11 | Insiden
-❊ Jikalau demam, harus lalui peritnya demam baru pulih. Begitu juga dengan hidup. Haruslah diberi ujian, barulah rasanya nikmat kebahagiaan ❊-
Arah Mana Syurga
Mikrofon itu dilepaskan dari genggaman Han, tepukan gemuruh yang biasa didengari oleh telinganya membuktikan yang dia sekali lagi berjaya memberikan persembahan yang terbaik pada malam itu.
AE19 turun dari pentas, badan Han yang tinggi lampai berjalan ke arah tandas bilik rehat dan tangannya diletakkan di atas singki.
Sungguh, dia letih yang teramat.
Keputusannya untuk berhenti daripada menjadi ahli grup AE19 sudah lama bermain di dalam minda, tetapi tidak pernah menjadi keputusan realiti.
Menjadi seorang artis dari umur 16, bukanlah pilihan yang bernas.
Satu badannya berpeluh, matanya sudah mula merah kerana tidak tidur selama 3 hari berturut-turut.
"Diorang tak pernah nampak, kan?" Keluhnya sambil melihat ke arah cermin yang sudah kotor dengan tanda-tanda jari, gelembung air berwarna hitam.
Lay dan Zhao sedang sibuk menjamu selera.
Xunjiang sibuk dengan telefon pintarnya manakala X9 hanya merenung ke atas siling. Shuen dan Jun pula hanya merehatkan diri di atas sofa.
Bunyi sorakan peminat masih boleh didengari.
Han melabuhkan punggungnya di atas kerusi plastik berwarna putih,
Pada pukul 4 pagi, AE19 perlu terbang ke Osaka. Selepas konsert Osaka, keesokkan harinya pula, pada pukul 7 pagi, mereka perlu bertolak ke HongKong.
Apa yang lebih memenatkan selain daripada tidak dapat tidur yang mencukupi?
Berlari dari peminat-peminat yang gila di mana-mana tempat sahaja.
Han pernah menangis bersendirian di dalam bilik air Pusat Lapangan Terbang di Kuala Lumpur. Dia mengunci dirinya di dalam tandas. Menangis sambil duduk di atas mangkuk tandas kerana langsung tiada privasi.
Peminat sedar akan mata Han yang sembab akibat menangis pada masa itu, dan menanyakan mengapa.
Kesemua peminat menyalahkan EPN Records kerana meletakkan tekanan kepada Han.
Padahal, merekalah sebab mengapa Han menangis tidak henti-henti.
Dia cuma seorang lelaki yang hanya terlibat dalam industri hiburan. Itu sahaja.
Prakk!
Dara menampal koolfever di dahi lelaki yang baru saja mahu melelapkan mata.
"Aish!" Jerit Han kerana terkejut.
"Dah, dah lah tu emo. Aku lempang muka kau tu karang.." Pujuk Dara.
Dylan menghulur satu coklat bar berjenama 'Haiz' kepada Han sambil mengenyitkan mata kanannya.
"Makan boleh menghilangkan stres."
Pada masa yang sama, Lay datang memberi sebuah pelukan dari belakang, buat penyanyi rap itu.
Han hanya tersenyum. Mengetahui yang mereka semua akan sentiasa ada di sampingnya.
Dara duduk di sebelah Han, manakala Dylan tiba-tiba mahu menyempit di antara mereka berdua.
"Erk.. Hehehe. Halal distancing.."
"Kepala bapok kau halal! Kau muslim ke!"
Kepala Dylan diketuk oleh Han.
Han melayan Dylan seperti seorang kawan rapat dan bukannya sebagai seorang bos. Beza umur mereka hanyalah sedikit, buat apa mahu formal sangat dengan lelaki seperti Dylan.
Dara tergelak, lalu membuka telefon pintarnya. Dia mendapat notifikasi dari Hanieya.
"Wah.. Budak tudung labuh tu dah pandai main Whatssapp lah!" Gurau Dylan, saja mahu mengusik.
"Dah lah pendek.. Pakai baju-baju labuh pulak tu.. Mana tak teserlah lagi kependekkan dia tu.." Tambah Han dengan dahinya yang sudah ditampal dengan koolfever. Kurang sedikit panas badannya.
Tiba-tiba, telefon pintar Dara dirampas oleh tangan Han sendiri! Dia terus menekan butang 'call'.
Memang suka cari pasal!
"Hi Dara! Sorry tau tadi Solehah tak boleh angkat call Dara.. Solehah busy sangat tadi.. Dara okay?"
Han hampir tergelak mendengar suara si Hanieya di dalam talian, manakala Dara dengan bersungguh-sungguhnya cuba mengambil telefon pintar itu dari Han.
Ehem-Ehem..
Han mula membuat suara ke'perempuanannya'. Sudah lama dia tidak menyakat Hanieya, inilah masanya!
"Hello, Solehah. Solehah, you dah makan ke? Solehah, chocojar i dah sampai ke, Solehah? Hello!"
Ternganga Dara dibuatnya.
Suaranya bukan begitu!
"Eee siapa ni!" Marah Hanieya.
"Saya end call ni eh! Jangan main-main! Kawan saya mana! Awak ambil telefon dia kan? Saya marah ni!"
Han tersenyum kecil, ada juga comel si Hanieya ni. Hidungnya mengembang kerana cuba untuk menahan gelak di sebalik panggilan. Takut pula identitinya terbongkar.
"Uu takutnya i, uuu takutnyaa nanti you nak buat apa? Bawak pistol air dari KL?" Perli Han.
Hanieya hanya berdiam diri, tidak memberi sebarang respon. Setelah menyedari Han ialah si pembuat panggilan, suaranya diperlahankan.
"Oh, aku tengah cakap dengan spender aku lagi.. Woi budak hentai, barang yang aku beli dah sampai?"
Hanieya mengangguk, dia terlupa yang dia sedang bercakap dengan Han di dalam talian.
"Kau mengangguk eh? Kau ingat aku tengah videochat dengan kau ke sekarang?"
"Oh.. Ya. Dah sampai. Terima kasih."
"Dah hias ke belum?" Soal Han. Dara berputus asa. Dari tadi asyik terjengket-jengket. Tambahan lagi, dia sedang memakai kasut tumit tinggi.
"Dah dengan Umar.."
"Siapa Umar?" Tanya Han, sekarang dengan nada serius. Wajahnya mula mengeruk. Siapa pula Umar ni? Abang dia ke?
"Boy--"
BITT!
Panggilan itu ditamatkan sejenak sahaja Dylan merampas semula telefon milik buah hatinya.
"Kesian Dara!"
Han hampir menumbuk muka si Dylan kerana dia belum habis berbual dengan Hanieya Solehah.
"Kau memang panggil si Hanieya, Solehah ke, Dara?"
"Ha'ah.. Eh kenapa kau tanya? Kau nak aku panggil kau 'soleh' ke?"
Han menjeling, Zhao sudah memanggil AE19 untuk bersiap pulang ke hotel yang tidak jauh dari stadium.
Hide dan Han di dalam talian.
"Hey, how are ya?"
"Heyy. Miss you already."
"Things going smooth lately?"
"Yeah. I went to EPN Records to visit your studio, and i even took your hoodie with me.."
"Ah, you really miss me, huh?"
"Obviously, duh.."
"By the way, i met Hanieya."
"Ha?"
"Hanieya Solehah la.. Yang you bagi tumpang bilik you!"
"Buat apa je terjumpa dia?"
"Tolong dia hias bilik surau."
"With a guy named Umar? Because she told me this 'Umar' guy helped her."
"Han, i am Umar. The heck are you talking about."
"Wait, wait.. Ahh okay okay.. I remember. Your classic name. Umar Khalish."
"Finally. "
"Listen, i need to go now, bae. Bye. Love ya. Counting days on seeing you again."
"I love you too. Bye."
Panggilan itu ditamatkan. Han berjalan ke katilnya. Bantal yang empuk itu ditepuk beberapa kali sebelum dia membaringkan badannya.
Sekarang sudah pukul 11 malam, dia hanya boleh tidur selama 2 jam setengah kerana penerbangan yang seterusnya ialah pada pukul 4 pagi. Mereka perlu bertolak awal.
Matanya tertutup.
Letih. Letih yang amat.
10:55 Pagi di Lapangan Terbang Kansai
AE19 keluar dari kereta selepas diberi arahan. Beberapa pegawai polis sudah menunggu di pintu ketibaan. Lapangan terbang itu dipenuhi dengan jeritan peminat, ada yang sedang menolak satu sama lain untuk mendapatkan pemandangan yang lebih baik.
Ada yang membawa kerusi kecil, untuk berdiri di atasnya, supaya mereka dapat menangkap gambar ahli kumpulan AE19 dari sudut yang baik.
'What a day.' Bisik Zhao, lalu menarik semula penutup wajahnya.
X9 berjalan di hadapan Han,
Mereka mula meredah para peminat yang sudah memenuhi lapangan terbang itu sejak pukul 8 pagi..
Baju Han ditarik oleh salah seorang peminat yang rambutnya diikat tocang, ada yang cuba mencapai bahu Lay, tangan Shuen pula ditarik manakala Jun ditolak oleh beberapa peminat yang lain..
Pegawai-pegawai keselamatan cuba untuk lindungi ahli-ahil AE19 sebaik yang mungkin,
"Kita kena naik eskalator.." Arah seorang pegawai dengan tangannya yang masih menempis tangan seorang peminat yang sedang cuba untuk memegang tangan Han.
"Shit is about to happen man, seriously." Keluh Jun.
Mereka semua terasa seperti patung yang dipamerkan di hadapan orang ramai. Mereka tidak layak mendapat layanan sebegini rupa, privasi mereka langsung tidak diambil peduli.
Kumpulan pegawai menghalang peminat-peminat daripada menggunakan eskalator yang sama dengan AE19.
Akan tetapi,
Terdapat 2 eskalator yang bersebelahan sesama sendiri.
AE19 menarik nafas panjang.
Mereka perlu membuat perancangan pada masa itu juga.
Patut ataupun tidak, jikalau kedua-dua eskalator perlu digunakan oleh AE19? 3 ahli di eskalator pertama, dan 4 lagi ahli di eskalator kedua?
Tidak.
Tidak mungkin.
Bilangan pegawai polis yang ada tidak dapat menjaga kedua-duanya.
AE19 perlu menggunakan satu eskalator iaitu eskalator pertama sahaja.
Perjalanan menaiki eskalator selama 50 saat itu bunyi seperti perkara biasa bagi orang normal, tapi bagi mereka,
Tidak.
Han berada di belakang sekali. Kesemua ahli naik sebelum dirinya..
Secara tiba-tiba,
Sekumpulan peminat terlepas dan mula menaiki eskalator kedua. Tangan mereka mencapai Zhao, Lay dan Jun. Zhao tidak lagi mampu mengawal kemarahannya, dia mula menjerit, merayu supaya berhenti.
Xunjiang, X9 dan Shuen selamat naik ke atas. Mereka bertiga disuruh untuk berlari ke kereta secepat yang mungkin.
Walaupun sudah dirayu untuk berhenti, ada lagi yang masih menarik beg yang disandang oleh Zhao dan lengan baju Jun ditarik dengan kuat dan hampir terkoyak. Kesemua pegawai polis tertumpu ke arah Zhao dan Jun, langsung melupakan Han yang sedang berdiri di belakang, dia terpaksa mempertahankan dirinya tanpa pertolongan sesiapa.
Muncul beberapa lagi tangan yang cuba menolak Han ke belakang menyebabkan tangannya terlepas dari menggenggam pemegang eskalator,
BAM!
Han ditolak ke bawah.
Badannya terguling, dan kepalanya dihentak di tangga eskalator. Bunyi badannya yang terjatuh terguling didengari ramai dan akhirnya badan Han terlantar di atas lantai.
Darah sudah mula memenuhi kawasan, mata Han tidak lagi terbuka.
Tetapi bunyi kamera ditekan masih tidak berhenti dan lampu kamera tidak pernah ditutup.
'The things that looked expensive for other people, we as an artist, found it normal. They thought having flights are considered rich, having well branded shoes are considered rich, we have it.'
'But the things they found normal to them, are the things that are not normal for us.'
'And it is privacy.'
'And we failed to have that.'
- inspired by a K-idol quote.
Jazakallah' khair for reading.
Boleh tekan butang oyen, dan komen!❤️
Bab ni dah macam Zombie pun ada.
😭🤣......Assalamualaikum!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro