Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ta...di.. ka?

Disebabkan saya dah takde idea untuk budak-budak umur setahun lebih.. kite fast forward (ala-ala jeon somi)

3 tahun kemudian

Hari ni Haein dan Hanie akan masuk tadika.Hongjoong sedang menyiapkan kembar tidak seiras itu.

Hanie: pa... nak ni!!

Hanie menunjukkan 'barang' milik Hongjoong yang dirembat atas meja solek Hongjoong.

Hongjoong yang sedang menyikat rambut Haein memandang Hanie sekilas.Mata Hongjoong membulat seketika apabila melihat 'barang' tersebut.

Hongjoong: Hanie ya... meh sini bagi appa barang tu.Boleh tak?

Tanya Hongjoong lembut.Berkat ajaran tiktok dan ig reels.Dia cuba untuk membetulkan cara parentingnya.Daripada mintak dalam keadaan marah dan cemas.Hongjoong meminta dengan cara yang baik.Sebagai hasilnya Hanie dengan rela hati memberi nail polish milik Hongjoong itu dan duduk di riba Hongjoong apabila melihat abang kembarnya sudah selesai.

Hongjoong mengikat rambut Hanie dengan gaya tocang dua.Comel apa betul tak?

Mereka berdua pergi ke dapur untuk ambil sarapan.Disebabkan hari ini Hongjoong agak kelam kabut sebab kena siapkan mereka berdua makanya mereka makan roti sapu jem jelah.Bukan Hongjoong tak reti masak tapi tak cukup masa.Haein dan Hanie perlu pergi ke tadika pukul 8 pagi dan sekarang sudah pukul 7:48 pagi. Hongjoong ada 12 minit untuk bersiap dan pergi ke Mapo-gu.

Dengan mandi kerbau dan menyumbat satu roti terus ke dalam mulutnya.Hongjoong ambil kunci kereta dan pimpin tangan si kembar.

Perjalanan hanya ambil masa 10 minit dari rumah ke tadika.

Hongjoong: Khajaa!!

Kata Hongjoong.Kelihatan ramai kanak-kanak di tadika tersebut.

Hanie: pa nak tinggalkan Hanie dekat sini ke?

Soalan Hanie buat aku hampir tergelak.Dengan muka nak nangis Hanie tanya pada aku.

Haein: appa nak tinggalkan kami dekat sini?

Soal Haein pula... ye mereka sangat petah bercakap.Berkat kena bebel dengan Hongjoong setiap hari.Mereka tidak kedengaran pelat langsung untuk budak berumur 4 tahun.

Hongjoong memegang tangan kecil milik Haein di tangan kanannya,manakala Hanie pula di tangan kirinya.

Hongjoong: Appa hantar sekejap je... Nanti petang appa ambil.. alaa macam dekat rumah haelmoni laa... cumanya hari ni Haein dan Hanie dapat kawan baru! Boleh kan?

Mereka memandang sesama sendiri.Kemudian pegangan tangan aku mereka ketatkan.

Haein: janji appa ambil petang ni?

Hongjoong mengangguk sambil tersenyum.

Hanie: Kenapa tak pergi rumah haelmoni dah?

Soalan hanie buat aku diam sebentar.

Hongjoong: Sebab kalau dekat rumah haelmoni Haein dan Hanie tak dapat belajar.Kalau duduk dekat sini sekurang-kurangnya dapat la belajar. Macam appa buat tiap-tiap malam tu.

Mata Hongjoong terlihat pada jam digital dalam kereta.

Hongjoong: jom! Nanti kita tengok kelas macam mana okay?

Hongjoong keluar dari kereta dan ambil beg mereka serta bukakan pintu dibahagian sebelah pemandu dimana Haein dan Hanie duduk.

Hongjoong memegang erat tangan si kembar, Haein pegang tangan kiri. Hanie pula peluk tangan Hongjoong.

Hongjoong hanya membiarkan sahaja, dihadapan bangunan tersebut ada seorang guru yang menanda kehadiran murid.

Hongjoong hanya kaku.

Apa yang dia kena buat sekarang ni?

Cikgu pendaftaran: Encik datang nak daftarkan mereka ke?

Hongjoong mengangguk dan menarik lembut tangan si kembar.

Hongjoong: Kim Haein dan Kim Hanie

Cikgu yang menanda kehadiran tersebut tersenyum

Cikgu pendaftaran: kebetulan pula mereka anak murid saya yang terakhir. Encik nak ikut sekali ke teman mereka di hari pertama?

Hongjoong melihat jam di tangannya.

Dia sudah terlambat untuk ke KQ!

Tiba-tiba telefon Hongjoong berdering menandakan seseorang menghubunginya.

Wooyoung?

Hongjoong melepaskan tangan Hanie, Hanie terus memeluk kaki Hongjoong.

Hongjoong: Nae Wooyoung ah? Kenapa ni?

Wooyoung: Hyung, arini kita dapat cuti tiba-tiba sebab choreographer kite jatuh terseliuh malam tadi. Pagi ni baru dia bagitahu manager-nim. Okeh tu je bye!

Talian diputuskan oleh Wooyoung.

Hongjoong menyimpan telefon nya ke poket seluar dan memegang tangan Hanie

Hongjoong: saya ikut mereka masuk kelas  saem.

Hongjoong tersenyum, kedua-dua kembar teruja! Tak kena tinggal la maksudnya kalau macam tu?

Cikgu tersebut melihat situasi tersebut tergelak kecil, reaksi si kembar sangat berbeza daripada kanak-kanak yang pernah dia jaga.

Cikgu pendaftaran: ouh ye saya Doyeon saem. Lupa mahu perkenalkan diri tadi. Marilah ke kelas ramai sudah tunggu kita.

Doyeon saem terus pergi ke kelas Haein dan Hanie yang terletak di hujung sekali.

Haein dan Hanie teruja melihat kelas tersebut.

Terdapat kawasan permainan kecil di penjuru kelas, terus mereka melepaskan pegangan dari Hongjoong dan bermain di taman mini tersebut pelajar yang lain.

Hongjoong pula duduk di depan pintu, ragu-ragu mahu masuk dan tunggu di dalam atau pergi ke Mapo-gu.

Tiba-tiba Hanie datang ke arah Hongjoong dan minta untuk didukung.

Hanie: Appa Hanie nak balek.

Hongjoong mengerut muka mendengar permintaan Hanie.

Hongjoong: Kenapa ni Hanie? Mereka tak mahu main dengan kamu ke?

Hanie geleng kepala.

Haein datang me arah Hongjoong, membawa patung Hanie yang sudah terkoyak sayapnya.

Hongjoong terdiam lalu melihat 'kecederaan' patung kesayangan Hanie tersebut.

Cikgu Doyeon mendekati mereka.

Cikgu Doyeon: kenapa ni?

Hongjoong menggelengkan kepalanya membawa maksud tiada apa-apa.

Hongjoong: cikgu kalau saya tinggalkan Haein sahaja untuk hari ini boleh? Hanie tak sihat sangat sebenarnya.

Cikgu Doyeon mengangguk dan mengajak Haein untuk duduk memandangkan sesi kelas bakal bermula.

Baru hari pertama si Hanie dah trauma kerana patungnya.

__________________________

MBAAAA!


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro