Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

It's been awhile

Haein yang berada di tengah-tengah alam sedang bermain lori mainan miliknya...

Manakala Hanie pula sedang menghias patung-patungnya menggunakan lipbalm milik Hongjoong.

"Mana pula aku letak lipbalm ni tadi?"

Hongjoong mencari lipbalm yang seingatnya dia letak didalam begnya.

"Pa! Iggeo!!!"

Hanie menunjukkan patungnya kelihatan sedikit comot,apabila Hongjoong memenggangnya...

"Hanie,apa yang melekit sangat patung ni? Kamu rendam dia kat mana?"

Soal Hongjoong kehairanan.

Hanie tertawa kecil dan pergi ke arah patung-patungnya dan menunjukkan satu barang milik Hongjoong.

Lipbalm.

"Sabar Joong sabar... Anak kau jugak."

Mahu marah tapi apakan daya anaknya masih kecil lagi... Kan bagus kalau Hanie ni ikut perangai abangnya...

"Meh sini bagi appa lipbalm tu"

Panggil Hongjoong

"Bam?"

Muka Hanie kehairanan sebentar... Dia lihat lipbalm yang dipegangnya itu.

"BAM!!"

Sorak Hanie yang teruja apabila mengetahui nama 'objek' yang sedang dipegangnya itu.

Haein pula datang bersama kereta miliknya. Ajak untuk Hongjoong bermain bersamanya.
Tapi tanpa amaran Hanie menolak abangnya itu untuk dapatkan perhatian si ayah.

"HUWAAAAA!!!"

Jeritan Haein didengari satu kawasan perumahan mereka.

Hongjoong stress next level.

Penat sungguh dengan anak-anak yang perangai karenah ni...

Didukungnya Haein dan usap sedikit kepala Haein. Terdapat sedikit benjol disitu kerana kepalanya terhentak lantai.Hanie pula sekadar melihat dengan wajah tidak bersalah.

"Kamu ni Hanie,kenapa ganas sangat? Kan dah sakit abang kamu ni?"

Banyak bebelan Hongjoong pada Hanie tapi sepatah pun Hanie tidak faham dan hanya sekadar menunjukkan lipbalm milik Hongjoong itu.

DING DING!!

Bunyi loceng pintu rumah mereka berbunyi.

Hanie mula berjalan ke arah pintu tersebut,mahu menyambut tetamu.

Manakala Hongjoong mulai sangsi.

Tak akan la sasaeng sudah mengetahui lokasi rumahnya. Dia baru pindah 3 bulan lepas.

DING DONG!

Loceng berbunyi sekali lagi.

Kali ini Hongjoong mengendap dari lubang kecil di pintunya.

Guess what..

Rupa-rupanya itu ialah ATEEZ!

Hongjoong membuka pintu sambil membebel

"Tak reti ke nk inform dekat tuan rumah yang korang nak datang? Punya la aku fikir sasaeng mana yang dah jumpa rumah aku ni"

Dan bebelannya berterusan walhal ahli Ateez yang lain hanya memalau Hongjoong.

Haein yang kepalanya benjol tadi mulai gembira dan bagai sudah melupakan insiden kesakitannya tadi.

Hanie pula seronok bermain bersama patung- patung yang sudah dioles dengan lipbalm milik Hongjoong tadi.

Seonghwa pula pergi ke dapur untuk lihat barang dapur milik Hongjoong. Almaklumlah dia kan seorang mak bagi Ateez.

"Hanie ya! Jom main mekap- mekap"

Suara Wooyoung yang kuat itu membuatkan Hongjoong membatu seketika.

Mekap-mekap...

Kalau begitu....

"TADAAAAAA"

Hanie mengambil semua skincare Hongjoong yang dia capai dari bilik Hongjoong sendiri.

Hongjoong mulai runsing.

"Apa laa dosa aku sampai diduga begini sekali."

Hongjoong meluahkan isi hatinya pada Seonghwa.

"Ini la ujian seorang ayah."

Kata Seonghwa sambil menepuk belakang Hongjoong dengan lembut.

"Haein ya! Nak main dekat taman tak?"

Soal Yunho.

"Taman? NAK!"

Jerit Haein.

"MAN?!! NAKKK!!!"

Hanie pula menyahut. Ha dah sudah...

Bukan la Hongjoong melarang mereka untuk turun tapi dia risau akan kes sebelumnya bakal berlaku lagi sekali.

Dia sudah penat berlari dari sasaeng dan pindah rumah.

Rumah yang sekarang pun tidak selesai mengemas lagi.

"Hyung dah lama tak update dekat SNS kan?"

San menyoal pada Hongjoong.

Hongjoong termenung seketika.

Memang benar. Tapi apa maksud San itu sebenarnya?

"Cuba kalau hyung update pasal mereka dekat SNS kita, mungkin ramai Atiny akan tolong kita untuk jaga mereka berdua ni"

Kata-kata San menyedarkan aku.

Benar juga kan?

"Jadinya kami bawa la mereka pergi taman untuk ambil gambar.Takpe hyung jangan risau kiteorang cuba cover untuk hyung.'

Sampuk Mingi pula.

Aku memandang Haein dan Hanie.

"Nak pergi taman?"

Soal aku serius.

Mereka mengangguk kepala bersama. Comel betul la.

"Jangan nakal-nakal,dengar cakap ahjusshi kamu ni.'

"Naee!!!"

Kata mereka berdua serentak.

Hongjoong ketawa kecil melihat kecomelan anak-anaknya itu.Agak risau tapi selagi Ateez yang menjaga tidak ada masalah baginya,malahan lagi San dan Wooyoung sgt pakar dalam menjaga kanak-kanak yang membuatkan kerisauan Hongjoong berkurangan.

"Hyung kami pergi dulu! Hanie yaa cakap bye kat appa" seloroh Wooyoung.

"Bye appaaaaaaa!!!!" Jerit Hanie.

Hanie dan 6 harakatnya berpisah tiada.

"Haein ah cakap bye dekat appa tu,byeee." Kata Yunho pula.

Tapi Haein hanya mendiamkan diri sebentar.

"Ap..pa..." Kata Haein. Suaranya agak bergetar.

Hongjoong mulai hairan. Tak akan la pergi taman pun tidak mahu?

"Annyeongggggg!!!" Sama seperti Hanie, Haein juga membuat jeritan 6 harakat. Hongjoong hanya tersenyum kelat.Adakah anak-anaknya terseksa duduk bersamanya selama ini?

     ❤️❤️❤️~~~~~~~~~~~~❤️❤️❤️

Gambar Haein dan Hanie yang ditangkap oleh 99liner dilihat oleh Hongjoong.Mereka kelihatan sangat ceria disamping Ateez.Wooyoung juga ada mengupdate gambar-gambar tersebut di twitter milik Ateez.Majoriti Atiny menunjukkan rasa rindu mereka kepada si kembar tersebut.

Hongjoong melihat si kembar yang tidur bersebelahannya.Berkat mereka bermain dari petang ke senja membuatkan mereka tidur awal hari ini dan tidak banyak meragam.

"Appa tak akan mengalah demi kamu berdua" ucap Hongjoong dalam diam.

Ubun-ubun si kembar dia mencium lembut sebelum menutup lampu tidur disebelah katilnya.

"Jalja anak-anak appa"

-------------++---

Maap la lambat update... Cite ni makin lama makin bosan la... Nk forward kan sampai umur 5 tahun ke eh?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro