00 | Kertas Memo, Rama-Rama Biru dan Kamu
Today the ustaz taught us about loving someone for the sake of God,
and so i thought,
if he started asking me examples of who i could love for the sake of God,
I would answer everyone, everybody, mama, pa, Kun,
& you.
Obviously.
- Li Xuan Han's Unlearn Thoughts
[Ya, chapter ni panjang. Kata nak makan nasi kandaq? Ada masalah ke? Jom kita gaduh dekat kedai MPH. Akan ku hempuk kamu dengan novel-novel cinta yang tebalnya 600+ muka surat]
[Sebab Mengapa Chapter Ini Panjang: ADA ORANG DATANG NAK MASUK MINANG AHAHAHAH]
[30k patah perkataan ya anak-anak. Haihlah baik tengok movie Twilight]
[ TeamFaithIsa! ]
[ TeamXukunXHawa 😌]
***
Beberapa peserta mengalihkan pandangan mereka ke arah lelaki, yang rambutnya kian memanjang hingga paras leher namun tidak diikat. Kemeja putih yang tersarung di badannya mempamerkan lagi warna kulitnya yang cerah.
Bahunya yang lebar, dan wajahnya yang langsung tidak ditelan umur. Garisan rahangnya masih tajam, matanya yang menyepet setiap kali tersenyum masih dapat menangkap seberapa hati yang ada di dalam dewan itu.
Jari manisnya disarungkan dengan cincin berwarna hitam, yang diukir dengan kalimah syahadah. Manakala jari kelingkingnya disarungkan dengan cincin perak.
Tangan kanannya sedang gigih menulis setiap apa yang dikatakan oleh ustaz yang sering menjadi rujukan buat dirinya yang masih lemah dalam perihal fardhu ain, Ustaz Fadhil.
Li Xuan Han benar-benar tertampak lebih tampan apabila bertemu depan-depan.
"Itu bukan Han ke? Han AE19?"
"Dia gay kan dulu?"
"Shh.. Hidayah tu kan milik Allah."
Dia cuba mengendahkan setiap bisikan yang didengari sipi-sipi di telinganya.
Matanya melekat ke arah lelaki bersongkok putih di atas pentas. Keningnya berkerut, kepalanya mengangguk berkali-kali mendengar ceramah berkaitan dengan tajuk, Manusia Dan Kelalaian..
"Tuan-tuan dan puan-puan, kita memang diciptakan oleh Allah SWT dengan penuh sifat lupa dan tidak kesempurnaan.."
"Maka, kalau kita tidak sempurna, kalau kita lalai, maka sempurnalah kita sebagai seorang manusia,"
"Kerana Yang Maha Sempurna hanyalah Allah SWT.."
"Kita boleh rujuk maksud Surah Al-Asr,"
"Demi masa."
"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.."
"SubhanAllah, jadi ini menunjukkan bahawa manusia dengan lalai, manusia dengan lupa itu normal!"
"Jadi tak perlulah kita nak cakap,"
"Aku ni selalu buat silap.. Semua benda tak kena.. Terlupa itu, terlupa ini.."
"Kita buat silap, kita terlupa, itu normal bagi manusia biasa. Yang tak buat silap ialah malaikat,"
"Tapi ingat, bila kita berbuat dosa,"
"Berbaliklah kepada Tuhan, bertaubat.."
"Usaha untuk menjadi yang terbaik buat Yang Maha Esa."
Tak!
Pen hitamnya diletakkan ke tepi. Dia menggigit bibirnya beberapa kali. Jantungnya berdegup kencang kerana kehadiran Dara Luke yang ada di belakangnya, selang beberapa kerusi. Dia perlahan-lahan menoleh kebelakang buat kali ketiga,
Dara oh Dara. Dari dulu sampai sekarang perangai dia sama saja.
Dara dengan penuh selambanya sedang membuka paket kerepek Tweesties dan mula curi-curi makan di dalam dewan.
Li Xuan Han masih tidak percaya bahawa Dara sedang mengandung. Mati-mati dia ingatkan wanita itu sedang memasukkan belon ke dalam bajunya. Rupa-rupanya, dia benar-benar sedang menjaga si kecil di dalam rahim.
Agak pelik. Mungkin kerana Han sudah terbiasa melihat Dara berpakaian dalam blazer berwarna hitam lalu dipasangkan dengan skirt pendek berwarna merah lalu berlari ke mesin air Coway di bangunan EPN Records.
Dan sekarang, wanita yang berumur 25 tahun itu telah mengenakan tudung dan jubah berwarna hitam. Matanya meleret ke arah kerusi di sebelah wanita itu,
Masih kosong.
Mungkin Hanieya masih sibuk di meja pendaftaran?
Mungkin Hanieya sedang menjawab panggilan para peserta yang tidak dapat hadir?
Atau..
Mungkin..
Hanieya sedang bersembang dengan seorang peserta lelaki yang lebih tampan dari dirinya?
Han menepuk dahinya sekuat yang mungkin. Beribu prasangka mula bermain di dalam kepalanya.
Terkejut dibuatnya lelaki yang sedang duduk di sebelahnya sehingga bekas pensilnya terjatuh ke lantai. Han segera meminta maaf.
PRAK!
Bunyi pintu dewan ditolak tidak lagi berjaya menangkap perhatian Li Xuan Han kerana setiap kali dia menoleh arah pintu kayu itu, pasti bukannya kemunculan si wanita yang ditunggu-tunggu.
"Hanieya! Psst! Psst!"
"Sini lembu! Sini!"
"D-Dara!"
Suara kecil yang amat dia kenali membuatkan nafasnya kembali sesak.
Lantas, dia menoleh kebelakang. Dan Tuhan, hatinya hampir-hampir mahu tercabut apabila Dara akhirnya tersedar akan tindakannya.
Matanya menangkap kelibat wanita bertudung biru yang sedang melabuhkan punggung di atas kerusi.
Han cepat-cepat menoleh kehadapan semula sambil berzikir. Doa qunut, doa selepas angkat wudhu, doa tidur, semuanya dibaca.
Dia benar-benar mahu melihat Hanieya namun niatnya terhalang kerana Dara.
"Dia pandang lagi.."
"Dia pandang, dia pandang.."
"Dia pandang lagi.."
"Memang rambut dia panjang macam tu eh?"
"Apa nama baru dia kau cakap?"
Tanya Dara dengan mulutnya yang sudah dipenuhi dengan kerepek Tweesties. Bunyi kruuk, kruuk setiap kali dia mengunyah membuatkan Hanieya hampir mahu mencubit peha sahabatnya. Letih sungguh melayan perangai seekor kambing.
"Faith. Faith Isa."
PSST!
Tersembur kerepeknya.
"F-Faith? Nampak macam tak seberapa nak Faith je.."
Hanieya menggeleng kepalanya beberapa kali. Dia mula melihat kelibat Han dari belakang. Hatinya sekarang kembali bertaut dengan segala memori yang dia ada bersama dengan Han.
Mahu kata perit, tidak.
Mahu kata indah, sedikit.
Mahu kata rindu,
Ya. Sudah tentu dia rindu.
Tiba-tiba sahaja,
Seorang lelaki tinggi lampai masuk ke dalam pemandangannya membuatkan Hanieya Solehah ternganga. Dara juga turut serta.
X-Xukun? Mengapa dia tiada sewaktu sesi pendaftaran sebentar tadi?
Remaja yang dahulunya pinggangnya sentiasa diikat dengan apron, hadir dengan memakai kurta berwarna putih sama tema dengan abang sulungnya lalu dipasangkan dengan seluar slack berwarna coklat muda.
Hanieya lupa bahawa Xukun sudah bertambah umur. Umurnya sudah mencecah angkanya 18. Lapan belas. Janji yang pernah dibuat oleh Xukun terngiang-ngiang di dalam kepalanya.
Xukun pernah berjanji bahawa Hanieya akan menjadi orang pertama untuk mendapat panggilan setelah keputusan SPM-nya diumumkan,
Xukun juga pernah berjanji bahawa Hanieya akan menjadi orang pertama untuk mendapat mesej jikalau dia diterima ke universiti kegemarannya,
Apakan daya.
Janji tinggal janji.
Entah mengapa, Hanieya mula sebak. Dara masih lagi terkaku melihat imej baharu milik dua beradik itu.
Xukun duduk di sebelah Han, tanpa melihat mahupun tersedar akan kewujudan mereka berdua membuatkan Hanieya agak terasa.
Tapi siapa dia untuk terasa.
Dia bukan sesiapa dalam hidup mereka berdua.
Hanieya berasa amat bangga melihat Han dan Xukun walaupun dari jauh. Dia sudah ditinggalkan lama tanpa sebarang sebab, dia tetap berasa gembira buat mereka berdua sebagai seorang Muslim.
Wanita itu langsung tidak dapat menumpukan perhatian dalam mendengar ceramah oleh Ustaz Fadhil.
Jantungnya berdegup kencang. Perasaan yang sama muncul kembali.
Dan perasaan itu berhak dihapuskan sejak lama lagi.
***
"Perhatian buat kesemua peserta, diingatkan sekali lagi, masa rehat yang diberikan hanya satu jam. Selesai sahaja sesi kita bersama dengan panel yang seterusnya, kami akan hulurkan bekalan makanan di kafe."
Semua peserta yang ada mengambil perhatian dengan peringatan ketua pengacara. Hanieya meletakkan kepalanya di atas bahu Dara.
Dara mengusap kepala sahabatnya manakala tangan kanannya masih memegang pen biru. Hanieya hanya tersenyum rapi, sehinggalah,
Lelaki itu menoleh kebelakang semula.
Mata Han dan Hanieya membesar sewaktu wajah mereka bersua. Apa yang membuatkan situasi itu lebih ganjil, Han tidak menoleh semula kehadapan. Matanya mengunci.
Wajahnya sayu, amat.
Hanieya tidak tahu mahu memberi reaksi apa. Dia juga ikut terkaku. Wajah lelaki yang pernah dia tatap sewaktu mereka bertembung di dalam bilik surau EPN Records, sekarang ditatap semula selepas 2 tahun ditinggalkan tanpa berita.
Kesemua memorinya bersama dengan Li Xuan Han datang menembak,
Dihantar pulang ke rumah selepas digelar Budak Hentai hanya kerana suaranya yang kecil,
Memekik, bergaduh sewaktu perbincangan musik video, semuanya dia ingat.
Tapi saat dia gagal bertarung juga,
Lelaki itu masih ada bersama dengan dirinya.
Sewaktu dia menangis di perhentian bas, sewaktu dia mahu datang melawat ibu kandungnya di hospital, sewaktu dia didera dan sewaktu dia hampir-hampir melompat dari tembok balkoni,
Yang sentiasa ada bersama dengan dirinya ialah Li Xuan Han sendiri.
Dialah lelaki,
Yang sanggup meninggalkan konsert AE19,
Yang sanggup melanggar perintah ibunya supaya tidak menerima sebarang jemputan untuk ke mana-mana rancangan temubual,
Yang sanggup menggunakan duitnya untuk membayar hutang Anas,
Semuanya dikorbankan oleh Li Xuan Han sendiri supaya dia dapat mengurangkan beban Hanieya Solehah.
Lain pula dengan perasaan yang sedang melanda di dalam diri Han sewaktu dia menatap wajah wanita yang akhirnya menundukkan pandangannya.
Perasaan bersalah sentiasa muncul apabila dia mengenangkan Hanieya Solehah.
Kata-kata Ustaz Tariq diputar semula di dalam kepalanya,
'Wanita itu ibaratkan sedang memakai baju besi sewaktu dia menjaga maruahnya. Dia sedang menjaga dirinya dari terkenanya peluru,'
'Dan yang peluru itu adalah kita. Janganlah kita mencalar maruah mereka sebagaimana kita mencalar baju besi yang dipakai oleh mereka dengan melepaskan peluru,'
Jikalau Hanieya sedang memakai baju besi,
Sudah tentu baju besinya telah berlubang banyak kerana peluru yang dilepaskan oleh Li Xuan Han terlalu banyak.
Dia sudah mencalarkan maruah wanita itu sejak hari pertama mereka bertemu. Memberinya gelaran yang tidak senonoh hanya kerana suaranya yang kecil, memarahi Hanieya di hadapan AE19,
Dan dia tidak lagi mahu mencalar maruahnya buat keseratus kalinya,
Tapi dia juga tidak mampu melepaskan Hanieya kerana perasaan yang sudah lama dia pendam sejak hari mereka dikejar angsa,
Dan cara untuk tidak mencalar maruah wanita itu,
Dan pada yang sama dia tidak perlu melepaskan perasaannya,
Hanyalah satu.
"SOLEHAH! MANA PIN RAMA-RAMA KAMU!"
Hanieya menanggung rasa malunya sewaktu dia dimarahi oleh ketua kumpulannya, Puan Zaleha. Wajahnya tertunduk ke bawah, melihat semut-semut yang ada di lantai simen.
Malam sebelumnya juga dia telah dimarahi teruk oleh Puan Zaleha kerana kantoi membawa anak patung Winnie The Pooh sebagai bantal peluk sewaktu dia tidur di dalam bilik dorm Kolej Al-Fateh.
"SEMALAM BAWA ANAK PATUNG,"
"HARINI HILANG PIN PULAK!"
"KAMU NI UMUR DAH BERAPA SOLEHAH?"
"D-Dua puluh tiga.." jawab Hanieya, perlahan.
Para peserta yang sedang sibuk menjamu selera di kafe kolej itu mengalih pandangan ke arah Hanieya.
Dan ada juga beberapa orang lelaki berkopiah mula memberi reaksi dan ada juga di antara mereka yang mula memberi senyuman ke arah Hanieya, yang sudah mula berasa kurang selesa dengan perhatian yang dia dapat.
"CARI BALIK SAMPAI DAPAT!"
Hanieya menganggukkan kepalanya beberapa kali namun masih tidak bergerak dari tempat dia sedang berdiri.
"EH KAMU NI?"
"TUNGGU APA LAGI! CARILAH!"
Hanieya tergesa-gesa berlari dari kawasan itu dan matanya mula mencari-cari kemana Dara sudah menghilang. Kelibat Adibah juga diendahkan kerana dia sedang sibuk menyusun botol air mineral di meja makan.
Terpaksalah dia masuk dewan tanpa sesiapa menemani.
Pintu dewan ditolak. Gelap. Kerana suis lampu sudah ditutup.
"Mana pulak suis lampu ni.."
Dia berlari ke hujung dewan selaju yang mungkin kerana dirinya yang takut dengan gelap.
TAK! Butang suis lampu ditekan.
"H-Hanieya?"
"BISMIKA ALLAHUMMA AHYAA WA AMUT-" jerit Hanieya sekuat yang mungkin. Hampir jatuh terduduk dibuatnya.
"H-Han?" Dia melangkah kebelakang melihat lelaki berkerusi roda yang perasaan gementar terpapar di seluruh wajahnya yang mula memucat.
"H-Hai.." Han melambaikan tangan. Kekok sungguh. Terasa canggung di antara mereka berdua. Hanieya mengeruk wajahnya,
"Kenapa Han dekat sini? Tak keluar pergi makan ke?"
"Tak, tak, saya-, aku-" Bunyi keluhan dilepaskan didengari jelas di telinga Hanieya.
Itik betul. Cakap sajalah!
"Kau cari ni kan?"
Tangan Han yang ternyata sedang menggeletar, menghulur pin rama-rama biru kepada Hanieya.
Hanieya mengangkat keningnya, bagaimana pula lelaki ni tahu yang dia sedang mencari pin rama-ramanya.
"Ha'ah. Terima kasih."
Dia memulakan langkahnya untuk keluar dari situasi penuh ganjil itu,
"H-Hanieya!"
Hanieya menoleh semula ke arahnya, apa lagi yang dia mahu?
Han menggigit bibirnya semula sebelum menyambung bicara. Matanya tidak lagi mahu memandang ke arah matanya si Hanieya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sukarnya dia untuk menangkap nafas ketika itu,
"Hanieya,"
"B-Boleh tak kalau.."
"Hanieya bagi.."
"H-Hanieya-"
"Dia nak masuk minang." Xukun dengan penuh selambanya memotong ayat abang sulungnya. Lelaki itu keluar dari tempat soroknya, di sebalik kerusi-kerusi plastik yang ada.
Sama juga dengan Dara, wanita yang sedang menyorok di bawah meja yang terletak di hadapan pentas.
Nak masuk meminang?
Hanieya sudah dikejutkan dengan pelbagai perkara pada hari itu. Cukup sudah dia dikejutkan dengan kedatangan dua lelaki yang pernah menjadi orang terpenting di dalam hidupnya,
Dan cukup sudah luka yang dia kumpul selama ini.
Hanieya terasa seperti dia telah digunakan.
Hilang bukan main lama, dan sekarang tiba-tiba sahaja mahu masuk meminang?
Dah lah tidak memberitahu sebab mengapa dia hilangkan diri, tiba-tiba pula mahu mendekatkan diri semula dengan menghantar pinangan tanpa sebarang penjelasan?
Ini tidak adil.
"H-Hanieya, b-bukannya masuk meminang,"
"T-Tapi macam,"
"Kita berkenalan?"
Dara tergelak terbahak-bahak.
"HA? BERKENALAN? ENGKO NAK BERKENALAN APA LAGI? AHAHAHAH-"
Hanieya menutup wajahnya menggunakan kedua-dua telapak tangannya yang kecil. Air peluh yang mengalir di dahinya terasa,
"H-Hanieya.."
PAK!
Hanieya Solehah berlari keluar dari dewan tanpa berkata apa. Reaksi yang terpapar di wajahnya juga tidak dapat dilihat. Bunyi pintu dewan dihempas dengan kuat membuatkan tiga sekawan itu tercengang.
Han mengeluh.
Dara dan Xukun mematung. Mereka langsung tidak bergerak apa, hanya kaku, membisu, tidak tahu mahu berkata apa. Otak mereka mula bercelaru, mereka tidak menjangka Hanieya akan bertindak seperti itu.
Dara meninggalkan kawasan itu dengan menundukkan kepalanya.
"T-Tak apa. Nanti aku try cakap dengan dia."
***
Hanieya melayan perasaannya di tempat letak kereta di tepi dewan Kolej Al-Fateh. Dia melabuhkan punggung di tembok yang ada.
Dia memeluk kedua-dua kakinya, kepalanya mula serabut dengan beribu tanggapan.
Tapi yang pasti,
Dia tidak mahu menangis hanya kerana seorang manusia. Dia sudah dilatih oleh ayahnya untuk sentiasa tersenyum sewaktu dirinya didera, dimaki, dipukul sekalipun, dia harus kekal tersenyum.
Tapi entah mengapa,
Ini lebih perit dari segalanya.
Hanieya sedang tersepit di dalam pelbagai masalah dan sentiasa menjadi mangsa dalam segala perkara.
"Hanieya!"
Badan kecil Hanieya dipeluk erat oleh Dara Luke. Walaupun wanita itu sedang sarat mengandung 7 bulan, dia masih cuba untuk masuk di celah-celah kereta yang ada untuk memberi sahabatnya sebuah pelukan.
"Im sorry."
Bisiknya perlahan di telinga Hanieya.
Mereka berdua duduk di atas tembok jalan berbelangkan warna hitam, putih. Badan Hanieya tidak berhenti diusap.
Dagu Hanieya diangkat, wajahnya yang sayu lagi pucat sama seperti wajah lelaki yang masih bersedih di kafe, ditatap lama oleh Dara.
"Hanieya."
"Lets get straight to the point,"
"Kau suka ke tak Han?"
Hanieya memejamkan matanya buat seketika, tidak berani mahu memberi jawapan sambil melihat mata kawan baiknya,
"I know you still have his novel in your handbag,"
"You bring it everywhere with you,"
"Walaupun kau sendiri tak tahu bila kau boleh jumpa dengan dia,"
"Tapi harini Allah temukan kau dengan dia kut,"
"I don't even know he came here until you told me."
"DON'T YOU THINK THIS IS FATE, LEMBU?"
Badan Hanieya digoyangkan beberapa kali,
"Think about it."
"Kalau Han balik harini, Hanieya,"
"High chance you will never see him after this."
"Bagi dia peluang, tanya dia kenapa dia tinggalkan kau macam tu."
"Masa Han tinggalkan AE19, aku pernah tanya dia kenapa. Dan semua sebab yang dia bagi, semuanya sebab dia taknak susahkan diorang."
"Imagine how hard for him leaving AE19,"
"Now, imagine how hard for him leaving you all alone for the past 2 years."
"Dia mesti ada sebab."
"Dia takkan sanggup tinggalkan kau Hanieya sebab dia yang cintakan kau dulu sebelum mamat braces tu."
Hanieya ternganga luas.
"Ha?"
Selepas apa yang berlaku, Hanieya memberitahu ketua kumpulannya untuk memberinya apa-apa kerja yang perlu dibuat di luar dewan. Dia akan tetap mendengar ceramah melalui speaker yang ada.
Jikalau dia berada di dalam dewan itu sekalipun, dia tahu, dia tidak dapat menumpukan perhatian selagi lelaki itu ada.
Tamat sahaja segala sesi memberi ceramah oleh panel-panel yang dipilih, Hanieya cuba untuk menyorok di belakang badan Adibah yang tingginya mencecah 170cm.
Ada bagusnya juga dapat kawan yang tinggi lampai.
Pulang sahaja kesemua peserta kempen Arah Mana Syurga pada petang itu, Hanieya berlari semula ke Dara Luke. Dia hanya mampu memberi senyuman,
Matanya beralih ke arah beberapa goodies bag yang tinggal di atas meja pendaftaran.
"Dara dah ambil ke goodie bag?"
"Lum. Dibah suruh ambil berapa banyak yang kau nak. Aku nak rembat semua sekali sebab ada Tweesties dalam tu,"
"Ya, ya je Dara ni. Anak Dara tu macam mana? Diana oo Diana, awak nak lagi ke makan Tweesties?"
Hanieya melepaskan nafas lega selepas dia berjaya menyorokkan diri daripada Li Xuan Han dan juga Li Xukun.
Tapi dia lupa,
Takdir Tuhan, tiada siapa yang mampu menghalang.
-
"Weh, singgah masjid dulu lah."
"Tak sempat ni solat Maghrib."
Sesaknya jalan raya pada waktu itu membuatkan Dara menjerit nama buah-buahan. Ya, dia menggantikan kata-kata carutan dengan nama buah-buahan.
Hanieya mengangguk, stereng kereta dipusingkan. Masjid Jamek Al-Amaniah menjadi tempat mereka menunaikan solat fardhu Maghrib.
Kereta mereka ditempatkan tidak jauh dari tempat masuk masjid. Keluar sahaja dari kereta, tangan Dara dipimpin oleh Hanieya.
Beg hitamnya, disandang.
"Dara ingatkan doa masuk masjid?"
"Ingat."
"Allahummaf tahlii abwaaba rohmatik,"
"Maksud dia, Dara ingat tak?"
"Ingattt."
"Ya Allah, bukalah untukku pintu-pintu rahmat-Mu."
"Pandai. Dah jom."
Selesai sahaja menunaikan solat fardhu Maghrib, Dara berbaring di atas pehanya Hanieya. Matanya terasa berat, Al-Quran bersaiz kecil dipeluk rapat di dadanya lalu dia tertidur. Kepalanya diusap beberapa kali.
Mereka berdua sedang berada di tepi kain langsir berwarna coklat cair yang dipasangkan untuk memisahkan ruang di antara tempat solat lelaki dan perempuan.
Wanita bertudung biru itu mengambil Al-Quran dari pelukan sahabatnya.
Bahagian indeks dibuka.
Surah Al-Rad dicari.
Ayat satu hingga tiga dibaca dengan suaranya yang sayup-sayup didengari oleh para kaum hawa yang ada di belakang.
Sehinggalah dia terdengar suara seseorang,
"Xukun, tolong ambilkan Al-Quran warna biru tu."
Ya Tuhan. Sungguh..
Mengapa dia ada dekat sini!
Li Xuan Han benar-benar sedang berada di sebelah kanannya, di sebalik kain langsir. Suaranya didengari terlalu jelas.
Hanieya mengetap bibirnya kuat-kuat, tidak mahu melepaskan suaranya walau satu patah perkataan sekalipun.
"Erm.. Hanieya.. Tweesties.."
ARGH!
Suara Dara yang kuat lagi nyaring didengari oleh kesemua orang yang ada di ruang itu. Mengingau pun bising.
Tuhan memang mahu pertemukan mereka berdua dalam apa jua cara sekalipun, dan Hanieya tahu.
"H-Hanieya?"
Hanieya menepuk dahinya.
"Y-Ya, Han.."
"Oh.. Hai."
Hanieya tidak mahu membalas apa. Dia hanya menundukkan kepala mengetahui lelaki itu ada di sebelahnya.
"Hanieya,"
"I am so sorry."
"Tak apa."
Perbualan mereka yang tidak seberapa, berhenti setakat itu. Mereka berdua tidak lagi mampu mahu bersuara.
Akan tetapi, suara Han yang sedang membaca Surah Al-Fajr ayat yang ke 16 mengganggu Hanieya yang masih mendiamkan diri.
"Wa ammaaa.. izaa mabtalaahu faqadara 'alaihi rizqahuu.. fa yaquulu.. Rabbiii ahanan." Pelatnya jelas.
"H-Han."
"Ha panjang. Ahaanan."
"Ah. Yeah. Sorry."
Hanieya melepaskan sebuah keluhan.
"Han dah sampai iqra' mana?"
"T-Tiga.."
"Tapi nak try baca Al-Quran."
"Oh. Ok. Tak apa. Perlahan-perlahan.."
"K-Kalau Hanieya dengar Han tersalah baca,"
"Hanieya ada."
"Eh,"
"Hanieya tolong betulkan."
Han tertawa kecil. Dia menoleh ke kiri, memandang ke arah wanita yang tersorok disebalik kain langsir.
Sebuah senyuman kecil,
Amat kecil, terukir di wajahnya.
Tak apalah jikalau Hanieya tidak sudi mahu menjadi miliknya.
Dia punya Tuhan.
Dia punya Allah.
"Han?"
"S-Sambunglah baca.."
"Oh, oh. Ya, ya."
Kerusi roda Han ditolak laju oleh Li Xukun yang kopiahnya mula menyenget.
"KAU TOLAK PERLAHAN-PERLAHAN BOLEH TAK?"
"TAK BOLEH AKU NAK TERBERAK DAH NI!"
"PERGILAH TANDAS!"
"TANDAS KOTOR LAH SETAN! AKU TAKNAK!"
"WOI ANAK-ANAK ALIM," laung Dara dari jauh. Dia tercungap-cungap berlari ke arah mereka berdua bersama dengan tangan kanannya yang masih diletakkan di perutnya yang kian membesar.
"Lemah mak ko ni nak.."
Han dan Xukun menoleh ke arahnya,
"Kau kenapa, Ra? Kau berlari macam-"
"Penguin.."
"BISING KAU SETAN!"
Kelibat Hanieya yang datang menghampiri mereka bertiga membuatkan Han tiba-tiba sahaja memegang erat tangan kanan adiknya.
"WOI, WOI APA NI! KATA DAH INSAF TAKNAK JADI GAY-"
PAK! Punggung Xukun ditepuk kuat.
Hanieya menyorok di belakang badan Dara.
"Dah kenapa Kak Solehah?"
"SHHHH! DIAM KO XUKUN. Han. Dengar. Ada soalan aku nak tanya ni,"
Wajah Han kian bercahaya. Soalan?
"Han,"
"Bagi aku sebab kenapa kau nak masuk meminang Hanieya, dan,"
"Sebab kenapa kau tinggalkan dia punyalah lama sampai aku ni boleh mengandung."
"AH! BAIK AKU BERAK DULU! BYE! LOVE Y'ALL, MUAH!"
Xukun menghilangkan diri dalam masa sesaat, meninggalkan Han keseorangan tanpa sesiapa di sampingnya.
Dia menelan air liurnya sebelum mencari ayat yang sesuai untuk dia guna sebagai jawapan,
"Aku nak masuk meminang,"
"Sebab aku nak jaga dia. D-Dan sebab, aku sayang-"
Dara membuat riak wajah seakan-akan dia bakal memuntahkan kesemua Tweesties yang telah dia makan.
"Hanieya.. I have so many reasons on why i left you all alone without telling you anything,"
"Macam mana Han nak bimbing Hanieya kalau Han sendiri tak ada agama,"
"Macam mana Han nak bimbing Hanieya kalau Han sendiri tak tahu macam mana nak solat,"
"Macam mana Han nak sayangkan Hanieya kalau Han sendiri tak kenal maksud sayangkan seseorang ikhlas kerana Tuhan?"
Faith Isa letih berlari dan letih bertarung dengan perasaannya. Dia meninggalkan Kota Kuala Lumpur kerana mahu fokus, berjalan ke arah Tuhan.
Jikalau Hanieya ada di hadapan matanya, fokusnya akan hilang entah ke mana.
Nama Hanieya cuba dihapuskan, namun gagal. Setiap kali dia menghadirkan diri ke mana-mana kelas fardhu ain yang dianjurkan oleh pihak surau berdekatan dengan rumah baharu milik keluarganya,
Pasti ada saja tanggapannya tentang Hanieya datang menganggu di dalam kepala.
Dua tahun bunyi seperti jangka masa yang pendek, tapi terasa seperti terlalu lama bagi dirinya.
Siapa kata mudah mahu meninggalkan Hanieya? Dia sendiri tidak mahu meninggalkan wanita itu.
"I left you for all these years,"
"Just because i am trying to love God before you."
"I was totally, not ready two years ago. I went to multiple classes and i am still learning on how to fix myself,"
"And now,"
"In Shaa Allah, i am ready."
"And Hanieya,.."
"Awak boleh jadi pelengkap iman saya,"
"Kalau awak sudi."
Dara menutup mulutnya yang dari tadi dibiarkan ternganga. Dylan juga tidak pernah bertindak sweet sebegini rupa.
Hanieya sedang menulis sesuatu. Dara terasa pen yang sedang ditekan di bahagian belakang badannya.
Setelah mendengar jawapan ringkas namun dapat mengungkapkan perasaan yang dipendam lama oleh lelaki itu, Hanieya perlahan-lahan berjalan ke arah Han, lelaki yang kepalanya tertunduk, mahu menjaga pandangan matanya dari memandang ke arah Hanieya,
"Han,"
"Nah."
Satu goodie bag dihulur. Han buntu. Goodie bag? Ah, ambil sajalah.
Goodie bag itu diambil seraya dengan ucapan terima kasih. Wajahnya sudah bertukar warna. Malu sungguh apabila dia akhirnya dapat memberitahu perasaannya yang sudah lama terperap di dalam diri.
"Dara, jom."
Hanieya dan Dara meninggalkan dirinya dalam sekelip mata.
"DID I MISS ANYTHING?" jerit Xukun yang akhirnya kembali dari tandas.
Han mula melihat inti goodie bag yang diberi, dengan penuh perasaan ingin tahu. Persoalan adiknya dibiarkan tergantung tanpa jawapan. Berat sungguh plastik kertas berwarna ungu itu,
Botol air mineral.
Tweesties, beberapa paket gula, buku Surah Yasin,
D-Dan, sebuah novel. AllahuAkhbar. Jantung lelaki itu bakal tercabut pada bila-bila masa sahaja,
Han cepat-cepat mengeluarkan novel itu keluar dari beg,
Laskar Pelangi.
Sekeping kertas memo berwarna kuning ditampal di kulit muka hadapan novel kegemarannya sejak darjah 4,
Han hampir-hampir mahu menjerit tanda kegembiraan,
Dia menang.
Ceramah Ustaz Fadhil:-
Jazakallah' khair for reading dan boleh tekan bintang oyen kalau sudi😍😍 Selamat malam semua😆.
Panjang kan chapter ni.. Haih.. Terima kasih sebab sudi baca🤗🤗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro