyorokkan kebenaran atas perkara tertentu dan salah satu sebabnya ialah untuk keselamatan Li Xuan Han sendiri."

"Kami sekali lagi mahu meminta maaf kepada kesemua pihak media dan para peminat AE19."

Itu adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh EPN Records.

Nama Li Xuan Han sudah hilang dari kumpulan AE19. Kerjaya yang dikejar sejak remaja, lenyap begitu sahaja. Bakatnya yang diasah, masanya yang dibiarkan terluang semata-mata mahu mengejar impiannya sebagai seorang penyanyi rap, hilang dalam sekelip mata.

Han tidak lagi mampu memuaskan hati manusia. Dia mahu membuatkan kesemua orang di sekelilingnya, bangga dengan kejayaannya. Dia mahukan segala perhatian yang ada di dunia, dia mahu dipuji, dia gilakan pujian.

Bagaimana dia hendak bahagia jikalau begini? Kita seharusnya melakukan sesuatu dengan niat ikhlas kerana Allah SWT. Agar kita tidak mengharapkan sebarang balasan dari manusia.

Tapi, kasihan.

Han tidak percaya akan Tuhan,

Sepertimana dia percayakan dahulu.




Kesemua peminat sudah mula mengumpulkan pendapat mereka di ruang sosial media yang mereka ada,

Twitter:
unknown_04
Baguslah dia dah keluar. Dia bukannya ada bakat pun.

sarah_zha0
He?? is??? overrated?? duh??

kkerly
Laaaa mamat tu cacat ke? Bagusla dah takde muka dia dekat music video AE19, menyampah.

hooou18
Han ni bukan anak haram ke?? AHAHA ANAK PELACURR BAGUSLAH DIA KELUAR BUAT KOTOR NAMA AE19 je.

fakeesad_
Dia ada bakat terpendam.
Tapi tu lah bagus dia pendam je bakat dia.

AE19_ot6
I AM SO GLAD THAT HE GOT OUT AHAHAH #Ae19_WithoutHanParty

oppie_
Kenapa fan tak tolak je kuat-kuat masa kat eskalator tu? Bagi mampus, aku taknak dia cacat je, nak dia mati sekaliii! #Ae19_WithoutHanParty

aeuna17
I love you, Han..Stay strong!!:)))) I am going to miss you.




Han hanya tersenyum dengan matanya yang bengkak. Dia sedang menyorok di sebalik kain selimutnya sambil membaca komen-komen di skrin telefon. Air matanya dikesat.

"Abang, makan.." Panggil Xukun dari luar pintu bilik Han,

Tetapi panggilan itu tidak dinyahut.

"Makanlah, abang..Dah 3 hari tau abang tak makan." Pintu itu diketuk beberapa kali,

"Abang, jangan buat Xukun macam ni.." Suara Xukun mula pecah. Dia mula menyandarkan dirinya di pintu bilik itu.

Terdapat 2 botol pil yang terjatuh di lantai kayu bilik Han. Langsirnya tidak ditarik, menghalang sinaran matahari dari masuk ke dalam biliknya. Cadarnya mempunyai kesan darah, rambutnya tidak disikat dengan lampu bilik yang tidak terpasang.

"Abang,"

"I am so proud of you."

"You are still alive after all these bullshit. You amazed me once more."

"You are so strong."

"I love you."

Bunyi tapak kaki meninggalkan kawasan membuatkan Han kembali menangis teresak-esak.

Bibirnya yang kering, menyebabkan bibirnya luka dan berdarah.

Berat badannya mengurang.

Berat Li Xuan Han menurun sebanyak 4 kilogram dalam masa 3 hari.

Dia menarik nafas perlahan, tangannya menarik kerusi roda yang terletak di sebelah katil.

Han cuba untuk menukarkan posisi badannya ke atas kerusi roda yang berwarna hitam itu,

Tangannya menggeletar,

PAK!

Dia jatuh terduduk dengan kuat di atas lantai,

"AHH!" Jerit Han, dia menolak kerusi roda itu ke tepi dengan kuat.

Dadanya terasa sesak, air mata yang sudah bersedia untuk dititiskan masih terkumpul di bawah kelopak mata,

Han benar-benar sudah rosak.

"Tariklah nyawa aku."

"T-Tolonglah.."



Han akhirnya keluar dari bilik selepas dipujuk beberapa kali oleh adiknya sendiri. Ibu dan ayah mereka tiada di Johor buat seketika kerana mahu melawat ibu saudara mereka yang sudah tenat di Kedah.

Mereka tidak mahu meninggalkan kedua-dua anak lelakinya, tetapi terpaksa.

Sudah masuk pukul 2 pagi, dan dua beradik itu masih terjaga.

Puan Huang memberitahu Xukun jikalau abangnya keluar dari bilik, beri dia makan dahulu dan berikan satu pelukan yang erat. Dia tahu anak sulungnya sedang melalui masa yang sukar.

"Adik ambilkan sup ayam untuk abang ya?" Xukun meninggalkan abangnya di meja makan.

Tiba-tiba,

Han mula batuk, tangannya menutup mulutnya dengan laju.

Batuknya makin kuat, dadanya terasa ketat yang amat.

Setiap kali dia mahu menarik nafas, terasa seperti dicucuk jarum di jantungnya.

Batuknya berhenti.

Han melihat ke arah tapak tangannya. Darah. Dia sudah agak.

Tangannya mencapai kotak tisu yang diletakkan tidak jauh dari mejanya,

Titisan darah di tapak tangannya dilap dalam masa sesaat.

Ini bukannya kali pertama, dia sudah mula batuk berdarah sejak beberapa hari.

Dia hanya menggeleng kepala lalu mengeluh. Dia menyeluk tisu yang sudah kotor itu ke dalam poket seluar.

Xukun kembali dengan sup ayamnya.

Sungguh, dia tidak tahu tentang kesihatan abangnya.



Televisyen itu dibuka, dengan volume suara yang perlahan. Rancangan yang sama disiarkan di kaca televisyen. Xukun menukar ke saluran lain, tidak mahu menonton drama melayu yang tidak habis-habis dengan alur cerita yang sama. Kahwin paksa, ayah bagi syarikat, aduh!

Terpapar wajah ibu tiri Hanieya sewaktu nombor '106' ditekan,

"Jangan tukar." Arah Han.

Xukun meletakkan alat kawalan itu ketepi. Han mula menghirup sup ayam itu secara terpaksa.

Ikutkan hati, seleranya tiada.

Tetapi demi menjaga hati adiknya, dia mengalah.

"Assalamualaikum dan selamat pagi kepada kesemua penonton 'A Talk About Yesterday'!"

"Hari ini, kita akan bersembang tentang pelakon bernama Adriana yang katanya.."

"Curang dengan suaminya.. Shh... Haa."

Han menjeling. Mahu saja dia menumbuk kaca televisyen.

Ini ke perangai ibu tiri Hanieya? Jauh bezanya dengan perangai Hanieya Solehah, seorang wanita yang sering menundukkan pandangan, setiap kali mahu memulakan bicara, hanya sepatah dua perkataan yang dikeluarkan,

"A-Abang.." Panggil Xukun.

"Hm?" Han mengangkat dagu.

Lantas, badan Han dipeluk. Dakapan yang tidak terasa kosong. Panas dan terasa selamat ketika Han berada di dalam dakapan itu.

"I am not okay." Bisik Han di telinga adiknya.

Pelukan itu menjadi lebih erat. Setiap kata-kata yang terkeluar dari mulut Han, membuatkan hati Xukun patah. Patah yang tidak mampu dijelaskan.

Dia benar-benar sayangkan abangnya.

Xukun melepaskan pelukan itu. Kedua-dua tangannya mengangkat wajah Han,

"You are going to be fine."

"I will not." Jawab Han dengan suara yang lemah. Seakan-akan dia sedang membisik.

Xukun menggeleng.

"You will."

Han tidak mampu berlawan kerana dadanya yang kembali terasa pedih. Perbualan itu tamat buat seketika.

"Xukun, ada orang hantar email apa-apa ke?" Tanya Han. Selalunya jikalau ada khabar angin di dunia hiburan tentang dirinya, dia akan dipanggil untuk hadir ke mana-mana temu bual. Mestilah, siapa saja tidak mahu memanggil seorang artis gay.

"Entah. Kalau ada pun orang jemput abang pergi rancangan apa-apa ke, mama tak bagi abang pergi mana-mana." Xukun mengangkat kedua-dua mangkuk yang sudah kosong itu ke dapur.

Han menolak kerusi rodanya. Laptopnya yang sedang dicas di atas kaunter pembayaran, dicabut wayarnya. Terdapat beratus notifikasi dari aplikasi Gmail.

KLIK!

Han menekan salah satu notifikasi yang terpapar di skrin utama laptop itu,



Daripada: ATalkAboutYesterday@gmail.com
Kepada: LiXuanHann@gmail.com

Hai, En. Li Xuan Han.

Kami dari rancangan temu bual 'A Talk About Yesterday' mahu menjemput tuan untuk hadir sebagai tetamu pada hari Selasa minggu hadapan.

Sila hubungi nombor ini:

+60134786419
Jikalau tuan terima jemputan ke rancangan ini.

Terima kasih.



Mata Han meleret ke arah kaca televisyen itu, Puan Khadijah, ibu tiri kepada Hanieya Solehah sedang sibuk bersembang dengan tetamunya,

Han tersenyum sinis.


"Ah. So it is you. The one who make her suffer."








Maaf sangat-sangat, sebab kebelakangan ini, semua bab-bab Arah Mana Syurga rasa macam boring sangat-sangat..

Jazakallah' khair pembaca🤍

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro