-❊ Mahu mencintai Tuhan terlebih dahulu lalu mempersiapkan diri untuk dikecewakan oleh dunia atau,
Mahu dikecewakan dengan dunia terlebih dahulu, baru kau mahu bercinta dengan Tuhan? ❊-
Arah Mana Syurga
[Nota awal penulis] <Amaran> Bab ini mempunyai scene berkaitan dengan darah, su!cide. Pembaca dinasihatkan untuk skip bab ini jikalau mempunyai fobia dengan perkara-perkara ini.
Video Dylan memarahi pegawai-pegawai di lapangan terbang itu tersebar luas.
Dara semakin sibuk dengan membalas kenyataan media, dia tidak sempat memberitahu Hanieya apa yang berlaku pada hari itu.
3 Minggu Kemudian
Han pulang ke Malaysia tanpa AE19 di sisinya. Dia dihantar ke rumah ibu dan ayahnya di Johor.
Kerusi roda Han ditolak oleh seorang pemandu milik EPN Records, ke arah pintu masuk rumahnya.
"Its okay. I can take it from here.." Han menolak kerusi rodanya dengan sendiri, menggunakan kedua-dua tangannya. Dirinya masih kekok, belum lagi terbiasa dengan kerusi roda. Kadang-kadang, dia sendiri akan terbangun, lupa bahawa dia tidak lagi boleh berjalan.
Kelibat pemandu itu hilang dalam sekelip mata.
Ibunya, Puan Huang datang, berlari ke arah anak sulungnya. Dia terus memberikan satu pelukan yang amat erat, membuatkan badan Han terasa hangat.
Kepalanya diusap, air mata ibunya menitis di baju yang dipakai oleh Han. Pelukan itu mengambil 1 minit, lalu dilepaskan dengan perlahan.
Adik Han, Xukun, yang berumur 16 tahun, hanya lihat dari pintu kedai makan sambil menyandarkan badannya ke dinding. Headphone yang berwarna merah yang dihadiahkan oleh Han kepadanya, tergantung di leher Xukun.
Ibu dan ayah Han membuka sebuah kedai makan dibawah rumah mereka. Hidup tidaklah serba mewah sewaktu Han dilahirkan, sebagai seorang anak haram.
Ayahnya, Encik Cai berkahwin dengan Puan Huang kerana kedatangan Han yang tidak disangka, dan tali perkahwinan mereka kekal sehingga sekarang.
Ternyata, kehadiran Han ibaratkan seorang malaikat yang menyatukan 2 hati.
Lain seperti kisahnya Hanieya Solehah.
"Xukun, tolak abang kamu ni masuk rumah." Xukun datang berlari, menolak kerusi abangnya dengan perlahan.
Jikalau dulu dia boleh berjalan, sekarang tidak.
"Ma, abang taknak makan."
Puan Huang hanya mengangguk. Dia sudah tahu yang Han perlukan masa keseorangan.
Han sedang menangis di kerusi meja belajarnya. Biliknya sudah usang, siling sudah bergelembung air, dan dindingnya yang diperbuat dari kayu hampir bertukar warnanya.
Terdapat beberapa keping kertas yang ditampal di dinding kayu itu, seperti jadual sekolah rendah milik Han. Tetapi, tidak ada satu pun jadualnya dari sekolah menengah, kerana dia sudah pergi mengejar cita-citanya sebagai seorang penyanyi.
Beberapa stiker kartun Ben10, kartun kegemaran Han sewaktu dia kecil, ditampal di pintu almari, dan sekarang hanya tinggal memori.
Kalau dahulu menonton kartun sudah dapat menggembirakan diri, tetapi sekarang, tidak ada apa yang boleh menggembirakan diri Han.
Han menangis tersedu-sedu, tanpa henti. Hidungnya kian berwarna merah. Rambutnya yang serabai, tangannya yang menggeletar. Bahunya membongkok dan hanya bunyi tangisan yang memenuhi ruang bilik.
Bagaimana dia mahu lari?
Dia sayang akan kesemua peminatnya.
Tapi dia juga benci.
Peminatnya ibaratkan malaikat kecil yang mendampingi diri Han, akan tetapi, mereka juga boleh bertukar menjadi raksasa yang menghancurkan diri Han.
Sebuah perasaan yang mampu dikawal dahulu, kini kembali. Dia cuba untuk melupakan niatnya, mindanya bergelut, dipenuhi dengan bisikan untuk 'lakukannya'.
Mata Han meleret ke arah pisau cutter yang terletak di dalam laci meja.
Tangannya mengambil pisau itu dengan laju, dia sudah tidak lagi mampu mengawal dirinya dari memikirkan tentang kematian.
Dia menarik lengan bajunya, dan perlahan-lahan menoreh.
Dan semakin laju,
Laju dan laju.
Bertambah banyak lagi memori pahit yang bermain di kepala Han, semakin laju dirinya menoreh pergelangan tangannya.
Sudah-sudahlah dengan percubaan membunuh diri sewaktu dia berumur 18 tahun, cuba menggantung diri di dorm AE19 sewaktu ahli kumpulannya tiada.
Tangan Han akhirnya berhenti dari menoreh. Han lupa bahawa dia sedang berlaku sombong kerana memahukan kematian, tanpa memikirkan manusia yang bakal memahukan kematian juga kerana kematian dirinya sendiri.
Lengannya sudah berdarah tidak henti-henti, dan air matanya menitis di atas meja belajar. Lukanya yang dalam, namun tidak sedalam luka yang sudah lama dibiarkan berdarah di dalam hati.
Kulit pergelangan tangannya sudah pun terkoyak, darahnya yang berwarna merah mengalir perlahan-lahan, meja itu mula dipenuhi dengan darah milik Han.
Pisau itu ditolak ketepi.
Dia tahu, sedalam mana pun dia menoreh, takkan pernah menjadi sedalam luka yang ada di dalam hatinya.
PRAKK!
Kemunculan Xukun, membuatkan Han terkejut. Padahal, dia sudah mengunci pintu itu.
Xukun yang berpakaian baju tidur itu terbeliak melihat darah yang ada di meja belajar abang sulungnya. Wajahnya tiada beza yang ketara, sama seperti Han.
"Shit. I should've put the knife somewhere else." Kata Xukun dengan nada perlahan seperti sebuah bisikan. Dia mengeluarkan kain pembalut dari poket seluarnya dan gunting merah bersaiz kecil.
Dia menarik kerusi berwarna hijau yang terletak di tepi almari, lalu duduk bersebelahan dengan Han.
"Bak tangan kau."
Han mengangguk dengan lemah, dan memberi tangannya yang sudah ditoreh.
Mereka tidak berbual apa-apa.
Hanya membisu. Bunyi angin yang hadir, memukul tingkap bilik langsung tidak mengejutkan mereka.
"Kau tak patut jadi penyanyi rap."
"Kerja gila."
Xukun menggeleng beberapa kali. Wajahnya memandang ke bawah, tidak mahu bersua muka dengan lelaki yang baru sahaja melakukan percubaan membunuh diri.
"Muka kau dah lah hensem. Pandai menari.."
Tiba-tiba,
Air mata Xukun yang sudah lama ditahan, jatuh ke pergelangan tangan Han, di mana lukanya masih belum selesai dibalut.
Dia menangis teresak-esak, tanpa henti, tetapi masih berusaha untuk membalut luka abangnya dengan tangan yang menggeletar.
"Kenapa abang buat macam ni?"
"Abang kena janji jangan buat macam ni lagi."
"Nak kena jahit ni. Dalam sangat..."
Setiap perkataan yang diluahkan oleh lelaki yang berumur 16 tahun itu, disebut dengan cara terpaksa.
Setiap perkataan, setiap titisan air mata, semuanya terkeluar pada masa yang sama. Darah yang keluar dari luka Han, memenuhi jari Xukun..
Adik beradik itu menangis bersama.
Badan Xukun dipeluk erat.
"Shh.. Esok kau teman aku pergi hospital senyap-senyap. Ya?"
Keesokan harinya,
8:34 AM.
Ting!
Bunyi loceng pintu kedai makan keluarga Han berbunyi, seorang lelaki segak berpakaian t-shirt berlengan panjang berwarna kelabu dan seluar berwarna hitam, masuk ke dalam kedai itu dengan penuh gementar.
Puan Huang terkejut dengan kedatangan Hide. Dia baru sahaja selesai menyusun biskut ke dalam jar lalu dikejutkan dengan kedatangan Hide yang tidak dijemput.
"Hai, auntie..?" Hide menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat.
"Saya.. Kawan.."
"Dia boyfriend Han." Celah Han entah dari mana, sambil menolak kerusi rodanya dari kaunter kedai makan.
Puan Huang dibiarkan ternganga.
Xukun sibuk mendengar lagu di radio sambil mencuci pinggan mangkuk.
Selepas saja dia mendengar perbualan Han dan ibunya, dia terus mengelap tangannya menggunakan apron yang sedang dipakai.
Dia berlari keluar dari dapur..
"Ma, Han nak keluar dengan adik." Kata Han, menoleh ke arah Puan Huang. Dengan riak wajahnya yang masih tidak bertukar, ibunya menjawab,
"Mana boleh, Han.. Kamu nak kena kejar lagi ke dengan orang gila?"
Han tahu siapa orang gila yang dimaksudkan oleh ibunya.
Peminatnya. Sudah tentu.
"Ma, tak payah risaulah. Han boleh jaga diri."
Han menarik penutup wajahnya.
"Bye, Ma. Muah." Xukun mencium pipi ibunya lalu kerusi roda Han ditolak keluar dari rumah.
"Hide, follow me." Ajak Han, tanpa sebarang reaksi yang terpapar di wajahnya.
Hospital KPJ Johor
"Ibu, janganlah macam ni. Makanlah. Penat tau Solehah buat." Sudu itu kekal di bibir Puan Hajah, ibu kandung Hanieya Solehah. Dia tidak mahu membuka mulutnya membuatkan Hanieya makin risau. Mana tidaknya berat badan ibunya menurun.
"Aku nak keluar dari sini."
"Ibu kena makan dulu, baru Solehah bawa keluar." Akhirnya, mulutnya terbuka, lalu makanan itu dikunyah perlahan-lahan.
Sudah 2 minggu setengah, Hanieya duduk bersama ibu kandungnya di Johor.
Habis sahaja bubur yang disuap oleh Hanieya,
"Jap eh, ibu. Solehah basuh mangkuk dengan sudu ni. Sekejap je.." Dia bangun dari kerusi, terus ke tandas bilik wad buat sebentar. Pintu tandas itu dibiarkan terbuka sementara membasuh pinggan dan sudu milik ibunya,
BAM!
Ibu Hanieya bangun dari katil, dan terus berlari keluar dari bilik itu, tidak menghiraukan jeritan anak perempuannya.
"IBU!"
"Abang, asal makcik tu kena kejar dengan nurse-nurse tu?"
"Entah."
"Ibu! Ya Allah, janganlah lari!"
Han akhirnya menoleh ke arah suara yang dia amat kenali,
"The hell is she doing here?"
Jazakallah' khair for reading!
Boleh tekan butang oyen + komen!
😍🥰😊
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro